Bersua kembali di pagi Jumaat terakhir bulan Januari 2014...betapa masa berlalu begitu cepatkan:-)
Hari ini sekali lagi saya berkongsi sedikit, yang saya ambil dari buku "Bicara ini demi Ilahi". Kali ini berkenaan sifat memaafkan...saya tahu susah untuk kita bila lukanya amat dalam...saya pun begitu...bukan senang nak melupakan, walau sudah memaafkan:-). Takpe kita amibil sebagai pedoman dan berserah padaNya....
Bicara Ini Demi Akhlak
~Belajar Memaafkan dan Melupakan~
Di antara ujian yg diberikan kepada hamba-NYA adalah ujian berbentuk kerenah manusia. Ia adalah sunah kehidupan. Ada ibu yg diuji dengan perangai anaknya. Ada suami yg diuji dgn karenah isteri. Manakala ada anak diuji dgn hubungan di antara ibu dan bapa.
Dlm hubungan masyarakat juga begitu. Ada teman yg menangis gara-gara tindak-tanduk sahabat yg menyakitkan hati. Ada guru yg pening kerana kenakalan anak murid. Ada pula yg gelisah kerana perbuatan org lain. Itu semua adalah ujian yg diturunkan untuk mencari siapakah di antara kita yg terbaik amalanya.
Firman ALLAH di dalam surah al-Kahfi, ayat 7 yg bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah dijadikan apa yang ada di
muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami
hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang
lebih baik amalnya."
p/s dunia ini adalah ujian...mereka yang sabar & redha sahaja yang akan menang:-) Tak mudah...sebab itu syurga Allah itu mahal.