Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Sep 28, 2021

SkyCab & Skybridge Langkawi | Travel Bubble Langkawi 2021

Assalamualaikum...


Thank you to those yang respon kat entry aku sebelum ni. Dah lama sebenarnya takde orang komen kat entry² baru aku. Maklum lah dah sendu. Hidup segan, mati tak mau camtu 😂


So, aku decide untuk teruskan menulis pengalaman aku dengan travel bubble Langkawi. 
Ayuhh! 😁


Kitorang pi Langkawi takde itinerary. Redah dan dedah. hahahaha~   Sampai je epot Langkawi, terus decide nak pi cable car. Mula² laki aku ajak lunch dulu. Tapi memasing dah kenyang makan atas flight. Lagipun sejak PKP waktu makan kitorang tak tentu. Bila lapar baru makan. Takde spesifik time untuk makan.


Masa ni pukul 11.30am tak silap. Matahari terpacak elok atas kepala. Panas berdenting! Tapi tetap gigih nak naik cable car jugak! bahaha.  Trust me, it was WORTH IT!! Tak percaya?? korang baca je entry aku sampai habis kayy 😁


Laki aku beli tiket kat Shopee je. Klik sini > https://shope.ee/3AUNL3ZWDY
Lagi murah dari walk in. Korang search je nama shop tu ok. Sekarang ni harga tiket semua PAKEJ dengan 3D museum pastu apa tah lagi. Dah takde tiket single naik cable car sahaja. Maybe attractions lain tu sendu sangat so dorang paksa beli pakej. lulz~


Dah sampai kaunter baru laki aku beli tiket kat Shopee. Sebab dia nak compare harga. Kena tunggu dalam 10 minit macam tu untuk seller bagi voucher. Bukan lama pun wehh. Jimat banyakkk untuk 5 kepala. Lengang je masa kitorang sampai. Ada la 2-3 family lain jugak. Tapi sunyi and tak busy pun.


Takyah beratur! Siap boleh pilih nak naik car warna apa (perangai anak aku) 😂


Masa mula² naik rasa bahang betul duk dalam tu. Takde ekon kan. Tapi bila dah naik tinggi, sejuk je beranginnn. View cantikkk! Sebab tu elok datang tengah hari. hahaha~


Cafe kat belah atas. Best lepak sini berangin. Ada je family lain but tak sesak. Tenang je.


Ni kat area panorama view. Kosong!! Nak posing pun tenang. Laki aku siap buat video tiktok kat atas ni. More reason kena datang sini time tengah hari buta, gambar cantikkkk!! Air laut tu nampak berkilat, cantikkk sangat! Dengan awan kepok² Subhanallahhh 😍


Then, kitorang turun pergi skybridge pulak. Aku lupa snap gambar harga tiket. Ni ihsan dari follower aku. haha~  Thank you sisturr!


Takde orang pun Q masa kitorang sampai. Setiap kali orang naik, staff akan spray bahagian dalam car untuk disinfectant.


Tinggi ye. Dalam 3-5 minit macam tu nak sampai bawah. Aku tak menyesal bayar untuk skyglide. Sebab kalau turun tangga mau 30 minit baru sampai. Dengan anak lagi. Bayangkan je dah boleh buat aku anxiety. adehh~


Tenang sangat nak bergambar. Kat sini pun ada je family lain, tapi tak ganggu pun untuk bergambar. Semua ada port masing²...gitu


Kaca tu selamat dipijak. Jangan risau. haha~

 
MasyaAllah, view yang takkan dapat kat KL. 😬


Cable car ni tutup pukul 7pm tak silap. Attractions lain tutup pukul 5pm ke 6pm macam tu. Then, kat sini hujan petang² . Kalau hujan, skybridge tu dorang tutup tau. Even hujan dah berhenti sekalipun, dorang takkan terus bukak. Kena tunggu air kering baru dorang open semula. Reason dia nanti licin, bahaya. Udah rugi je masa and duit korang spend untuk naik atas, tapi tak boleh round habis². So, yeah tak menyesal datang sini tengah hari buta. Pakai lah sunblock tebal². hihi~


Ok tu je for today. Next entry cerita pasal 3D museum. InsyaAllah 😊


Vlog uploaded! Go watch now!






Terima kasih sudi membaca!

Sep 25, 2021

Covid Test di KLIA 2 | Travel Bubble Langkawi 2021

Assalamualaikum...


Fuhh lama betul tinggal dunia blog. Sawang terukkk dah ni. haha~   Tiba² rasa nak update sesuatu sebab aku rasa blog masih relevan zaman ni. kan? kan?


