Doa Ibu
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...
Followers
Date & Time
About Me
![My photo](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/http/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRb3TT8veEUbzFnoLJC1jO_T6p-VfIKreBTG6dp3dNSeSgFCkfesPVDOUreOOtWDzLbGBWsb9-JjMavYlNsHdLvTf0dC3OvQbNm2HCSQoE98Na146X7SBQKxClXwMdzA/s220/passport.jpg)
- shaliza
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan
Our New Life
![Our New Life](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyuyufD-nW6rSVLmPb7hBoAmw_9iYyyMTFrKCZwDSU8ugEWuf70TKpWXXYetZ3V9DIAqWFZxqIH9e9rc3mwQbZfjygr7YmDcooPjLoA9oVSYlZaH6kEvvHUP9QmDUt0Q_iffMvUXhvpujF/s240/14-10-07_153456.jpg)
14/10/2007
December 31, 2011
2011/1432
365hari kita lalui..
tahun ni boleh saya anggap thn beremosi untuk kami...
apa yang emosi sangat tu, biarlah kami saja yang ketahui..
apapun syukur alhamdulillah Allah ingatkan kami dengan semua itu.
mungkin kami alpa & lupa, jadi Dia berikan kami sedikit peringatan.
Dia Maha Mengetahui.
.
.
Doa kami sempena tahun baru ini,
agar kami diberi kekuatan, ketabahan & hati yang tulus dalam menghadapi apa saya ujian & dugaan dariNya.
semoga kami diberi taufiq & hidayah dalam apa saja yang kami hadapi.
semoga kami diberi iman & ketaqwaan yang lebih dalam...
semoga kami diberi jalan yang lurus dan diredhaiNya...
semoga ikatan kekeluargaan kami lebih utuh dan sentiasa disirami kasih sayang antara satu sama lain.....amin ya robbulalamin.
December 27, 2011
mana lagi penting?
mana lagi penting ya..
straight A’s @ khatam quran?
tution @ solat 5 waktu?
anak ni saham akhirat,
jom sama2 bimbing anak2 kita.
December 23, 2011
menghampiri ke penghujung
apa yang penting kita sekarang berada diminggu2 terkahir di tahun 2011
lagi lebih kurang beberapa hari lagi kita akan berganjak ke tahun 2012
agak2 apa pencapaian kita di tahun ini?
semoga semuanya baik2 dan ada peningkatan dalam kehidupan.
menjadi hambaNya yang lebih baik untuk tahun yang mendatang..
tahun baru hijarah 1433 dah pun 22 hari..
ada yang kacau bubur asyura ke?
rumah kami tahun tak buat pun..
tapi ramai jugak yang buat,bolehla merasa.
yang penting niat ibadah kan...meraikan kedatangan tahun baru hijrah...
December 21, 2011
twit..twit
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisW1FzfWjOGsq3Jo7zyWK10z8NBTntPMZb3hupWM2wThvs8mIi3i_HQV_owlWumkXdzZgA81vVyVmmEwosFebR-5gTgdAbxTiy2he169YSJ4fwfqOOcO33KecFZqJ_ukePeUl7aP05ABom/s320/burung+002.jpg)
saya pun tak tahu lah apa istilah bahasa orang panggil.
tapi kalau kat kampung kami tu orang panggil "memanggil burung"
mereka akan pasang pukat/jaring kat sawah bendang...pastu pakat2 tunggu. siap pasang kaset suara burung, untuk menarik perhatian burung2...
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhj5Z-9h4_SegTy8JL19iiq9mfhF-dI2B8HzeMHgTINMWszpYgfH84fLcKDxy7uwDfBVkxY0hjBGBYdm6AMA_FMFA3Q0RBAo2JcINKCC-Uq0v-45YPRf2wLDPdRiEWHvvBjrjAUkt0svYaH/s320/burung+003.jpg)
Abang kata skrg ni musim burung berhijrah, benda ni tak selalu dan tak lama...katanya dalam seminggu dua jer..jadi kena bersabar la saya seminggu dua ni...sb dia buat benda tu mlm2 sampai ke subuh pagi...saya pun tak tahulah dia mengantuk ke tak...sebab siang pegi keje macam biasa...Lumayan jugak lah apa yang mereka dapat tu...mula2 dulu ada jugak kami masak sekarang dia jual je...sb dah jemu.
Saya pun tak tahu jugak apa nama burung2 ini...tapi sedap jugaklah...nak2 bila goreng garing2
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1LRzZ8Hv0Rk8766DmQYNBeZKkpJLspyZMwFNOO-WClyFtBHR_cooS3B1CEy6oA0Z-qLEG0ogZR3DEMMushy6Gijh-hxEZ2uqOkDnqlOk7FrkyMQhiE-RTyg0nYdK5XfNxxuaKHDn1SmNS/s320/burung+004.jpg)
.
.
.
p/s saya ok jer dia pegi pikat burung2 tu..jgn pikat lain sudahla ya...hehehe
December 20, 2011
syahmi:gigi
December 19, 2011
DOA
Moga2 Arif diberi petunjuk & kembali ke jalan Allah serta kembali ke pangkuan keluarga.
