Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Oct 2, 2019

Homestay Murah dan Selesa di Parit, Perak

Assalamualaikum...


Entry throwback ye gais. hihi~


Awal May hari tu, aku attend weeding makcik aku di Parit, Perak. Kenduri nya hari Sabtu, tapi mak aku ajak gerak hari Jumaat. Sebab lepas kenduri aku ajak family aku naik Cameron pulak. Alang² dah dekat tuu apa salahnya singgahhh 😁


 Aku cakap kat mak nak gerak awal pagi. Baru lah baloi amek cuti Jumaat tu. Zafirah pun ponteng! Nak pergi wedding nenek kan. ehhh! 😝  Tapi dalam pukul 10.30am jugak baru gerak. Not easy lah menyiapkan 3 tentera kecik. huhu~


Plan asal nya nak bermalam kat rumah kawan mak aku. Dia ada buat homestay area Bota. Aku membayangkan rumah kayu yang cantik macam kat Melaka tu. hekhek~  Sekali bila sampai rumah tu......herm..... Mungkin expectation tinggi sangat. 🤔


Bila jumpa orang yang menjaga rumah pun sama² uzur (abang pada kawan mak), tak berani lah nak komplen banyak. Aku rasa tuan rumah boleh baca fikiran kitorang. Dia suruh kitorang masuk dalam rumah untuk tengok keadaan dan pastikan tak salah buat keputusan. Allah, serba salah jugak sebenarnya. Aku cuba jugak positifkan diri, cuba untuk terima bermalam kat situ.


Tapi ayah aku taknak. Awal² dia dah tarik muka. kahh! Laki pun remind, adik baby tu fragile. Tak boleh kena habuk² ni. So kitorang guna alasan baby je lah untuk cancel duk situ. Memang kebetulan sampai je Parit baby batuk². Aku rasa dia sensitif bila jalan jauh. Padahal masa kat rumah elok je sihat. Sampai sekarang tak berani bawak baby drive jauh². Nak pergi negeri lain sila naik flight! gituuu~


So kitorang decide untuk cari homestay lain. Rumah tu OK. Besar dan luas. Laman pun luas memang seronok bebudak main kejar². Tapi agak berhabuk (lantai, katil, perabot etc). Sedikit uzur lah bagi aku. Tuan rumah cakap biasanya bebudak muda yang duk situ. Logik lahh. Murah kot dia bagi sewa, RM150 je semalam! Kalau duk 10 orang baru berapa ringgit satu kepala?


Last minute bertukar plan, panik jugak lah nak mencari tempat bermalam. Then mak aku suggest bermalam kat Lanai Casuarina Cempaka Sari. Dekat dah dengan rumah pengantin. Walaupun hotel tu NOT recommended jugak lah sebab berhabuk and takde family room. huhu~  Tapi, no choice kan?


Sekali fully booked daaa. hahaha~


Aku tak ingat kitorang google ke waze je nearby homestay. Then laki aku call nombor yang keluar, Alhamdulillah jumpa yang available.


Dekat je dengan Lanai Casuarina tadi.


Kalau korang dari KL, nampak je tower clock tu masuk simpang kiri (anak panah). Homestay tu betul² depan klinik kesihatan Parit. Rumah kedai tau! Mak aku dah mengeluh. Biar betul nak duduk rumah kedai?? hahaha~  Ayah aku pun sama skeptikal. Tapi muka dia cool lagi. Penat driving kot malas nak layan. hahaha~


Owner homestay ni cina. Banyak unit homestay dia. Kiranya kat shop lot tu ada banyak unit dia punya. Ada 2 bilik, ada jenis SOHO, ada 3 bilik. Pilih je lah mana yang sesuai dengan family korang. Bagus dia layan kitorang. Siap ajak masuk dalam tengok keadaan rumah dulu. Beria dia ajak tengok dulu. Kalau taknak takpe takde hal. So laki aku pun ikut laa tengok keadaan rumah.


Guess what??


LUAR SETINGGAN, DALAM KONDO! Boleh bayang??


Sempat aku amek video.


Living hall. Ada sofa bed juga so anak² aku tidur situ. Meja makan dengan 2 kerusi, penyangkut baju, TV ada kat area ni.

Room 1. Almari solek, katil Queen, iron ada dalam ni.

Bilik 2. Almari solek, katil Queen.

Setiap bilik ada penyangkut baju yang lekat kat dinding jenis cangkuk tu. Cukup la untuk gantung tudung, seluar etc. Kemudahan lain: water heater, iron & ironing board, air cond, TV (siap astro). Sejadah pun disediakan. Mungkin sebab ramai melayu Islam yang datang sini. MRSM dekat pulak tu, kadang parents datang nak hantar, amek anak dorang akan bermalam kat homestay ni. Owner cakap musim perayaan biasanya FULL HOUSE! Pehh hebat! Kebersihan aku bagi 10/10!!


Puas hati sangat sebab jumpa homestay yang elok and selesa untuk bermalam. Padahal esoknya tu awal pagi nak check-out sebab makcik aku nikah pagi. Walaupun dekat, parents aku malas nak ulang alik. Dah jumpa sedara mara takkan lepak kejap je kan? Dari kenduri terus gerak pergi Cameron je. Senang.


So kalau korang datang Parit and tak tahu nak stay mana, boleh try booked homestay ni ok! Tak silap aku yang 2 bilik tu RM150 gitu. Yang penting takde habuk!! haha~


Adress:
Parit Neoh Homestay
No. 13 Jalan Pejabat Pos, 
Parit, Perak





Terima kasih sudi membaca!

Jul 20, 2017

Raya Day #3, Balik Kampung!

Assalamualaikum...


Hari raya ketiga, masih lagi cuti...eh aku cuti seminggu kot sebab sekolah anak² cuti seminggu. hehe~  mak ajak balik kampung dia kat Parit, Perak. Lama gila tak balik kampung. Biasa kalau balik pun sebab visit pakcik mak or kawan² mak yang masih stay kat sana. Rumah arwah uwo pun adik beradik mak semua sepakat wakafkan ke Jabatan Agama Islam Parit. Sebelum ni buat sewa tapi susah nak handle especially tang maintenance.


Maka wakafkan je lah senang takyah serabut kepala. InsyaAllah pahala pun dapat. Tapi sampai sekarang pihak jabatan tak buat apa² lagi dengan tanah tu. Dah few years settle dengan pejabat tanah, siap dah transfer file dari pejabat tanah ke pihak jabatan agama tapi dorang boleh cakap file hilang pulak! ciskek betul. Dia ingat main² ke apa wakaf² tanah ni?


oke taknak cerita pasal wakaf² sebab tak involve sangat. Pakcik aku yang uruskan semua. Harap dapat selesai segera.


Zafran dan rambut serabainya 😝


So pagi tu memasing bangun awal. Sebab tak plan nak tidur sana. Balik hari je. Dak encem lah malas tidur sana. Dia rajin nak drive biarkan. Kalau ikut aku tidur sana syok sikit. Boleh jalan raya rumah kawan² blogger area Ipoh sana. hurm takde rezeki.


Tapi kitorang bersiap takde la awal sangat. Pukul 11am jugak keluar rumah. bahaha~


Suka pulak aku selfie guna beauty apps ni. Sekali sekala fefeeling kulit gebu gebas ala ala artis korea


Perjalanan dalam 3 jam ++ gitu. Sepanjang dalam kereta aku mengadap kerepek berantu ni je. haha~  Makan kerepek tak gemok kan? 🤔  Alhamdulillah perjalanan lancar. Ada lah jem sikit start dari Slim River tu sebab jalan tu 2 lane sampai lah Gopeng.


