Showing posts with label PD. Show all posts
Showing posts with label PD. Show all posts

Friday, 5 November 2021

Ancasa Residences, PD

Check out dari Win Win Boutique Hotel, kami terus ke Muzium Tentera Darat. Dah puas tour museum di tengahari buta tu barulah gerak ke Telok Kemang.

Sebelum sampai hotel, singgah beli food for lunch siap-siap. Pertambahan kehadiran pengunjung nampaknya makin ketara. To be safe, makan dekat hotel je nanti. 

Here we are....

 Ancasa Residences, PD. 
Hujan lebat, ini je lah gambar depan yang berjaya Ummi snapped masa checked out. Masa checked in kami terlepas jalan masuk ke sini jadi masuk dari jalan belakang. 

Ada 3 blok; A, B & C. Reception di blok B, yang warna kelabu tu. 

Jom tengok bilik .. Kami booked 1-room apartment RM230/semalam. 

Ruang tamu yang luas. Selesa sangat walaupun bilik air satu je. 

Ini pula dapur dan ruang makan. 

Kami di tingkat 3 jadi luas jugalah mata memandang :) Ada balkoni di setiap unit. Sedap betul lepak sambil ambil angin laut... 

 Ada tennis court, taman, padang kecil, spa, kolam ikan... Sesuai sangat beriadah di sini. Cuma cuaca tak mengizinkan kami berbuat demikian :( 

Day 1 takde time limit & slot tapi day 2 kena que untuk masuk kolam. Satu slot 60 orang, 30 minit je. Habis masa, depa tiup wisel. Masuk pula group seterusnya. Gitulah... 

First time kot dapat gift dari pihak hotel. Kek marble ni sedap giler ... Ini pula in room service, order nugget & fries. 

'Kureng' sikitlah sebab serve dalam bekas plastic. Feeling makan hotel food tu takde, tak macam di Casuarina @ Kuala Kangsar. Maybe sebab Covid ni, lebih mudah dan selamat guna bekas sebegini. 

Oh ya, ada direct access dari hotel ke pantai, Pantai Telok Kemang. Hat ni memang marvelous. Jalan kaki je ke pantai. 

Gate ni dibuka setiap jam 7.30 pagi dan tutup 8.00 mlm. Ada shower dan paip untuk kita bersihkan kaki/badan sebelum naik ke bilik. Bagus sangat. 

Selain segala kemudahan yang disediakan memuaskan hati, bab makan minum juga tak jadi masalah sebab ada gerai makan yang dibuka hingga jam 7-8 malam. Begitu juga untuk sarapan. Pukul 7.30 dah ada gerai buka. 

Geram tengok telur gedik ni :D Buat sendiri jarang nak jadi perfect gini. 

Alhamdulillah we had a great time here. Sedikit kekurangan yang mungkin boleh ditambah baik ialah masalah ruang parkir yang terhad. Terhad tu bukan apa, sebab ini apartment style hotel, jadi satu unit tu mungkin lebih dari satu keluarga, yang datang berlainan kereta. Masalah timbul bila ada yang double park dan parkir di tempat yang tak sepatutnya seperti di selekoh atau lorong keluar. The least you can do is leave your phone number, letak atas dashboard or wiper, jadi tidaklah menyusahkan orang lain. Pihak pengurusan pula mungkin perlu juga minta guests register nombor kereta ke-2 atau ke-3 yang datang bersama. Boleh juga park di jalan masuk utama depan hotel. Masa nak drop off or pick up, baru bawa kereta. Janji tak menyusahkan orang lain. Semua orang nak happy-happy jadi sama-samalah kita jaga tingkah laku masing-masing ✌️

See you when I see you again 🥰




Wednesday, 3 November 2021

Muzium Tentera Darat, PD best sangat!

Muzium Tentera Darat ni ialah tempat paling excited anak4 nak melawat. Ketika  kunjungan kami ke sini bulan 8 tahun lepas  muzium ni ditutup untuk penyelenggaraan. Sekarang ianya dibuka semula untuk lawatan.

Kebetulan hari tu ada event, dapatlah bergambar dengan pegawai-pegawai yang berpakaian uniform lengkap. Selain pangkat, unit, uniform untuk setiap misi juga berbeza. Contohnya untuk misi Malbatt di Lubnan uniform-nya seperti dibawah ...

Menariknya, muzium ni terbahagi kepada beberapa bilik pameran. Bermula dari Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke Sumbangan Tentera Darat dipamerkan secara menyeluruh. Ada satu bilik pameran tu siap ada bunyi kapal terbang dan bom. Terasa gerun juga bila terasa seolah-olah di medan perang.  

Replika kapal laut. Bila masuk di bilik pameran Zaman Kesultanan Melayu Melaka ni Ummi terus teringat lawatan kami ke Muzium Samudera Melaka. 

Keris, senjata utama orang Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka. 

Peluru meriam tinggalan penjajah. Sebijik macam buah peluru meriam yang kami temui di Taman Botani Putrajaya. 

Pejuang-pejuang kemerdekaan; Mat Saleh, Tok Janggut dan Dato'Bahaman. Hampir semua tokoh yang kita belajar dalam buku Sejarah ada di sini, replika ataupun info dan gambar mereka. 

Potret Undang Luak Rembau (kiri) dan Raja DiHilir Perak, Sir Raja Chulan antara pengasas Rejimen Askar Melayu. 

Peta kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu. 

Replika terowong komunis. Ummi tak masuk sebab gegirls takut. Jadi, kami jalan-jalan di luar. Sekali nampak Angah tengah pegang air jagung. Rupanya terowong tu membawa ke kafe dan souvenir shop. 

Enjin kapal ni dihidupkan (atau sekadar sound effect) membuatkan suasana lebih real di sini. 

Al Fatihah untuk semua wira negara yang gugur demi mempertahankan negara tercinta. 

Belum berakhir lagi lawatan kami... Rupanya di belakang kedai ni ada secret garden haha ... Ada hutan kecil yang dijaga rapi untuk bersantai. Ada pondok kayu, wakaf, kolam ikan, trek pejalan kaki dan paling best, canopy walk. 

Ummi paling excited rasanya nak panjat pokok ni 😆 

Adik steady je makan aiskrim atas ni :D 
Adik navy ni pula mula tu takut, menempel je dekat Walid haha .. After he gained confidence, 2-3x dia naik turun canopy walk ni :D 


Seronok dan meaningful discovery bagi kami. Kalau ada masa, jangan lupa datang ke sini. It worth the time. 

Monday, 1 November 2021

Win Win Boutique Hotel, Lukut PD

Bertolak dari Gombak lepas solat Jumaat, sebab Walid masuk office lagi pagi tu (1/2 day leave). Around 4pm kami sampai di hotel. Sengaja pilih hotel area sini, dekat sikit sekiranya sampai lewat dsbnya. Untuk hari pertama ni sekadar nak singgah sana, singgah sini je konsepnya sebab tu pilih hotel yang agak jauh dari pantai. Nak kata jauh sangat tu tidaklah, sekadar 15 minit drive ke pantai je.
 
Macam zebra kata anak4 :D 

Hotel bajet, terletak di shoplot paling hujung. Parking takde masalah. Nampak macam kawasan ni baru dibuka sebab masih ada shoplot kosong. Tapi, banyak kedai makan di sekitar sini; kedai tomyam, kedai mamak, kedai kerepek, kedai kuih tradisional, kedai nasi lemak... Nak ke Tesco, jalan kaki je... Self service laundry pun berkembar dengan hotel je, dimiliki oleh owner yang sama. Alhamdulillah banyak kelebihan hotel ni. 

Sell check in kiosk. 

Kat sinilah kita bayar  duit sewa hotel plus deposit, kalau ada baki dia return thru machine juga, access card pun keluar kat situ juga. Resit pula akan dihantar ke email add yang kita masukkan masa regi. Canggih! 

Staff sentiasa stand by di kaunter untuk membantu, no worries. 

Lobi. Hotel ni ada lift 👍

Our room... Family room RM 130/night. Ada 2 katil queen size. 

Separated shower and toilet. 

Toiletries disediakan untuk 4 pax.

Minimalist concept. 

Salah satu sebab Ummi suka hotel bajet selain dari harganya ialah kebanyakannya terletak di premis baru. Dari segi deco, facilities masih terjaga. Itu yang best. 
 
Win Win Boutique Hotel
No 10 Jalan PD-Seremban
Lukut Prima
71010 Lukut PD
Negeri Sembilan
Tel No: 06 648 4017