Showing posts with label Ganu2018. Show all posts
Showing posts with label Ganu2018. Show all posts

Monday, 15 October 2018

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) yang happening


Lepas checked out dari The Regency Waterfront kami terus ke Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) di Chendering. Tak jauh pun, lebih kurang 20 minit drive je. 


Bayaran masuk secara individu Umi tak pasti sebab kami ambik harga family pack, RM40 (2 adults & 2 kids) and top-up rm5 untuk Kakak. Adik free admission, as usual :)  

Dapat stokin sorang sepasang sebab nak masuk Dome Show kena pakai socks. 

First kami disarankan ke Dome Show yang akan bermula kira-kira 5 minit je lagi. Kalau terlepas show pukul 11.30 ni lambat pula nak tunggu utk next show. Dalam group ni hanya kami berenam dengan satu lagi family. Yang lainnya murid2 sekolah rendah dari Pulau Kerengga. Dalam tu ada bean bags, santailah budak2 ni bersandar. Show tu ditunjukkan akan kepentingan menjaga alam sekitar dan akibatnya nanti. Sound and visual sangat hebat sampaikan Umi pun rasa cuak juga. Bila ditunjukkan air laut, terasa macam ombak tu nak terpercik kena kita 😁 bila asteroid nak jatuh rasa macam nak tutup kepala dengan tangan haha...budak2 ni dah menjerit-jerit... Memang hebat slide show dia esp the special effect & audio yang mantap. 

Tiket masuk ke Dome Show. 

Then kami terus meneroka tempat ni. Anak2 memang sukalah dapat try macam-macam game/aktiviti. Sebenarnya Umi pun suka juga cuba game dalam ni :p sekali tu berjaya alihkan gelas plastic from point A to B guna chopsticks kemain excited sampaikan kena gelak dgn staff kat situ haha... Dah lama tak main benda2 ginikan...

Directory.





Sedar tak sedar dah 2 jam kami di situ. Tapi berbaloi sebab banyak exposure dan info yang anak2 dapat. Ikutkan depa taknak balik lagi tapi sebab perjalanan kami masih panjang, nak ke Temerloh pula maka mana yang sempat ajelah kami explore. Besar tempat ni. Ada 4 tingkat kalau tak salah. Tapi adalah kemudahan lift, cafe dsbnya. Parking pun luas. 


Luas kawasan pusat sains ni.
Kat luar ni panaslah sikit sebab tak banyak pokok. 

Craft activities. Kami terlewat sikit, tak dapat join session ni. Next session lambat lagi :( 



Jangan lupa bawa anak2 ke sini tau kalau ada kesempatan. Fun and entertaining yet informative visit 👍👍👍

That's the wrap for our  cuti-cuti Ganu2018. A wonderful trip for us and perhaps it benefits you too. Thanks for reading 😘 



Friday, 12 October 2018

Taman Awam & Lagun Kuala Ibai


Pagi terakhir di KT kami hanya ingin bersantai dan beriadah di kawasan taman awam berhampiran Masjid Terapung. Rupanya ada pantai atau lebih tepat lagun disini. 


Cantik pantai ni dari kejauhan...

Tapi sayang bila diteliti, banyak sampah :( 

Tapi disini bukan tempat untuk mandi pantai kerana pantainya bercerun. Ada seorang warga tempatan yang kami temui mengingatkan kami agar tidak mandi kerana bahaya katanya. Kami pun tak berhajat nak mandi pantai pagi tu. Cukup sekadar ambil angin. 

Makin lama makin bercuram pantainya. Sebab itu tak sesuai untuk mandi-manda
Jadi kami hanya biarkan anak2 lepas bebas bermain pasir. Seronok nampaknya depa. Masing-masing buat istana pasir. 








 Playground juga disediakan. Trek untuk jogging pun ada. Tapi waktu pagi kurang meriah jika nak dibandingkan dengan sebelah petang. Mungkin juga pagi tu pagi Ahad, makanya tidak ramai pengunjung kecuali orang luar macam kami. Orang local kerja daa :) 

Monday, 8 October 2018

Berkunjung ke Masjid Kristal dan Perkampungan Losong



Dari Pantai Teluk Ketapang kami ke Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam (TTI). Tak berhajat pun nak masuk ke TTI tapi lebih kepada nak naik cruise kononnya. 


Dome of the Rock.
Gambar sipi je

Tapi punyalah ramai umat manusia memang tak sangguplah... Jangan kata nak que beli ticket, nak ke jeti tu pun malas. Adik pulak tidur time tu. Cuaca pun terik membahang jadi kami cuma ambik gambar Masjid Kristal je. Itupun sekadar dari luar masjid je. Sekejap je kami disini sementelah anak2 pun dah mula menunjukkan ketidakselesaan masing-masing. Lapar, panas semua adalah tu :(  


Terus kami ke Perkampungan Losong pula. Umi singgah beli Keropok Losong Paklong. Beli keropok goreng dan rebus buat kudapan je. Then masuk ke dalam sikit jumpa pula Keropok Losong Poksu. Walid pula turun beli. Umi suka keropok losong Poklong sebab rasa ikannya lagi kuat. Tapi sos Poksu lagi sedap. It's just a personal opinion ya. 


Kedai Poklong.
Umi beli kopi peket dekat sini. Sedap! 

Kedai Poksu. 

Sedikit ralat sebab tak beli pun kepok losong mentah sebab ingat nak beli time nak balik nanti. Tapi itulah, kita hanya merancang...apapun puas hati dan syukur dapat makan keropok Losong ni puas-puas dah hari tu, alhamdulillah. 


Sunday, 7 October 2018

Pantai Teluk Ketapang ~ bukan sekadar pantainya cantik tapi...



Apalah ertinya bercuti di KT jika tak bermandi-manda di pantaikan? Salah satu pantai yang cantik dan sesuai untuk mandi-manda tentunya Pantai Teluk Ketapang, yang letaknya tidak berapa jauh dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, KT. 

The airport.

Cantik dan bersih pantainya. Tenang je kan dapat tengok laut, ombak dan pasir yang putih terhampar depan mata. Rasa hilang segala masalah, tekanan dan serabut dalam benak kepala bila dapat menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Asyik. Tenang. Damai.



Ada buaian. Tidaklah Umi berbuai tapi sekadar posing ambik gambar kenangan. Rupanya minggu lepas ada kejadian seorang hamba Allah ni jatuh ketika asyik berbuai ye. Buaian tu patah. Tapi alhamdulillah cikgu tu takde apa-apa.



Seronok sungguh anak2... 

Main ombak

Main pasir

Kutip kulit siput

Lama jugaklah kami melepak.di pantai ni. 


Selain pantainya yang indah tandas awam juga sangat bersih. Umi bagi double thumbs-up. First time rasanya Umi jumpa public toilet yang super clean macam ni. Wangi je bilik airnya pun. Selesa. 




Model bilik ayaq 😂

Syabas kepada pakcik yang jaga tandas ni, memang dedicated and committed  melaksanakan tugasannya 👍👍👍. Umi perati memang tak duduk diam pakcik ni. Kejap-kejap bangun cek toilets, sapu pasir, susun selipar dsbnya. 


One thing yang selalu jadi halangan esp bagi women bila nak mandi pantai of courselah bab nak menyalin pakaian atau nak membersihkan diri lepas mandi pantaikan. Tapi alhamdulillah kat pantai ni selesa sangat kemudahan bilik airnya. Dengan bayaran RM1 je boleh mandi/tukar baju dengan selesa. 

Selain tandas awam, ada juga food court dan gerai-gerai menjual pelbagai barangan. Kami pergi sebelah pagi, keadaan agak lengang. Kalau sebelah petang lebih meriah katanya. 

Have fun!


Wednesday, 3 October 2018

Kedai Roti Abdullah, KT


Masih lagi cerita di KT 😅

Sewaktu dalam perjalanan balik ke hotel, tiba-tiba Walid buat u-turn. Hairan juga kenapa... Rupanya di seberang jalan, Walid nampak ramai orang dalam satu kedai ni. He was curious and made the u-turn. 