3 jam kemudian, sampai lah Parit. ya Allah rindunyaaaaa arwah uwo! Aku kalau jumpa arwah uwo je hati aku jadi tenang sangat. Tak tahu lah kenapa tapi tenang setenang² nya. Rindu sangat zaman kekanak bila balik kampung mesti aku akan follow uwo solat subuh kat masjid. Eh aku dulu rajin ikut arwah uwo solat subuh kat masjid tau. Kalau seminggu aku duk kampung maka seminggu lah aku akan solat subuh kat masjid dengan arwah uwo. Sekarang? krik krik


Al-Fatihah untuk uwo. Terima kasih didik yana jadi wanita solehah 😭


Rumah pertama yang kitorang pi bila sampai Parit, rumah makcik Awi, kawan sekolah mak onga.


Makcik Awi hidang mee goreng basah, nasi impit + kuah kacang and pelbagai kuih raya. Kuah kacang makcik Awi terbaik woahh! bertambah² kitorang makan.


Orang bandar jakun masuk rumah kampung. lol


Signature rumah² Perak, tangga kat luar rumah. Normal ni kalau balik kampung bergambar kat tangga ramai² camni 😁


Lagi aksi jakun masuk kampung. Dengan makcik pakcik semua layan posing 😂


Next, kitorang pi rumah tokcik, pakcik mak. On the way tu lalu depan rumah uwo, menangis aku dalam hati terkenang memori balik kampung dedulu kala. Memori kejar angsa, memori tolong uwo bela ayam, memori mencari jodoh *ehhhh 🙊


Tokcik yang pakai tudung kuning duk kanan sekali.


Geng apak² and yang bujang laki lepak luar je. Kat dalam geng perempuan menjemah. 😝


geng babies busy main lego


Beloved cuzzies! 😘


Geng toddler main bola and buaian luar rumah. Cousin yang bebujang tolong jaga anak² main. Mak dorang join makcik² menjemah. kahkah


Depan rumah tokcik tu dulu kebun (now dah jadi hutan sebab lama terbiar). Tokcik rajin gila berkebun, macam² dia tanam. Dedulu kitorang kalau pi rumah tokcik wajib ikut masuk kebun. Siap naik sampan round tasik. Sekarang tak reti dah nak kayuh sampan. huhu


Lepak rumah tokcik sampai pukul 6pm gitu kot. 


Sebelum balik singgah solat kat masjid Parit.


On the way pi masjid singgah dulu posing dengan jam besar Parit. Masa ni banyak kereta tau kat simpang jam ni. Jalan jem siap ada polis jaga trafik lagi. Tapi tebalkan muka demi nak bergambar dengan jam. kahkah~  eh rugi la malu. Sepanjang hidup aku memang TAK PERNAH lagi bergambar dengan jam macam ni. Biasa amek gambar dari jauh je. Sejak² aktif blogging and aktif social media memang selamba je posing depan orang ramai. hahahaha~  eh janji aurat terjaga. Bukan buat dosa pun.


Atok aku merupakan salah seorang donor untuk pembinaan jam besar ni. Donor nombor 9.
Al-fatihah atok 😘


Gambar ni cantik, nampak eksklusif kata adik aku. Tapi slack dak Zafran tu tak berbaju pulakk. Dah kepanasan sangat ku cabut je lah baju dia. Sampai masjid ku mandikan dedua beradik ni. Selesa sikit dorang nak mentido dalam kereta.


On the way balik KL jem sepanjang jalan! adehh~  Pastu merajuk dengan dak encem sebab montot dah cramp. Orang suruh tidur sana taknak. Kitorang memang bawak je baju spare in case letih sangat walk-in je lah hotel Lanai Casuarina kat Parit nun. Dekat je dengan masjid hotel tu. Tapi dah dia gigih jugak nak balik. hurm oke lah balik je lah.


Kitorang singgah dinner A&W kat hentian Jejantas Sungai Buloh. Ayam goreng spicy A&W sedap. Pedas berdesing macam ayam mekdi tu. Tak caya try laaa. 😁


Pukul 10pm kot baru sampai Bangi. Ke dah tengah malam baru sampai. Tak ingat pulak.Semua tidur mati malam tu. Letih sangat kekdahnya.


k tu je kisah raya ke-3. Till next entry. tata!





