Assalamualaikum w.b.t
Perkongsian hari ini dari Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Alkisah senduk ajaib….
Seorang pengembara Ustaz Razak tiba di sebuah pekan bernama Pekan yang penuh kedaifan…
Para penduduk tidak berapa senang dengan kedatangan Ustaz Razak kerana mereka takut beliau meminta makanan daripada mereka yang kini hidup dalam kesusahan.
Kerana kesempitan hidup, para penduduk menjadi kedekut dalam menjaga hak dan makanan mereka. Semua bersifat lebih mementingkan diri sendiri walaupun ada jiran yang kelaparan.
“Ustaz boleh tinggal di sini, tapi sini tak ada makanan untuk ustaz ya…” kata Rudin, ketua kampung yang suka memakai cermin mata terbalik.
“Ana bukan datang meminta makanan… ana datang nak memasak sup untuk dikongsikan anta sekalian,” kata Ustaz Razak.
Para penduduk Pekan melihat gelagat Ustaz Razak yang gigih membina api dan memenuhkan periuk besarnya dengan air.
Dengan melakukan satu gelagat aneh – Ustaz Razak mengeluarkan satu senduk yang dibalut dengan batu di penghujungnya dan mula mengacau air yang sedang mendidih.
Ustaz Razak menghibu bau sup, dan bercakap, “Aduhai lazatnya sup yang dimasak dengan senduk ajaib batu ini.”
Para penduduk mula tertarik kepada apa yang dilakukan Ustaz Razak…
“Alangkah baiknya kalau ada sedikit kobis, sup ini tentu lagi lazat,” kata Ustaz Razak.
Rudin terus balik ke rumah dan mengambil kobis yang disimpannya untuk diberikan kepada Ustaz Razak… “Ana nak cuba sup lepas ustaz siap masak nanti ya…”
“Boleh. Tak ada masalah… tunggu dulu. Ana nak kacau sup ini guna senduk ajaib bersama kobis yang diberikan anta,” kata Ustaz Razak.
Ustaz Razak mengulangi karenahnya, selepas meminta kobis, beliau mula berkata pula alangkah baiknya kalau sup ini ada lobak, daging, bawang, ubi untuk digaul bersama senduk ajaib dan dimakan bersama nasi.
Kerana ingin merasai sup yang dikatakan sangat hebat itu, para penduduk Pekan mula membawa keluar makanan untuk dikongsikan untuk membuat sup… lobak, daging, bawang, ubi dan nasi. Akhirnya sup Ustaz Razak dapat dinikmati dan mengenyangkan satu kampung.
Wahai anakku,
Kisah ini memperlihatkan bagaimana manusia mula menjadi kedekut tatkala dalam kesusahan. Apabila sumber semakin kurang, manusia menjadi menyepi dan pentingkan diri sendiri. Mereka akan mula menjauhkan diri daripada orang lain dan menutup diri sendiri daripada berinteraksi daripada orang lain. Seperti kisah senduk ini, akhirnya satu penduduk Pekan hidup dalam keadaan sempit kerana tidak sudi berkongsi.
Wahai anakku,
Jangan sesekali engkau sangka semakin disimpan sesuatu, kamu akan menjadi lebih kaya secara dalaman. Realitinya ialah kamu akan menjadikan sekeliling dan diri sendiri lebih daif kerana kamu tamak dan tidak rela berkongsi apa yang ada.
Jangan juga engkau sesekali suka merahsiakan ilmu daripada orang lain dengan tujuan untuk diri dilihat lebih pandai daripada orang lain. Walhal sebenarnya makin disimpan satu-satu ilmu, kamu sendiri semakin tidak belajar dan akhirnya menjadi mundur berbanding orang lain.
Wahai anak kesayangkanku, lihatlah bagaimana ustaz Razak telah berjaya menarik perhatian penduduk yang daif untuk keluar berkongsi dan penduduk Pekan akhirnya memahami dengan “suka berkongsi”, mereka mendapat lebih banyak daripada benda yang sedikit.
Apakah kamu akan bersikap seperti penduduk Pekan seperti Rudin yang mulanya kedekut sehingga menghalau Ustaz Razak?
Atau kamu akan mengamalkan sikap suka berkongsi yang akhirnya membantu Ustaz Razak untuk melahirkan satu sup yang lazat untuk dikongsikan seluruh kampung?

p/s....jangan kedekut ya..tak kira apa jua keadaan :-)