Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Feb 27, 2020

Jalan-Jalan Sekitar Patong Beach

Assalamualaikum...


Sambung lagi entry Phuket. Ada sikit lagi. haha~


So lepas pergi ATV ride, dalam tengah hari gitu habis nya, kitorang decide nak round area Patong Beach tu. Alang² nak cari kedai makan untuk lunch yang jauh gila so cuci mata lah sekali kat kedai² sepanjang jalan tu. lol~


 Bangla Road rasanya ni. Waktu siang tak seram sangat lalu sini. Yang faham je faham 😝


 Nama kedai dia 50 baht restaurant. Jauh gilaaaa dari hotel and pantai. Kitorang tengok google map je. Gigih ye menapak. Tak naik tuk tuk pun. Jalan kaki! hahaha~  Tapi food dia memang sedap! Recommended! Zafran tu boleh habis sorang sepinggan nasi dengan telur dadar. Biasa makan nasi mesti share² dengan aku. Tidak pada hari tu ye. Penat berjalan aku rasa, kebulur teruk. haha


 Bangla road


 On the way balik hotel menyinggah la kat 7E yang ada sepanjang jalan tu. Borong coffee Arabus. Upah ais krim dengan gula-gula kat Zafran. Sebab good boy sangat. Penat berjalan pun tak merengek. Baik je.


 Area Patong Beach


 Masa ni kawan aku saja tanya harga parasiling. Tak ingat berapa baht tapi mahal nak arwah. hahaha~  So cancel je lah parasiling. Ayuh balik hotel. Nak rehat!


 Hasil belian. Kecik nau fridge hotel. Mukadimah je baru ni. hahaha~


 Lepas Asar gitu turun swimming pool. Duk hotel mahal takkan taknak try terjun swimming pool dia khenn. Lagipun saja melayan Zafran. Tapi dia penakut kalau takde pelampung. Main air kat tangga tepi² tu je apooo 😑


 Ada kawasan yang air dia tu macam jakuzi. Bila duk bersandar ke dinding macam kena massage. Best! Dah la memang tengah lenguh² badan, dapat massage free pulak. ffuhh~


 Jadi laa berendam gitu² je. Takde orang langsung kat pool ni. Seronok!


 Dalam 15-20 minit je kot swimming. Lepastu hujan pulakk. Zafran pun oke je naik bilik. Janji dah merasa terjun swimming. Dia takkan request lebih² 👏


Balik bilik, tukar baju semua. Then keluar balik. Nak tengok sunset pulak kat pantai.


 Mother and son bonding time ❤


Selesai tengok sunset, kitorang jalan kaki pergi Night Market. Last minute plan ni. Jauh ye perjalanan. Jauhhhh sangat! Tapi demi nak tengok apa ada kat Night Market tu, jalan la jugak. Again, kitorang tak naik tuk tuk sebab nak jimat. Cheapskate gitu heh! 😝


 Worth the walk!! Serius baloi lah sebab banyakkk makanan (halal). hahaha~  Aku ingatkan takde food halal kat sini. Ehh banyak juga ye. Tapi sebab badan dah penat sangat, tak larat nak makan beria. Aku cari lempeng pisang je. lol~


 Banana pancake with nutella tu aku punya dengan Zafran. Megi tomyam ke sup tu opismet aku order. Sedap² semuanya. Harga pun reasonable.


 Air kelapa saiz besarrrrr 4 baht jee! Aku share bertiga dengan opismet (termasuk Zafran) sebab besar sangat. 


Lepas makan, kitorang round cari souvenir kat kedai² belah belakang pulak. Tempat ni macam uptown lah. Ada jual food, ada jual souvenir. Recommended lah Night Market ni. Kalau datang Phuket korang kena try singgah sini. 👍


On the way balik hotel aku dukung jugak lah Zafran tu. Dukung kejap². Kesian pulak dia sakit kaki jalan lama². Then singgah kedai urut nak massage kaki. Sejam massage baru 35baht kot? Massage yang setanding Thai Odyssey!


Settle massage ingat nak jalan-jalan lagi. Sekali Zafran kencing dalam seluar pulakkk!!! eeiii! Kat kedai massage tu taknak pulak dia kencing. Aku pun lupa nak tanya. Tengah jalan kat kaki lima tu baru dia cakap nak kencing. Hotel jauh lagi. Aku siap berlari nak kejar pergi toilet. Tapi tak sempat. Spoil mood betul. Dah tak pasal kena marah 😒


Total steps for that day. pheww~ 


Malam tu senang Zafran tidur. Sebab kena marah kan. haha~ sian pulak. Tapi aku lepas marah anak aku tak biar gitu je ye. Sebelum tidur memang kiss kepala dia pastu cakap sorry sebab marah. Mama marah sebab mama sayang. aagitcthuu.


K tu je nak cerita. bye!





Terima kasih sudi membaca!

Dec 12, 2019

Dinner di Pantai Seaview HALAL Restaurant, Phuket

Assalamualaikum...


Masih lagi hari pertama di Phuket. Entry sebelum ni aku dah cerita hotel mana kami duduk. Lepas check in siap mentido sepanjang petang. Hujan pulak petang tu lagi syiokkk tidur. Zafran je tak tidur. Tengok Cartoon Network 🙄


Bangun je tidur, solat asar, siap², pukul 6.30pm gitu gerak pergi dinner. Siapa follow blog aku mesti faham dah kot, tiap kali company trip akan ada 1 malam dinner ramai² dengan semua staff and bos. Bezanya tahun ni, takde aktiviti lucky draw. Postponed ke trip akhir bulan 12.


 Kitorang makan kat sini. Sedap food dia! Tapi jauh gila dari patong Beach. Kena naik motor or Grab or Tuk Tuk. Dalam 15-20 minute jugak lah perjalanan dari hotel. Kitorang naik van ramai². Bos belanja 😁


 Sebab dah booking awal, so sampai² meja dah siap set-up macam ni. Food pun order awal so takde la kena tunggu lama. HR aku order via email je food and reservation semua. Bab payment, kena deposit or not tu aku tak tau. Korang kena tanya sendiri. hihi~


Subhanallah cantikkkk sangat view waktu senja 😍  Zaman aku kekecik dulu pantang tok nenek aku keluar senja². Sekarang siap amek gambar. 🤔


 Macam bergambar dengan poster! Cantik sangat tau view kat sini. Tapi bila dah malam, dah gelap tak nampak apa dah luar tu. haha~


 Tengok gambar je pun dah kecur air liur. Teringat kesedapan food kat sini. Serius sedap (kut tekak aku and opismet lain).


 Kiri sekali tu oyster cheese tak silap. Ya auloh sedapppp!!! Tak puas makan satu! Tapi sebab share² dengan orang lain, terpaksa la amek satu je. hahaha~ Lagipun masa menu tu sampai, semua orang dah habis makan. Dah kekenyangan.


 Dessert is a MUST!! Ice cream goreng. Unik sangat ice cream goreng dia. Besar ye seketul tu. Kena makan 3-4 orang.


Ouh kat restoren ni takde pulut mangga. Kecewa lah sikit. Tu lah food yang dicari² bila datang Thailand. Sebab tu kitorang order ice cream goreng je untuk dessert. huhu~


 Bos aku, depan sekali (kanan). Dia memang suka sangat belanja staff makan. Cuba tengok kawasan restoren tu, lengang kan? Macam kitorang buat private event pulak kat situ. hahaha~  Macam aku cakap kat entry sebelum ni, masa ni Phuket lengang. Pergi mana² lengang. Kat restoren ni pun kitorang je tau makan kat situ. Takde orang lain.


On the way balik hotel, bos aku mintak driver berhenti kat Jungceylon Shopping Mall sebab dia nak jumpa kawan dia. Then, kawan aku nampak signange Big C. Hah apa lagiiii. Kitorang pun join turun kat Jungceylon jugeee. Memang dah aim nak memborong dalam Big C tu. hahaha~


Hasil borongan pertama. Mukadimah je dulu. Seaweed tu halal ye. Zafran la sibuk nak seaweed. Memang ada logo halal belakang peket dia tu. Kat sana tak susah pun nak cari food halal sebenarnya.


Balik hotel naik Tuk Tuk sebab banyak sangat shopping. Pengalaman pergi Bangkok tahun lepas, kali ni dah aim awal² apa nak dibeli. Tak larat lah nak angkut plastik berat² jalan kaki. haha~


Sampai hotel, releks² and zass tidur! Lama tak tidur lena sepanjang malam. huhu~  Zafran tu tak habis² ajak balik. Dah rindu baby. Padahal kalau jumpa gaduh je kerja 🙄


K till next entry. Terima kasih sudi bacaaa 😘




Terima kasih sudi membaca!

Feb 8, 2019

Gareng T-shirt Jogja | Kedai T-shirt Yogyakarta

Assalamualaikum...


On the way balik ke hotel lepas puas berjalan hari ke-3 tu, kitorang mintak supir singgah Gareng T-shirt. Alaa macam outlet jual t-shirt² Jogja. Laki aku cakap murah beli kat sini sebab boleh dapat harga borong. Aku tak pasti la bab harga sebab bukan aku yang bayar. kahh! Tapi pak supir pun suggest kedai ni. So memang murah la kot?


Again, aku memang highly recommend supir Pak Heru sebab they know the way. Knowledge pasal tempat² tourist ni banyak yang dorang tau. Sebut je nama tempat, dorang terus bawak pergi. Paling aku suka jenis tak berkira. Takat singgah² tempat yang takde dalam itinerary tapi haluan sama dorang tak mintak extra cas pun.


Ni lah rupa kedai baju tu. Ya tuhan tok laki amek gambar memanggggg menyakitkan mata! 😑


Siap ada lukisan 3D kat belah luar. Posing dulu sementara tunggu kawan² kau shopping. lolz~


Banyak jugak kitorang borong t-shirt. Untuk diri sendiri, untuk anak² and untuk souvenir sikit. Alahh souvenir pun bagi kat family² jugak. Mertua, adik beradik ipar semua.


