Showing posts with label Friend. Show all posts
Showing posts with label Friend. Show all posts

Tuesday, 30 April 2024

Open House MTM Mart @ 19 Syawal


Ummi dapat jemputan personal dari balu arwah Abe dan Abang pula dapat personal invitation dari Abg Aiman, anak arwah. Memang setiap tahun arwah akan hantar jemputan ke open house kedainya. Dan boleh kata saban tahun kami hadir ke open house MTM Mart ni sebagai tanda sokongan kpd arwah. Last year ada ambil gambar dengan arwah. Kenangan terakhir :( 

Ummi ambil pau sebiji, tapai pulut dan soto nasi. Kenyang lagi, late lunch di rumah. 

Tak jumpa tuan rumah sebab beliau dah balik, nak hantar si bongsu ke asrama juga. Kami pun sekali jalan juga, lepas ni terus ke asrama. 

Terima kasih atas jemputannya. Didoakan agar MTM Mart terus maju 🤲

Friday, 22 March 2024

Rezeki Jumaat ~ Tasbih Cantik

Alhamdulillah dapat tasbih cantik dari Aunty Farah... Dia passed dekat Kakak tengahari tadi.
 
Cantikkan? 
Terus rasmilah terawih malam tadi ☺️

Semoga bertambah luas pintu rezeki buat AF sekeluarga 🌹 

Sunday, 21 January 2024

Tahlil Arwah Abe

Petang semalam (Sabtu) Ummi & Walid menziarahi keluarga Abe. Sewaktu pemergian Abe, Walid nun di sempadan negara atas tugasan. Selain nak berziarah dan bertanya kabar, Walid juga nak sampaikan amanah kawan² batch mennyerahkan wang kutipan/sedekah kawan-kawan kepada keluarga arwah. 
Alhamdulillah lega nampaknya balu arwah, D kembali mengukir senyum menyambut kedatangan kami. Masih ada ahli keluarga dan sahabat² yang menemani dan menziarahi keluarga Abe. Jiran-jiran pula sibuk membuat persiapan untuk majlis tahlil selepas Maghrib. Ramai betul orang sayang Abe ☺️

Alhamdulillah ada beberapa berita gembira yang D kongsikan dengan Ummi. Alhamdulillah bukan setakat pemergian yang ditangisi tapi juga dicemburui. Mudah-mudahan husnul khotimah buat kita semua 🤲

Atas jemputan keluarga, Walid hadir bersama Angah ke majlis tahlil anjuran jiran-jiran mereka. 

Semoga Abang tenang di sana 🤲


Friday, 15 December 2023

Buah Tangan dari Bangkok

Officemate Walid ke Bangkok cuti Deepavali hari tu. Balik dari sana, adalah buah tangan untuk kami, alhamdulillah terima kasih.
 
Keropok² ni semuanya rasa tomyam! 

Instant Thai Tea ni sedap juga, cuma manislah... Macam teh ais Bangkok yang orang jual tepi² jalan tu jugak. Satu pek ni ada 5 sachets. Ummi dah try 1 sachet, simpan dulu yang lain untuk bagi Abang rasa sama. 

Yang warna hitam tu T-shirt untuk Walid. Lawa juga design-nya 👍

Again, tqsm for the souvenir. 







Tuesday, 21 November 2023

Housewarming Uncle Husin @ Klebang

Kata pergi Melaka makan kenduri, tapi cerita kendurinya tak muncul² pun 😆
Kendurinya Ahad, jadi Ummi cerita apa yang berlaku Sabtu tu dulu. Ikut turutan :p

Tujuan utama kami ke Melaka untuk memenuhi jemputan Uncle Husin aka Atok Rizqy untuk ke kenduri kesyukuran sempena masuk rumah baru. Alhamdulillah rumah mereka di kampung dah siap. Ummi letak "housewarming" as the keyword. Senang nak refer kendian hari. 


Kami sampai waktu orang sedang berdoa. Selain ahli keluarga, majlis dimeriahkan oleh geng surau kami. Ada yang berkonvoi motorsikal dan ada juga berkereta macam kami. Kiranya walaupun kenduri di Melaka tapi jemputan jiran-jiran setaman di SG ni juga. Pi mai pi mai tang tu 😁

Semua nak rasa; sayur kobis, Kari Ayam, ikan masin, ayam goreng, asam pedas ikan dan acar telur puyuh. Ambil serba sikit dan share² kami anak beranak. Kuih-muih pun banyak, tak daya Ummi nak makan. Sebab sebelum sampai sini kami dan balun Keria Gula Melaka :D 

Acar Telur Puyuh. 
Ummi ingat masak kurma tapi Aunty Sopiah kata ini acar, airtangan mak mertuanya (moyang Rizqy). Patutlah ada timun, bukan kentang dan carrots. 

