Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Feb 27, 2020

Jalan-Jalan Sekitar Patong Beach

Assalamualaikum...


Sambung lagi entry Phuket. Ada sikit lagi. haha~


So lepas pergi ATV ride, dalam tengah hari gitu habis nya, kitorang decide nak round area Patong Beach tu. Alang² nak cari kedai makan untuk lunch yang jauh gila so cuci mata lah sekali kat kedai² sepanjang jalan tu. lol~


 Bangla Road rasanya ni. Waktu siang tak seram sangat lalu sini. Yang faham je faham 😝


 Nama kedai dia 50 baht restaurant. Jauh gilaaaa dari hotel and pantai. Kitorang tengok google map je. Gigih ye menapak. Tak naik tuk tuk pun. Jalan kaki! hahaha~  Tapi food dia memang sedap! Recommended! Zafran tu boleh habis sorang sepinggan nasi dengan telur dadar. Biasa makan nasi mesti share² dengan aku. Tidak pada hari tu ye. Penat berjalan aku rasa, kebulur teruk. haha


 Bangla road


 On the way balik hotel menyinggah la kat 7E yang ada sepanjang jalan tu. Borong coffee Arabus. Upah ais krim dengan gula-gula kat Zafran. Sebab good boy sangat. Penat berjalan pun tak merengek. Baik je.


 Area Patong Beach


 Masa ni kawan aku saja tanya harga parasiling. Tak ingat berapa baht tapi mahal nak arwah. hahaha~  So cancel je lah parasiling. Ayuh balik hotel. Nak rehat!


 Hasil belian. Kecik nau fridge hotel. Mukadimah je baru ni. hahaha~


 Lepas Asar gitu turun swimming pool. Duk hotel mahal takkan taknak try terjun swimming pool dia khenn. Lagipun saja melayan Zafran. Tapi dia penakut kalau takde pelampung. Main air kat tangga tepi² tu je apooo 😑


 Ada kawasan yang air dia tu macam jakuzi. Bila duk bersandar ke dinding macam kena massage. Best! Dah la memang tengah lenguh² badan, dapat massage free pulak. ffuhh~


 Jadi laa berendam gitu² je. Takde orang langsung kat pool ni. Seronok!


 Dalam 15-20 minit je kot swimming. Lepastu hujan pulakk. Zafran pun oke je naik bilik. Janji dah merasa terjun swimming. Dia takkan request lebih² 👏


Balik bilik, tukar baju semua. Then keluar balik. Nak tengok sunset pulak kat pantai.


 Mother and son bonding time ❤


Selesai tengok sunset, kitorang jalan kaki pergi Night Market. Last minute plan ni. Jauh ye perjalanan. Jauhhhh sangat! Tapi demi nak tengok apa ada kat Night Market tu, jalan la jugak. Again, kitorang tak naik tuk tuk sebab nak jimat. Cheapskate gitu heh! 😝


 Worth the walk!! Serius baloi lah sebab banyakkk makanan (halal). hahaha~  Aku ingatkan takde food halal kat sini. Ehh banyak juga ye. Tapi sebab badan dah penat sangat, tak larat nak makan beria. Aku cari lempeng pisang je. lol~


 Banana pancake with nutella tu aku punya dengan Zafran. Megi tomyam ke sup tu opismet aku order. Sedap² semuanya. Harga pun reasonable.


 Air kelapa saiz besarrrrr 4 baht jee! Aku share bertiga dengan opismet (termasuk Zafran) sebab besar sangat. 


Lepas makan, kitorang round cari souvenir kat kedai² belah belakang pulak. Tempat ni macam uptown lah. Ada jual food, ada jual souvenir. Recommended lah Night Market ni. Kalau datang Phuket korang kena try singgah sini. 👍


On the way balik hotel aku dukung jugak lah Zafran tu. Dukung kejap². Kesian pulak dia sakit kaki jalan lama². Then singgah kedai urut nak massage kaki. Sejam massage baru 35baht kot? Massage yang setanding Thai Odyssey!


Settle massage ingat nak jalan-jalan lagi. Sekali Zafran kencing dalam seluar pulakkk!!! eeiii! Kat kedai massage tu taknak pulak dia kencing. Aku pun lupa nak tanya. Tengah jalan kat kaki lima tu baru dia cakap nak kencing. Hotel jauh lagi. Aku siap berlari nak kejar pergi toilet. Tapi tak sempat. Spoil mood betul. Dah tak pasal kena marah 😒


Total steps for that day. pheww~ 


Malam tu senang Zafran tidur. Sebab kena marah kan. haha~ sian pulak. Tapi aku lepas marah anak aku tak biar gitu je ye. Sebelum tidur memang kiss kepala dia pastu cakap sorry sebab marah. Mama marah sebab mama sayang. aagitcthuu.


K tu je nak cerita. bye!





Terima kasih sudi membaca!

Feb 8, 2019

Gareng T-shirt Jogja | Kedai T-shirt Yogyakarta

Assalamualaikum...


On the way balik ke hotel lepas puas berjalan hari ke-3 tu, kitorang mintak supir singgah Gareng T-shirt. Alaa macam outlet jual t-shirt² Jogja. Laki aku cakap murah beli kat sini sebab boleh dapat harga borong. Aku tak pasti la bab harga sebab bukan aku yang bayar. kahh! Tapi pak supir pun suggest kedai ni. So memang murah la kot?


Again, aku memang highly recommend supir Pak Heru sebab they know the way. Knowledge pasal tempat² tourist ni banyak yang dorang tau. Sebut je nama tempat, dorang terus bawak pergi. Paling aku suka jenis tak berkira. Takat singgah² tempat yang takde dalam itinerary tapi haluan sama dorang tak mintak extra cas pun.


Ni lah rupa kedai baju tu. Ya tuhan tok laki amek gambar memanggggg menyakitkan mata! 😑


Siap ada lukisan 3D kat belah luar. Posing dulu sementara tunggu kawan² kau shopping. lolz~


Banyak jugak kitorang borong t-shirt. Untuk diri sendiri, untuk anak² and untuk souvenir sikit. Alahh souvenir pun bagi kat family² jugak. Mertua, adik beradik ipar semua.


K tu je nak cerita. bye!





Terima kasih sudi membaca!

Dec 24, 2018

Ada apa di Terminal 21, Bangkok?

Assalamualaikum...


Mall ni wajib singgah kalau korang sampai Bangkok. Sebab ID kat dalam mall ni sangat superb! Setiap level ada tema tersendiri. Percayalah, aku datang sini sebab nak tengok TOILET sahaja! kahkah~  Yaa toilet kat setiap level teramat unik. Ikut tema level tu. haihh baca lah entry aku ni sampai habis baru faham apa yang aku cuba sampaikan 😁


Dari MBK Mall, kitorang naik train je (BTS- Bangkok mass Transit System). Nama station, National Stadium BTS. Beli tiket ke Station Asok. Tak ingat berapa baht tapi total 3 orang dalam RM10 kot. Lebih kurang lahh.


Kitorang siap tukar duit lagi kat station Stadium ni sebab habis pulak duit nyoping kat MBK Mall. Dasar orang perempuan, mulut cakap takde beli apa, tapi habis jugak duit. Parents aku pun sama habis licin duit baht. LOL~  Rate tukar duit kat sini oke so kalau korang nak tukar duit kat sana aku rekomen pi kat station Stadium ni lahh.


Lepastu tak reti pulak nak naik train yang mana. KAHKAHKAH! Aku cakap dah kat ayah kita naik je train mana² nanti kena tukar line kat station lain. Dia takk percayaaaa. Last² aku suruh dia tanya driver train. Sebab pak guard nan hado wakk. Information kaunter pun tah kat mana. Memang tiap kali train berhenti, driver akan keluar untuk pastikan takde orang terkejar² untuk masuk sebelum pintu ditutup. Driver cakap berhenti kat next station and tukar line. Setel masalah! hahahaha~  Nampak sangat tak biasa naik train. Noob sangat memasing haa~


Penuh orang dalam train. Bersesak². Mungkin peak hour, orang balik kerja agaknya. Pasrah lahh aku berdiri sambil dukung baby. Bayang seat pun tak nampak oii. Sandar je lah kat badan ayah. haha~  Adik baby siap main tarik² rambut orang dalam tu. 😑  Dalam 15 minit kot baru sampai Terminal 21. 


Entrance dah macam masuk airport. Nice sangat! Eh mall kat sini memang kena lalu check-point gini. Setiap mall ada check-point macam ni. Kadang dia siap scan beg² yang kita bawak. Bangkok kawasan panas kan. Pernah kena bom bagai tu dorang jadi strict.


Kitorang terus naik tingkat paling atas. Senang dari atas, jalan turun ke bawah lepastu balik. hahaha~  Sempat membuang 'tanda' kat toilet sini. Jamban canggih gila! Sejenis takde paip, tapi guna bidder. Tapiiiiii kena tekan² macam jamban kat Jepun/Tokyo sana ya tuhann canggih sangat. Masalahnya aku tekan² tak keluar air pun!! T___T  Nasib lahh mak aku bawak botol kosong, aku isi siap² kat sinki, haa cebok guna air tu je. Sadis betul membuang dalam ni T___T



BTW: Terminal 21 TIADA SURAU!


 Level 5 ke 6 tah. Konpius pulak aku. Tema New York.


 Toilet tema New York. 


Toilet San Francisco


Toilet London


Toilet Istanbul


 Deko toilet Paris paling boring. Eh negara dorang pun boring. kahh! 😝


 Toilet Rome paling aku suka!! Design sinki dia buat ala ala fountain. Lurfff sangat!❤


Toilet Tokyo


Toilet Carribean


SEMUA toilet dalam ni memang takde paip. Guna bidder je and kena tekan² grrr! Korang membuang siap² lah kat tempat lain. MBK Mall punya toilet oke ada paip. huhu~  More, sinki² dia ada censor. Letak tangan baru air keluar. Sampai aku cakap kat mak, "kita buat sinki rumah kita macam ni lah mak. Takde la masalah membazir air." 😁


Ye aku tau kat Malaysia pun ada sinki jenis gitu. Biar la aku nak tulis sini. 🙄


Kawan aku cakap H&M sini lagi murah dari Malaysia. Tak sempat lah aku nak survey kedai dalam tu. Besar sangat tau mall dia. Tengok toilet je pun dah makan masa sejam. Baby tidur pulak tu. Nasib boleh gilir² dukung dengan ayah. Carrier ada je bawak tapi tak pakai sebab panas. Berpeluh² baby duk dalam tu.





Setel round toilet setiap level, kitorang pi dinner. Again ada masalah lagi nak booking Grabcar. Malam tu dah start pesta Loy Kratong. Aku difahamkan, bila pesta tu berlangsung, semua yang menyambut tu wajib keluar rumah. Tak boleh duduk rumah. Pergi la mana kau nak pergi asalkan kau keluar rumah. Gitu konsepnya. Tu yang jem hazabedah merata². Sampai tengah malam oke jem tu. pfft! 2 kali kot booking-cancel-booking-cancel. Last² ayah aku suruh naik teksi biasa je. Perjalanan dalam 2-3 KM je pun tapi dia cas sampai 250baht! (RM32.10)! ohoii ambil kesempatan sangat. Parents aku willing nak bayar je sebab penat dah tunggu lama². adehh~


Oke sambung next entry. tata!






Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015