Showing posts with label Us. Show all posts
Showing posts with label Us. Show all posts

Monday, 24 February 2025

Makan Kenduri @ Pusat Komuniti Setiawangsa


Atok Man sekali lagi menjemput kami sekeluarga ke majlis perkahwinan anakandanya. Kali ni giliran yang bongsu. Rasanya ini kali ketiga kami makan kenduri Atok Man. 

Selesai majlis Aku Janji Abang, kami ke sini. 

Lawa dewannnya, berhawa dingin. Memang sesuai nak buat majlis dan kenduri kendara. 

Tempat ni baru, serba serbi cantiklah kan...
Lokasinya sebelah Aeon Keramat (AU2). Kami pun kali pertama ke sini.

Kami sampai waktu puncak dalam pukul 1 t/hari, tetamu tengah ramai. Keluar masuk keluar masuk dewan cari tempat duduk, last² duduk je di luar dewan ni. 

Semua sedap; nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam, masak lemak ikan masin dan sambal sotong kembang. 

Aneka kuih muih yang disediakan. Jambu batu asam boi dan apam balik antara yang jadi rebutan. Dua² Ummi tak ambil, malas nak beratur. 

Usai makan, kami minta diri. 
Asalnya nak ke Aeon sebelah tu tapi cuaca panas betul, plus dah azan Zohor malaslah nak menyinggah. Balik rumah terus. 

Buah tangan dari tuan rumah. 
Terima kasih atas jemputannya. 
Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹 

Wednesday, 19 February 2025

Menginap di Rumoh Singgoh, Temerloh


Disinilah kami menginap 1 malam di Temerloh tempohari. Pergi satu malam je, tapi ceritanya berminggu² haha... 

Rumah teres 1 tingkat, end lot
Ada 3 bilik tidur, 1 bilik air. 
Master bedroom ada aircond.
Harga RM180/semalam. Deposit RM50 dikembalikan selepas kita checked out, sekiranya tiada sebarang kerosakan atau pun kita patuhi segala syaratnya. Antara syarat yang diberi pastikan switch off peralatan elektrik sebelum check out dan buang sampah dalam tong yang disediakan di luar pagar. 

Lokasinya dalam 10 minit ke Pekan Sehari atau pun ke Kubang Gajah Water Park tu. Keluar hiway, jumpa homestay ni dulu baru jumpa bandar Temerloh. Tapi hari datang tu, dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah kami ikut jalan lama, jadi jumpa bandar dulu. 

Ruang tamu pun ada aircond 👍🏻
The boys usung tilam tidur depan ni je, main game dan layan Netflix. Ada WiFi disediakan. 

Sudut bertentangan ada meja makan. 

Yang ada aircond tu master bedroom.
Owner sediakan towel untuk setiap bilik. 
Selain tu ada extra tilam dan selimut. 
Very thoughtful 👍🏻

Rasmikan sejadah mini pemberian Cik As ni masa solat di homestay ni. 

Dapur; cukup lengkap segala perkakasnya. 

Mesin basuh pun ada.
Yang berpintu tu bilik air. 
Bersih sangatttt bilik airnya 👍🏻👍🏻👍🏻
Dan keseluruhan rumah pun bersih, kemas dan terjaga. Kalau ada yang nak bermalam di Temerloh ni, Ummi rekemen Rumoh Singgoh ni. Owner pun baik dan mudah sangat nak berurusan. 

Masa sampai di Temerloh dlm pukul 1 tu, owner mesej bagitau cara nak ambil kunci, password WiFi dsbnya. Ummi tanya dah boleh check in ke sbb ikut jadual pukul 3 ptg. Owner cakap, boleh rumah dah ready. Kan bagus kalau semua hotel/homestay buat gini. Bila rumah/bilik dah ready bagi je guest check in awal (at reasonable time la). Pukul 2 ptg pun dah cantik dah. 

Alhamdulillah dlm 2 jam gitu lepas checked out, dapat balik refund duit deposit RM50 tu. 