Macam kenal mangkuk tu kan? 

Iye, Aunty Sopiah tapaukan lauk dan kuih bakar untuk kami! Bukan kami je yang dapat, geng surau pun pakat bawa balik asam pedas sorang sebekas. Allah, baiknya hati Uncle Husin suami isteri ni. 

Tak cukup lagi tu, semalam depa dah balik SG, ada lagi buah tangan untuk kami ☺️

Kuih Bakar Berlauk.
Sedappp 😋 
Entah berapa ketul Ummi makan... 
Yang Kuih Bakar biasa 👆 tu Ummi tak berapa suka, sebab rasanya lain sikit dari yang biasa dimakan. Rasanya depa guna minyak sapi. Angah penggemar kuih bakar tapi yang ni dia pun tak nak. Ummi jugaklah tukang perabih 😅

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan. 

Sunday, 12 November 2023

Makan² Edisi Deepavali | Ahad

Sambung operasi restoran 24 jam Ummi 😂

Sarapan.

Tergoda tengok Tisya (anak blogger Mama Tisya) masak homemade spaghetti carbonara jadi Ummi pun cepat-cepat la masak untuk sarapan hari ni. Betullah kata MT, buat sos homemade lagi sedap dan jimat. 

Credit: Mama Tisya 

Simpan sini resepinya, easy peasy sangattttt. Anak⁴ Ummi pun boleh masak sendiri je lepas ni. 

Lunch.

Gantung periuk. 
Makan di luar; birthday treat for Abang. Story soon...

Tea .

Kek Batik by Angah & Abang 🤭

Dinner.
Di sebalik cerita happy², makan² ni sebenarnya kami sedang bersedih; salah seorang rakan baik Walid diserang strok Selasa 7.11 kelmarin. Sempat kami ziarahi beliau tadi. Allah, tak terkata sedih tengok sahabat yang selalu ceria, sentiasa ada saat susah senang tiba² terlantar sebegitu. Lebih hiba, menatap 5 permata hati beliau yang usianya lebih kurang anak⁴ kami juga. Kepada Allah sahajalah doa dan harapan dipanjatkan agar beliau kembali sihat dan dipermudahkan urusan mereka sekeluarga khususnya isteri beliau 🤲

Mohon doa dari semua. Terima kasih. 


Monday, 11 September 2023

Pertama Kali Lalu SUKE

"Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) is a 24.4km, three-lane, dual-carriageway running from Sri Petaling to Ulu Kelang"

Sabtu lepas, balik dari wedding SA kami dipandu oleh Waze agar ikut SUKE selepas keluar dari Grand SAGA. Ini kali pertama lalu sini sejak ianya dibuka. Tujuan ianya dibina ialah untuk memendekkan masa perjalanan sebab MRR2 tu tak pernah tak sibuk jalannya 😅

Bertingket-tingket...

Tinggi highway ni... 
Boleh nampak satu KL... 
Masa ni crossed Kg Tasik Tambahan, Ampang. Ingat lagi masa pembinaan SUKE ni , jammmm teruk area sini... 

Tol tak ingat berapa ringgit :( 

Sebelah pergi kami ikut Grand SAGA dan lalu LEKAS. Memang lekas sampainya haha...

Teruja first time kami sampai di Sikamat. 

Masa balik dari kenduri, Ummi cakap tak payah on Waze, Ummi ingat nak ke simpang ni, sebab kami nak singgah solat di surau Caltex Temiang. Sekali terlepas simpang, lajak sampai ke SASER 😆

SASER: Sek Men Sains Tuanku Munawer. 

Bersebelahan SBP ni, SMK Tunku Ampuan Durah (STAD), sekolah ternama di Negeri Sembilan dan dikenali juga di seluruh negara. 

Akhirnya kami berjumpa jalan keluar haha... Lepas solat pakat usung boba tea sorang sebekas... 

Brown Sugar Bubble Milk
Macam cendoi kata Walid 😆

Caltex ni unik; dia buka kaunter kecik je untuk cashier dia tapi sebelah menyebelah dia ada Zus Coffee, Family Mart dan Watson's. Sebelah belakang ada surau dan tandas. 

SA selalu singgah sini tak?