Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007
Showing posts with label bf. Show all posts
Showing posts with label bf. Show all posts

December 11, 2014

tertinggal bekal nasi saniy

Assalamualaikum w.b.t

hikss punyalah kalut ribut mak+paknye eh...sampai tertinggal peyuk nasi anak...
hihihi...ibu balik kije baru tahu bekal saniy tak bawa...
ayooo...so saniy makan apa?
abahnya belikan kuih lompang & ma bagi biskut..
budak saniy ni belum beria makannya...kalau suap tu adalah 3-4 suap...pastu dia main2
belum nak makan sangat kot...nak susu jer...hehehe
mula2 buat puree kat dia..diluek2 nye puree...geli ke apa dik?
pastu masak nasi bubur, takmo yang di mesin ya...nak yang ada tekstur...
ikut suka kamu lah anak...asal tak lapar sudah...susu ibu pun kenyang kan?
.
.
cerita bab kalut+ribut waktu pagi tu mmg
bayangkan berapa banyak beg nak kena pandang
- bagpack ibu yang dalam tu ada semua benda (pump susu, cooler bag,wallet, tepon, dll). ibu bawa bagpack jer pun sb senang...nak keluar makan just bawa wallet & tepon
- bag baju anak2
- cooler box susu adik saniy
- bekal makan anak2
- botol/bekal ibu (klu x sempat makan pagi)
tu belum buka sekolah, kang nanti bertambah lagi bag untuk kakak & abe mi...
huhu..tu ada yang tertinggal...hikssss tapi itulah perencah kehidupan kan?

December 06, 2014

suka duka BF

Assalamualaikum w.b.t

**BF - breastfeeding

BF ni tak susah dan tak juga senang
apa kamu merepek ni mek oii..
hiksss
.
.
.
saja jer suka2 nak cerita sikit suka-duka BF bagi saya lah
yang keje ofis hour
bukan senang, tapi menyenangkan..membahagiakan
.
.
pernah kena rumah blackout...risau stok susu nak simpan mana...dengan somi takder kat rumah masa tu...
alhamdulillah masih selamat...minta adik belikan ais then letak dalam bekas kedap...apa nama entah..
.
.
pernah kena, anak2 yang besar lupa tutup peti....cair susu adik baby...alahai...nasib tak semua...tengok susu kena buang, rasa macam nak menangis...susah wei nak buat stok tu...
.
.

saniy exclusive BF 6month...skrg dah mula makan. masih BF:-)
pernah susu tumpah sebelum masuk plastik utk simpan....yang ni banyak kali jugak...careless ibu
.
.
.
hehehe yang pasti saya suka BF...suka bila anak2 muka puas hati lepas minum susu...kekenyangan
.
.
so ibu2 cubalah sedaya upaya kita...buat lah sehabis usaha...selebihnya kita serah pada yang Maha Kuasa.
dah habis usaha, susu takder tu maknanya bukan rezeki anak kita lah tu....saya doakan semua ibu dapat BF anak2 selama yang mungkin dalam masa 2thn. 

Happy BF mommy :-)

November 17, 2014

Habbatusauda

Assalamualaikum w.b.t

Nak cerita sikit pasal habbatusauda ni...
rasanya semua orang tahu khasiat dia kan...tapi ini pengalaman saya:-)
.
.
baru2 ni kan saniy demam+batuk...pegi klinik dah amik ubat pun...
tapi budak kecik kan....susah la nak kasi ubatnya...kasi 2.5ml belum tentu masuk semua...
being mak kan...cari jugaklah altenatif lain...kesian kat anak oiiii
saya pun cuba makan habbatusauda....sambil tu saniy saya suapkan sedikit madu untuk legakan batuk dia..
sayakan BF mom...jadi secara tak langsung susu tu jugak ada khasiat habbatusauda...alhamdulillah...batuk saniy hilang...jadi sejak hari tu...saya mmg letak semua masakan saya dengan habbatusauda.....susu badan pun banyak...cubalah untuk ibu2 yang BF anak tu...

