Showing posts with label Farm in The City. Show all posts
Showing posts with label Farm in The City. Show all posts

Nov 15, 2021

Cuti Deepavali ke Farm in the City

Assalamualaikum...


Orang lain ramai duk rentas negeri, check in sana sini...Kami masih setia duk Selangor..hahaha~

So alkisah cuti Deepavali hari tu, bawa kids datang FITC, again! Kali ke-3 dah aku datang sini sebenarnya...Boleh refer entry² FITC aku kat SINI <


Konon nak datang seawal tempat ni bukak. Sekali ding dong ding dong, pukul 10am baru sampai. Ramai orang weh!! Ingatkan ramai balik kg or bercuti. Tidak ye! Mungkin jugak orang negeri lain yang datang sini (sedapkan hati) 😂


Tunggu Apis. Beli tiket pun beratur uols. Udahnya 10.30am jugak la baru dapat masuk dalam 🥴
Walaupun dah pernah datang 3 kali, tapi ada jugak kawasan yang aku FIRST TIME masuk tau! haa teruskan membaca kalau nak tau kawasan apa yang first time masuk tu..hihi


By the way, sekarang korang kena beli sendiri food box untuk bagi makan kat haiwan² dalam tu. RM10 per box ye. Aku beli 1 box je cukup sampai habis round zoo. Ikut la macam mana korang bagi haiwan² dalam tu makan. Ada orang tak cukup 1 box, kena beli 2-3. So nak cakap beli 1 je pun tak boleh. Sebab depends pada cara korang bagi makan.


First stop is turtle area. Kat sini haiwan² semua bebas. Pelawat pun bebas nak pegang ke, gomol, bagi makan, posing dengan haiwan. Bebudak suka sangat ye. Kawasan sini staff ada sediakan daun/sayur untuk bagi turtle makan. If nak bagi carrot yang dalam food box korang beli tadi pun boleh. Aku amek je yang staff dah sediakan tu. hihi~


Besar-besar turtle kat sini.


Kuat makan pulak tu. Asal hulur daun, dia ngap! haha


Ini pulak bahagian burung². Ada macam² spesis burung dalam ni. Semua jinak². Dalam food box yang RM10 tadi tu ada makanan burung tau. Guna je makanan dalam tu untuk bagi burung² makan. Dulu pihak zoo sediakan makanan burung. Now no more.


Kalau berani, boleh posing dengan burung macam ni.


Savanna ni kawasan paling ngeri. Kenapa? sebab banyak kambing. Pastu semua agresif. Pantang tengok orang pegang makanan dia akan kejar. Aku siap main kejar² dengan kambing dalam ni. hahahaha~  geram betholll!


Kawasan palinggg berbau. kahh! Besar bak hang lembu sini. Pun sama kuat makan. Laju je ngap bila hulur makanan.


Rusa² sini duk dalam kandang. Maybe sebab agresif sangat. haha~  Tapi kawasan kambing pun agresif jugak. Cuma dorang tak cederakan orang. Agresif sebab nak makan 😂


Kawasan rabbit and longkang fishing ni tenang sikit. Walaupun ramaiiii orang, tapi haiwan² semua behave. hahaha~  Ada tempat makan jugak area sini tapi jual food ringan² je macam sandwich, sosej, nugget camtu. Kitorang rehat minum² sekali kat area sini. Boleh tahan penat ye. Tua betholll


Settle rehat, sambung bagi haiwan makan. Banyak jugak makanan sesepah, so anak² aku tukang kutip, pastu bagi haiwan makan leklok. Jangan bazirrr gitu. 


Tau tak ini haiwan apa? Nama haiwan ni Pelican bird ye adik². Ada masa² tertentu, staff akan sediakan ikan untuk korang bagi Pelican bird makan. Macam mana bagi Pelican makan? Korang baling je ikan tu. Deme pandai tangkap nanti. First time lah anak² aku tengok Pelican depan².


Ni kawasan reptile tak silap. Boleh pegang biawak. Tak sangka anak² aku semua berani pegang biawak. Aku mampu tengok dari tepi je lah. hahaha adehh~


Bagusss! Baloi bawak datang sini. hahaha~  Staff situ kata, ada show ular jugak kat sini tapi pukul 2pm baru start. Masa kitorang sampai sini baru pukul 12pm+ gitu. Idok lerr nak tunggu sampai pukul 2pm. Ular pulak tu, geli.


Then ada burung kakak tua. Dulu ada parrot show. Now dah takde. Taknak orang bersesak² kot kat sini. Korang nyanyi je lagu burung kakak tua kuat² sambil goyang² badan, nanti parrot tu akan follow tau. Tak percaya cuba lahhh! Dulu punya Parrot show boleh tengok entry SINI


Musang pun ada. Makanan musang boleh beli kat mesin makanan yang disediakan. Ada banyak food machine dalam ni. So makesure standby cash siap² ye.


Posed sebelum keluar. Pertama kali datang FITC vs NOW! Look how much we've grown! haha


Thank you FITC for having us! Kids happy sangat. Sampai sekarang duk sebut² pasal haiwan² dalam tu.


Ni harga tiket masuk ye. Hanya RM132 untuk satu family (2 adults, 2 kids). Kids bawah 90cm FREE!

Siap dapat 2 free gift, 2 box makanan haiwan (rm10 each), beberapa voucher makanan dan 2 sijil penghargaan dari FITC..baloi sangat weh! 🤩


More info 👇





UPDATE DEC 2021: Vlog FITC dah upload! go watch now! https://bit.ly/3pTT1KX
 




Terima kasih sudi membaca!

Sep 15, 2018

Harga Tiket Farm in the City 2018

Assalamualaikum...


Hari tu aku dah up entry Farm in the City (FITC).  Apa ada dalam tu, aktiviti apa boleh buat dalam tu. Sekarang harga tiket dah naik wooo! Aku kena gak buat entry ni sebab kesian readers yang baca entry lama tu. Kang ada pulak cakap aku nipu. Padahal tu entry lama. Tak sangka jugak la harga tiket dah naik. hurmm


Ni harga tiket TERKINI ye. Tak tahu lah akan datang dia naik harga lagi ke tak.


Normal Entrance Rates: 
Adult: RM55
Children/Senior Citizen: RM45

MYKAD Discount: 
Adult: RM37
Children/Senior Citizen: RM30
Note: All rates effective 1/Feb/2018
* Child ticket is below 11 years old *
* Child below 90cm in height is FOC. *
* Senior Citizen (above 60 years old, entitled child price) *


Family Package (MyKad Promotion) – RM125 nett: 
– 2 Adults + 2 Children Entrance Tickets
– 2 units of Farm In The City souvenirs
– 2 boxes of Animal Feed
– 2 pieces of “Buy 1 Adult Free 1 Child” KL Tower Mini Zoo Vouchers
– 2 Certificates of Attendance for 2 Children
– Special Edition Reusable Bag
– RM 5.00 Discount Voucher for RM30.00 purchase at Happy Farm Souvenir Shop
– RM 10.00 Food Discount Voucher for Kampung Style Restaurant’s Family Set Meals


Animal Feedings:
RM2 per feeding (guna token)


Pony Ride:
RM7


Alamat:
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.
43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia



Customer Service:
+603-89412099

Operating Hours:
WEEKDAYS: 10:00am-6:00pm
WEEKENDS: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday.


Social Media:
FB: Farm In The City 城の农场
IG: @farminthecitymalaysia
Website: Farm in the City





Terima kasih sudi membaca!

Aug 14, 2018

Farm in the City, Seri Kembangan (FITC)

Assalamualaikum...


Kali kedua jejak kaki ke FITC. First time pi dulu tahun 2015. Zafirah takde adik lagi. hahaha~  Tapi dulu sempat update entry harga tiket je. Dasar betul. Eh harga tiket sekarang dah naik ye. Jangan percaya entry lama aku tu. Sian korang. Nanti aku update entry harga tiket terkini. Lupa pulak snap gambar harga² hari tu. Nanti ehhh 😁


So, alkisah Ahad hari tu laki ajak pi FITC. Pergi ramai² dengan geng blogger lain. Eh takde la ramai dalam 5 family je kot. haha~  Meriah sikit kali ni sebab memasing anak dah ramai, pastu dah besar².


Budak below 90cm free entrance ye. So, baby je lah free. kahh! Actually area sini ada permainan tradisional. Lupa lak amek gambar. Korang try lah. Bebudak mesti suka.


Mula² jumpa turtle dulu. Dua² penakut pulakkk nak bagi turtle makan. Bukan nya dia boleh kejar korang pun! 😒


Penat oke sambil dukung baby sado sambil tarik tangan bang ngah paksa dia bagi turtle makan. hahaha  dik baby jangan besar sangat bijik mata tu. Tunggu awak dah boleh jalan sok kita datang lagi yee. huhu


Antara haiwan yang dipamerkan. Ada yang dikurung gini, ada yang dia bagi lepas je.


 Kawasan burung². Boleh bagi makan sendiri. Kalau berani lahh. Aku penakuttt. kahh!


Kasi can laa tepek muka laki sendiri. Blog dia dah karam kat lautan dalam. Harap tumpang glemer kat blog bini je 😏


Dalam kawasan ni pulak ada alpaca, deer, kangaroo dengan apa tah. Alpaca dengan kangaroo tu dikurung so takleh pegang². Tapi deer dengan haiwan apa tah lupa pulak aku, dorang bagi lepas je. Kalau kau pegang makanan haiwan tu kejarrrrr oke! hahaha~  Zafran surrender dah, kena dukung. Zafirah tu oke lagi bertahan sebab ada kawan. Malu la dengan kawan kalau takut khennn 😏


The smallest monkey in the world. Ada sekor je dia dalam tu. Sian.


Rabbit duk dalam sangkar berani la dia bagi makan. Ce rabbit tu kat luar? 😝


Longkang fishing. Untuk budak bandar macam anak² aku memang syok la dapat experience gini.


Masa kitorang pi ramai gak rombongan tadika datang. Ada budak yang geram agaknya tak dapat ikan, dia celup semua tangan dia masuk kolam. Macam nak terjun masuk kolam pun ada weh. Sabar je lah. haha~  So kalau anak² korang jenis tak takut pegang² haiwan, kena pantau lebih lah jangan kang ada yang berendam pulak dalam kolam tu. Mentang² cuaca panas, berpeluh². Sedap je bila kena air. hihi~


Ouh kalau korang bawak baby, make sure bawak sekali kipas. Sebab panas membahang dalam tu. Walaupun banyak pokok², tapi angin nan hado. Berpeluh lenjun memasing. Baby pun sama peluh². huhu~


Bagi makan ikan and angsa pulak. Sebekas makanan ikan tu RM2. Ada mesin token disediakan dalam tu untuk animal feeding. Jap lagi aku tunjuk gambar mesin token tu.


Zafran tu first time bagi ikan makan. Eksaited sangat dia 😍  Lepas bagi animal feeding boleh cuci tangan anak² di sinki yang disediakan. Ada banyak sinki dorang sediakan dalam ni siap sabun bagai. Jimat wet wipes korang 😜


Haa ni lah mesin token yang aku maksudkan tadi. Untuk pony ride pun kena guna token.


Kebetulan masa lepak area 'longkang fishing' dorang ada buat aktiviti ni. Kenali guinea pig. haha! Dorang bagi gambar, suruh lekat kat atas kad pastu tulis nama belakang kad tu. Pastu ikat reben. Jadi lah macam penanda buku. giteww~


Walaupun dia tak paham apa, tapi join jugak lah. Mana boleh dia tengok je kaklong sorang buat aktiviti.


Ada jugak parrot show! Masa ni pukul 12pm kot. Tak dan tengok jam. Walaupun memang pakai jam tangan 😂


Khusyuk memasing tengok parrot show. Baru korang tau parrot boleh bercakap, boleh berlakon. hahaha


Parrot show dalam 15-20 minit gitu. Bebudak memang enjoy lah tengok. Aku pun enjoy sekali. haha~


Last sekali Pony Ride!! Dulu datang sini Zafirah kecik lagi. Dia takut nak naik. Sekarang dia dah besar, dah berani. Well done kaklong! Zafran tak naik. Penakut. hahaha~  Tunggu lah besar macam kaklong baru dia berani kot?


Pony ride ni ada time time tertentu. Bukan tiap masa ada. Masa aku pi ni dalam pukul 1pm. Next round pukul 3pm pulak. Aku tak pasti berapa orang boleh naik per session.


Dorang bagi naik 1 round je wakk. kihkih jadi lahh. Ikut kan Zafirah nak naik banyak kali. Kitorang malas tunggu sebab beratur panjang. Panas uii mama dah start migrain. Tak sabar nak balik landing atas katil. haha~


Sementara tunggu kaklong naik pony. Zafri tu kalau berdukung gitu memang lena kemain lamaaa. Ce letak dalam stroller, 5 minit je dah bangun 😒


Sebelum balik tu kitorang ada singgah cafe. Betul² otw keluar tu ada cafe. Lunch situ terus. Lapar + dahaga. Kat area 'longkang fishing' tadi pun ada cafe disediakan. Cuma tak pasti ada menu berat ke idak. Kat situ aku beli air je. Dah sampai area pony ni baru lapar. Order lah nasi goreng kampung, nugget (RM6, 6 ketul) and fries (RM6) untuk bebudak. Air botol RM4.50, air tin RM3.50, ABC RM5.


Dah keluar bebudak dapat eskrim. Heavennnn!


Happy sangat datang sini. Happy kiddos, happy me!


Zafirah: best sangat la mama datang sini. Boleh tak nak datang lagi?? kaklong sukaaa. best sangat sangat!


Allah nakkk. Memang tu lah pun motif mama bawak korang datang sini. Nak bagi korang happy. Lain kali ada rezeki lebih kita datang lagi ye. Tunggu la adik baby besar dulu ke. Sian dia mampu tengok je 😝


k tu je nak cerita. Korang bawak la anak² datang sini. Kompem tak nyesal. 😁





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015