It turned out to be a humble bakery named Kedai Roti Abdullah. Located opposite KT Medical Center (kalau tak silap nama hospital baru tu), sebelum sampai ke Permai Hotel di Jln Sultan Mahmud, the main road to KT. 



Memang sedap rotinya. Freshly baked, panas-panas. Roti inti kaya je tapi sedap sebab mewah dengan kaya sampai terkeluar kayanya. Rotinya pulak lembut. Layan! 

Sepekat RM2.80 je. Ada 6 ketul. 
Dahlah sedap, murah pulak tu 😘

Untung orang KT, boleh makan roti sedap-sedap selalu. Selain roti paung, Roti Abdullah ni pun patut dicuba tau!

Tak caya?  Tanya Adik 😁

Tuesday, 2 October 2018

Pengalaman mandi kolam di TER Sports Complex


Kami memilih menginap di The Regency Waterfront w/pun takde swimming pool kerana terdapat swimming pool di TER Sports Complex yang terletak berhadapan dengan hotel. Sangka kami guests hotel dapat privilege untuk gunakan pool ni. Rupanya tidak. Kami tetap kena bayar admittance fee dan pool ni rupanya public pool. 

W/bagaimanapun fee hanya dikenakan untuk mereka yang ingin mandi/masuk kolam. Jika kita hanya menunggu diluar kolam, tiada fee dikenakan. Jadi kami hanya bayar fee untuk anak2. Kami tak berhasrat untuk terjun kolam :) 

Bila masuk sahaja ke kawasan pool, Umi tengok ramai sungguh manusia. Cuti umumkan time tu... Ini first time kami masuk public pool, terkejutlah juga tengok ramai sangat orang. Ikut hati nak keluar je tapi kesian pula anak2 dah excited nak terjun kolam. 



Kami hanya benarkan anak2 mandi di kolam paling cetek. Takat pinggang Adik je airnya. Kesian Abang pun terpaksalah ikut sama nak jaga adik-adik. Umi pula tercongok tepi kolam, pantau anak2. W/pun airnya cetek tapi crowded. Nak kena pantau betul-betul sebab anak2 tengah excited. Suasana pulak riuh rendah memang tak dengar kalau dipanggil. 

Adik kat tepi kolam 

Dah ke tengah kolam dah tu...

Bayangkan, dalam keadaan dipantau rapi pun Adik hampir lemas. Dah tercungap minum air. Umi jerit barulah Abang sedar. Dia pun tengah seronok main, dengan bising lagi memang dia tak aware Adik dah hampir lemas. Sebenarnya bukan Adik je yang hampir lemas. Sepanjang Umi disitu, ada lagi 3 orang anak2 seusia Adik yang dah 'terminum air'. Ada sorang tu ayah dia siap terjun kolam bila nampak anaknya hampir lemas. Padahal budak tu dipantau oleh ramai orang dewasa; parents, pakcik makcik, nenek dia. Yang second case sampai termuntah-muntah budak tu sebab dah terminum air kolam. Maybe the best option is parent sendiri kena masuk kolam and pegang anak2 yang below 2 years old ni. 

Bila dah jadi macam tu cepat2 Umi ajak anak2 naik. Risau juga. Umi pun dah rasa tak sedap hati huhu... Mungkin lepas ni tak pergi dah kot public pool macam ni. 

Bilik air dan shower disediakan tapi itulah takde tukang cuci bertugas sebab kotor dan basah je lantai bilik air tu. Shower pun ada yang tak berfungsi. Harapnya pihak pengurusan dapat baiki aspek kebersihan tempat ni. Iyelah, yang guna kolam tu pun masuk berbayar. Elok kiranya duit kutipan tu diperuntukkan untuk kebersihan dan penyelenggaraan tempat ni. Mungkin boleh hire juga life guard untuk pantau pengguna kolam supaya tidak berlaku perkara yang tak diingini. 

Selain swimming pool ada lagi kemudahan yang disediakan di sports complex ni. 




Diharapkan pihak TER dapat mempertingkatkan tahap keselamatan, kebersihan dan keceriaan kompleks ni. Sebab facilities semua dah ada, tinggal lagi nak maintain je. Sayang kalau tak dijaga elok-elok.