Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007
Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

December 06, 2014

Petua hilangkan batuk

Assalamualaikum w.b.t

Saya tak tahu sekarang musim batuk ke apa, tapi yang pasti kami sekeluarga sedang alami batuk kung-kang...mula adik saniy...pastu kakak & abe mi..dan sekarang ibu & abah pulak...sekarang ok dah sikit...apa yang saya buat?

- makan madu dengan air suam
- makan kicap yang diperah dengan limau nipis
- makan bawang putih bakar

saya tak tahu yang mana satu paling mujarab....cubalah. 

untuk anak2 pulak saya mandikan dengan air suam yang diletakkan bawang putih dan sapu minyak pun diletakkan bawang putih....abah dorang pulak ada letak kapur+limau nipis kat leher untuk kasi selesa. Madu pun kasi jugak...ubat batuk pun ada bagi tapi x ditelanya budak2 tu...mmg jenis tak makan ubat sama macam ibu dia:-)

September 09, 2014

Petua banyakkan susu ibu

Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian untuk ibu2 yang breastfeed...

Berikut adalah sedikit petua yang kami dapat dari majalah Pa&Ma. Kami kongsikan untuk panduan anda semua.
1-Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
2-Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
3-Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan
air
sehingga kembang. Minum airnya.
4-Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
5-Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
6-Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
7-Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
8-Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.9-Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

September 29, 2011

Air tangan ibu

Sedarlah wahai ibu2 sekalian (termasuk hamba),
masaklah,even goreng telur semata2...masaklah untuk untuk keluarga kita, insyaAllah kebahagian milik kita sekeluarga....nasihat dari seseorang untuk saya...thanks.

InsyaAllah, saya cuba untuk memberi yang terbaik untuk mereka yang disayang....

June 28, 2011

Tips

elakkan makan pasta & mee

Tips/Petua

Untuk mengingatkan diri sendiri jugak ni...
kpd ibu2 yang BF tolong jgn letak kobis/daun kacang panjang pada B bila ia bengkak.
kesannya ia boleh buat susu anda kering...
sekiranya masalah bengkak susu sila ambil towel kemudian celup dalam air panas then tuam...insyaAllah hilang.
Nak lagi berkesan sila kerapkan direct feed untuk baby...wallhualam.

January 04, 2011

cerita cerai susu

Najibah kan dah nak jadi kakak...
dia pun dah cukup 2thn.
jadi kami kena usaha untuk pisah susu badan dr dia...
agak susah la.
lagipun ibu dia pun tak berapa nak usaha sgt...kes takut anak tak kasih+sayang kat dia kut...hehehe
.
.
.
tp ada jugak usaha yg dibuat, mcm letak kopi, sirap merah, daun apantah...
tp semua direject oleh si najibah..siap mintak ibu basuhkan lagi...huhu
.
.
dah agak lama jugak la kami usaha ni, rasanya sejak umur dia 1thn 6bln.
tapi kemuncak dia mlm tadi,
ibu letak bawang putih kat nenen....dan asyikla dok cakap sakit2x.
dia pun mcm pelik...
so nak tido mlm tadi...dia cubalah nak nenen...sekali agaknya rasa pedas ke apa bawang tu punya la dia jerit bawang....bawang...bawang...
sampai tokmek & poksu dia jaga dr tdo...
mmg kelakar walaupun agak kasihan kat dia...
then pujuk2x....mula2 mmg tak mkn pujuk, lama2 sikit baru ok...
tu pun taknak ngn sapa2 kecuali ibu je...
so mlm tadi dia punya pot pet sebelum lena mmg agak bising...dengar jelah..
semua bahasa keluar...agaknya marah sgt lah tu, so mlm tadi dia cuma pegang je nen ibu...
malam ni kita kasi try pulak...tengok apa pulak la yang dibebelnya.


p/s kesimpulanya.....bawang putih blh diguna pakai sbg petua untuk cerai susu bila tiba masanya.

July 12, 2009

Petua

hari ni aku kasi petua sikit...
aku pun baru tahu petua ni....mak aku la ni kasi...
agaknya dia tgk ank dia baru beranak sorang dah ingat2 lupa...
huhuhu...so sm2 la kita cuba ya...
aku rasa ia mudah dan senang dipraktikkan....
keberkesanannya terpulang pada individu...
petua utk elak dari nyanyuk...
cara dia bila bangun tdo pagi b4 mandi amik secuit garam dan rasa...
jgn makan garam pulak ya...kang ada yg kn darah tinggi plk...
hehehe nk elak penyakit alih2 penyakit lain plk yg dapat...

*p/s ada org kata klu tak nak nyanyuk kn bnyk membaca betul ke?



Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi