Assalamualaikum w.b.t
Kali ini saya nak kongsi 10 cara bagaimana nak meransang otak bayi dan
inshaaAllah akan menjadikan bayi anda lebih bijak. Cara ini amat simple
dan boleh dilakukan sejak bayi berumur satu hari lagi. Jom kita cuba!
1) Make eye contact
Apabila bayi anda membuka mata, walaupun hanya untuk seketika, ambillah
peluang itu untuk memandang tepat ke mata mereka. Bayi sebenarnya
berkebolehan untuk mengenal wajah seawal yang mungkin. Setiap kali dia
merenung muka anda, dia sedang membina memorinya!
2) Jelirkan lidah
Kajian menunjukkan bayi seawal usia 2 hari mampu untuk meniru reaksi
wajah yang simple - ia adalah petunjuk awal kepada kebolehan
menyelesaikan masalah!
3) Memandang cermin
Biarkan bayi anda merenung imejnya sendiri pada cermin. Pada mulanya dia
mungkin menyangkakan itu adalah orang lain, tetapi dia tetap gembira
untuk membuatkan 'kawan'nya itu senyum dan melambaikan tangan.
4) Tunjukkan perbezaan
Pegang dua keping gambar pada jarak 8-12 inci daripada wajah bayi anda.
Gambar-gambar tersebut haruslah gambar yang serupa tetapi mempunyai satu
perbezaan kecil (contohnya gambar rumah, satu mempunyai pokok ditepinya
dan satu lagi tidak). Walaupun bayi anda masih kecil, dia tetap akan
melihat dari satu gambar ke satu gambar dan cuba mencari perbezaanya!
Ini akan menyiapkan bayi anda untuk belajar mengenal huruf (letter
recognition) dan membaca nanti.
5)Bercakap dengan mereka.
Mungkin pada mulanya mereka cuma akan merenung anda kehairan. Tapi
jangan lupa untuk sesekali berhenti dan beri peluang pada mereka pula
untuk bercakap.Lama kelamaan bayi anda akan dapat mengikuti rentak
perbualan dan mula memberikan respons.
6)Bercakap bahasa bayi
Bayi sangat suka apabila anda bercakap bahasa bayi dengan nada yang tinggi kepada mereka!
7)Menyanyi kepada bayi anda
Ada kajian menunjukkan mendengar rentak muzik ada kaitan dengan belajar matematik!
8) Berikan isyarat kepada mereka
Apabila anda mahu melakukan sesuatu, beritahu mereka dulu walaupun anda mungkin merasakan mereka tidak faham.
Contohnya sebelum menutup lampu anda beritahu mereka dulu 'sekarang mama
mahu tutup lampu!'. Ini dapat mengajar anak anda tentang kesan dan
akibat (cause and effect)
9) Geletek kakinya
Atau geletek sahaja dimana-mana. Ketawa adalah permulaan kepada
pembentukan 'sense of humour'. Bermain permainan seperti 'Mana anak
mama?' dan kemudian anda mengeleteknya akan mengajar anak anda untuk
menjangka apa yang akan terjadi (anticipate event)
10) Buat muka lucu
Kembungkan pipi anda dan apabila anak anda menyentuh hidung anda, buat
bunyi 'pooff!!' Biarkan dia menarik telinga anda, dan kemudian keluarkan
lidah anda. Buat bunyi aneh apabila dia menyentuh kepala anda! Ulang
rutin yang sama 3 hingga 4 kali dan selepas itu tukarkannya untuk
membuatkan dia terus meneka.
Ini hanyalah sepuluh cara yang mudah untuk meransang bayi anda.
InshaaAllah di masa akan datang saya akan kongsikan 10 lagi cara lain.
Semoga bermanfaat ! :)
Saya kongsi dari sini...