So baru ni aku pi bercuti ke Langkawi. Support travel bubble gitu. Aku harap takde yang kecam lah posting ni. Kalau tak suka boleh skip takyah baca. Aku tak suka orang yang negatif follow aku. titik!

Rasanya semua orang aware pasal SOP ke Langkawi. Selain dari kena lengkap 2 dos vaksin dan habis edah 14 hari, korang kena buat swab test. Test ni samada buat di klinik (72 hours before fly, then bawa result ke kaunter untuk verification), atau bawa sendiri self test kit, dan test di kaunter. Bukan buat test sendiri kat rumah ye, kena test depan staff KKM yang bertugas di airport.

Yaa ada staff KKM bertugas untuk pantau proses covid test dan doktor untuk sahkan result korang tu. Kalau tak pandai buat sendiri, staff tu yang akan tolong ajar. Lepastu kena verify result kita tu di kaunter check in.


Sampai je airport, korang boleh tanya polis bantuan yang bertugas kat mana kaunter untuk swab test. Then, korang akan jumpa 'Kaunter Pendaftaran' ni. Kena daftar nama semua yang kena buat test. Airpot lengang gilehh so takyah beratur² pun nak buat test.

Takde jolok2 hidung pun..semua guna saliva je..pastu only 7 years old and above yang kena buat test..hat kekecik tak payah test..tak faham tanya je staff ok! Staff airport semua very helpful! Seronok pulak aku nyembang sampai laki duk bising suruh cepat nak kejar masa..sekali sekala jadi ramah dah kena marah 🥲


btw, kitorang dah buat web check in seminggu sebelum fly. Masa check-in, dorang akan request kita masukkan QR code sijil vaksin tau. Kalau takde sijil vaksin memang tak boleh check in ye. Then, boarding pass kita akan ada cop 'Verification Needed'. Benda ni lah result swab test kita yang nak kena verify di kaunter. If bawa result dari klinik pun kena verify di kaunter.


Kitorang beli sendiri test kit...flight pukul 9.50am, kitorang sampai epot pukul 8am...airport lengang ye, takde beratur2 pun untuk test...haha


Memang ada gambarajah panduan guna self test kit. Tapi risau kang salah, better tanya je staff bertugas. Macam aku mentioned sebelum ni, staff very helpful.


Kena tunggu result dalam 15 minit, then pi verify result tu kat mana² kaunter check in (tak banyak pun kaunter yang bukak). Proses ni makan masa dalam 40-45 minit jugak..lagi ramai ahli nak kena test, lagi lama lah proses...belum campur berborak lagi..staff epot pun rajin layan nyembang 😂


See...lengang..huhu.  Syukur jugak kedai runcit bukak. Beli roti dengan air untuk bebudak. Sian dorang lapar nak breakfast.


Setiap check point nak ke boarding gate pun ada saringan - check sijil vaksin dan result covid test...details ye dorang check. Leceh? haa memang kena leceh lahh...kang ada kluster korang jugak bising khennn.


Nak dekat sampai boarding gate pulak kena isi form (online form) setiap passengers...kitorang 5 beranak, banyak jugak la benda nak kena isi 🥴

Lagi 10 minit nak boarding baru kitorang boleh bertenang 😂


Satu keluarga, sorang je lah yang isi form. Tapi dia kena isi semua nama yang akan naik flight. Faham ke faham?


Finally, boarding! Kitorang tak beli seat pun. Semua auto assign. Alhamdulillah takde terpisah².


Beli food siap² kat web sebab flight pagi memang tak sempat lah nak breakfast. Laki aku beli nasi Beriyani tak silap. Dia seat lain tak dan amek gambar. Makan share² je sebab bebudak dah kenyang makan roti. Alahh perjalanan sejam je pun. Sampai Langkawi boleh makan lagi.


Sejam kemudian, selamat landing di bumi Langkawi.


Ok rasanya tu je sharing pasal covid test untuk travel bubble Langkawi. Kalau aku rajin menulis lagi nanti aku share keadaan kat Langkawi pulak ye. LENGANGGGGGG ok!!!!


Terkejut ular masuk rumah. Tapi memang rezeki la.. Tanya abah, Rupa-rupanya inilah...See more

“Fans Coldplay sebak tengok vokalis Coldplay Chris Martin bersujud bila tiba di Malaysia tadi. Pemilik video ni men… See more

Mawar dan Raf sepatutnya hadir ke mahkamah syariah semalam.Isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia... See More

Till then....
 



Terima kasih sudi membaca!

Aug 14, 2019

Hari Terakhir di Langkawi | Mahsuri International Exhibition Center

Assalamualaikum...


