Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007
Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

June 24, 2015

macam-macam puasa

Assalamualaikum w.b.t

Kenapalah pilih jalan dosa?
sebab tiada kebaikan dalam diri bukan jahat...hehehe

p/s saya harap semalam keluarga itu berada dalam darurat/keuzuran...mungkin dalam musafir. 2-3 orang 'cukup dewasa' tidak berpuasa (lelaki & wanita)..Allahu...ampun kan aku, tertengok dan menelah.

p/s ramai jugak anak2 muda kita juga tidak berpuasa...kesianya mereka. budak 6-7thn pun beria puasa kita yang muda2 ni dah kenapa takmo puasa?

p/s kesian jugak mereka yang puasa tapi...x solat...x tutup aurat. kesian tau..penat kot puasa but at the end nothing:-(

p/s makanan lebihan buffet boleh bagi kat orang x mampu....boleh bukan tak boleh, tak salah pun dari membazir kan? Tapi...makanan lebih kot...nak bagi, bagilah masak baru masak...lagi berganda korang dapat. golongan susah pun ada perasaan kot...

June 22, 2015

Ber-2

Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni tahun ke-2 kami berbuka berdua...kat rumah sendiri la...
bukan takmo berbuka kat rumah mek @ ma
nak...lagi2 kalau malas nak masak..nak sangat makan kat rumah mereka...bawa perut jer:-)
tapi tulah nak buka dirumah sendiri pun kami terpaksa bergilir makan...
askar lecik kami mmg tak kasi can langsung nak makan dengan tenang sekarang ni...
semua benda dia nak jamah...seboleh mungkin nak sentuh.
kakak dengan abang okay...tak kisah mana dah..lagipun dorang boleh makan sendiri...tapi si kecik tu...ya ampun lain macam sangat dengan kakak & abang...susah nak control dia melainkan dia tido...bolehlah kami makan dengan tenang. Nak tunggu tido sahur jerlah kut...sahur pulak x berapa nak selera makan...
saya imagine kalau berbuka kat rumah mek @ ma mau bersilat saya...sah2 banyak makanan nyer...kang tak pasal ada yang jadi gulai pulak...ni kalau tahun ni ada buka puasa kat luar kat tempat kerja..rasanya kena fikir 2 kali nak pergi ke tak...tak pergi kang rugi...hehehe:-)
Tapi buat masa ni dialah pengarang jantung....rindu dia bila kat tempat kerja...Saniy buat apa tu? 


June 21, 2015

Najibah puasa & terawih

Assalamulaikum w.b.t

Kakak x puasa penuh...dapat la sekerat hari...hiks
kesian betul...melepek jer dia.
bila kita suruh buka...dok la tanya boleh ke?
hehehe...kesian.
nak puasa penuh tapi time sahur x nak makan...susah la nak bertahankan...takpelah slowly belajar yer kakak.
terawih tiap2 mlm dia pegi...bila tanya tokmek dia solat ke tak...tokmek dia cakap solat..boleh ikut.
tapi balik mengomel la...banyak sangat solat....bulan puasa kak...terawih hanya ada bulan puasa....istimewa untuk kita umat Nabi Muhammad...so jangan lepaskan peluang...ni kesian kat ibu, tak boleh nak terawih kat masjid...lain tahun entah ada lagi ke tak untuk ibu...mohon jerlah Allah panjangkan umo ibu...kat rumah bukan tak buat, buat tapi seronok sebab takder selawat semua tu....kita cuma nak habiskan terawih cepat nak kejarkan askar kecik tu....masa terhad lah...nak kena tidokan dia:-)
Saya dulu pun masa umo 7thn belum puasa penuh lagi...rasanya saya mula puasa penuh betul2 umo 9tahun kot...hehehehe. Salute kat kawan2 dulu yang boleh puasa penuh sejak dari 5-6thn. Tahniah jugak buat ibu2 yang boleh melatih anak2 puasa penuh:-) sejak kecil. Solat pun jangan lupa ya...umo 7 tahun kena solat cukup 5 waktu...10 th kena rotan bila tak buat...

Selamat berpuasa semua...semoga amal kita diterima olehNya

July 24, 2013

Sahur

Assalamualaikum w.b.t

kami sekeluarga mmg akan bangun untuk sahur...dah terbiasa, lambat macamana pun ttp bangun sahur...its sunnah kan...pahala yang senang kita nak kutip dibulan bonus ni:-)
banyak kelebihan2 sahur ni antaranya:-
  1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
  2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
  3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
  4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
  5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
  6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
  7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur
So jgn lupa sahur....bangun lah walau minum seteguk air:-)

July 22, 2013

syukur

Assalamualaikum w.b.t

cepat sungguh masa sekarang berputar...
sudah pun nak separuh kita berpuasa...
puasa tahun ni mmg berbeza...ujian & rahmat yang tak bertepi..syukur
tahun ni bawa satu perubahan...hmmm
diharap ianya tidak berulang lagi...

hmmm takder pun citer puasa tahun ni kan...
hehe
adalah tu kut lepas ni...
ala berbuaka sekadarnya sahaja...
buat malu jer nak gebeng2
pasal2 anak2 pun kecoh masa berbuka
pasal hidangan2 kampung
pasal pergi ke pasar ramadhan...citer2 biasa jer pun
huhuhu

tahun ni terawih kat rumah lagi la saya...try juga pergi 1 malam ke masjid..
huhu mmg tak leh nak kawal anak bujang saya tu...semua nak dipetiknya...
sudahnya saya balik tak sempat nak terawih...takper, semua yang kita buat ada ganjaran insyaAllah..
yang penting bersih kan jiwa..bertaubat sentiasa...panjang umur anak2 dah besar sikit boleh la pergi masjid...kat rumah pun okay:-)

July 03, 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Ada kurang lebih seminggu kita nak berjumpa Ramadhan
Ramai yang ternanti2
Bulan yang penuh barokah...Allahuakbar
Moga2 Ramdhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya dan dapat bertemu lagi dan lagi:-)
jujur, saya suka bulan ini, biar la orang nak kata..bulan puasa semua nak tunjuk baik:-)
tapi betul lah tu kan...bukan ke bulan Ramadhan Allah bagi kita umat Rasulallah kelebihan yang berlipat kali ganda..jadi apa salahnya kita merebut peluang..sementelah kita (saya la tu) yang segala2nya kurang dari segi ibadah ini:-)
cuba jadikan setiap apa yang kita buat itu dapat pulangan (pahala). tidak semestinya kita perlu duduk berteleku di sejadah semata2...pekerjaan kita pun boleh jadi saham untuk kita:-)wallahua'lam.

Selamat berpuasa:-)

August 09, 2012

20 Ramadhan

Assalamualaikum semua...
sudah masuk fasa terakhir ramadhan..
.
.
persiapan raya sudah siap ke semua..
saya biasa2 saja..sekadarnya
dah bayar zakat fitrah?
kat Kelantan tahun zakat fitrah RM7/org
masa paling 'aula' (afdhal) nak buat zakat fitrah dipagi syawal sebelum sembahyang sunat aidil-fitri...lepas solat boleh bayar sebelum terbenam matahari TETAPI dah masuk makhruh...
jadi buat yang terbaik ya...
yelah kita dah puasa selama sebulan kan..takkan terus nak buat perkara2 yang makhruh pulak...
.
.
dan kepada mereka yang  berhijrah, sama2 lah kita buat secara istiqamah..
saya nampak ramai yang dah berubah..alhamdulillah
keep it up ya kawan2..
.
.
kepada yang jauh tu mesti dah tentukan giliran kan..nak balik mana..hehe jngan gaduh2 ya..kurang pahala puasa huhu (mentang2 dia takyah pikir nak balik mana)
.
.
kalau tak dapat balik beraya kat kampung masing2 pun jangan lupa bagi hadiah untuk mak+ayah ya (kpd mereka yang masih ada)
insyaAllah rasa sedih tu terubat la sikit...mak+ayah ni, kita tanya khabar pun dah suka kan..lagi lah kalau ada hadiah dan lagi aula balik raya...seronok sakan la - macam anak2 dapat gula2...
bila lagi kan nak gembirakan hati dorang...walau sikit takper, janji ada. Dorang pun faham kalau kita dah berkeluarga, sudah tentu tanggungjawab kita pun dah bertambah...
.
.
.
jangan lupa untuk kejar malam Lailatulqadar...
kalau tak mampu nak berqiammulai pun...jangan tinggal solat maghrib,isyak, terawih berjemaah..insyaAllah ganjaranya besar...sama2 kita kejar ya sayang2 semua...

