Assalamualaikum w.b.t
Sambil bersiap pagi tadi..dengar lah jugak sipi2 Tanyalah Ustaz...Tajuk pun lupa...bad me:-(
Antara intipati yg dapat saya ingat
- dunia akhir zaman, ujian mmg berganda
- iman setipis kulit bawang
- ilmu agama dihilang (diangkat oleh Allah) - banyak cara ilmu diangkat antaranya - mati org2 soleh.
- umat akhir zaman x tahu apa itu solat, puasa, sedekah dll...Allahuakbar, nauzubillah
banyak, saya tak sempat nak hadam...pagi mmg agak sibuk nak siapkan itu ini sebelum keluar rumah.
ada doa jugak - itupun saya x sempat nak recall. doa itu untuk elak dari fitnah dajjal
saya search doa tersebut...antaranya yang ini...mungkin doa lain, tapi boleh jugalah klu nak amal yang ini...sama2 kita amal ya:-) Mohon berlindung dari DIA.
Ertinya : Ya Allah, aku
berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari
fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal
Amalkan jugak baca surah Al-Khafi setiap pagi jumaat, sekurang2 10 ayat yang pertama...itu pun untuk mengelak dari fitnah dajjal juga.
p/s betulkan saya sekiranya saya silap ya.
Doa Ibu
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...

Followers
Date & Time
About Me
- shaliza
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan
Our New Life
Showing posts with label doa. Show all posts

March 12, 2015
November 28, 2014
Salam Jumaat
Assalamualaikum w.b.t
Salam Jumaat...
- maafkan orang
- doakan orang
- hubungkan silaturahim....
Salam Jumaat...
- maafkan orang
- doakan orang
- hubungkan silaturahim....
October 24, 2014
Doa Akhir Thaun Hijrah & Awal Tahun Hijrah
Sama2 kita baca doa ini, takpun pergi jer ke masjid...banyak yang buat program baca doa akhir & awal tahun....semoga tahun baru kita ini penuh keberkatan..aamiiinn
Doa Akhir Tahun
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah

Doa Awal Tahun
Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram iaitu pada hari yang sama.

May 02, 2014
Doa
Assalamualaikum w.b.t
hari ni takder artikel nak dikongsi...
cuma sedikit peasanan....banyakkan doa dlm sujud terakhir setiap solat kita...ini antara doa yang boleh diamalkan...insyaAllah.
p/s Mintalah apa saja dengan DIA...sesungguhnya DIA MAHA KAYA:-)

September 29, 2011
July 26, 2011
PadaMu ku mohon....
Kehidupan…
Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang kita perolehi.
Hanya sedikit yang kita syukuri.
.
.
.
Kita tidak boleh mengubah seseorang melainkan DIA
Hanya doa yang boleh kita panjatkan untuk sesorang agar diberi petunjuk dah hidayah
.
.
.
InsyaAllah doa itu akan sentiasa dipanjatkan.
Semoga “dia” mendapat hidayah.
Sungguh, memang terasa dengan apa yang berlaku.
Tapi untuk membiarkan "dia" hanyut tidak sama sekali.
.
.
.
Ya Allah kumohon pertolongan Mu…amin.
July 04, 2011
rasa nak nangis
salam dears,
.
.
malam tadi dok golek2 anak beranak depan tv,sambil layan bola..
tiba2 kakak najibah tanya saya.
.
.
kakak; ibu, ayah ibu mana? ayah ibu mati eh?
saya;(tak jawab pun,tak terjawab sebenarnya)
dia tanya lagi; ayah abah pun mati eh, siannyaaaa
.
.
.
alahai anak....mana la dia tahu semua tu...
.
.
rasa nak nangis bila dia tanya semua tu...
dan2 tu teringat kat arwah (al-fatihah)
dan2 tu berdoa moga abah anak2 ibu panjang umo so that boleh berkasih sayang lama2...
.
.
.
semoga kami semua dilindungi Allah dari apa jua keaadaan...amin

June 22, 2011
urus
nak kena urus stock dengan elok.
stock mmg ada, tapi tu la,
bukit bila ditarah selalu habis jugakkan.
saya tak punya stock yang banyak macam oran lain...
sekarang syahmi pun demand macam banyak jer..kena topup sokmo.
waktu keje kasi (5 x 3oz), tapi bila nak petang (kadang2) abah kena balik amik topup sb syami dah tak senang duduk....maknanya sekarang syahmi minum 6 x 3oz which is 18oz sehari. sedangkan jarang sangat la ibu nak dapat 18oz sehari....average ibu boleh dapat 16oz sehari...
takkan hari2 -ve kut...
oleh itu malam2 ibu kena pam jugak paling tidak sekali sebelum tido...
untuk anak2 ibu sanggup buat apa saja,insyaAllah.
p/s Ya Allah permudah kan urusan ku dan ibu2 yang lain....

June 13, 2011
teknik "marmet"
merudum--->
-->penat+tension+bnyk fikir benda bukan2
akibatnya sendiri mau ingat...
.
.
Ya Allah limpahkanlah kurniaMu untuk kami...

May 30, 2011
Semoga Allah melindungi kita semua
Ya Allah lindungilah kami dari musibah...amin..
p/s ngeri dengan kes simbah asid yang menjadi2 pulak...

January 08, 2008
doa awal tahun 1429H
As per promise
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s doa awal tahun ni plk dibaca sesudah selesai solat maghrib 1 Muharam 1429H (3x jgk)
Doa akhir tahun 1428H
Since kita nk masuk tahun baru hijrah suka aku nk ingat kan kpd diri ku sendiri ngn rakan2 utk baca doa akhir tahun ini. entry lps ni aku masukkan doa awal tahun plk ya..semoga kita semua mendapat berkat dan redha Allah s.w.t
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s doa ni dibaca lps solat Asar 30 Zulhijah 1428H sebanyak 3x.
Subscribe to:
Posts (Atom)