Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007
Showing posts with label najibah.. Show all posts
Showing posts with label najibah.. Show all posts

February 08, 2011

cokelat & aiskrim

cokelat mlm tadi, dalam tu ada badam & kismis...pagi tadi dah bedal dek abah najibah dah, belum sempat anak merasa...tapi nampak najibah pun suka.
p/s Jeri jadi tak ni?
semalam buat dua benda ni untuk najibah...
sb nak sgt buat bendalah ni, anak2 ngasuh najibah suka sangat buat balik cokelat(sweets) & makanan yang tak sepatutnya untuk najibah bila balik dari sekolah->nak larang kang dikata terlalu berkira.
so sudahnya, buat sendiri dan bekalkan untuk najibah.
cokelat tu kawan lama yang bagi resepi->lama dah dapat, tapi bahan takder so mintak tolong dia belikan...jadilah jugak. nanti nak kena pelbagaikan so budak najibah takderla jemu.

aiskrim buah mangga dan cokelat....siap gaduh2 ngan najibah->tak sabar nak makan aiskrim yang belum keras...huhu->excited sb kartun2 tu agaknya. Tgk petang ni kalu dia makan, ok nanti ibu pelbagaikan rasa eskrim tu ya....zaman ibu dulu ada eskrim potong ngn dalam plastik panjang seposen satu....zaman sekarang macam2

aiskrim tu cuba je...buat dari susu dia cuma tambah rasa je. bukan tambah perasa tambahan la, itu mana boleh untuk budak kan, tambah rasa contoh cokelat, buah-buahan.
semalam buat cokelat ngn buah mangga. Ada stok mangga, so buat mangga la. blend & hiris nipis untuk taruk dalam tu...harap sedap & najibah boleh terima.
najibah mmg susah nak minum susu lepas dah cerai susu hari tu. so far, sebelum ni susu dia saya ada buat agar2 & puding->ini mmg dia makan. kalu setengah loyang kecik tu habis dia makan..
ok la kan, dari tak minum susu langsung.

Tapi serius mmg susah nak tarik budak nak suh makan. kalu makanan merapu tu cepat je. Abah najibah kalu nak suap makan kat najibah,mmg sampai budak tu jerit takmo....
tapi kalu time dia ada selera mmg takpayah paksa, siap dia pulak mintak...
saya peratikan najibah ni sekali sebulan mmg akan ada time tak lalu makan....time tu mmg bercinta la nak kasi dia makan.

October 24, 2010

Pantai Irama, Bachok

Selingan je...kita tepek gambo sesaje ya.
Jemaat lepas ombak agak kuat,so takleh nak mandi manda..
lagi pun bawa mek...so semuanya jangan...nak main air pun takleh...takut ombak kuat katanya....so kita makan2 jelah...ibu siap bawa baju dah...nanti la lain kali mandi2 pulak...tengok org mandi ok je...mek ni mmg tau.

so layan je lah....
Gatal bu...ntah apa yang dia pegang...nasib takde apa2...

makan...

makan dulu,jap agi kita turun...

Bonda ku sayang...

Main layang2....mahal kan RM15...kalu saya boleh nego lagi tu...sb hari tu beli pelampung boleh rm5 je..penjual tu letak rm15 jugak...ni poksu najibah yg beli...bukan nak tawar2 ...takpe la bukan duit ibu...hehehe

berlagak tu tak nak org pegang...

last but not least...

June 13, 2010

Melasak ya amat...

fuhhh (sambil kesat peluh menitik di dahi)
itulah yang saya rasa bila bawa najibah ke majlis akad nikah sepupu mlm tadi...
huhu letih ok
umo dia tak sampai pun setahun setengah lagi.
tapi dia boleh lari keliling masjid lagak macam budak umo 2-3 tahun.
saya tengok anak2 sepupu yang lain, yang baya dia elok jer duk kat pangkuan mak2 dia,
tapi najibah MasyaAllah...
hmmmm (sambil mengeluh ingat pada moment2 mlm tadi)
sampai ibu dia nak posing ngn pengantin pun takde chance.
agaknya dia tak pernah masuk masjid, so dia terpegun ngn keindahan Rumah Allah itu.
Yelah,dengan luasnya, pastu masjid kan cantik. itulah agaknya,dia menikmati la agaknya tu (sedapkan hati ibu yang penat kejar budak yang tak reti dok diam langsung)
ke memang budak baya najibah semua macam tu ke?
dulu tengok org duk kejar2 anak,hah sampai giliran saya baru tau,macamana....
ibu harap berat ibu mlm tadi turun lah najibah ya...
sedih tau bila ingat berat yang makin bertambah ni...semalam baru timbang...huhu dia naik lagi dan lagi..
setakat ni timbang tak pernah la nak turunnya.
ok motivate boleh tu,insyaAllah.

May 16, 2010

Hati ibu

sejak kira2 setahun jadi ibu ni, sikit2 perasaan tu makin sensitif.
bukan sensitif tak tentu pasal macam zaman muda belia tu.
tapi makin hari makin faham hati seorang ibu.
nak tackle anak lagi,nak2 pulak ibu yang kerja.
yalah budak2 ni kalau dah biasa ngan pengasuh,nak ambil hati dia tu sikit punya susah.
tapi syukur saya tak alami masalah itu. Mungkin najibah BF so dia rapat ngn kita lebih.
Syukur disitu.
ibu ni mmg seorang yang defending.
kalau boleh tak mau anak dia sakit.
risau kalau anak demam,jatuh
semua nak yang terbaik anak2 dia.
sebab itu saya amat respect pada ibu yang boleh jaga anak2 istimewa.
tabahnya hati seorang ibu itu.
sebab apa saya cakap macam tu sebab saya alaminya.
bukan lah teruk sangat pun.
tapi disebabkan hati seorang ibu itu,saya boleh nangis bilamana biji limau itu keluar dari hidung najibah.
kejadian ni hari khamis,balik keje macam biasa najibah mintak nenen.
so BF dia,tapi dia maca tak selesa. asyik pegang hidung dia pastu bersen 2-3 kali.
saya tengok macam nak selsema,so saya ajar dia blow hidung dia,budak sebesar itu manalah boleh buat macam kita. tapi dia tak nangis, so saya rasa ok la tu.
budak kalau nenen mesti terlelap, so najibah lelap atas riba saya petang tu. so saya amik kesempatan belek najibah (lebih pada nak cuci2 daki).
saya perasan macam ada something dlm hidung dia. Cakap kat mek,dia suruh periksa elok2 takut2 ada ketumbuhan ke apa. saya cakap tak,benda tu macam biji apa2 jer.
dia suruh bawak gi klinik,abah najibah pulak takder.
jadi saya tawakal, amik pencabut ketiak tu cuba slow2. Nasib najibah lena kat pangkuan ibu dia. kalau tak tak bolehnya.
Alhamdulillah biji limau tu berjaya dikeluarkan & najibah pun tak sedar.
Syukur sgt2....
budak2 sebesar tu mana tahu akibat,agaknya dia masukkan biji limau tu dalam hidung dia tanpa pengasuh dia sedar. Nak salahkan pengasuh tak patut. Budak2 kalau terlepas pandang,macam tulah. Aduhhhhyaaa.
tapi betul,lepas saya keluarkan biji limau tu,terus saya nangis.ooo itulah hati ibu.
dan ini lah biji limau tu



macam2 lah kamu ni najibah...

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi