Showing posts with label Istana Budaya. Show all posts
Showing posts with label Istana Budaya. Show all posts

Dec 18, 2015

Konsert Hi-5 di Istana Budaya

Assalamualaikum...


FYI untuk yang tak tahu apa itu Hi5...hehe


Masa aku tengok banner ni kat FB memang dah rasa teringin nak pi...sebab Zafirah suka sangat tengok Hi5 kat tv...aku siap download cite Hi5 kat phone...kadang datang tantrum dia time makan kat luar ke time berjalan ke aku bagi la dia tengok video kat phone...bukak youtube kang bazir data tenet...tu download awal²...senang...ulang² tengok cite sama je...tak kisah sebab bukan selalu pun dia layan video kat phone aku...  :)


Tapi bila tengok harga tiket masuk...gulp! membazir pulak rasa nak melabur sebanyak tu semata² tengok konsert...haha


Then few days sebelum konsert dak encem cakap dia ada tiket...orang sponsor...wohoaa! haruslah mak yang teruja dulu!! kahkah  :p


mekaseh Malaysia Airlines sponsor tiket kat kami...wakil Kelab Blogger Ben Ashaari...muahciked! :)


Show dorang ada dua sesi dalam sehari...pagi dan petang...kitorang amek yang sesi pagi...petang takut anak ngantuk dia tantrum dalam hall tak best la kan...


i'm officially mak anak 2! yeyy! kemain kan habis pantang terus berjalan sana sini...kuikui  :p


ada booth jual segala mak nenek menan² Hi5...harga boleh tahan mencekik...bebetul buat duit dorang ni...tu yang Zafirah pegang tu harga dia RM25 oke! pejam mata bayar sebab dia duk bising nak beli jugak...orang lain boleh beli nape dia tak boleh beli?? gitu argument anak bertuah ni...ikutkan dia nak beli 2 souvenir...penat gaduh suruh amek satu je...hehh


show start tepat jam 10.30am...


FUN oke!! fun gilaaaaaa!! paling best bila tengok Zafirah enjoy habis dengan show ni...enjoy yang tahap she's having the best time of her life!! giteww   tak pernah tengok dia seronok macam ni...nak nangis pun ada tengok dia terjerit² panggil team Hi-5 tu...sampai papa kena bawak dia pi depan duk bebetul depan pentas pastu tengok dia melompat²...


eh mama sampai sekarang nak masuk 3 series tak pernah lagi tengok konsert oke!! awak 3 tahun dah tengok konsert dari artis feveret...amboi amboi  :p


Habis show team Hi5 sep sep dengan peminat² dia yang duk depan pentas tu...Zafirah pun dapat la sep sekali...ingat kan oke la dah dapat bawak dia tengok live artis² Hi5 tu...


masuk kereta melalak...dia nak Hi5 dukung dia pulakkkk...adoiii  kalau dalam tv memang ending tu dorang akan dukung bebudak yang datang show dorang...so dia mengharapkan ada adegan mendukung budak la kot macam yang dia tengok dalam tv...


Memang ada sesi meet and greets...tapi tu kena beli tiket VIP bhaii...tak kose oke!! grrr  pastu papa bawak jenjalan pi tasik Titiwangsa sebelah tu...belanja eskrim dengan coklat...nak pujuk punya pasal...eii ngada sangat! -.-


Nasib la tak susah nak pujuk....on the way balik dia mentido dalam kereta...sampai rumah dia ungkit balik nak orang Hi5 dukung dia...grrrr


Sampai sekarang kalau ada show Hi5 kat tv memang bukak tu je...cerita lain dia takmo tengok...haha  aku oke je...sesambil tu dia boleh belajar english...aku pun layan sekali tengok...ada few lagu and step dance dorang aku dah hafal pun...pehh! :p


Anak korang minat Hi5 tak?? :)





Terima kasih sudi membaca!

Dec 10, 2013

Lawak Ke Der 3...Lawak ke???

Assalamualaikum...


 Weekend lepas aku berpeluang menonton teater Lawak ke Der 3 di Istana Budaya...aku dah follow Lawak ke Der dari episode 1 lagi....tapi sebelum ni tak pi Istana Budaya pun....tengok kat lappy je...mana tah dak encem download...hahaha~  


sementara menunggu show bermula....oh lupa nak cerita...aku tak bawak Zafirah pun masa ni...sebab rules Istana Budaya memang tak boleh bawak budak below 6 years old...tak percaya korang check sendiri Etika Penonton kat website IB...so Zafirah aku passed kat family mertua untuk tolong jaga...mekasehhhh!! ^_^


untuk korang yang tak pernah masuk IB...ni lah ghope dewannya....aku terbayang filem Phantom of the Opera...hikss~  :p


pandangan dari seat aku....oke je sebenarnya....tapi aku banyak tengok skrin atas tu....sebab kat skrin baru nampak jelas mimik muka dorang....huhu~


Pengacara macam biasa lah tak pernah bertukar lagi, Nabil!! 3 pelawak yang beraksi untuk Lawak Ke Der 3 ialah Jambu, Harith Iskandar dan Douglas Lim....kalau korang biasa tengok Maharaja Lawak mesti dah familiar dengan Jambu....cuma bagi aku lawak Jambu masih terlalu 'low' untuk dibawa ke Istana Budaya...maaf....aku harap Jambu perbaiki kelemahan mereka...  :)


Harith Iskandar....yes memang ku nantikan persembahan dia...dari Lawak ke Der 1 memang aku suka sangat tengok persembahan Harith...stand up komedi yang setanding pelawak barat!! (sebab aku suka tengok komedi omputih)...dan kemudian datang pula Douglas Lim....err krik krik...krik krik....sumpah aku tak kenal Douglas Lim...member aku cakap dia biasa berlakon dengan Pua Chu Kang...tapi aku tak boleh ingat muka dia....hahaha maaf...bukan salah dia...tapi masalah otak aku yang pelupa...ngeee~   


Aku cuba buka minda seluas²nya supaya senang nak hadam lawak² yang bakal Douglas buat....hahaha punya la aku tak konfiden si Douglas mampu buat orang melayu ketawa (Douglas punya ayat ma!) :p    dan bila dia mula membuka bicara....ohh wooowwww!!! dia berjaya buatkan perut aku hampir pecah!!!!! lawak gila oiiii!!! gila pun tak lawak macam dia!!!! KAHKAHKAH~   siap dapat standing ovation dari penonton okeh!!!! Harith pun tak dapat standing ovation gitu!!! pehhh kelassssss kau Douglas...first time masuk Lawak Ke Der terus bikin fenomena!! syabas!!! dan aku teruja untuk tengok next show from Douglas!!  ^__^


Dalam 2 jam lebih kitorang bergelak ketawa sampai hampir cramp perut! thank you BroFramestone bagi peluang untuk kami saksikan teater lawak terbaik Malaysia!! 


terima kasih ESCAPE kerana menjadi penaja tiket² kami...  ^_^


Apa itu ESCAPE??

ESCAPE merupakan dunia hiburan peribadi anda yang boleh anda bawa ke mana sahaja.
Nikmati pelbagai video hebat, filem, konsert, berita, acara terkini dan banyak lagi, semuanya setempat.


ni lah tiket kami....seat huruf X yang berharga 176...untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket sila ke ticket2u.biz



Berita baik untuk pelanggan Celcom...korang semua boleh sertai peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000...bermula 7 hingga 27 Dis 2013


Caranya??

1) Pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan... 


2) Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.


 Nak tahu dengan lebih lanjut dan untuk menonton Lawak Ke Der Online, Layari laman web ESCAPE!!



 Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015