Terima kasih sudi membaca!

Dec 23, 2016

Company Trip 2016: Ipoh 3D 2N

Assalamualaikum...


Every year kompeni aku akan buat trip percutian...bos akan belanja semua cost transport dan penginapan khas untuk staff sahaja...kalau nak bawak family, cost tanggung sendiri...contoh kalau naik flight, kompeni tanggung tix untuk staff sahaja...family members kau bayar sendiri...tapi penginapan semua kompeni gak tanggung...gituhh~


Start dari last year, bos siap bagi elaun harian sepanjang tempoh percutian!! wohoaa! tapi last year aku tak join company trip sebab dalam pantang...dorang pi Bali kaooo...aku tatap je lah gambar² dari opismet aku yang lalu kat timeline FB...sobsob


This year, bercuti dalam Malaysia je...eh jadi lah....janji bos belanja semua...hahaha~ 


So macam biasa, cost pengianapan company dah cover...transport je sendiri²...alahh dalam Malaysia je naik kereta sendiri lagi selesa gitu...tapi bos bagi elaun RM200 sehari x 5 hari....cukup dah nak cover duit minyak + tol + makan minum sepanjang percutian 5 hari 4 malam...eh lebih dari cukup! wohoaa! tenkiuuuu bos!


Alkisahnya 11 December, hari Ahad, petang baru bertolak pi Ipoh....orang lain dah sampai awal...aku je lambat sebab kepenatan berjalan kat MAHA sehari sebelum tu, jadi slow je nak bergerak, packing² beg segala...huhu~   malam tu ada kenduri kahwin office mate dari Singapore...so ngam² je aku sampai hotel, terus siap² pi kenduri...aku solat Maghrib dulu la kat hotel....lagipun dekat je tempat kenduri dengan hotel...


 actually ni Indian wedding...semua staff and boss ada sekali malam tu....dia buat kat restoren Tandoor Grill, 9 Jalan Chin Choon Sam, 30450 Ipoh, Perak...sedap food kat sini 👍


Almost midnight jugak baru habis kenduri....formal wedding...jenis makan berhidang ikut turutan menu tu...tak reti nak explain...hahaha~


Ramai tau guests yang makan kat Tandoor Grill ni...kagum aku...mungkin la tempat ni memang glemer dikalangan penduduk tempatan....untuk wedding, ada dewan khas kat tingkat atas...so tak campur la dengan guests lain...tapi boleh nampak la guests datang keluar masuk restoren ni...hihi


bila kau suruh husbeng kau amek gambar OOTD be like..........😑


Balik hotel terus membungkang! penat! penat berjalan kat MAHA tak habis lagi, tambah lagi perjalanan 3 jam nak sampai Ipoh tu...phew~


Esoknya bangun agak awal....sebab lapar! bukan aku yang lapar...dak encem lapar sebab masa kat wedding malam tu dia tak makan sangat...ate deme banyak hidang lauk seafood...laki teman tak makan hidupan laut ni...dia makan ayam daging je...tu yang kelaparan dia pepagi tu....laju je ajak pi breakfast...huhu~


view dari tingkap hotel...waktu ni pukul 7am...ke belum pukul 7am...tak ingat....


Eh lupa nak cerita, kitorang stay kat Weil Hotel, 292 Jalan Sultan Idris Shah 30000 Ipoh, Perak...rating hotel ni 4 star tak silap...lokasi betul² sebelah Ipoh Parade...siap linked lagi so dari lobi hotel boleh terus masuk Ipoh Parade...parking pun linked dengan Ipoh Parade...how convenience!


Bilik kitorang...katil king + baby cot (upon request)...unit asal ada sofa 2 seater kat tepi tingkap tu...tapi HR aku dah request baby cot tak muat dah letak sofa kat situ...


Setel gosok gigi, basuh muka, membuang apa² yang patut, terus turun cafe area lobi untuk breakfast...haa tak mandi pun....sebab nanti nak terjun swimming pool...so malas nak mandi banyak kali....ngeeee 😁


salah satu menu yang paling best (bagi aku) kat hotel ni....roti canai....dia masak fresh...laku kerassss...kalau time ramai orang kena beratur nak tunggu chef buat roti canai...tekstur rangup² ya ampun sedap setanding kedai mamak! lagi satu menu yang sedap kat sini rendang ayam...dak encem duk ulang makan rendang ayam dengan roti canai....aku kureng sikit rendang² ni....so aku makan roti canai cicah kuah dal....Alhamdulillah kenyang...


Ouh aku ada jugak makan benda lain selain roti canai...tapi food lain tu rasa dia biasa² je...standard menu hotel...aku highlight menu yang sedap je...hehe~


Dah kenyang breakfast, balik bilik tukar baju mandi...Zafirah tak sabar sangat dah nak terjun swimming pool...dari dia celik mata dah sebut nak mandi swimming...grrr~


kali ni mama and Zafran join sekali...yahooo!! dah lama oii tak berendam! baju swimming tu dak encem belikan masa dia pi Jakarta 2 tahun lepas...sekarang baru pakai...sebab dulu rasa macam tak muat...sekarang ai dah selim...boleh laa sarung...kehkeh~  eh kat Parkson pun banyak jual muslimah swimsuit...sediakan ongkos je...hehe~


matahari terik pun tak herannnn...berendam lagi best! anak teruna tu penakut air...nangis beria...bukan aku tenggelam kan dia pun! duk atas pelampung je...susah payah mama beli pelampung kat Lazada, Rm25...dia takut pulak nak duk dalam tu...caittt!


timelaps gitchuu~


Dalam pukul 10.30am gitu kot aku naik sebab kesian tengok Zafran nangis tak berenti...hahahaha~  stress okeh! orang nak swimming dia nangis pulak...haihh~  aku susukan dia kat tepi pool tu terus tidur...laaa ngantuk rupanya...hahaha~  eh kat area pool ni tak ramai orang....pastu siap ada kawasan yang ada tirai bagai...selesa lah nak nyusukan anak...takde orang nampak and takde orang nak tengok pun....haha~


Then, dah tengah hari baru balik bilik...Zafirah tu kalau boleh nak berendam sampai malam...puas pujuk dia naik.... 😑


Masuk je bilik terus mandikan bebudak ni....tukar baju sesiap...pastu aku tidurkan Zafran balik....Zafirah je takmo tidur...sibuk tengok Ipad...ada free WiFi dalam bilik syok laa dia layan Youtube...hehh~


Then giliran aku pulak nak mandi...yahooo!


yahooo sebab boleh berendam dalam tub pulak!!! hahaha~  dah lama tak berendam weiii....sedar² sejam gak aku duk dalam bilik air....anak dah tidur, layan lah ME time *ecece*...kalau ada sabun lavender ni lagi layan aku tidur dalam bilik air....hahaha~


Toilet Weil Hotel ni agak besar dan sangat selesa! lupa pulak amek gambar...haha~  tub ni bukan sekali dengan shower tau...shower ada kat sebelah tub....ada 2 jenis shower pulak tu!! satu yang jenis portable, bertali tu boleh alih² kan, satu lagi gantung kat siling....huii heaven! hilang semua stress dalam paleotak! berejam masa spend untuk mandi je?? lol~ 😁


Lepas mandi, solat Zuhur...then sesiap nak pi Ipoh Parade...bos nak belanja main boling pukul 3pm...yeyy! dah lama tak main boling! sementara aku bersiap tu Zafirah sempat lelap sekejap....ceh! tadi orang suruh tido takmo....ni dah nak keluar baru nak lelap bagai....mujur la dia jenis senang nak kejut....asal berjalan takde masalah nak kejut dia dari tidur...😏


Kitorang lunch dulu kat food court...aku order nasi goreng daging....erm so-so je rasa dia...makan laju² sebab dah pukul 3pm pun time ni! orang dah menunggu kat bowling alley tu! haha~  aku mintak dorang masukkan nama aku and dak encem hujung²...