October 04, 2014

susu ibu

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang kan dok pulun pump susu badan balik...dah 2 tahun lebih tinggal...
huhu...#Ilovebreastfeeding 

teringat cerita dulu...bawa balik susu dr pejabat, ada sorang makcik tengok masa dok simpan2 susu masuk peti...dia tanya campur dgn air ke susu tu...
sampai sekarang ingat lagi....tak makcik tak campur...tu mmg susu badan sepenuhnya...jujur jawab:-)

hehe
nak bayak susu?
saya x amik apa2 supplement pun - sb x brp nak mampu, terutama yang set2 tu...dan x tekder pump mahal2...smpi anak 3 ni saya masih guna Spectra3...dah itu yang suami yang boleh bagi...syukur dah tu...klu x mampu...pakai tangan sudah..apa kisah kan..janji anak boleh minum susu kita:-) Jangan fikir yang takder, pakai jer apa yang ada....
saya cuma buat yang terdaya.....jaga makan, tu yang saya titik beratkan.
NO ice pls...huhu
minum air suam / putih banyak
DOA banyak2 - senjata utama saya :-)
dan kasi direct kerap2 bila bersama dgn anak..insyaAllah boleh.
susu untuk saniy...
p/s entry bukan nak meriak ke apa ni...just nak kongsi pengalaman...insyaAllah setiap ibu yang melahirkan boleh menyusukan anak mereka....buatlah sehabis daya, selama yang boleh...apa yang kita mampu buat & dapat itulah rezeki anak kita:-)

p/s/s saya nak kasi semangat jer untuk ibu2 yang duit ala2 ada macam saya ni...klu yang duit banyak tu lain cerita ya...boleh beli supplement macam2..pump high end...hehehe

September 10, 2014

Kelebihan & Fadhilat Menyusukan Anak

Assalamualaikum w.b.t

Kelebihan susu ibu

Seperti yang kita tahu, kelebihan susu ibu terlalu banyak...antaranya seperti yang dinyatakan dalam aritkel yang saya petik dari sini...besar ganjaran untuk ibu dan sihat comel untuk anak:-)

Kelebihan & Fadhilat Menyusukan Anak

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweeden, susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser.
“Zat yang disebut alpha-lac (alphalactalbumin), yang terdapat dalam jumlah besar di dalam susu ibu, yang mengenali keberadaan sel-sel kanser dan membunuhnya”.
manusia berusaha untuk mencari cara melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara lain, namun Allah terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
satu lagi penelitian yang dilakukan oleh
James
W. Anderson, ahli University Kentucky – IQ bayi yang diberi susu ibu lebih tinggi 5 tahap daripada bayi lain. Susu ibu yang diberikan hingga 6 bulan bermanfaat bagi bayi, manakala anak yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberikan manfaat kepada IQ.
Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana Al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa Kalam Allah ini,ini menunjukkan kepada kita Al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak 1400 tahun berabat yang lalu.



Menyusu bayi juga baik untuk ibu
Akan merembeskan sejenis oksitosin dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terkena kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis. Selain itu, faedahnya adalah seperti berikut:

  • Jika mampu memberi susu ibu kepada bayi secara natural, ianya lebih mudah. Tidak perlu untuk membasuh botol-botol susu dan ianya boleh diberikan dimana-mana dan bila-bila masa.
  • Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi. 
  • Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

  • Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  • Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
  • Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
  • Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU. wallahu’alam….

July 03, 2012

Jgn mudah marah


saya terbaca post sorang kawan..yang marah2 bila ada yang kondem usaha dia nak BF baby dia...
tak perlulah nak marah...jelaskan sehabis baik...insyaAllah orang akan faham..
perkara biasa bila orang tua kita ni tak berapa faham..zaman mereka dulu kalau ibu kerja, anak otomatik kena bagi susu tepung...dorang dah faham gitu...so peranan kita untuk terangkan...jangan marah2 ya...
bagi penjelasan yang terbaik...cayok2....insyaAllah faham lah dorang tu nanti...