Terima kasih daun keladi, ada rezeki kami mai lagi 😊



Tuesday, 18 February 2025

Menyelam Bundle@ E-Bundle Vintage Shop, Temerloh

Petang hari sampai di Temerloh tu kami keluarlah bersiar di sekitar bandar. Nampak ada kedai bundle besar tepi jalan utama. 

Buka pukul 10 pg - 10 mlm. 

Tengoklah poster² ni, bukan kaleng² ye. Rasanya owner dia fan Gun n Roses, Iron Maiden semua tu la kot :)

Pilihan kasut banyak sangatttt...
Kasut sukan, kasut kerja. Harga ikut gred juga rupanya ye kasut² bundle ni...

Baju² pun banyak pilihan.

Takde yang Ummi berkenan. 
Tapi tak keluar tangan kosong, adalah juga hasil menyelam 👇🏻

Kasut Timberland Walid tu lawa, rezeki la saiznya match dengan Walid. Color dia unik dan nampak stylo
Sebelah tu kasut sukan Angah nak. Gred A harga RM65. Adik pun beli sepasang sports shoes yang harganya RM40, sama dgn harga kasut Walid. Kalau ambik lagi sepasang dapat dapat harga promosi RM100 utk 3 pasang. Tapi Ummi  takde yang berkenan, Abang pula takde saiz dia jadi tak dapatlah grab offer tu. 

Bila Google, terkenal rupanya kedai ni, khususnya bagi 'peminat bundle'👍🏻



Sunday, 16 February 2025

Splashing Time @ Kubang Gajah Waterpark, Temerloh

Selain dari Pekan Sehari yang menarik minat pengunjung khususnya kaum ibu, di Bandar Temerloh ni juga ada water park yang letaknya berdekatan dengan Pekan Sari tersebut. ±5 minit drive je dari Pekan Sehari tu. 

Welcome to Kubang Gajah Waterpark :) 
Lokasi di Taman Awam Kubang Gajah. 


Harga tiket dan waktu operasi. 

Informasi tiket.
Transaksi secara tunai sahaja. 

Kami sewa gazebo sekali, RM35. Duduklah berapa lama pun takpe. Boleh bawa masuk makanan. Kena bayar deposit RM50 atau tinggalkan lesen memandu sbg cagaran. Kita akan dapat kunci dan tikar 1 unit untuk dibentangkan dalam gazebo ni. 

Kunci yang diberikan tu bukan setakat nak buka pagar gazebo, tapi untuk on letrik dalam gazebo ni. Selain kipas angin ni, ada juga tali (?) untuk gantung buaian bayi dlm setiap gazebo. Memang nak suruh duduk lama la ni :D 

Jolok je kunci, macam bilik hotel dolu² :) 

Nak kata besar sangat tu tidaklah.
Depa kata Fantasia Jitra lagi luas tempatnya.
Tapi yang ini pun dah cukup luas dah utk anak² main air. Ramai tapi tak sesak. 

Angah dan adik² dia happy sungguhlah dapat main air gini. Abang dah tak minat tempat² gini. 

Bekal kami yang ni je, semuanya beli di Pekan Sehari tu. Masing² pun kenyang, baru lepas sarapan kan. Nampaklah ada pengunjung bawa rice cooker, bekal macam². Nak duduk lama kan. Surau, tandas, bilik salinan dan kiosk jajan/minuman pun ada dalam ni. Yang tak nak sewa gazebo, ada kerusi batu  disediakan.
 

Dalam pukul 11 kami bergerak balik ke homestay. Pukul 12 nak check out

Kubang Gajah Water Park 
NO 1, Taman Awam Kubang Gajah
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur 

Saturday, 15 February 2025

Sarapan @ Mahbub Bangsar

Pagi tadi kami breakfast di Restoran Mahbub, Bangsar bersama Ustaz Anep dan keluarga. UA ni antara guru hafazan Abang yang terawal selain Cg Murni, Ustaz Nazmi dan Ust Khairul Fahmi. Semua ni guru hafazan masa Abang joined program Aulad Huffaz di SRAI dulu. 

