Solat kita:- sama2 kita semak solat kita...
Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…
1. Tidak berdiri lurus. Berdiri
lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang
diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka
terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian,
barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan
berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan?
Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu
untuk berdiri
2. Takbiratul Ihram dilafazkan
dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam
hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB
dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ
. Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh
juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara
angin (seperti suara orang berbisik).
3. Terdapat kesalahan dalam
al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh
mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam
hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
4. Tidak thomakninah (berhenti
seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah
dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri
adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya
mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)
5. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak
dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka
(termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2
tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan
agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke
hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun
‘Alaih)
6. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan
antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak
menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia
adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin
juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan
berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini.
Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
7. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara
angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan
solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum
warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”,
menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain
daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam
hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun
qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang
betul.
8. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota
besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang
suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
9.
Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
10. Dada
berpaling dari kiblat