August 08, 2012

again->bukan wordless

apa lah nasib dapat kawan blogger macam saya kan..malas kemain nak update..
tengok dah seminggu...baru nak update.
puasa pun dah nak pulang...aduhai sedihnya..
kenapa lah masa sekarang cepat benar saya rasa..
alih2 dah nak masuk 20 ramadhan.
bulan pun dah sayup2 nun di atas..
harap sangat puasa kita2 semua diterima..dan kita akan lahir kembali suci lepas puasa ni..aminn
.
.
puasa dah habis saya belum tepek satu hapa pun juadah puasa..hehehe
alhamdulilah sempat masak until semalam..redah jugak bazar ramdahan sebab dah tak tahu nak masak apa & also kemalasan melanda.
tapi alhamdulilah walau beli semalam...sedap & tidak membazir.
saya beli cukup2 untuk berbuka saja..sahur masak nasi goreng ikan masin..ohhh masih terasa kesedapan nasi goreng pagi tadi...alamak...kecur liur pulak..hehe 
.
.
alhamdulillah jugak tahun ni ada kesempatan buat buka puasa kat rumah...siap masak sendiri (ramai2 la kan)
jap saya cari gambo yang cousin saya amik, nak kena tag dulu jap ya...
.
.
.
ok ni dia lauk rakyat marhean katanya...ada ayam percik...kerabu "sare" (rumpai laut)... daging singgang...itik masak kurma...sedapppp


uhhhh kecur lagi..
.
.
saya ada buat kuih lompat tikam & kuih peria...tapi bukan hari tu la..
hari lain2..tapi segan nak citer..
dua2 kuih tu tak menjadi..nak makan boleh la..tapi tak boleh nak bega2...malu sehhh
so diam2 sudah. nak buat tapi tak reti tu lah jadinya..takper belajar dari kesilapan katanya..
lain kali kita buat lebih baik...insyaAllah.
.
.
so, tu jelah kut untuk kali ni...
bye..semua
.
.
p/s mari kita pikir sama2 nak masak apa lagi ni..

August 01, 2012

bukan wordless

haha
orang buat entri wordless..
tak kisah lah..sebab saya takder gambo pun nak up..malas dah nak amik gambo sekarang..
.
.
esok birthday abang..tak terfikir pun nak beli apa..mungkin sepasang kasut kut..kasut dia pun dah boleh ganti baru tu..kami ni beli barang bila sampai masa kena ganti jer..takder la nak beli sokmo2..
.
.
cerita lain...
ada pergi melawat sedara yang baru dapat baby..
comel..pompuan alhamdulillah.
yang best nya..ada pulak tanya saya dah berapa bulan...amboi2 kak
tak agak2 tu..tanya la dulu bila nak tambah ahli..ni terus tanya dah berapa bulan macamkan kamu tahu semua hal saya ya dak?
huhu..saya agak anti lah dengan orang macam ni..serkap jarang tak kena tempat...
kalau ya saya pegnen pun apa yang awak dapat pun..oo boleh la nak citer yg saya ni anak berderet ya....hahaha..apa salahnya kak..nanti saya leh jadi calon "ibu mithali" huhu
.
.
hujung minggu ni buka kat Bali Tok Bali, hehehe merasa jugak pegi Tok Aman...tapi tak bermalam la..beriftar sesaje...insyaAllah.
kalau amik bilik..dapat buka puasa dan sahur...lain kali, InsyaAllah

p/ssstt
macamana puasa saing2 semua?- insyaAllah lebih baik kan semua?
dah ngaji sampai mana?- saya belum habis separuh lagi...tak khatam la saya tahun ni...
terawih macamana?-saya hanya sempat 1 malam setakat ni...sedey kan..