Bowling area satu level je food court...sampai² terus baling bola...haha~  Zafirah tu first time tengok mama papa main bowling...baru dia faham macam tu rupanya orang main bowling...


Ada 3 lane yang kitorang amek...bos belanja semua staff and families yang nak main...best! aku and dak encem satu team dengan bos...team kitorang markah paling tinggi kot! oke bukti gambar ada kat fon dak encem....kalau ada yang tak percaya baru aku letak gambar...hihi~


skill yang dah kelaut...first game markah aku below 100...banyak yang foul! kat sini kaki kau tak boleh lebih line kat lane tu....pehh tak pernah experience foul foul bagai ni....stress tengok markah kelaut...hahaha~  2nd game dah dapat tune! markah above 100! yeyy! haa bos belanja sampai 2 game oke! sado terus lengan 💪


Habis main bowling dah almost 6pm...main ramai² tu lama nak tunggu....sian Zafirah boring sebab dia tak boleh main...huhu~  so sebelum balik hotel aku bagi dia mewarna guna pasir kaler² tu....alaa tak reti nak explain....kena bayar RM8....menunggu dia mewarna pun dah makan masa sejam! sebab first time bagi dia experience mewarna guna pasir so dia blur...haha~


Balik hotel laju² solat Asar, sesiap nak pi dinner pulak....company dinner...bos belanja lagi! syukur Alhamdulillah~


Ikutkan dinner start pukul 7pm gitu...tapi aku nak solat Maghrib sesiap kat hotel....mekap² bagai...almost pukul 8pm kot baru sampai tempat dinner...alaa bukan ada acara special pun....makan buffet....so tak kisah lambat sikit...


kat sini lah lokasi dinner kitorang...dekat jugak dengan hotel...dalam 5-10 minit perjalanan gitu....


meriah! makan sedappppp...syok aku ulang alik meja buffet...haha dasar!


Untuk kali yang kedua jugak, ada cabutan bertuah....tahun lepas yang dorang buat kat Bali, aku takde...kali ni agak mengharap jadi bertuah...1st price Iphone 7 oii!! goosebumps aku tunggu bos bos cabut nombor...hahaha~


Tapi dukacita...tak menang pape...T___T


Takpe lah...happy tengok kawan² yang bertuah...mungkin rezeki aku next year kot *tak berhenti mengharap* 😝


Dalam pukul 10pm gitu baru setel dinner...then balik hotel, tidur...


Esoknya rutin pagi macam biasa....bangun, gosok gigi, basuh muka, turun breakfast...dah kenyang, naik bilik tukar baju, terjun swimming pool pulak! cuma kali ni aku dengan Zafran tak join...sebab kul 12.30pm nak check out dah...nak kemas barang lagi, nak mekap lagi...kahkah~  so papa dengan Zafirah je terjun swimming pool...


elehh Zafran tu...time tak bagi mandi sibuk nak join orang swimming...time bagi berendam menangis sedu sedu...cubit nak?


Kitorang extend check-out time pukul 12.30pm...so banyak masa untuk bersiap...dalam pukul 11am+ gitu baru papa and Zafirah naik bilik...aku dah siap mandi semua dah time ni...tinggal nak packing² bag je...hotel ni juga ada sediakan laundry bag...besar lak tu! muat la sumbat baju kotor 4 beranak untuk 3 hari 2 malam duk sini....


Tepat 12.30pm check-out! pastu ada la menyinggah² bagai...tak penting so takyah update sini...hahaha~


Next, kitorang ke Penang pulak...masih lagi company trip...bezanya trip to Penang ni, bos and staff from Singapore tak join....ada dalam 6 orang staff and families je join...wohoaa!


Cerita Penang lain entry eh...insyaAllah....








Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015