Dugaan keluarga ini berat,mereka insan terpilih. Kita tak tahukan, doa siapa antara kita yang diangkat...insyAllah. semoga kita semua dilindungi dan beroleh barakah.
kemampuan
kemampuan bagi kita, mungkin bagi orang ala setakat tu, petik jari je boleh dapat.
mungkin bagi kita kasut $20 tu apa lah sangat, tapi mereka yang kurang, nak dapat kasut rege $10 pun payah kan.
bila kita berbelanja, orang tengok kita wauuu banyaknya berbelanja...walhal barang asas je pun.
definasi "mampu" bergantung pada masing2 lah kan. Belanja setakat kadar yang kita boleh. Jangan terlebih spend. Jangan ikut orang. Jangan pandang orang yang lebih, tengok orang lebih, tak cukup sokmolah kita. Jangan selalu berhutang. Sekali kita berhutang mmg akan selalu la nak berhutang. Nak beli barang dapur pun berhutang-ni contoh je ni (tapi kalau kat kampung2 tu ada lagi)
Kalau boleh, biar ada simpanan, sikit pun takpe, janji kalau ada emergency boleh guna.
Belanja ikut keperluan, bukan kehendak (ni pesanan untuk diri sendiri ni)
Kemampuan kita mmg tak sama, jadi jangan ikut tembolok orang.
Orang kata ukur baju kat badan sendiri kan? Tepuk dada tanya poket:-)
December 18, 2011
Hutang
nak kawin berhutang
nak mengaji berhutang
nak tempat tinggal kena berhutang
nak kenderaan kena berhutang
nak cantik berhutang
semuanya pun berhutang kan..
tak berhutang tak boleh ke?
maknanya kita ni diluar kemampuan la kan?
tapi orang kata kalau nak, mesti kena berhutang
kalau tak sampai sudah apa pun takboleh...iya ke?
sampaikan sekarang baju dalam pun hutang..hhihihi
kalau yang pinjam ngn orang satu hal kan.
nak mintak tu macam kan kita ni peminta sedekah pulak...kita pulak naik segan nak mintak.
pada yang berhutang tu bawa2 bayar ya..
dan kalau boleh jauhkan lah dari berhutang.
December 13, 2011
Origami
saya cuma reti buat kapal, kotak & topi.
najibah suka buat kapal...dan ada masa dah boleh buat sendiri, jadi saya rasa nak ajar dia buat benda lain pulak...dengan itu dia boleh nampak wahhh ibu dia leh buat macam2....hehehe
saya ada search kat tenet...tapi macam tak reti pulak tgk cara lipat2 dia tu...baca pun macam tak faham jugak...adoila..
Pok Nik
dia pun takde singgah di rumah bila balik dari kedai kopi.
mungkin sekarang dia tak ke kedai kopi agaknya, sb musim hujan kan.
saya doakan dia sihat sentiasa.
cerita poknik saya ada coretkan...malas la nak backlink...boleh tengok label kot nak bacakan.
December 12, 2011
Anak2 sekarang kurang adab!
tak meraikan tetamu?
tak menghormati orang tua?
.
.
.
bagi saya lah, mungkin boleh dikatakan 8/10 dari anak2 kita sekarang begitu.
saya nampak...ciri2 ini mmg ada pada anak2 sekarang.
bila ada tamu datang...anak2 kita mana? Ada, tapi dok melopong depan TV,main games bukan dorang nak datang jumpa(salam) dengan tetamu apatah lagi bila tetamu tu saudara kan. Mereka lebih suka layan TV,gadget2...dan yang lebih teruk bila tahu ada sedara nak datang rumah siap boleh keluar jumpa kawan2....walawei
Salah kita jugak sbg ibu+bapa kan...
dah tahu begitu dibiarkan saja...
sudahnya anak2 terbiasa dengan cara itu.
jadilah anak2 muda yang entah apa2...belajar tinggi2 tapi adab takder.
December 10, 2011
amanah
saya bukan nak kupas apa itu amanah-saya bukan orang yang arif pasal ini.
cuma saya adalah orang yang pegang banyak amanah...
amanah untuk menjaga & membesarkan anak2 (amanah bersama ni)
amanah untuk jaga barang pejabat (ini ok la)
amanah untuk rahsiakan masalah orang (ini berat ya amat)
amanah untuk pegang duit orang (ini pun sama berat, terguna nanti macamana - Ya Alalh jadikan aku orang beramanah)
.
.
.
bila tenung & fikir balik, kenapa orang percaya kat aku eh? Kenapa tak orang lain...
duit tu bukan sikit2.
apa pun, ingat jangan khianati kepercayaan orang.InsyaAllah
December 09, 2011
anak-anak kerinduan
inilah padahnya bila tak biasa kena tinggal.
ada, tapi tak la lama macam ni.
huhu
syahmi ok je...cuma perkataan "abah" tu tak pernah lekang dari mulutnya.
subuh2 pagi bangun tido - abah
nak petang sikit (time abah dia balik keje) - abah
tengok org laki - abah
huhu rindu benor nampaknya
kakak pulak...malam ok la ibu ada.
tapi siang mak ngasuh dia cakap dia buat perangai...selalu tak pun
alahi anak...ibu tahu kamu rindu, ibu pun sama.
tak lama, insyaAllah ahad ni abah balik...
bila kena tinggal macamni, buat saya sedar, macamana la yang anak2 yang kehilangan ibubapa masa kecik2 ni kan...siannya
nak menjawab tu satu hal...
December 08, 2011
Masterchef5
peserta MC dah ada improvement.
semua masakan malam tadi dipuji...
dan yang pasti malam tadi takder penyingkiran...
berani
sekarang sy sdh berani pump dr station sy sendiri.
kalau tidak sblm ni nak kn gi pantry-take time & agak tak selesa.
kat tmpt sediri ni agak open..depan pintu bos...nak kena cover molek sikit la...
yang penting selesa sikit dr pantry yang ada sang T tu.
tapi rasanya dorang semua dah tahu, sb susu saya letak kt peti di pantry, jgn salah amik sudahla.
sepi
ramai yang bercuti.
bos pun masuk kejap...pastu keluar.
nampaknya leh layan bluesssss
December 07, 2011
perogol bersiri?
macam2...dekat pulak tu ngn tmpt saya.