June 21, 2012

Berehat Sebentar Bersama Kit Kat

ohhh ini bukan iklan ya.
perasan tak ada iklan kit kat TV tu...yang laki tu nak perah susu tapi tak berjaya...sebab apa tau?
sebab dia tension...hehehe
sama la jugak dengan ibu2 yang BF ni...kena selalu rileks...jgn tension2..insyaAllah susu akan smooth jer keluar...
ok semua...selamat menyusu..hiksss







June 01, 2012

kepada ibu-ibu yang menyusu

salam ibu2 semua..
.
.
saya ingin sekali berkongsi suka-duka menyusukan anak
bukan sebab saya berjaya atau menunjuk2...
jauh sekali...
saya pun tidak berjaya sebenarnya...tidak dapat menyusukan sepenuhnya (tanpa sokongan FM)
saya cuma dapat bertahan setakat umo anak 1tahun sebulan...
.
.
seronok? mmg seronok...hanya yang mengalami saja yang tahu.
bonding antara anak dengan ibu - boleh menyebabkan si bapa "jeles"...haha
.
.
kepada ibu2...tanamkan niat kita untuk menyusukan sendiri anak2...selama yang boleh.
cuba untuk 6 bulan pertama (insyaAllah, waktu ni susu masih banyak)
.
.
jaga pemakanan
jangan makan benda2 sejuk & berair.
ini pengalaman saya..
selepas setahun saya cuba untuk tidak terlalu berpantang...
akibatnya saya yang tanggung..
susu mmg kurang..
antara makanan yang buat susu kurang (ini pengalaman saya)
- kobis
- kangkung
- tembikai
- honey dew
- petola
- betik
- pucuk paku
- teh
- kopi
- ais (ini saya pantang betul, mmg tak ambil)
kepada ibu yang masih menyusu, tolong abaikan dulu makanan2 diatas.
ibu2 juga perlu makan, takleh nak skip2, sama jugak dengan sesi pumping...kena ikut jadual
jangan jadi macam saya, tak ikut jadual...so kelaut la selepas setahun...
bukan jemu, tapi saya cuba abaikan makan & sesi pum...dengan harapan 1-2 kali pum pun ok...makan t/hari saja pun ok - TIDAK sebenarnya, ibu2 mmg perlu makan. Jangan risau tentang berat badan...(menyesal, tak guna dah...) 
Tu yang saya buat entri ni...mana tahu ada orang yang nak ambil iktibar.
Jadikan makan kurma,madu tu satu habit...susu jugak. AIR mmg nak kena minum banyak...3L perday
Kalau nak ambil supplement pun bagus jugak..
.
.
saya bukan kaunselor laktasi...saya cuma menyokong mereka yang ingin menyusukan anak2 mereka sendiri.
saya harap akan datang ibu2 berkerja juga makin mampu untuk menyusukan anak2 mereka...
jangan annoying sangat la pada mereka yang tak bagi anak mereka susu badan sepenuhnya..
mungkin mereka tak mampu untuk menyediakan alatan secukupnya....mungkin keadaan persekitaran kerja tidak sesuai...atau apa saja yang boleh menghalang....kita bukan ditempat mereka kan?
keje kita menyokong, mereka berminat alhamdulillah...kalau tak pun...kita berdoa saja moga mereka juga berpeluang untuk menyusukan anak2 mereka selepas ni pula..mana tahukan?

kenangan terindah seorang ibu...

February 24, 2012

The Breastfed baby


rasanya dah ramai orang tahu kan...cuma untuk berkongsi.

tapikan tolong lah jangan pandang serong pada mereka yang tak breastfed. Adalah tu hal yang tak dapat mereka elakkan. Yang penting kita sebarkan kelebihan BF bukan kondem.

November 09, 2011

update:stok EBM


ni yang terkini..main longgok2 je...saya takpe sb anak dok ngn familikan...jadi tak perlu nak detail sangat labeling.

stok saya takder lah banyak macam ibu2 yang lain..
tapi alhamdulillah masih cukup untuk syahmi.
lagipun syami dah makan kan...waktu siang kadang tak habis pun 10oz yang saya bekalkan.
kat ofis skrg saya pump 2-3 kali je..tengok keaadaan
kalu dulu (sebelum syahmi mula makan) mmg ikut time la.
sekarang janji pump je.
weken mmg tak la, tapi kalu dah penuh sangat terpaksa gak...
so saya dah dpt dip dlm course BF..huhu
insyaAllah lepas ni leh dapat degree pulak.

p/s tolonglah jgn pandang lain macam bila ada ibu yang tidak menyusukan anak dia. Mungkin dia ada masalah dia sendiri, dan kalaupun kita nak dia BF anak dia, nasihat lah dengan cara yang istiqamah. Tak payah lah nak tunjuk lagak bila kita boleh BF anak kita. Doakan mereka juga mampu untuk BF anak2 mereka.

August 21, 2011

update:stok EBM

takder gambo-harap maklum.
.
.
.
Alhamdulillah.
syukur sangat2, puasa tahun ni insyAllah penuh, lagi beberapa hari kan.
Syami dah 5bulan++ masih fully BF.
stok pun tak-ve. hehe
walaupun bulan puasa ni susu macam kurang....
lagi sebulan dah boleh kasi solid food.
syukur alhamdulillah.
yelah dengan segala kemudahan yang minima kan...
tu pun dok berebut ruang dalam peti sejuk..
harap dapatlah bertahan.

July 17, 2011

lenjun

di klinik pagi tadi...
2 kali lepas time pump...
so habis basah baju,syahmi pulak tido so mmg hazab la...
masuk opis pun ngn bau susu syahmi...harap2 budak2 tak perasan la...
malas nak balik tukar baju sb dah lewat sangat...

July 11, 2011

lambat

lambat punch in pagi ni->jln jam ada eksiden....kesian,rasa2nya teruk. 2 buat kete 1 MPV semua teruk...kancil hancus...
.
.
.
lambat untuk setiap sesi pump (akan berlanjutan 3-4 hari)->pump hntr service so terpaksa buat manual, jadinya saya sgt failed...tapi alhamdulillah stil lg boleh even without electric pump,insyaAllah. Biasa saya pump 10-15 minit, skrg amik masa 20 minit (boss minta mahap la ya). Saya ada beli pump manual Pureen...tapi macam kureng la suction dia...so saya try buat marmet, so far alhamdulillah.

not really work for me la bendalah ni, ke tak tahu nak guna weh?
.
.
.
budak dua org tu pun bangun lambat hari ni...biasa syahmi bangun awal->dia jam loceng ibu, tapi hari ni tak bangun pulak dia....best sangat tido gamaknya.
.
.
.
mood penat harung jam dekat sejam (je pun)....huhuhu

June 22, 2011

urus

nak kena urus stock dengan elok.
stock mmg ada, tapi tu la,
bukit bila ditarah selalu habis jugakkan.
saya tak punya stock yang banyak macam oran lain...
sekarang syahmi pun demand macam banyak jer..kena topup sokmo.
waktu keje kasi (5 x 3oz), tapi bila nak petang (kadang2) abah kena balik amik topup sb syami dah tak senang duduk....maknanya sekarang syahmi minum 6 x 3oz which is 18oz sehari. sedangkan jarang sangat la ibu nak dapat 18oz sehari....average ibu boleh dapat 16oz sehari...
takkan hari2 -ve kut...
oleh itu malam2 ibu kena pam jugak paling tidak sekali sebelum tido...
untuk anak2 ibu sanggup buat apa saja,insyaAllah.

p/s Ya Allah permudah kan urusan ku dan ibu2 yang lain....

June 13, 2011

teknik "marmet"


saya bukan lah pro dengan teknik itu...
bahkan baru mengetahui teknik itu..
cuma saya teruja dengan teknik itu mengosongkan B.
Alhamdulillah....

p/s saya bukan sapa2,cuma ibu biasa yang sangat inginkan untuk bf anak2,insyaAllah..semoga dipermudahkan segalanya.

June 12, 2011

walau sikit, tetap kena pump

(untuk mereka yang faham sajork)
saya peratikan, bila naik keje lepas cuti weken mesti hasil kurang...
inilah akibatnya bila cuti pump dilupakan...
masalahnya bila cuti mmg nak buat macam2..
ni nak kena lebih disiplin ni...walau cuti nak kena pump jugak..
more demand more supply--->set dlm otak tu:-)

May 23, 2011

BF

breastfeeding bukan trend.
ia satu t'jawab,
niatkan kerana Allah,
InsyaAllah.

semoga Allah mempermudahkan urusan saya yang satu itu....amin

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi