Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Apr 10, 2019

Buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa 2019

Assalamualaikum...


Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Sya'ban kan? Kurang dari sebulan lagi dah bulan Ramadhan. Puasa dah habis ganti ke tu??😜  Aku ada lagi 7 hari. Out of 30!! phew~  Well, salah timing pulak beranak. Tu yang kena ganti sampai 30 hari. huhu~  Slowly but surely. InsyaAllah. 💪


Ganti tetap ganti, lokasi berbuka tetap onzzz! hahaha~  Salah satu tempat yang boleh kata favorite kitorang untuk iftar:


Aku pernah buat entry pasal resort ni, cerita pasal bilik, swimming pool and breakfast. Boleh klik link kat atas tu 👆


Dalam salah satu entry aku tu ada aku highlight yang F&B kat sini terbaikkk dari ladang! Tu baru cerita menu breakfast. Kali ni nak cerita menu² KHAS sempena bulan puasa nanti. Jangat jilat skrin sudah ye 😜


Muka happy gila bila jadi orang terawal merasa menu² buffet ramadhan 2019. Lokasi berbuka dorang buat di Verandah Cafe. Lokasi sama dengan tempat breakfast. 

Ruang buffet yang agak luas dan selesa. Takde la berlaga² bahu time amek food.👍

Pelbagai jenis pencuci mulut (kuih, buah²an, kek dan pastries). Cheesecake sedappp!! Must try!

Menu paling WIN! Ketam and udang. Ni lah menu yang aku looking forward sangat bila datang Cyberview Resort. Masa first time aku berbuka kat sini tahun 2017 dengan geng² kolej aku dulu, memang kitorang aim menu ni je. Bukan senang nak jumpa ok! 😍   Susah nak makan?? Hellooo pakai tangan sudahhh! Sinki ada disediakan. hahahaha~

Sehingga menjilat jari! Nasib baik ada baby, kalau tak mau berekor-ekor ketam aku belasah. Tok laki pandang kecik besar je kat sebelah. Siapa suruh tak makan seafood? Benda rare macam ni sedap ok sedapppp! 😏


More seafood. nyumsss~

Pelbagai jenis sushi.

Pelbagai jenis ais krim.

Yaa ni antara keunikan menu² di Cyberview Resort. Tahun² sebelum ni dorang buat ice cream Chicken Rendang. This year tukar ice cream Nasi lemak! Nak tau apa rasa dia kena lahh cuba sendiri ok! 😘

Menu bakar²

Boleh tengok muka chef sekali 😝

Oke tu semua menu² yang diletak di bahagian dalam Cafe. Ada juga stall² di bahagian luar (tepi). Antaranya:


Kambing panggang. Entah berapa ekor lah dorang panggang tiap malam. pfft!

Asam pedas ni dorang masak panas tau. Bukan masak siap² dan dipanaskan. Pilih ikan kegemaran korang (Patin, Tilapia, Salmon). Fresh dorang masak depan kau. Nak request ikan low/medium/well cook pun takde hal. Dorang boleh layan. hihihi~ Selain asam pedas, ada juga masak tempoyak. Wow!

Apa yang aku share dalam entry ni hanya SEBAHAGIAN menu sahaja! Ada banyakkk lagi menu² lain yang dorang akan hidangkan masa iftar nanti. Tak larat aku nak taip satu². haha~  Balik rumah jadi ular sawa je lah masing² 😝


Sambil makan or lepas makan, boleh layan view cantik betul² depan Cafe. Tapi boleh tengok je. Kolam tutup pukul 7pm 😁
Surau juga ada disediakan. Sejadah, telekung semua lengkap! Datang bawak makeup bag je. ehhh! 😝

Wajah² kekenyangan 😝

Jom tempah now! 😉
Walk-in price: 
Adult: RM138 nett
Child: RM68 nett
Senior Citizen: 30% discount
Early bird voucher (valid until 6 May 2019):
Adult: RM110 nett
Child: RM55 nett


📢📢PROMOTION!!📢📢
FREE hot air balloon sunrise ride for 2 pax for every group booking of 200 pax! Ajak bos korang buat company iftar kat sini wei. Baloii!
For enquiry, call 03-8312 7042 / 7041





Terima kasih sudi membaca! 

Dec 18, 2018

Shopping Makanan Thailand di Big C Supercenter

Assalamualaikum...


Bila pergi negara orang, rugi lah tak mencuba food dorang. Cari yang memang takde dijual kat Malaysia. Baru rare! Aku kalau pergi travel memang duk cari makan je. Bab shopping benda lain aku tak reti. hihi~


Selain 7-eleven yang bersepah, korang kena try pergi shopping dalam Big C Mall ni. Ada banyak cawangan seluruh Thailand. Google je. Macam kat Bangkok ni je ada 2-3 cawangan kot. Tapi yang dekat dengan hotel aku ni dia punya Center. Memang besarrrrrr! Harga pun ofkos la lagi murah dari 7E and lagi macam macammmm pilihan! Rasa nak borong semuaaaa. pfft!


 Dua kali aku pergi Big C ni. Memborong makanan and minuman. Luggage dah beli banyak, rugi lah tak penuhkan. ngee~


First time pergi masa hari kedua kat Bangkok. Balik dari Asiatique, tidurkan baby dulu, then baru keluar dengan opismet lain. Malas bawak baby sebab dah penat sangat sebenarnya nak dukung² dia. Parents aku pun takmo pi, so dorang tolong jaga baby. Tu lahh gunanya amek connecting room wakk. kikiki~


Mall ni bukak sampai pukul 2pagi. Tapi Big C ni je lah, kedai² lain keliling dia tutup pukul 10pm. Sebab tu tak kisah nak datang tengah malam pun. Kitorang naik tuk tuk. Memasing tak larat sangat dah nak jalan. Bayar je lah tuk tuk yang mahal tu. Perjalanan 5 minit je dia cas sampai 100baht (RM12.80). pheww~


 yaaa ni lahh yang kitorang cari!! kahkah~


 Kitorang beli SEMUA flavor. hahaha~  BTW Sesame Dip tu tak sedap! Nasib beli 2 botol je hari tu. Nak bagi orang lahh. 🙄


Baru ni pergi IOI City Mall, aku perasan F&N pun dah buat susu dalam packaging botol gini. Baru launched tapi belum distribute to hypermarket lagi and tak tahu lah harga berapa sebotol. Harap mur mur macam Thailand punya jugak lahh. hihi~


 Beli ni jugak. Alkisah terpengaruh tengok IGS kak Fillanie😑  More, packaging dalam bentuk peket macam ni, sekali masak je. Sepeket tu ngam untuk 2-3 orang makan. Idak lerr membazir or leceh nak storage. Bawak travel pun senang. Aku dah rasa Green Curry Paste tu, memang sedap! Pedas dan sedap. Tom yum paste belum cuba lagi. Bila tah nak buat. Dapur jarang berasap gitu lerr. Orang lain beli kau pun sibuk nak beli. Lepastu pening tak tau bila nak masak 😒


Ada banyak jenama lagi paste² ni. Tapi aku beli yang kawan aku rekomen je lahh. Paste ni HALAL ye wakk! Kau tengok je lahh logo halal kat peket² paste tu. Kalau takde logo halal jangan laa beli, macam coklat mentos yang viral kat FB tu dengan keropok Lays. Kemain orang share padahal aku tengok memang takde logo halal pun kat packaging tu. So pepandai lah check ye.