Minta2 dilindungiNya selalu.
December 06, 2011
December 05, 2011
Ombak Rindu
sudah banyak kali baca novelnya.
nak tengok2..bila nak kuar Astro first ni?
semua org review citer ni best...
dalam novel mmg best la..
jgn jadi macam Lagenda Budak Setan sudah..
dlm filem tak menyengat..
tapi kalau baca novel mmg...ummphhh
banyak banyak kali pun tetap meleleh.
December 02, 2011
update:stok EBM
December 01, 2011
kesiannnnn
saya selalu dengar & baca kisah orang yang pegi kat certain2 kedai tu, then "bolayan" oleh SA @ tuan kedai tu..
bila dengar & baca kisah orang, macam hemm kenapa pulak taknak layan ek...dah tentu orang tu masuk tu dia ada niat nak beli la tu....bukan ke kita sebagai pembeli nak kena survey dulu kan..
sebagai tukang jual kita kena layan jugak...nak2 org melayu kita.
ok balik pada kisah saya...
saya ni biasa jer...kalau jalan mana2 pun pakai biasa je, janji tutup aurat bukan urat ya...hehehe pada hari kejadian saya ada pegi kedai mas kawasan rumah saya. Saya ada satu kedai mas china yang biasa saya pegi...mek yang kenalkan...sebab mek mmg beli ngn dorang sejak dulu kala...(nak jual pun kat mereka jugak hehehe) - betul la kan, kita beli mas ni untuk jangka panjang...kalau terdesak boleh guna kan?
ok sambung balik...tapi pada hari kejadian, saya ternampak kedai 'melayu' eh..ni kedai baru ni boleh try, lagipun hari tu macam ada sikit lebihan uang macam bolehla amik yang cheap2 nya kan....so kami masuk la...masa tu takder pelanggan pun...hanya saya ngn abang. Saya pakai selipar jepun je, abang pun...selekeh la nampaknya.
saya tanya la tukang jual tu (pompuan) lebih kurang...dia tak paling pun kat saya...kesian kan.
tapi saya nak jugak try kan.....dalam lima minit saya dok kat situ...takder sorang pun approach saya...alola ni nak jual ke tak nak ni saya cakap dalam hati la...
abang dah geram dah ni....iyalah kan...kita masuk tu berhajat la...layan la elok2.
Ini tidak tengok kita pakai ala2 terus tak layan. sakit hati jugaklahkan.
Saya pun depan2 dia saya tanya abang...kedai yang biasa kita pergi tu ramai orang tak? Bahasakan sikit dia...nak meniaga pun pilih2.
Kalau ko layan aku molek2 hari tu...dapat la jugak sikit...padan muka mung. Kan dah orang china yang dapat.
Susahkan...pastu cakap orang melayu takmo tolong org melayu...nak tolong apanya kalau dah kita sebagai penjual takmo keluar dari kepompong...nak layan yang ada class sesaje...yang kampung2 darat ni takmo layan...iyalah orang darat mana la kan...entah2 duit pun takder, ada hati nak masuk kedai mas...
November 30, 2011
Alamak:-SuperIbu
abang nak gi lumut...1minggu
tak biasa la kena tinggal ni.
macamana nak hantar&amik anak pulak
hadoi la
sudah la syahmi tu tak mo duk carseat.
nak beriba sesaje kalau naik kete.
tp kalau tak lalui, tak merasakan..
.
.
.
sayang bini tinggal2 kan
ni dah kena la ni...
InsyaAllah I will survive
doaku utk ini
agar syahmi tidak meragam bila letak dalam carseat....
November 29, 2011
Musim cuti sekolah
sb anak2 buah balik tak lama
sebelum ni best..
dorang habiskan cuti kat kampung so kat umah pun gege (bising)
hari ni semua dah nak balik...
alola..
tak sempat nak gege2..
apapun harap panjang umo blh jumpa lagi..insyaAllah.
November 28, 2011
Penat
baru balik dari Ipoh, majlis kawin sepupu abg.
penat la jln jauh ni.
dah lama tak berjalan jauh.
dengan anak kecik huhu
lenguh segalanya..
jalan pun pun dah macam gaya robot.
ni baru kali pertama, sejak 4thn jadi bini org berjalan dengan keluarga mentua.
haha
saya ni malu2 kucing...huhu
ok..biasa je...tapi kalau ngn famili sendiri mungkin sayalah juara...
kang nanti saya update pengantin...
November 26, 2011
November 25, 2011
present
kiranya tahun ni saya dapat hadiah la..
Tupperware...5 items tu pun yang level punya..
suka sangat.
Thanks to my laling la yang tolong bayarkan...antara yang kat bawah tu saya punya...huhu
space kat umah mek tu dah la takder..bila la nak duk sendiri ni...mek cakap semak jer ngn tupperware dia....ke mek dah bagi hint suh duk sendiri tu...hahaha sila sedar diri yeh mekT!
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqWOzYrf7UtiG_6LRENNMoHX6tBFSJXJdEl9ED3KchttGZy6Wxs9QEEMfKqHM48SUzr8fw3HBHbyeBiHpSPYzbjqceQKtIujGc6-FzIQMUXcNo1dwkP01pU8Pu5jQ-qb3CfO5upPAJcO-B/s320/tupperware.jpg)
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghbv9RJy9O_m-fguz_0LJ4t_EX9sTKqrCzZsgvXEvfrOrhQouzv-WXvfeWfTXocfs4YGDfNArchDkdYA_tLMQjt2UB8moOo3e2CCUvIIxw2pwC8mfMi8sItrGSBus1ouV72qy6iQyhfJ8n/s320/317388_139236919510618_100002729328552_130987_1269304632_n.jpg)
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkUJsV57H31XwzirLlommCT04GbfFQIN23UXceYMtMQMxbZyRHN72npK3lEnI0ZbY_QT4CYicwe8oZ370yRYuITKJPbASonQYav9oEpeHi802fJkscidkXQk7M9gngE9tl_Bdqh9L6EAbC/s320/296070_139236029510707_100002729328552_130986_1007479209_n.jpg)
November 24, 2011
Masterchef4
hah amik kau..
48 buah yang perlu di teka...hihi
kalau saya dah ngap sekali...hhehe
apapun semalam Nik Michael tersingkir...
takper lah nik...sok2 amik course culinary pulak...kalau beul nak jadi chef.
umo pun baru lagikan...
Banjir
mmg tiap tahun inilah yang amat ditakuti oleh kami...budak2 bukan tahu apa, dilarang pun masih berdegil nak main air...sudahnya ada yang jadi mangsa. Bukan anak orang jer..anak saya si kakak tu pun menggeletis nak main air hujan...sementelah kawasan rumah Tokma dia agak rendah dan ada air...lagilah membuak2 rasa nak main tu.
semalam saya balik mmg lencun dia sakan main air...risau pulak. Dibuatnya ada lintah ke apa. Alahai anak.
ni 2 keping gambar yang sempat diambil..
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNZQszav4lqeDf3xHCnqZP9KFEmE9V2x1sBx1Qc9xI-g1LpuE4OCt-jzOE_sE2RIplgQJZ7kNIxMJWr14o9VKtElKnqKGfi4nqiNRqKp-pHl4x25HXbXS2DVniFoRtFKaVI0lw3MCm9Jy-/s320/banjir+004.jpg)
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdvEmcUggTELsKb6lIeTteLuhutRx3ZXiSdktKHrKTsHZ0HCwQE_xIi-MCsEX2HLZvTdDwGs0HauOnyYGJoVhWvIvGAL4j5lZPbd1OuwBU-FZHAoLf_lc3aIpRRRokwZtU45GDmyOnWMdH/s320/banjir+003.jpg)
November 23, 2011
Masterchef3
best sb kump.biru menang task mlm tadi..
kan boleh nampak kelebihan saiful...
walau masih terima kritikan...
felix,deena & lain2 banyak bagi sokongan...
good teams jugak.
.
.
.
biasanya pun pasukan yang horey2 ni jarang menang..
.
.
mlm ni siapa la pulak akan tersingkir...mintakla astro ok mlm ni. musim hujan ni mmg tak brp nak ok astro ni..
jom tgk masterchef. ada contest jugak boleh la cuba, mana tahu nasib baikkan...
biar betul
siang waktu keje saya bekalkan susu syahmi 10oz...
5oz je yang habis. Ish takkan banyak tu je dia minum...
bekal nasi kadang habis kadang tak...
tak lapar ke anak oiii?
kita tgk berat nanti macamana...
November 22, 2011
susulan
saya macam terinsaf la kejap...iya lah,syukur lagi umur masih ada.
dibuatnya masa tu dah sampai...huhu dengan belum solat.
belum solat tu satu hal, rumah macam tokang pecah pun iya jugak.
bukan apa, malukan bila jadi something bila org datang rumah kita macam tokang pecah. ish2
jadi mulai semalam, saya akan pastikan sebelum tido saya mesti
- solat isyak
- kemas dapur
- lipat kain @ pastikan kain dalam bakul tak berselerak
- pastikan menan anak2 kemas.
payah jugak ni nak biasakan diri...
saya selalu beralasan
-anak2 kecik...kemas pun selerak balik nanti
-ala tido dulu la...kang bangun solat la (kalau mati macamana?)
-penat la, asyik aku je (la sapa lagi nak buat kalau bukan kamu)
alola...habit yang sangat tak baik.
Muharam tak lama lagikan..
jadi boleh la berhijarah ke arah yang lebih baik kan..insyAllah.
Nak kena tanamkan dalam hati setiap apa yang baik pasti dibalas baik...insyaAllah.
November 21, 2011
serba tak kena
nasi anak pulak hangit.
hmmm
last call Ma (MIL) minta dia buatkan nasi untuk syahmi...
pastu dapat pulak bonus->dia tapaukan nasi goreng untuk menantu (hantu) dia ni.
p/s lain kali bila dengar alarm tu jangan katup..nilah padahnya.
Dasyat
balik dari tengok atok, tidokan anak2.
dalam pukul 2.30am...terdengar satu dentuman yang sangat kuat..kuat sangat..
sampaikan anak2 tersedar....menangis ketakutan...
Allahuakbar...bunyi apa tu..
kilat pun sambung menyambung selepas itu...
guruh ke petir...
tapi seingat saya lah, sepanjang hidup ini, bunyi tu tak pernah dengar...takut sangat..
sudah lah saya belum solat isyak...lalainya saya..
di buatnya, dentuman itu akan menyebabkan nyawa saya tercabut dari jasad...AllahuRabbi...
Ampunkan dosaku Ya Allah...
Tapi sungguh saya rasa dasyat..agaknya kat tempat yang biasa ada gunung berapi & macam kejadian alam yang lain tu macam tulah agaknya bunyi tukan...Allah...lindungi kami dari segala marabahaya...
November 17, 2011
Musim cuti sekolah
musim cuti sekolah anak2 buat apa ya..
kalau zaman saya dulu main jelah kejenya...
dulu mana ada nak masuk apa2 kelas pun
selain dari takder modal...budak kampung mana kisah nak attend apa2 kelas.
apa yang best cuti sekolah makna nya takder baca2,keje sekolah & seangkatan la..
kalu sekarang, macam2 kelas boleh anak2 kita attend kan-bagi mereka yang mampu lah kan.
dulu kalau cuti sekolah menan biasa bagi budak kampung main congkak,dam haji,tenteng,galah panjang,tali getah,guli,mcm lagilah..
pastu pulak time cuti biasanya kat sini musim banjir...emm lagilah best.
main+makan=tido.
masuk sekolah balik tak tahu apa=tepu...hehehe
apa pun best.
jom balik kampung weh...
November 16, 2011
membuas
Duit Bantuan
duit bantuan untuk pelajar2
RM100 untuk sekolah rendah & menengah & RM200 untuk pelajar IPT.
.
.
.
Macam tak efisen je bagi bantuan tu sekarang...budak2 pun baru habis untuk sesi tahun ni...
kalau kata nak buat belanja sekolah...rasanya tak la...nak dekat buka sekolah rasanya baru mak pak gi soping brg sekolah.
alamat duit tu habis gitu jelah kalau yang makpak tak amik tahu.
kenapa awal2 dah kasi ek?
nak pancing ya?
.
.
.
huhu
Masterchef 2
dah kena guna2 dek masterchef dah ni..gian oii
siap leh gaduh ngn org2 kat umah nak chop tv
huhu
by 9.00 pasti kan syahmi tido kalu tak takleh nak tumpu...bengang sungguh apaknya.
mlm tadi mcm tak kena lah buat peserta task macam tukan...
kalau dari segi logiknya pun mana ada restoren datang ramai2 macam gi kenduri...ni pendapat saya la ya...
sian peserta semua...tension sungguh mereka.
tapi saya suka sebab geng doktor gigi berjaya..
tapi jugak napelah deena takmo guna pin kebal dia tu...rasanya dia yakin kut tak terkeluar nanti...hehehe
peserta feberet sapa ya..belum ada lagi...belum nampak yang betul2
ok kang kita ngomel lagi ttg masterchef ni.
November 14, 2011
Masterchef
tapi bila ada citer ttg chef yang overstated qualification...emmm
kalau ya nak show off pun pada2 la..
lambat cepat org tahu jugak kan..
tapi saya suka rancangan ni...
peserta dia ok..
Papa Joe & chef Zubir pun OK
boleh kenal chef2 jemputan...
tak sangka kan chef2 ni comel2 & kacak2 jugak...
huhu
November 12, 2011
kisah bonda, kakanda & adinda
kerut dahinya tidak pernah hilang
memikirkan kelangsungan hidup diri dan ank2
memerah keringat & kudrat sehingga hujung nyawa
kakanda
keluh kesah sehari-harian
penat mencari penyelesaian
pada yang boleh menyelesai
apa semua ini
adinda
mungkin belum terbit rasa sesal
padanya hidup perlu diteruskan saja
apa yang ada dihadapan diredah tanpa hala
hidup dalam dunia sendiri
November 11, 2011
S.A.B.A.R
"Ya Allah, Jandikanlah hamba orang yang penyabar dan besabar dengan segala ujianMu"
sabar dengan suami -- amat la payah nak sabar sebenarnya
sabar dengan anak2 -- sama la jugak ni...
sabar dengan parents -- insyaAllah
sabar dengan adik beradik -- insyaAllah
sabar dengan majikan, klik, kawan2 -- mesti kena sabar ni
sabar dengan saudara -- kadang2 hilang sabar jugak.
p/s senang citer sabar dengan semua benda(hal) la...salam jumaat:-)
November 10, 2011
November 09, 2011
update:stok EBM
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHt1xuXzMnG6IFVz6vVVlpoR9SVM2uOj7bcoRnAtbho2MQ8Hroy7xihpnN0c7db-ipTai9WLtYlFgntMHkY7ScYwF6C8cDM7UZFXchyphenhyphenN2cx3gtRgd3tPerRuxLCNu30uBVogYJwRxzoFhp/s320/ebm+008.jpg)
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjWn-3MRM7ad42aGxbtJqBMjAHhxx57JXIB5h7eoKugAX3hGsL9Vd9bRrMBC8k6m72gJfGSzrr4RSntmcBpNxicOwWxlbQVJPz1awybtByGw3A8rKW-S_-sbes1kFzjP5WfYntsAwKXL7ju/s320/ebm+007.jpg)
tapi alhamdulillah masih cukup untuk syahmi.
lagipun syami dah makan kan...waktu siang kadang tak habis pun 10oz yang saya bekalkan.
kat ofis skrg saya pump 2-3 kali je..tengok keaadaan
kalu dulu (sebelum syahmi mula makan) mmg ikut time la.
sekarang janji pump je.
weken mmg tak la, tapi kalu dah penuh sangat terpaksa gak...
so saya dah dpt dip dlm course BF..huhu
insyaAllah lepas ni leh dapat degree pulak.
p/s tolonglah jgn pandang lain macam bila ada ibu yang tidak menyusukan anak dia. Mungkin dia ada masalah dia sendiri, dan kalaupun kita nak dia BF anak dia, nasihat lah dengan cara yang istiqamah. Tak payah lah nak tunjuk lagak bila kita boleh BF anak kita. Doakan mereka juga mampu untuk BF anak2 mereka.
Raya Korban 2011
gambo lembu masa sembelih takder, sb takder sape nak tolong saya amikkan...
so layan jelah apa yang ada...alhamdulillah, kami dah selesai aqiqah anakanda syahmi..
November 06, 2011
Raya Korban
tahun ni saya amik satu bahagian nak buat aqiqah syahmi...nanti up gambo ya.
November 05, 2011
Kawan lama
harap dapat jumpa dia lagi...nama dia jugak Najibah sama macam nama anak saya....cantik kan dia.
November 04, 2011
budak demam
doktor pesan bila dia batuk tu,jolok dengan tangan dalam mulut, biar dia muntah, dan kahak tu keluar.
kami dah buat...tapi tak jugak keluar kahak dia...
Asthma ni kami mmg ada . Faktor keturunan la ni.
Harap cepat hilang la ya...sebab saya sekarang dah tak kena asthma, masa kecik2 dulu je. Tapi abang ,masih ada (jarang2).
Jadi kami tahulah apa yang syahmi rasa...sesak dada. Nak kuar kan kahak tak boleh. Minta2 la jangan sampai kena sedut gas...
Alhamdulillah, kakak tak kena.
November 03, 2011
Tudung bawal
tak tahu kenapa bila pakai tudung ready made tu rasa pelik jer (ke tudung murah?)...baiklah pakai tudung bawal empat segi....nak kena gosok pun gosok la...janji selesa.
Tapi saya pakai jugak tudung ready made tu bila keluar hujung minggu...senang kan - sarung saja. Nak2 pulak ada anak kecik ni.
November 02, 2011
Abaya
rasanya ibu2 patut ada Abaya (baju ala jubah, just sarung jer) dirumah masing2.
sebabnya...bila terdesak senang, capai then sarung jer...
ye lah kita tak tahukan bila
- anak demam-nak kena cepat2 pgi klinik...sempat ke nak melawa lagi kalau demam tiba2 (pengalaman ni)
- tamu datang dengan tiba2 - nak2 pulak tetamu yang tak diundang. kalau ada abaya ni...sap2x soi je...apa yang penting tutp aurat:-)
November 01, 2011
October 23, 2011
cerita hujung minggu
tak puas pun iya
sebab weken takleh nak belajar (cuba2) buat something.
syahmi pun tak sihat-->demam nak tumbuh gigi
.
.
.
sekarang ni kalu weken gian nak mem'baking' je keje
jadi ke tidak lain cerita, yang pasti puas boleh cuba.
ala kalu setakat nak mkn anak beranak tu ok lah kan...
ada jugak aktiviti hujung minggu.
nak jalan2 malas...kalu kuar pun shopping mall je. baik dok umah golek2 anak beranak.
October 17, 2011
Kakak vs Adik
suka sangat jeles ngn adik..
nak kata ibu lebih kat adik tak jugak...
sampai senget2 ibu dokong dia kalu gi jalan2...
ish... terlebih ke apa budak ini.
Apa saja adik guna/pakai dia nak..
puas ekplain...adik lelaki, kakak pompuan...huhu nak jugak
baju adik pun dia pakai...ni kalau dok ngn Tokma dia lah...semua najibah nak semua dia kasi...
Tengok tu, walker pun dia nak jugak...dah ada motor untuk dia tu. Tapi bila adik usik motor dia tak kasi...
syukur tak terhingga Allah dengan permata2 ini...pinjamkanlah mereka sepanjang hayat kami...amin.
Atuks
ye saya masih punya 3 atuk.
1- atuk lelaki belah arwah ayah
2- atuk lelaki & pompuan belah mek.
ke-3nya punya ragam dan peel memasing....
atuk lelaki belah ayah-umo dalam 90++ rasanya..
kalu ikut makcik yang jaga dia, makcik tu cakap tok dah nyanyuk.
tp mungkin jugak, sb kalau kami pegi...dia tak kenal pun...
bila cakap sapa2 barulah oooooo
dan yang pasti bila tiba time bak balik mesti dia nangis...sedih...
atuk lelaki belah mek pulak...umo dalam 80++
kadang sihat...kadang tak..
dia ada masalah bengkak kaki bila makan tak pantang..
pastu dia jugak akan demam ketar kalu ada yang tak kena....
dia ok..tak banyak "songeh" dan tak banyak cakap...
suka pegang2 kita bila kita dok tepi dia...
atuk pompuan belah mek, umo pun lebih kurang la gamaknya..
boleh dikatakan "nyanyuk"
kalau bawa dok umah kami...cepat2 nak balik
macam2 alasan dia..padahal tak pun...hehehe
tapi dia sihat,masih kuat la kalu ikut kategori org tua...
disini bukan kekurangan mereka yang saya nak kongsi...cuma
terfikir, begini ke kita nanti...
sb tu saya selalu ingat kat arwah ayah...
dia selalu cakap biarlah kalau umo panjang tidak menyusahkan anak2...
dan akhirnya dia mmg tak menyusahkan kami pun...dia meninggalkan kami dalam keadaan sihat2...
tapi seperkara yang perlu diketahui...adanya orang tua dirumah..pembawa rezeki tau...
so buat baiklah pada mereka...walau macamana pun keadaan mereka..
nanti bila ada gambar mereka saya tepek mereka kat sini...untuk kenang2...
October 13, 2011
Insan Teristimewa
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj42_RfNF2U0RgehMjQKOCFVOoYGyq_4sYwqR4XkTebsKnlyZ49Ss_W5ukiFQ5l-xeTc2tSMakbBHHv8BguTSp5Lx1_RjkJXV9KlHdeKb6yepli2Fc1veRuffkM2cHGkeefi63tCXKHICrT/s320/Copy+of+famili+033.jpg)
Walau dimamah usia.....kasihku tak pernah bertepi.
Rasa sangat ralat bila kekadang tertinggi suara kat insan istimewa ini.
Tapi cuba untuk cepat2 minta maaf dari dia...
Mek, anak mu ini mohon dipanjangkan usia mek agar kami semua sentiasa dilimpahkan rahmat & redha dari Allah dengan berkat doa mek...
Semoga mek kuat & tabah mengharungi hari2 mendatang.
Semoga Allah makbulkan apa saja doa mek.
Hari ini 13/10/11, di usia mek 67thn, semoga apa saja hajat mek di angkat olehNya.
Anak mu ini mengharapkan doamu sepanjang langkah mengharungi hidup ini...insyaAllah, Tie akan ada disisi mek untuk apa saja.
.
.
.
SELAMAT HARI LAHIR ......
October 10, 2011
kakak comel
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBd-B6g25ZnuGRCBGQDSr-hiPjdIOm_Pr6EEdBS_vyED1RUzrIstJy6MErxriF6GOsmH2Y-tUcgzFTPZtvLpIImvjl5_qvbBe17TRY3B2UzJYXJFrLAlDC_DRxyrtezo-nn9DKDgoAL9KE/s320/weken+098.jpg)
kenapa la 2-3 hari ni banyak sangat perangai "comel" yang kakak buat...
betul2 buat ibu "suka" (baca:hanginnnnn)
kenapa kak,
apa yang akak nak?
makan susah..
mandi susah...
susu takmo...
macamana nak cantik ni..
macamana nak pandai ni...
.
.
petang ni, harap kakak dah tak buat perangai "comel" kakak tu ya..
kakak anak yang pandai..bijak...cantik...
ibu tak suka tengok kakak asyik nangis tanpa sebab..
kakak kena la tunjuk kakak bijak+pandai..
kan kakak kan..
.
.
.
ngaji elok2
baca buku elok2
takmo dah koyak2 buku ya..
takmo dah sepah pembalut makanan lepas makan...
.
.
.
cuba kakak tengok,sayangnya abah pd anak2 dia...jgn buat perangai lagi ya sayang...
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkOSu7xOncfTWhBhCCG8PL6Ot3QtUD5UTT5Q78IVBxZO_sz2MPMf3FIpSWyN1piqLzOwRplKCj5kP6N3ONLdw2ZvM2Uss3Dc58MzrCKHX4sGYD9_lXs07lA8Hs2qcsrfLAzKtjuTGdlI3c/s320/weken+088.jpg)
abah&ibu sayang kakak sangat2...
syahmi:merangkak
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijIKrPLp94wVvQpqEGB3u0kGjW1JA7uTNPi0J5_s1SML7k87QB7GSshfCpCiXOoCPKZF5RB8NCPcAxgBWu7pJaLwLz72r0YV9qOCtJxO1DVYYA5NuwEB3_Nvv-FKdVoRjt3sXohyphenhyphenxzky84/s320/weken+100.jpg)
dan minggu ni dah boleh merangkak dengan jayanya..
nampak gaya budak ini cepat berjalan ni..bagus la tu..
semua orang dok mengeluh kalu nak dukung budak debab ini..
masing2 kalu boleh tak nak dukung budak debab tu...
huhu...dah merangkak dah mula mengutip barang masuk mulut la...
kena hati2 la...
kita tengok syahmi mula jalan macamana,boleh kawal ke tak..
kalau time kakak dulu tak payah berpagar pun, dia pulak macamana.
minta2 la tak payah nak pagar2 ni...be calm ya syahmi..takyah dok over sangat.
![](http://library.vu.edu.pk/cgi-bin/nph-proxy.cgi/000100A/https/blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgo2HQEizu-E8UFEI4E_je49dVlCs1bBXhTtNHYQbEf2jCkjkFsfJqaWbcEOwNq8Fndyx47JUeseBkXiswCWXN9aj_K1Bp4EeSXEl7Gv1NWI8mXEI9hohOawLf_i3XFXtfQLxTW7Sri3Nu8/s320/weken+087.jpg)
October 09, 2011
Bajet2012
apa yang best ya?
golongan biasa macam saya ni apa yang dapat?
mesti org keje gomen banyak dapat benefit dari bajet 2012.
October 06, 2011
khamis sudah...
esok kita coti...
rasa lama pulak minggu ni.
mungkin banyak benda nak kena hadap tu yang rasa lama pulak tu..
huhu
.
.
sabtu ni, InsyaAllah kami nak buat solat hajat..
untuk kesejahteraan semua keluarga.
Semoga Allah melindungi dan merahmati kami sekeluarga...amin
October 05, 2011
demam+batuk
batuk yang kuat mcm nak semput pun iya...
yang tak bestnya, kakak najibah pun demam jugak..aduhai
minta2 tak lama la demam kakak,sebab kakak ni susah sikit, manja terlebih.
kalau demam, dia datang ngn pakej takmau makan...tu yang lolah tu..susu pun takmo...
cepat baik ya sayang...
October 04, 2011
October 03, 2011
Lirik:Ketulusan Hati
Cinta ku tak berdusta
Tak mengenal lingkar
Tak kenal nustapa
cinta ku hanya indah
Hanya bahagia
Untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasih ku
Mencintai Mu
Tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai Mu
Tak mengenal lagu
Keyakinan hati ku
Hanya untuk diriMu
Selalu...
Cinta ku tak berdusta
Tak mengenal lingkar
Tak kenal nustapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia
Untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasih Mu
Mencintai Mu
Tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai mu
Tak mengenal lagu
Keyakinan hati ku
Hanya untuk dirimu
Selalu...
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasih ku
Mencintai mu
Tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintai Mu
Tak mengenal lagu
Keyakinan hati ku
Hanya untuk diriMu
Selalu...
sumber; http://anuarzain.com.my/lirik.htm
Lirik:Biarku menjadi Lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Lyrics www.allthelyrics.com/lyrics/pelangi/
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri
tak suka
jadi lagi benda tu..
knp la tak sudah2.
apa yang difikir pun tak tahulah..
kan senang kalu kita bersangka baik selalu..
takderlah gaduh2 masam2 muka..AllahuRabbi..damaikanlah hati2 ini.
October 02, 2011
Semangat Yang Hilang
walau bukan jadi pada diri sendiri, tapi darah daging sendiri pun terasa jugak...bak kata orang cubit paha kanan, paha kiri pun sakit jugak.
walau pun jugak, yang berkata2 pun darah daging jugak...hmmm
lumrah gamaknya, yang susah dikeji...yang senang dipuja....
.
.
.
saat ini mmg amat down.
kesian darah daging ku itu...
semangatnya hilang dek kejian & hinaan.
hatinya kering dek tiada yang kesian belas.
.
.
tak mengapalah, masih ada diri ini yang masih mengasihi mu wahai darah daging...
masih ada diri ini yang sudi menghulurkan tangan bila kamu jatuh untuk memimpin.
bangunlah, lihatlah, dunia ini belum sampai penghujungnya lagi.
masih ada sisa waktu...sisa itu sama jugak dengan apa yang orang lain hadapi.
Mari..mari kita keluar dari belenggu ini bersama...
September 29, 2011
kakak
kakak dah boleh baca al-fatihah
baca surah al-ikhlas
baca doa makan & penerang hati...alhamdulillah.
.
.
.
a.b.c pun sudah hafal...tapi belum kenal
1.2.3 juga...
alif..ba..ta..pun..
apa sahaja kurnian DIA..syukur tak terkira,alhamdulillah.
Air tangan ibu
masaklah,even goreng telur semata2...masaklah untuk untuk keluarga kita, insyaAllah kebahagian milik kita sekeluarga....nasihat dari seseorang untuk saya...thanks.
InsyaAllah, saya cuba untuk memberi yang terbaik untuk mereka yang disayang....
nasi ayam + kuih bakar
sempena berjaya puasa enam tahun ini...cuba2 je buat nasi ayam...tapi tak gagal ya..boleh la nak jamu suami & anak2. Kakak hirup sup sampai licin...bangga kejap ibu...kuih bakar tu my MIL puji melambung...siap nak mintak buat lagi...huhu
cinta hati ibu
September 27, 2011
akur
mudah untuk berkata2 tapi payah untuk melakukan/menerima
apa2 pun harapan pada yang Satu agar dipermudahkan segala urusan.
.
.
.
Diberi ujian, maka pasti ada jalan keluarnya juga...usaha kena lebih...insyaAllah.
September 18, 2011
Syahmi:6bulan
saya dah kasi suap dia solid food..
so itu budak dah makan moi.
excited sungguh dia..
so mknan dia dah ada warna
kalu tidak asyik nak amik org punya.
bila kita dok makan, jaga2 lah..dia dok aim jer...
sudah berguling2..
ada tengok angkat2 bontot.
cepat jugaklah dia ni berbanding kakak..
opsss jgn banding2kan anak kan..
tiap anak punya kelebihan & kekurangan nya..
terima dan redha..
doakan mereka jadi anak2 solehah..
tidak meremehkan solat..
tidak buat/ambil benda haram..
menghormati org tua.
pengalaman
- kete temperature tinggi....nak kena kura duit
-kena drive kete saga...takder aircond (nasib)
-kena hantar tender yang tak ada apa2 info pun...gamble je hantar.
update;
-abg dah repair kete..melayang la 1-2rat
-abg dah hantar kete kecik so leh balik ngn kecik..dia risau kang balik kang hujan..saga gajah takder aircond (sayang jugak eh kat saya)
-tender hantar (macam saya cakap, gamble saja)
September 15, 2011
Tetamu
.
.
seorang makcik, umo baya mek mungkin.
dia kata dia takkan minum / makan dirumah orang @ makan makanan org lain masak...
dia cuma minum air kelapa yang dipetik sendiri-aneh kan?
.
.
dia kata begitu sb saya nak hidang air (biasalakan tetamu datang) tapi dia cepat2 halang dan cakap mcm yg kat atas tadi..
.
.
orangnya mmg warak..nak balik semalam siap bagi tazkirah lagi..
->semayang lima waktu jgn tinggal kalu nak selamat
->buat yang Tuhan suruh tinggal apa yang Tuhan larang.
ada la lagi...
tapi kita kena menghormati tetamu kan...tetamu kan rezeki.
September 12, 2011
September 11, 2011
duit raya
.
.
.
alhamdulillah rezeki dorang..banyak jugak rasanya tu...nak2 si budak busyuk...syahmi.
maklum orang baru..so dia dapat duit raya lebih la,raya pertama katanya...baru jumpa ngn sepupu2 yang jauh2...hehehe
.
.
.
ibu pinjam beli bling2 boleh dok?
........
-pasrah
-redha
-terima dengan hati yang terbuka
-doa yang tak putus
-insyaAllah, dengan izinNYA jiwa itu akan kembali berseri & bercahaya...amin
.
.
.
mungkin ada hikmah disebalik segala yang terjadi
mungkin banyak kesilapan kami yang perlu ditebus.
.
.
.
segalanya ada sebab mengapa ia terjadi.
.
.
.
yang pasti, kepada DIA sahajalah harapan & jalan yang pasti.
September 06, 2011
belian atas talian
.
.
.
membeli & membelah secara online...
.
.
.
ada baik/buruknya jugak.
.
.
.
tapi tolonglah kepada mereka yang berniaga secara maya ni jangan amik kesempatan ya..
kita dah siap transfer tup2..barang takder..bila mintak respon tukar@refund balik buat senyap je...(pengalaman ni)
.
.
.
dan kepada pembeli pun sama lah jugak....kesian weh buat nanya kat orang. Rezeki orang tu.
.
.
.
kalu kita bising kata kita berkira...tapi cuba fikir la apa yang patut ya.
ok...sekian!