Hari ke-4, hari terakhir kami di Langkawi. Kalau bawak anak, 4 hari 3 malam tu kira just nice lah. Kalau stay 2 malam rasa macam rushing sangat. Pada aku lah rushing. hihi~


Plannya hari ni nak pi MIEC untuk tengok exhibition aerospace. Sebab hari ke-4 ni baru dorang open to public. 


TIPS: Korang kena check betul² jadual LIMA, bila dorang open exhibition MIEC to public sebelum korang beli flight tix. Laki aku salah tengok jadual, dia ingat kan hari ke-2 public dah boleh masuk. Rupanyaaa hari nak balik KL baru open to public. Udahnya kelaut itinerary asal.😑


Lepas breakfast kat hotel, kitorang terus siap² and check-out terus. Flight balik pukul 5.30pm (last minute AA tukar asalnya balik pukul 3pm), so memang sempat lah nak terjah MIEC sebab sebelah airport je pun. Boleh jalan kaki pergi airport. Pukul 10am gitu kitorang check-out.


 Tapiiiiiiiiiiiiii jalan jemmmm merata²!! Ya aulohh 2km je pun 37minit. Jem melekat ok! Sesambil jem tu tengok je lah air show dari dalam kereta. Untung perumahan yang dekat² airport tu. Jengah dari tingkap je nak tengok air show. huhu~


 Sampai tertido hahh adik baby. Punya lama melekat dalam jem. adehh~  Ouh btw adik baby sihat sepenuhnya hari terakhir ni. Alhamdulillah.


 Sebab lama sangat duk dalam jem sampai sejam lebih, aku ajak laki lunch dulu. Lapar la pulak. haha~  Kitorang pi kedai biasa lah kalau dari airport, jalan hala ke Beras Terbakar, kedai ni belah kanan. Masa ni baru pukul 11.30am kot, lauk tak banyak sangat. Tekak aku ni asal ada sambal dah cukup. Takyah lauk fancy² pun takpe.


Lepas makan, redah jem lagi hala ke airport. Jem hoi! Parking toksah cakap la, memang takde ni sebab dah tengah hari kan. So laki turunkan kitorang 4 beranak kat entrance MIEC, dia pi cari parking. Idak la aku tunggu dia cari parking yang agak mustahil tu. Aku teruskan je beli tiket and masuk dalam exhibition hall dengan anak² aku. Lagipun nak kejar masa, kena standby kat airport at least pukul 3pm.


Kenapa gigih jugak nak masuk walaupun rushing?? Sebab anak² wakkk! Motif datang LIMA semua sebab anak². Dorang suka gila tengok aeroplane, so mama papa bawak tengok real aeroplane. Macam² jenis ada. Semua dorang boleh tengok kat MIEC.


Entrance fee RM20 (adults), RM10 (kids) << Rasanya lahh. Aku tak ingat tau! hahaha~


 Zafirah behave gilaaaa! Panas berdenting don't care! Mama suruh posing je dia senyum manissss. Good girl! Zafran tu je lah drama. Aku letak payung atas lantai pun dia ngamukkk. Risau payung terbang. Korang tengok la gambar² dia nanti semua pegang payung kayy. 🙄


 Sebelum masuk kawasan ni korang kena lalu security macam kastam kat airport tu. Ada scanner bagai kot korang bawak besi ke, pistol ke. Botol air TAK DIBENARKAN bawa masuk ye. Makanan pun tak boleh bawak masuk. Semua kena tinggal kat tempat scanner tu. Ramai lah tentera² yang jaga. Tapi kalau korang bawak botol Tupperware or botol air baby dorang bagi je lepas. 


 Abang PASKAU (Pasukan Khas Udara) pun tolong pegangkan payung. LOL~ Zafran...Zafran...


 Mama's ootd taken by Zafirah! Yelahh papa takde kan pi cari parking. Zafirah je lah boleh harap tolong snap gambar mama. 😍


 Zafran dan payungnya 😝


 Ni dalam US Air Force. Ada ekon! yahooo! Ramai orang melepak dalam ni. Zafran tu mula² taknak naik. Sebab bunyi engine kuattttt sangat! So dia takut. grrr~  Aku dah la dukung adik baby, mana dan nak dukung dia pulak. hishh~  Sebbaik dia tak meraung kat depan pintu aeroplane tu. Ouh btw tu BUKAN botol air kami. Siapa tah takde tamadun buang sampah dalam tu. hurm.


 Amek nafas kejap je dalam ni. Lepastu sambung berjalan lagi. Luas tau kawasan ni. Banyak jet and aeroplane korang boleh tengok.


 Helikopter Bomba pulerr.


 Masuk balik US Air Force. Papa cakap dah dapat parking, otw datang exhibition. So tunggu papa kat dalam ni je lah. Sejuk sikit. huhu~


 yay papa dah sampai bawak susu baby. hahaha~


 Jet Sukhoi.


Last posed sebelum keluar. Dah keluar baru jumpa gerai² jual makanan minuman. Kitorang tak beli pun sebab memang dah bawak bekal air siap².


Papa kata dia park dalam airport sebab fikir kalau terlambat keluar dari Exhibition takyah risau kena redah jem lagi. Dah janji dengan owner kereta nak pulangkan kunci by 3pm. Makanya ayuhhh, kita jalan kaki pergi airport. Ada lah dalam 10 minit perjalanan. Tak jauh tapi bila dukung anak + panas terik terasa jauh jugak lahh. huhu~


 Sampai airport, aku siap mandikan baby. Aku pun tukar baju sekali sebab pampers baby bocor kot. Lenjun je baju aku. Tukar je lah. Memang aku bawak spare baju semua orang. Yang lain tak tukar baju pun. Malas lah nak selongkar bag. Setel re-packing luggage, pergi wrap pulerr, then baru check-in semua bag.


 Flight delay sejam masa ni. Laki aku dah bising kat staff AA, pastu staff cakap control tower tentera yang handle, dorang takleh buat apa kalau dorang tukar schedule. hurm Baiklahh~


 Finally, boarding! yayy!


Adik baby dah selamat mimpi sebelum take-off. Aku mengharapkan kaklong and bang ngah menyusul lepas tu.


 Dorang aktif wakkk! Siap mintak nak makan. Allahu. Masa balik aku tak order food langsung! Laki aku laa tak bagi order. Dekat je, boleh makan kat airport, kang bazir tak makan eh macam² alasan dia. Sekali hahh! Memasing kebulur. grr~  Next time memang takleh dengar cakap laki. Merapu lebih. 😒


Last beli je lah kudap². Dah tu je meal yang ada. Nasi² semua habis dah.


 Alhamdulillah dalam pukul 8pm gitu sampai KLIA2. Solat dulu kat surau, then gerak balik. Aku nak dinner kat airport, laki takmo. "Mahal lah, kat Bangi je makan." Haa yelah tu. Dalam kereta semua anak² tidur. Memang tak makan langsung lah malam tu. Hangin betul aku.


Asalnya nak naik Grab, sebab dah malam, capek! Tapi anak² aku request nak naik train pulerr. Haihh. Mama pun tak pernah lagi naik train dari KLIA tu. hurm jom lahh kita try.


Yamboii sengih kemain bang ngah tu. Happy sangat dorang dengan trip kali ni.


Kitorang stop kat Bandar Tasik Selatan (BTS), ke Putrajaya?🤔


Sampai BTS/Putrajaya, kena book Grab. Laki aku noob gila dengan Grab ni. Awal² dia dah suruh booking. Aku cakap dah sampai tempat kita tunggu tu nanti baru booking, bukan lama pun kena tunggu. Dia duk bebel risau kang lambat, kang itu, kang ini. Sejenis suka risau. Tak paham aku. Aku malas nak gaduh dengan orang noob yang nak menang jugak, dia je lah betul so aku book jugak lah. Udahnya driver grab yang menunggu kitorang. Sebab kitorang tak jumpa jalan keluar. Mana pernah sampai BTS tu, dengan renovation nya, dengan penat nya, memang ler sesat.


Nasib la driver Grab tu baik, boleh tolak ansur. Uncle India. Dalam kereta kena tazkirah dengan uncle. Dia explain kat laki aku jangan book awal sangat sini takde masalah pun nak dapat Grab bukan kawasan kampung. Aku kat belakang dah sengih², padan muka aku cakap takmo dengar kan. Biar uncle tu yang tazkirah kat dia. wakakaka~


Eh tapi uncle tu cakap leklok laa. Walaupun laki aku melawan dia nak menang jugak kan. Kengkonon tak tau, first timer. Dah kau tak dengar cakap aku siapa suruh. Sila dengar ceramah orang lain.


Sampai rumah, angkat bebudak masuk bilik, semua tak sedar apa dah. Memang penat sangat lah tu. Dinner tah kemana. Lagi hangin aku malam tu. Lepastu laki boleh tanya kenapa aku marah?? Kau ghase?


K tu je kisah percutian ke Langkawi 2019. Nasib baik lah dah hujung² baru ada drama tak best. Dapat tidur atas katil sendiri memang hilang lah sakit hati tu. Home sweet home gitu.


VLOG UPDATED!! Check out my channel > https://www.youtube.com/watch?v=2CH0aT_nFUg


Till next entry. Bye!😘





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015