K tu je nak cerita. bye!





Terima kasih sudi membaca!

Dec 20, 2018

Lunch di Yana Restaurant | Surau Dalam MBK Mall, Bangkok

Assalamualaikum...


Hari ke-3 di Bangkok, shopping time!! Walaupun shopping dalam mall je tapi banyak benda nak diceritakan. So aku asingkan lah entry untuk setiap tempat yang aku pi. hihi~


Alala lenanya tidur. Penat sangat ye ikut mama jalan²? Sebab plan hari tu pergi mall je, so kitorang keluar dari hotel agak lambat. Almost 11am kot baru keluar. Adik baby sempat take a nap dulu lepas breakfast.


Angkut lugagge siap untuk shopping. kahh! Sehari sebelum tu kazen aku ada bagitau dalam group wasap suruh bawak luggage untuk shopping. Senang sumbat je plastik² dalam tu. Takde la sakit jari kendong plastik banyak². Mak aku pun insist jugak bawak luggage. Senang tarikkk je. Brilliant idea ai tell you!


See? Mudah bukan? hahaha~  BTW since ada yang bertanya, beg tu mak beli kat London. Tak ingat kedai mana and harga berapa. Beli time sale krismas tahun lepas tak silap. Lightweight luggage dengan 2 saiz (medium and small).


Mula² kitorang pergi MBK Mall. Dari hotel naik Grabcar dalam 20 minit gitu. Slow lah grab kat sana. Kitorang kena tunggu lebih 30 minit untuk grabcar sampai hotel. haihh~


Sampai MBK mall, jalan² kejap pastu lapar. LOL~  Ayah aku pergi solat Jumaat kat masjid dekat² situ. Dia jalan kaki je pergi masjid. Aku dengan mak tunggu kedai makan.


Kitorang lunch kat Yana Restaurant sebab banyak review aku baca rekomen kedai ni. Halal dan sedap! Toke orang arab. Pekerja² orang tempatan tapi semua fasih berbahasa melayu. Datang sini macam makan kat restoren dalam Sogo je wakk. Mostly orang Malaysia dan Indonesia je datang sini.


Oke jom tengok apa yang aku order.


Coconut Shrimp Tom Yum, 299 baht = RM38.20. Isi² kelapa pun dia campur sekali. Mula² seram jugak nak makan, isi kelapa + tomyam macam pelik je. Tapi bila dah makan ehh ngam lahh combination tu!! Memang sedap! Mak aku tak suka tomyam dia sebab banyak sangat letak daun ketumbar. Mak tak suka makanan yang letak daun ketumbar. So aku share berdua dengan ayah. Kenyang oihh!

Balance kuah tomyam. Dalam tempurung kelapa tu penuh dia sumbat shrimp, so lebihan kuah dia letak dalam mangkuk lain.

Fish with sweet & sour sauce, 199 baht = RM25.50. Ikan keras kejung wakk ya tuhan sakit mulut kunyah. Apesal lah tak mintak tukar hari tu? Sekarang baru terfikir. duhh!🙄

Fried Cayote Leaves, 199 baht = RM25.50.

Blue Lemon Soda, 60 baht = RM8. Rasa air ubat kahkah~

Antara menu lain yang sempat snap. Banyak oi menu dia. Tak gigih pulak nak snap setiap page. huhu~

Agak pricey jugak lah food kat Yana Restaurant ni. Patut dia bagi diskaun untuk orang yang bernama Yana. LOL~  #siscuba~   Foodcourt kat depan restoren Yana ni pun ada gerai jual Halal food. Maybe price cheaper lah sikit. Cuma aku rasa kedai Yana ni special sebab menu tomyam kelapa tu. Maveles sangat rasa dia.


Lepas makan kitorang pi solat. Surau ada disediakan kat Level 5, surau laki kat Level 6. Telekung dan sejadah lengkap dorang sediakan. Selesa sangat! Kemas dan sangat bersih. 😍  Nak tukar pampers anak kat surau je lah selesa. Toilet dorang tak sediakan tempat baby macam kat mall sini.


Then sambung shopping lagi. Mall ni ada jual baju² macam Platinum Mall jugak and also souvenirs. Tapi tak banyak benda pun kitorang beli kat MBK Mall. Pekerja² mostly sombong lah. Kekwat semacam. Tak seronok aku nak membeli. Mana yang oke, ramah haa baru aku membeli kat kedai dia. Diskaun?? Jangan harap lah dapat! kahkah~  Dorang pun nak komisyen lebihhh!


Ada sekali tu kitorang beria mintak diskaun, dia taknak bagi. Then kitorang taknak la beli barang kat kedai dia. Terus dia nganjing, "haa no money to buy..no money, no money" ~   Dia tak tahu dalam luggage tu dah berapa plastik kitorang beli barang 🙄


Jalan dalam MBK mall sampai pukul 5.30pm gitu, pastu gerak pergi mall lain pulak. hihi~ 


Stay tune!✌




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015