Jun 2, 2011

Tolong Jangan Cari Pasal Dengan Asben Saya!!

ecece tajuk panas line...lempang pelisss~ =P


Semalam kan hari "Wordless Wednesday"
tapi telah bertukar kepada "WordFULL Wednesday" bahaha~
banyak sungguh gosip² liar antara belog...err gosip ke?? kehkehkeh...
macam isu orang tak bayar hutang lah, awek yang bangga takde dara lah...
astaghfirullahalazimmmm~  =.=


Kita blogging ni nak enjoy², happy-happy...
tak best la ada isu² kontroversi ni...kan??
siapa tak setuju sila terjun sungai Kelang sekarang! wawawawawa~  =P





Asben saya seorang yang gentle
*ecehh gentle lah sangat nak angkat bini pun tak larat...wahahahaha~ tetttt~*
beliau sangat TIDAK suka dengan kontroversi yang membabitkan talian persahabatan....
tapi ai rasa baru lah artis bila ada kontroversi...
tak gitu?? hahaha~  *wakluuu~*   v(^___^)"






Biasanya kalau bergaduh dalam dunia maya ni tak kemana ye adik-adik...
asyik ulang-ulang entry marah-marah, ayat marah²...
lepas tu semua sakit hati...no solution...
eh ingat ni zaman sekolah rendah ke 
bila kita marah dengan kawan kita terus keluar ayat, 
"taknak kawan!!"  hahahaha * gelak guling² ai mendengarnya  =P*







Kalau ada salah faham dengan penulisan orang lain
tak perlu lah buat entry maki hamun...
oh sungguh kurang kemanisanmu....
kita kan bangsa melayu yang penuh dengan budi bahasa *ecece*
roger je lah orang yang berkenaan secara private...
maksudnya hantar private mesej ke, call ke...
haaaa itu lah yang dak encem lakukan...
CALL je terus!! miahahahaha~






Bukan niat nak bergaduh...kata dah besar kan...
boleh je selesaikan masalah dan segala salah faham secara professional dan rasional...
tak perlu emo-emo main parang² segala...kui kui kui~
asben saya menghubungi rakannya itu hanya untuk
memberi penjelasan dan MEMINTA penjelasan...
bila masing-masing dah faham, takkan ada lagi isu kontorversi...
betul tak adik²???  ^_^







ye begitulah aksi-aksi dak encem ketika bergayut dan membebel dengan "rakan" nya itu...
eh baru ai ingat, u tak rasa dahaga ke borak lama-lama dengan "kawan" u tu?? ngeee~
lama kut dia membebel...tah hape dia bebelkan pun tak tahu...
tak kose ai nak dengar...tolong amek gambar je...hikhikhik  =)



Pesan saya kepada pembaca² blog, bila ada isu-isu kontroversi macam ni,
pelisss lah BACA ENTRY SAMPAI HABIS!!
kalau dah baca habis tapi still d.u.n.g.u tak faham apa yang orang tu cuba sampaikan,
eh tak payah la susah² nak komen...terus je klik butang pangkah kat atas tu ye...
sebab apa?? komen² yang takde kena mengena dengan entry akan
membuatkan penulis merasa sungguh annoying...
dah la orang tu menaip dalam keadaan marah, tiba² baca pulak ayat annoying...
bertambah² la larva dalam kepala si penulis tahu??


oh lagi satu...kami tidak suka dengan BLOGGER LALANG...
maksudnya blogger yang pengecut dan tiada pendirian...
kat sini kutuk orang tu...kat orang tu kutuk orang ni...
tapi kat blog orang ni dipuji bagai pijak semut tak mati...
bluwekkk! keji tahu perangai begitu  =__=


Selamat menjadi blogger dan insan yang bertanggungjawab!
syabas ye PB berjaya turunkan ego dengan menulis entry TANPA
menggunakan bahasa kesat yang cuma melambang kan betapa rendah nya IQ anda...
walaupun entry itu penuh rasa marah dan dendam ke hape...
janji bahasanya elok...
peace and out!  v(^^,)









P palang S:: cerita ni habis di sini...tak perlu ungkit² ye..orang berkenaan telah pun laksanakan tanggungjawabnya...sekian! ^_^


Jun 1, 2011

Aku Dah Ada Baju Raya!! yeayyy! ^_^



hek hek tahun ni bakal berpuasa dan beraya bersama orang baru daaa...suka! suka! ♥
ekceli kain dalam gambar atas ni merupakan hadiah kahwin dari officemate mak mertuaku...
kaler hijau plain tu untuk baju melayu, yang bercorak abstrak tu untuk baju kurung...
pheww lengkap sepasang kaooo~


menurut mak mertua aku, kawan dia ni tak dapat hadir kenduri kitorang hari tu...
so dia bagi hadiah je...
walaupun lewat sebulan eh ai tak kisah nyah!
selagi belum ada anak,
dialu-alukan lah sesiapa nak bagi hadiah kahwin kat ai...lalalala~
kalau dah ada anak,
hadiah untuk baby lah pulak kannnn...bahahaha~  v(^___^)"
tenkiu aunty!!  saya suka hadiah ni~  ^_^


err korang dah beli baju raya ke??
kaler apa??  (^^,)
















P palang S::  masalahnya sekarang ada lagi ke orang nak amek tempahan jahit baju raya??? dem! =.=


Sikit Lagi Untuk Beli Peti Ais...ppfffttt~



Syukur alhamdulillah~
Balik kerja semalam dapat cek dari Nuffnang...
cek yang kedua...yeayy! \(^__^)/


Akan datang nak cash out lagi...
tunggu semua BE turun jadi ME dulu...hehe~
aku dengan dak encem memang tengah kumpul duit Nuffnang untuk beli peti ais tau...
lepas dah beli semua keperluan rumah, baru aku nak pindah...
selagi tak lengkap rasa tak best pulak nak pindah  =.=


Apa kata korang rajin² masuk blog Life 101 ni...up-kan lagi traffic...
lagi laju duit BE naik, lagi cepat aku beli peti ais...bahahaha~   *macam ayat hipotesis subjek sains sekolah rendah*  v(^____^)"





** berminat untuk iklankan blog/business anda di blog ini?? >> klik SINI untuk keterangan lanjut  ^_^







P palang S::  Selamat hari SUSU sedunia! korang breakfast susu tak hari ni?? aku breakfast nasi lemak sebab mihun dah habis..huhu... ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015