Showing posts with label Kitchen Cabinet. Show all posts
Showing posts with label Kitchen Cabinet. Show all posts

Apr 11, 2018

Susun Atur Kitchen Cabinet yang Sentiasa Berubah

Assalamualaikum...


Agak malas nak menaip. Tapi nak update entry jugak! Saja cuci 'sawang' kat blog ni. lol~  Entry paling senang nak buat, entry susun atur. hahaha


Dulu aku pernah jugak update entry susun atur KC rumah mak aku ni. Ce klik link 👉 "Rak Atas Kabinet Dapur". Actually ada few entry pasal KC aku dah update. Alaa klik la link tu korang, pastu scroll sampai habis entry haa nanti ada la link link entry seumpama tu keluar. Faham ke faham? 😁


 Ni wajah terbaru bahagian KC yang aku pernah update dulu tu. Makin banyak pulak gadjet² dapur kat situ. Kalau letak rak tu jugak nampak semak sangat. Sakit mata nengok. So aku alihkan rak ke tempat lain.


Dulu macam gitu lah keadaan KC belakang tu. Mata aku nampak semak.


 Ni pulak bahagian dekat dengan sinki. KC mak aku ni bentuk L-shape. Agak panjang jugak so memang macam² benda boleh lambak atas tu. haha~  Tapi aku ada sejebis OCD yang aku rasa sakitnya mata tengok banyak barang lambak-lambak gitu.


So masa mak aku pi umrah hari tu, minggu yang sama aku susun atur bilik air bagai tu (refer entry sebelum ni), haa pulun lah aku ngemas KC. Mak aku punya typical hobi macam mak mak orang lain. Suka beli barang Tupperware. kahkah~  Sampai sekarang oke kalau Tupperware buat sale tiba² dia balik bawak SET Tupperware baru. SET ye bukan seketul² dia beli. Syukur lah tak menurun hobi tu ke aku. Sebab aku dah rasa macam mana hazabnya nak cari space untuk susun segala maknek Tupperware yang berlambak² tu *headache*


 Lepas dah sumbat semua Tupperware dalam KC baru lahhh tenang mata masuk dapur. Menitik² peluh jantan weii! Dah la aku tengah sarat, duk ngemas dapur bagai ya ampun. Aku tunjuk gambar ni kat adik aku, terus dia tanya, "simpan mana semua tupperware tu??" LOL dia tak tahu kakak dia ada kuasa ajaib bab susun atur ni. *flipshawl*  Eh KC mak aku besar! Kalau susun betul² memang banyakkkkk sangat benda boleh sumbat dalam KC. Cara susun tu kena betul. Kalau main sumbat je pun tak jadi jugak. giteww~


haa rak yang asalnya letak kat gambar mula² tadi aku alihkan letak kat bahagian sini. Lagipun kawasan ni dekat dengan filter Coway, so lagi mudah nak bancuh² air. Lepas tu dekat dengan sinki. Kadang time bancuh air ada tertumpah² la, senang la nak lap lap. Anak nak masuk 3 dah wakk. Semua kerja kena cepat dan efisien. Aku kena pastikan tiap pergerakan aku cepat. Tu lahh terjadinya susun atur gini. Memudahkan pergerakan aku jugak. ✌


Susun atur kat dapur ni sebenarnya tak pernah kekal. Asal bertambah/berkurang gadjet, mesti berubah susunan. Depends pada mood rajin jugak. Banyak lagi tempat lain nak dikemas, bukan dapur je. Cuma sejak aku dah start meniaga brownies, aku perlukan suasana yang tenang untuk buat kerja. Suasana yang tak menyakitkan mata and memudahkan pergerakan aku untuk capai² barang. Now ada produk baru pulak, baked mac & cheese and lasagna. Pi lah follow @daridapuryanamib for more updates ye korang. Selagi belum beranak memang aku amek je order orang. hihi~


k tu je nak cerita. tata!





Terima kasih sudi membaca!

Mar 31, 2017

Kitchen Cabinet Pakya

Assalamualaikum...


First time membeli kitchen cabinet....dulu tak berani survey sebab tak mampu...seram fikir harga yang mencekik lepas tu stress...


Kali ni ada rezeki lebih, beranikan diri untuk survey dan beli! lagipun rumah dah ada penyewa...so nak naikkan value sewa rumah tu kami memang sediakan sekali kitchen cabinet dan sedikit perabot...gituu~


Kitorang survey banyak tempat untuk dapatkan best price dengan jenis bahan yang sama....range harga yang kami dapat dalam RM3000-3400 gitu....ofkos la kami pilih yang paling murah! bab finishing tu belakang kira...kahkah~


Nama kontraktor yang kami pilih ni Pakya...opis and kilang area Semenyih ni je...dekat dengan rumah ni haa...senang nak berurusan gitu...ramai yang amek servis Pakya especially dalam kalangan jiran² rumah ni...sampai kena masuk waiting list! sebab harga Pakya memang terlajak lajak murahhhh! untuk kabinet 8 kaki (termasuk table top) dia cas cuma RM2.8k sahaja! tak fikir panjang...bayar deposit terus! huhu~


So awal bulan Mac hari tu baru pekerja Pakya datang install kabinet...


 Dapur rumah atas langit bukan besar mana pun....buat belah bawah je...tahun depan kot ada rezeki lain baru tambah²....bergantung pada rezeki sewaan jugak....if konsisten dapat penyewa boleh la reno sikit²....kalau tak, kasi jual je rumah ni...bahahah


 View dari hall...ruang kosong tu untuk letak fridge...dalam 3 kaki gitu....


 Lepas dah pasang kabinet...💕💕💕  Tak sia-sia gaduh dengan laki pilih kaler kelabu....kahkah~  dak encem tu ikutkan nak kaler play safe je....hitam atau putih...aku ni suka yang lain dari biasa...lagipun terpengaruh dengan Pinterest...aku boleh layan deko dalam Pinterest tu seharian tau! pastu berangannnnnnnnnn....hahaha~


Pintu kabinet guna material 3G Glass...pintu jenis soft-closed...selamat untuk kanak²...kadang bebudak ni tutup pintu almari main hempas je kan? so kalau dah set untuk soft-closed insyaAllah takde lah bunyi gedegangggg tiap kali bukak pintu/laci kabinet 😁


Memang dah lama aim nak kabinet kaler kelabu atau turquoise blue...cuma turquoise tu daring sangat la pulak kan...aku amek kira jugak warna dinding semua...pendapat kawan² lain pun ku amek kira jugak....and ramai setuju pilihan kaler ni...eh aku tanya geng² yang boleh bagi idea jujur dan kreatif....bukan jenis jaga hati manjang...mintak idea pun jawapan semua nak jaga hati, jawapan playsafe...no no! aku takkan tanya pendapat dari orang gitu....hehe


 View dari yard...semua pintu kabinet dan laci tu jenis 'soft-closed'...selamat for kids...


Untuk table top kitorang pilih solid surface, material batu quartz...jenis tahan panas dan tahan calar...nak kasi penyewa guna kan? kau ingat semua orang reti jaga barang ke?? aku sendiri pun tak reti nak jaga barang...so better beli yang bebetul tahan....puas hati!


Pilihan asal nak warna plain white...tapi last minute Pakya cakap kaler plain white habis...so dia ganti dengan dotted white...macam ni 👇


 Oke je kan? dotted gabung dengan grey...ohsem! lamaaaaaa ku tatap dapur idaman ni tiap kali datang rumah...hahaha~


 Dapur beli jenama Faber...tak silap below RM300....sinki pun beli yang single je...limited space kan....tak ingat berapa RM...beli mur mur je wakkk...harap penyewa dapat jaga dapur kita leklok yeee...😁


Ouh, Pakya cuma install kabinet, dapur and sinki sahaja...plumbing untuk bawah sinki tu dia tak buat...kau kena panggil kontraktor plumbing or sesape lah untuk buat...takde mahal kot buat plumbing bawah sinki tu?


Finishing kemas, servis bagus, material cantik...i'm a happy customer!! walaupun kerja agak slow...nak siapkan kabinet 8 kaki ni pun makan masa almost sebulan! huuu~  tapi hasil dia cantik wakkk....berbaloi la sabarrrr...hehe~ 


Bila dah siap baru laaaa dak encem puji cantikkk kaler kelabuuu...lain dari lainnn....bukan dia je puji, jiran² pun pujiiiii....tak pernah lagi jumpa kabinet kaler kelabu katanyaaaa....bangga sangat dengan diri sendiri sebab gigih pertahankan warna idaman untuk kabinet dapur...muahahahaha! bila lagi kan nak buat kabinet kaler camni?? hihi 😁


More info pasal kontraktor Pakya ni nanti lah aku update....mana tah laki aku letak details Pakya kat rumah tu...yang pasti, harga kabinet Pakya memang termurah di Bangi dan Semenyih! ramai jugak jiran² aku amek servis Pakya...setakat ni tak dengar lagi komplen pape...kecuali SLOW...aku memang tak kisah bab slow tu...janji after install kalau ada masalah kitorang call je and sekejapan je staff datang untuk repair...more, finishing kemas, cantik, material terbaik eh puas hati sangat lahhh!


Thanks Pakya and team! highly recommended! 👍




Terima kasih sudi membaca!

Apr 30, 2014

DAPUR: Susun Atur Dalam Kitchen Cabinet #1

Assalamualaikum...


Kitchen cabinet rumah mak aku ada banyak pintu....sebab tu kena buat tajuk ada #1...hari ni cuma nak cerita untuk ruang di Island Cabinet....kecil je ruangnya...tapi mampu simpan banyakkkkkkkkkkkkkkk barang! pfftt~


 Awal² dulu macam ni lah susunan dalam kabinet island....serabut! main sumbat je barang² dalam tu...payah nak mencari barang, payah nak keluarkan, payah nak simpan balik barang lepas guna....senang cerita tak efficient lah susunan macam ni...hihi~  :)


 So aku beli benda alah ni...apa tah namanya...korang panggil benda ni apa ha??? aku beli kat Daiso...haha~ 


Untuk almari/kabinet yang ruangnya agak tinggi aku highly recommend korang beli menatang ni....sangat jimat ruang and boleh fully utilise ruang dalam almari/kabinet korang...percayalah!  ^_^


Selepas di make-over ruang tadi....





Lebih banyak barang boleh disumbat dalam ruang ni...dan lebih efficient....nak cari barang pun senang...nak keluarkan, nak simpan/susun balik pun senang....


Aku tengok macam ada lagi ruang² kosong, ku tambahkan lagi barang untuk disumbat dalam ni....hahaha~   aku cuma nak pastikan atas island cabinet tu kosong!! err kalau ada benda nak letak pun sikit je la....sebab fungsi island kabinet ni sebagai tempat membaking, memotong etc etc...banyak aktiviti boleh buat kat sini sebab tu tak boleh lambak barang atas dia...semua kena sorokkan dalam kabinet, susun kemas²! :)


selagi boleh sumbat....kita sumbat!!!! muahaha~  mungkin aku akan cari ruang lain untuk simpan barangan elektrik...lebih kemas rasanya kalau diasingkan bahan memasak and barangan elektrik....kan??


Akan datang...insyaAllah....roh rajin bukan sentiasa ada....mihmih~  :p


gini la gaya bila dah letak menatang daiso tu...hahaha~   untuk tin² susu or apa sahaja yang dalam tin, aku susun dalam bekas lain...pun beli kat Daiso...lebih efficient yaw!


oke tu je nak cerita...selamat menyusun kabinet! (^^,)







p/s:  adik ipar nikah hari ni....selamat pengantin baru in advance yien! ^_^

 Terima kasih sudi membaca!

Dec 26, 2013

SusunAtur: Tempat Simpan Bawang

Assalamualaikum....


Dah lama tak buat entry susun atur kan? hihi~
sebelum ni teaser je....punya lama nak update full entry...maaf maaf maaf.... :)


Jom cekidaut cara aku menyimpan bawang, kentang segala...sebelum dan selepas susun atur  :)


gambar sebelum....
kemain bersepah cara aku menyimpan bawang...
semua aku sumbat dalam satu bekas...
paling selekeh, aku tak keluarkan segala bawang² dari plastik lepas membeli...
dengan plastik² tu sekali aku humban masuk dalam bekas tu....
bila nak guna, kena selongkar...
aihh....tak efficient sangat....! -.-'


Before ni aku tengok kawan aku share bekas simpan bawang jenama Tupperware...
bila ku tengok harga....masyaAllah!
bukan dalam range bajet aku!
even ada diskaun sekali pun....
masih dalam lingkungan RM30-RM40....ffuuhh! *tarik napas panjang²*


Syukur lah aku ni customer tetap Daiso...kahkah!
gigih oiii aku round Daiso mencari bekas sesuai untuk longgok segala mak nenek bawang! pfftt!
akhirnya usaha ku berjaya!! yeyyy!


PERFECTO!!
ni bukan bekas bertutup....
tapi ala-ala rak kecik...
RM5 setiap satu item....


Dalam label tunjuk untuk meletak segala mak nenek spices, sauces...
tapi aihh pepandai la kreatip lagi inovatip....
dah jadi mak mak ni otak kena triple geliga! bahahaha~
instead of lambakkan botol² spices, aku longgok bawang dalam ni....


Macam ni !!


nampak lapang sikit kawasan ni....
mula² aku beli 2 tingkat je....
tapi macam tak cukup pulak nak menyumbat segala kentang, halia bagai....
masa beli rak ni tak terfikir pulak rumah aku ada halia, kentang...
ingatkan ada bawang je...kahkah
maklum lah jarang guna dapur....  :p
so aku pi balik Daiso untuk beli lagi rak tambahan....


Jadi macam ni....



Sangat perfect rak kecil ni....
untuk orang yang jarang masak macam aku sesuai la...
kalau korang jenis memasak hari² and simpan stok bawang banyak²...
mungkin kena cari tempat penyimpanan yang lebih besar....
ada je rak besar kat Daiso tu...
pi la cari....
kalau korang pi Daiso IOI Mall, pi rak yang belakangggggg sekali....
tempat lain aku tak sure ye....
aku customer tetap cawangan IOI Mall je...hikss~  :p


oh yang tempat letak botol² kicap, sos segala tu beli kat Cosway....
mak aku yang beli....lama dah....
tak ingat harga berapa...
pi la usha Cosway or tengok katalog...  ^_^


 macam laci...senang ditarik²...
mudah nak mencapai bawang yang letaknya jauh ke dalam...
laci pertama dengan ke-2 tu memang beza...
sebab masa aku beli yang laci pertama tu Daiso takde stok lain dah...
aku tunggu sebulan, dah pi cawangan lain pun takde jugak stok kaler putih...
malas nak tunggu lama² aku rembat je la apa yang ada...
janji fungsinya boleh simpan bawang! :)


 yang spices dalam plastik tu aku tak tau nak letak dalam bekas apa....
tengah fikir lagi...
asyik fikir je kerja aku....bahahaha  :p



ni lah cara aku menyimpan bawang...
setengah orang prefer simpan bawang dalam fridge...
untuk tahan lama katanya....
mak aku tak pernah ajar simpan bawang dalam fridge...
mungkin akan menyebabkan fridge berbau...
entah la...
tapi aku suka cara penyimpanan macam ni...
lebih teratur dan tersusun...
5s berjaya!
dengan kos hanya RM25!!  ^_^
(setiap 1 item RM5)


Korang simpan bawang macam mana??  :)



 Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015