 Ni pun wajibbbbbb beli bila kau datang Thailand. Kopi ARABUS. Sedap nak arwah. Memang takde jual kat Malaysia wakk. Ada 4 flavor sebenarnya. Lagi satu flavor caramel. Masa ni aku tak amek caramel sebab ingatkan manis leting potong kaki. Fobia betul minum air caramel masa kat Aussie dulu. hahaha~  Esoknya tu kawan aku cakap takde la manis sangat. Sebab dah campur kopi so dia rasa just nice. Malam terakhir tu memang aku ada beli, sampai Malaysia anak² aku dah qiqah kan dulu air tu. 😭


 Kali pertama datang, beli untuk diri sendiri dulu.


 Ni kali kedua datang (malam terakhir), borong untuk kawan² yang kirim. Aku open order kat IG & FB. Beli extra jugak untuk bagi gift kat orang. Kat sana memang aku tak beli langsung souvenir macam fridge magnet, keychain semua tu. Tah kenapa tak berkenan pulak nak beli souvenir gitu. haha~ 


Ni lagi air yang korang wajib beli bila datang Thailand. Ni harga 7-eleven. Lupa pulak snap harga dalam Big C tu. Memang lagi murah dari 7E. Air ni pun berbotol² aku borong. Flavor coffee palingggg sedap! Lebih 5 botol coffee je. Total dalam 20 botol gak aku beli. Macam biasa sampai Malaysia, tak sampai seminggu licinnn. Kemain bebudak ni breakfast air susu thai 😏


Susu strawberry ni sangat sedap wakk. Makan dengan biskut rasa dia macam biskut coklat Zig Zag tu. Zafran paling suka. Pastu sugar rush 😝  Kadang aku campur atas brownies. Ya tuhann nikmat sangat! hahaha


NOTA PENTING: Dalam Big C ni ada sorang scammer peminta sedekah. Bangsa arab kot, tapi fasih berbahasa melayu. Macam biasa lah modus operandi guna nama Islam, mintak derma untuk al quran lah, buku lah, sekolah lah. puii~  Baca al fatihah entah lepas entah tak tu sibuk jaja nama Islam. Eh sakit pulak hati kita bila teringat balik 😑  Dia akan aim perempuan TUA. Yaa yang muda² macam aku dia tak kacau. Dua kali pergi Big C, dua kali jumpa mamat tu.

Kali pertama datang, dia aim mak opismet aku. Selagi tak layan, selagi tu lah dia ikut bontot makcik tu. Last² makcik bagi jugak RM20 kat dia. Tak habis kat situ je wakk, dia bantai mintak lagiii. Nak RM50 pulak katanya, nak beli al quran. Again guna nama Islam. Aku ada sebelah makcik tu, menyirap je aku dengar terus aku pandang dia sambil cakap, "SYUKUR ALHAMDULILLAH", sambil buat tangan suruh berambus. Haa lepas cakap gitu baru dia nak berambus.

Malam kedua datang, dia aim mak aku pulakk. Hey silap lah kau nak cari pasal dengan mak aku. Nasib baik aku memang ada kat sebelah mak, duk busy cari barang yang sepupu aku kirim. Aku dengar je suara "Asslamualaikum" haa terus tak sedap hati dahh. Aku toleh belakang nampak muka dia. Terus aku sergah, "YOU AGAIN!! I GIVE MONEY YESTERDAY RIGHT?!"

Dia ingat muka aku. kahkah~  Terus terkulat kulat cakap sorry and blah dari situ. eeii hangin betul spesis penunggang agama ni. Dah la pemalas. Mak aku tu umur nak masuk 60an pun masih bekerja! Kau badan sihat walafiat, LELAKI pulak tu tak malu ke mintak² derma??!! Mohon mereput dan jangan membiak spesis macam ni! 😒



Sentiasa berhati² oke. Bangkok tu pulak dah pernah ada kes bom bom, lagi lah kena extra careful and alert sentiasa. Kalau bawak parents, kau jalan rapat² dengan parents kau. Siapa lagi nak lindungi dorang kalau bukan anak-anak?


K tu je sharing pasal Big C mall. Selamat membeli!





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015