July 23, 2012

Ramdhan yang penuh barakah

Bulan Ramadhan ni penuh barakah.
bulan bonus untuk kita umat akhir zaman..
semuanya pun dikira ibadah hatta tidur sekali pun kan..
tapi jgn lah asyik tido sesajer...tak produktif tu namanya..
.
.
Puasa tahun ni, impian saya (insyAllah) nak masak walau satu lauk..
atleast setiap hari ada air tangan saya untuk abang..huhu
saya kan duk ngn mek...so mmg kalau hari keje dia dah masak..
so saya tambah la apa yang patut..pastu rezeki berganda ma (MIL) pulak kasik macam2 huhu
dari 2-3 jenis lauk jadi 5-6 lauk..hehe
tapi saya cerdik sikit la...lauk ma kasi saya simpan buat sahur..
senang..hehehe panaskan sajer.
.
.
semalam ada pegi PARAM..huhu
rezeki bulan ramadhan..saya tengok ramai yang kemas tempat meniaga awal...dah habis.
masa saya pegi tu dalam pukul 6.30 gitu...alhamdulillah...

July 20, 2012

Selamat Berpuasa

Untuk semua saya ucapkan selamat berpuasa.
Moga2 puasa kita tahun ini sempurna & diterimaNya. InsyaAllah.

August 22, 2011

Tema

sekarang trend bertema2 kan...
kahwin tema
tunang tema
akikah anak pun tema
apatah lagi party hari jadi anak2
uhhh mewah sungguh org zaman sekarang...
.
.
apa2 pun, yang memerlukan jangan dilupa ya...
.
.
salam ramadhan...ohhh ramadhan nak balik...pasti merinduinya..
Ya Allah panjang usia ku untuk bertemunya lagi...amin

August 21, 2011

just update

hi..
macam biasa la saya..
update sekali harung jelah..
malas sebetulnya nak update..
.
.
.
lagi pun macam hal pulak jadi ramadhan tahun ni.
redha sajelah..
lumrah manusia kan, bila Allah namapak kita lalai sikit, dia sedarkan kita,tu maknanya dia sayang kan kita.
.
.
.
persiapan raya biasa2 saja-yang termampu lah.
.
.
.
horeyyyy yippiee saya ada buat biskut raya.
1st time ni buat-belum pernah buat weh sepanjang hidup ni.
dan yang buat sengih tu menjadi...
takla banyak buat pun...sebab ikut sukatan resepi yang dibagi..
nanti kita buat la banyak sikit...
boleh la nak kudap2 dipagi raya nanti...dah takyah makan kuih tunjuk2 lagi...
.
.
menu buka pulak
saya dah buat ikan 3 rasa tu...ok lah sedappp
sekarang saya gilir buka puasa kat umah & MIL
yelah rumah dekat2 kan..
kena lah gilir2..
.
.
owhhh lagi beberapa hari je lagi kan...
zakat fitrah dah bayar ke?
terawih macam mana?
saya mmg taklah...sadis betul...
sekarang dah masuk hari2 terakhir ni...jomlah kita pakat2 tingkatkan amalan2 kita...insyaAllah
mana tahukan...tahun depan tak sempat.
.
.
.
jangan lupa pada yang memerlukan jugak..
kalau mampu hulur2 kan...

August 10, 2011

Menu berbuka

truly, saya belum berkesempatan nak amik gambo menu..
alah menu biasa saja2..lagipun saya tak masak mana, mymoms yang masak...
balik keje just buat air jer...hehe

weken pun tak masak sb berbuka kat umah mentua....menantu hantu ni...hehehe

saya ni walau udah 4thn kawin...malu tu tetap la tebal...nak masak pun segan....kata jelah malas mek ti oiiii....

takpe nanti saya try ya..semalam dah beli ikan kerapu...kang kita search resepi yang paling mudah untuk dimasak...

kuih-muih pun sekali je baru saya buat-puding karamel....tu pun mil yang request nak makan. buatkan jelah...mungkin boleh buat selalu sebab ramai penggemar puding ni....

nasi kerabu belum buat lagi setelah 10 hari puasa...nanti kita buat, insyaAllah.
semalam dah buat bancuhan ikan celup tepung, petang ni boleh goreng sajork...ikan kerapu tu weken saya dibikin sb leceh gak tu nak menyiang....

InsyaAllah, raya tahun untuk pertama kali dalam hidup saya nak bikin biskut raya...belum pernah buat weh...mmg takder pengalaman...kalu jadi saya letak kat sini ya...
kalu idak...faham2 jelah.

kalu ada kesempatan saya repek gambo menu berbuka kami ya--simple2 sajork.

10 ramadhan

10 ramadhan yang penuh rahmat...

August 01, 2011

Ramadhan

Selamat berpuasa semua.
Semoga amalan puasa kita pada tahun ini diterima & diangkat olehNya.
.
.
.
Ramadhan tahun ini rasa macam lain pulak...
ada rasa pilu+sebak+sedih...
mungkin terlalu banyak fikir macam2.
harapnya tak lama la perasaan itu...
.
.
.
sangat berharap jugak dapat buat solat terawih sendiri, rugi la kalau tak buat kan, tahun depan belum tentu dapat buat lagi.
.
.
jom kita sama2 bersihkan jiwa dibulan yang mulia ini....

July 13, 2011

Yusoff Taiyoob

betul ke idak eja tu wallahua'lam...

gambar Google ye..
.
.
.
iklan kurma tu dah ada kan...so dah dekat sangat la tu ngn Ramadhan..
.
.
lagi satu tanda, tilawah al-quran antarabangsa 16/7 ni...
.
.
.
kita ada lebih kurang 2minggu lagi nak puasa..
kpd yang belum ganti tu cepat2 la eh..
saya tak perlu ganti puasa...rasa sejak kahwin, mmg puasa saya full sokmo...alhamdulillah.
semoga kita dapat berpuasa dengan lebih baik utuk tahun ini.

August 31, 2008

merdeka & puasa

sempena kehadiran 31/08 ni aku ucapkan selamat hari merdeka utk semua rakyat malaysia. Harap kita semua dpt hidup aman & makmur tanpa mengira fahaman memasing...




...dan untuk saudara sesama islam aku ucapkan selamat menghadapi bulan ramadhan yg barakah...tempuhi la dgn sabar....moga puasa kita semua lebih baik dr sebelumnya dan diterima oleNYA...amin..






SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!!!!

August 06, 2008

PUASA

Puasa dh dekat kan...
kejap je...
dulu puasa ngn mak je...skrg tambah lg sorang...abg la...
mcmn la ek...dulu aku ngn mak ala kadar je...
maklum 2beranak je...
thn ni meriah sikit kut..
biasa kat rumah tuh 1 minggu nk raya baru meriah..
semua dh berkumpul...
makanan pun mcm2 la...
pastu rebut2...oooo nikmat sungguh aku rasa time tu...
tahun ni puasa 1st time sbg isteri & plk aku peknen...hmmm camner la nafsu makan aku nnt...
huhuhu...insyaAllah tahun ni puasa aku penuh la kut...
mintak2 Allah kuatkan aku & berikan aku kesihatan yg baik...amin.
nasib mabuk2 dh takder....cuma klu bau yg agak teruk tu mmg aku takleh la...
hmmm tak sabar nya aku nk puasa tahun ni....agak2 aku dapat duit raya tak klu aku puasa penuh? hehehe....sapa nk kasi?

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi