Showing posts with label Kundasang. Show all posts
Showing posts with label Kundasang. Show all posts

Oct 10, 2017

Kundasang War Memorial Park, Sabah

Assalamualaikum...


Kundasang War Memorial ni pun salah satu tempat WAJIB singgah if dah sampai Kundasang. Lokasi bebetul dalam pekan Kundasang tu. On the way nak ke Dairy Farm memang akan lalu War Memorial. Aku hari tu, lepas balik dari Dairy Farm yang kali kedua tu, singgah war memorial. Pagi tu hujan agak lebat. Lagipun singgah lunch kat restoren dalam pekan. Lepas lunch terus pi War Memorial.


Actually, berbelah bahagi jugak sebenarnya nak masuk sini. Sebab aku dah baca blog yang bercerita pasal tempat ni, takde apa pun dalam tu. Bak kata Aty, kalau takde stop amek² gambar, 10 minit dah boleh habis round. kahkah~  Setelah bermacam argument laki bini, akhirnya kitorang decide untuk masuk jugak. Boleh update blog, entry SEO lagi. giteww 😝 


Main entrance. Zafirah tu kengkonon posing ala model 🙄


 Entrance fee.


Area ni ada jual souvenirs. Aku tak beli pun sebab confirm mahal. 


 Kisahnya, tempat ni sebagai peringatan kepada tentera² Australia dan British yang terkorban dalam perang apa tah kat Sandakan. Juga peringatan kepada penduduk tempatan yang terkorban sebab membantu tentera² tu. Eh aku tak reti nak translate sangat. Baca lah description atas tu. haha


 Kitorang banyak habis masa bergambar je dalam ni. Banyak kawasan/taman cecantik. Nak ootd pun cantik dalam ni. hehe~


 Pandai nau anak dara ai posing ewah ewahh.


Zafran oii kasi can laa mama nak posing solo 🙄


Dah habis round 1 park. Kejap je kan? haha~


 Zoom sikit tulisan tu.


 err pokok tu cantik, noktah 😁


oke tu je lah yang ada dalam War Memorial Park ni. Anak² aku boring masuk sini. Aku bagitau Zafirah ni tempat askar² mati. Dia ingat macam kubur, siap tanya mana mayat? lol~ 


Then, kitorang gerak pi Kota Kinabalu pulak. Bermalam kat KK 1 malam sebelum balik KL.


K tu je nak cerita. tata!





Terima kasih sudi membaca!

Sep 21, 2017

Dua Kali Melawat Desa Cattle Dairy Farm, Sabah

Assalamualaikum...


Sambungan lagi entry Kundasang. Kena update sikit² sebab banyak nau gambar nak kena edit. hihi~


Kalau datang Kundasang, wajib singgah Desa Cattle oke! Dekat je dari Pekan Kundasang tu. Macam biasa kitorang guna waze. Jalan nak naik atas ni agak tinggi and agak curam. Kitorang bawak kereta Axia je still oke. Takde semput². hihi~


Entrance fee untuk parking dalam ni ialah RM5. Takde limited time untuk korang melepak dalam tu. Nak duk situ seharian pun boleh. Dan takde pilihan untuk parking luar kengkonon nak jimat RM5. Jauh gila kot nak menapak masuk dalam tu.


 Kitorang datang sini hari kedua di Kundasang. Datang waktu petang. Balik dari Hotspring tu, singgah lunch kat restoren dalam pekan Kundasang, pastu terus pi sini. Dalam pukul 3-4 petang gitu kot. Tak ingat dah. Nama pun entry throwback 😁


 Surprisingly TAK RAMAI orang! Lengang je masa kitorang datang. Senang lenang beratur beli eskrim. Bebudak ni memang nak eskrim je 🙄 Aku beli jugak susu segar. Susu coklat. Sedap oii! Lebih kurang rasa macam susu Farm Fresh tu. Tapi ni made from Sabah. giteww~


Sesambil beratur nak beli eskrim boleh la tengok lembu. Masa ni lah nak kenalkan kat anak² macam mana rupa lembu. Kat KL susah jumpa😜


Lepas tu makan eskrim dalam kandang kambing 😝 


Sambil korang makan eskrim, korang boleh bagi makan kat kambing² dalam ni. Tapi rumput kena beli tak silap. Tak ingat pulak.


Lepas tu tak tahan bau kambing, ajak bebudak ni makan belah luar. Tengok pemandangan. Bebudak ni dah dapat eskrim bukan heran bau kambing ke bau lembu ke. Fokus kat eskrim je😑


 Beli 1 mangkuk, berebut pulak makan 2 beradik.


 Mama perhati je gelagat anak² makan eskrim. Cuaca atas ni sejuk kot. Macam mana dorang boleh berselera makan eskrim pun tak tahu laa.


Sementara tunggu anak² makan eskrim, izinkan mama ootd seketika. alaa kasi can laa 😁


Lepas makan eskrim tetibe hujan turun. Lebat! Tapi kejap je. 5 minit dah habis. Memain pulak hujan ni.


Motif sebenar datang Desa Cattle, selain nak tengok lembu, makan eskrim fresh milk dan beli fresh milk, kita nak bergambar berlatarbelakang kan gunung Kinabalu. Tapi sedihnya, masa kitorang sampai, kabus tebal sangat! Tak nampak pun mana gunung apa lagi puncak gunung! arghh!


 Tak nampak gunung pun sesi bergambar tetap berjalan macam biasa. Tadi dah bayar RM5 untuk entrance fee kan? hahahaha


Tapi dak encem tak puas hati! Esok harinya tu dia ajak datang lagi. Kali ni awal pagi. err takde la awal sangat. Pukul 8am baru gerak dari hotel. Haa ni lah salah satu sebab kitorang check-out awal dari Mile 36 Lodge. Sebab ramai cakap nak tengok puncak gunung kena keluar awal pagi. Ikutkan dorang cakap keluar waktu subuh. Tapi nak menyiapkan tentera² tu lagi. Pukul 8 lah paling awal dapat keluar😒


Sekali lagi, kena bayar RM5 untuk entrance fee. Nak sangat datang lagi. Sila lah bayar dengan rela hati. Asyik berpantun je ni dah kenapa?😝


KECEWA! Gunung Kinabalu menyorok lagi belakang kabus 😭 Tapi dapat tengok lembu dari jarak dekat. Hari ni Zafran belajar kenali lembu. Syabas nak!


Kali kedua ni ramai pulak orang dalam ni. Nak masuk parking siap kena que. Parking pun full, mujur bawak Axia, senang selit² parking kat celah² kereta. haha~


 Posing tetap posing. Gunung nak nyorok lantak situ. Jauh kitorang datang ni tau.


Mood anak² pun oke masa ni. Waktu pagi kot tengah fresh lagi.


 Gambar header aku tu, haa sini lah lokasinya. hihi~  Nampak macam sweet je kaklong kiss kepala adik gitu. Padahal dah jadi habit dia. Sikit² nak kiss kepala adik. Sampai tahap serabut oke! Kadang adik pun rimas kaklong duk tarik kepala dia sebab nak kiss😒


Hero hensem mama. The only hero dalam family aku and belah laki. Boleh bayang tak tahap manja dia macam mana? Takde pesaing kan. 😏


Then, kitorang saja lepak kat pintu masuk nak beli susu tu. Dengan harapan kabus tu akan berlalu pergi walau seminit so kitorang boleh amek gambar dengan puncak gunung.


NAN HADO! kahkah~  Letih je tunggu, kabus tu memang bergerak, tapi ada kabus lain pulak datang. Memang takkan habis la kabus kat gunung Kinabalu tu. hahaha~


Korang kalau nak tengok jelas gunung Kinabalu sila keluar waktu subuh ye. Pukul 5 pagi tu. Jangan contohi aku. 😁


Main polis².


Dah tak nampak gunung, jom lah balik. Pi makan. Lapar.


Babai gunung Kinabalu.


k tu je nak cerita. tata~





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015