UA pula kami minta tolong ajar hafazan sebagai persediaan nak masuk aliran TMUA. Abang darjah 6 dulu zaman Covid. Kadang dapat ke sekolah kadang PDPR. Nak bagi dia konsisten menghafal, kami mintalah dia berguru dgn UA. Adakala UA datang ke rumah. Habis hafal, depa pakat main ML 😅

Jumpa ni sebagai tanda terima kasihlah kpd UA sebab Abang dah berjaya hafal Al Quran. 

Cantik kedainya, selesa sangat. 

Janji pukul 8, pukul 8.02 kami sampai. 
UA dan keluarga belum sampai. 
Lama juga tunggu, jadi kami order dulu. 
Abang dan Adik pilih nasi. 
Lauk tak banyak yang dah ready. Depa ambil apa yang ada je. 
Goreng² pun belum ready katanya. Rasanya Ummi pernah nampak SA up entry makan mi goreng pagi² dekat sini. Kan SA? 

Roti kosong, roti telur dan roti sardin pilihan Angah, Ummi dan Walid. Paling sedap antara roti² ni is roti sardin. Recommended 👍🏻 

Kakak order french toast. Lepas tu ambil pula nasi sepinggan. Semua kuat makan sekarang ni, tengah membesar 😆

Abang lagi besar dari Ustaz dah :) 

Lama juga di sini, hampir pukul 10 baru gerak balik. Sebelum balik minta UA titipkan nasihat utk Abang. Relax sangat Abang ni, hujung tahun ni nak SPM dah 😇

Ummi tapau nasi beriani lauk Ayam Bawang. 
Harga RM21.50, pricey sikit la. 

Sedap juga tapi bukan terpaling sedaplah. 

Ayam Bawang pun kering, takde minyak² dan kuah. Minyak² tu yang sedap 🤭

Tapi makan dekat sini selesa, tak crowded. Suasana tenang walaupun ramai customers. Service pun cepat.

Total semua (minus nasi beriani Ummi tapau), RM128.35 (icl taxes). Oklah harganya sebab kami datang tadi 10 orang (exc baby & toddler 2).

Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama. 

Doa Ustaz tu yang mahal 🫶🏻

Friday, 14 February 2025

Kenduri Malam Nisfu Syaaban

Malam tadi surau ada majlis Bacaan Yasin 3x  sempena Nisfu Syaaban. Ada kenduri juga. 

Dapat buku 7 Surah ni. 
Alhamdulillah bertambah koleksi buku 7 Surah ni. Yang ni saiz besar, lagi selesa Ummi nak baca. Almaklumlah dah bermata empat 🤭

Ada jamuan surau sediakan selepas solat Isyak.Makan kuah meladong (banjir) macam ni bukan style Ummi. Tak bersusun pulak tu lauk pauknya 🤭 Ada tukang cedoknya, bukan ambil sendiri. Itu yang penuh kuah, penuh sayur tu. Angah bawa balik untuk Ummi. Dia tak makanlah kalau lauk gini. Konsep kenduri di surau ni boleh take away, sebab tempat makan limited. Biasanya geng veteran yang rajin duduk makan bersama. 

Abang ambil nasi ayam, ada jemaah hantar. 

Dekat rumah Ummi cuma masak Ayam Bakar Madu Adabi dan Masak Lemak Pucuk Paku. Pucuk paku tu beli di Pekan Sehari Temerloh

Air dari Angah dan Kakak untuk Ummi berbuka 🫰🏻 

Sebelum Maghrib tu hantar sebekas cucur ke surau untuk jemaah yang berpuasa.

Ummi bancuh sekilo tepung. 
Bercinta juga nak goreng ye. Masuk dapur pukul 6 camtu, ngam pukul 7 baru siap goreng cucur ni. Tu pun minta tolong Kakak potongkan. Kitanya tak pro wak :p
Apapun alhamdulillah dapatlah tumpang kenduri. 

Angah snapped gambar, dia tukang hantar. Makanan berbuka jemaah bawa sendiri, surau sediakan teh tarik halia dengarnya. Lepas Isyak tu baru surau sediakan nasi 👆🏻