Assalamualaikum w.b.t
salah satunya - maksiat depan mata.
betulkan sekarang...tak kira dimana, semuanya pun berlaku...
nak ingatkan, maksiat tu bukan sekadar berzina ya...semua yang kita buat dapat dosa adalah maksiat...
- tinggal solat
- mencuri
- menipu
- tidak menutup aurat
banyak lah lagi...iman pun tipis...nak tegur takut dikata bajet bagus, bajet ustaz...tak tegur lagi takut bila ditanya bila balik 'dikampung asal' nanti...Allahuakbar, ampun kan kami..ampun kami Ya Allah...
Sama-samalah kita jauhi perkara2 maksiat itu...Allah Maha Pengampun, belum terlewat untuk bertaubat selagi nyawa masih ada dan belum kiamat....
Doa Ibu
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...

Followers
Date & Time
About Me
- shaliza
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan
Our New Life
March 31, 2015
March 29, 2015
saniy
Assalamualaikum w.b.t
10 bulan dah budak ini....tak lama lagi setahun yeayyyy
- ada cubaan nak berdiri..nak belajar bertatih ler tuuu
- merangkak 2-3 rangkak then baik aku meluncur lagi cepat kot...huhu
- gigi bawah baru naik 2 batang
- sejak kena selsema ni...telinga pun berair jer...kesian dia..telinga kena infection..
- buat masa ni suka makan mee/bihun goreng @ sup, nasi kurang dipandangnya
- berat pun rasanya makin susut sb makin membuas..
- penjeles jugak budak ini..bila kita pegang/peluk abang & kakak dia..huuh pandai tu siap tarik orang tu tak kasi kita peluk...bising2 dia...agaknya nak cakap ini ibu saya yang punya...hhahah memandai jer ibu assume:-)
10 bulan dah budak ini....tak lama lagi setahun yeayyyy
- ada cubaan nak berdiri..nak belajar bertatih ler tuuu
- merangkak 2-3 rangkak then baik aku meluncur lagi cepat kot...huhu
- gigi bawah baru naik 2 batang
- sejak kena selsema ni...telinga pun berair jer...kesian dia..telinga kena infection..
- buat masa ni suka makan mee/bihun goreng @ sup, nasi kurang dipandangnya
- berat pun rasanya makin susut sb makin membuas..
series nya...jangan kacau |
Hujan
Assalamualaikum w.b.t
2-3 hari ni bumi kelantan sejuk...kami dibasahi hujan setelah lebih 3 bulan x hujan, selepas banjir luar biasa baru-baru ni...syukur sangat.
bila panas, tau2 jerlah kan..berdebu...kesihatan pun terjejas.
anak-anak kat rumah tu selsema & batuk tak habis2...kita org tua ni okaylah sikit...rasa x selesa boleh minum air...mandi. Budak nak mintak jauh..tunggu kita jelah yang bagi untuk mereka...syahmi tu lagilah..siap mengelupas kulit dia...kesian sangat...suara pun serak jer...akibat kurang air. Tu dah dibekalkan air masak kat tadika..
Pokok bunga pun melayu jer...yang galak pokok bunya kertas...bila musim kemarau mmg dia tunjuk keistimewaan diakan...cantik jer berbunga....
Semalam lagilah geram..dah la kita pulun duk siram pokok yang kekeringan..datang pulak sekumpulan kambing sapa pun tak tahulah...makan pucuk2 pokok bunga kita...alahai...rumah kampung, takder pagar...kalau ya pun rumah takder pagar yang dia pi lepas kambing x tentu hala tu kenapa...banyak ekor pulak tu...bukan pokok bunga jer...habislah ubi & pisang yang tanam kat tepi rumah tu...ada ke patut...nak bela tu bela la elok2, jangan dibiar lepas merata....
GST
Assalamualaikum w.b.t
sibuk kisat GST ni kan..
kita tengok lah nanti 1/4/2015
ada pulak video viral yang kastam dok kempen GST...alahai
apake nya la...macam budak x habis sekolah pulak pi buat video cam tu...hmmm
xtau nak kata apa dah...

March 17, 2015
Nasi berlauk Air Dingin
Assalamualaikum w.b.t
glemer nasi ni...naik airplane..masuk tv lagi...
sedap ke?
.
.
bolehlah...nak kata tak tu bohong lah..sedaplah jugak:-)
kalau di kelantan mmg biasa la makan nasi pagi2. setengah tu tak dapat nasi mmg tak boleh nak buat kerja.

March 16, 2015
My Tukang
Assalamualaikum w.b.t
ni la my tukang...
hehehe dah kejenya menukang...kali ni dia repair almari
almari tu almari tokmek...
kena makan anai2...sayang nak buat abang baiki apa yang boleh...
body semua buat baru..beli kayu...hasilnya macam baru...sukalah tokmek..kalu tak dah dibuang dah almari tu...save duit yeyyy.
okay...boleh la nak amik tempahan....huhuhu saja jer lah:-)

March 15, 2015
Daftar sekolah kakak
Assalamualaikum w.b.t
pejam celik kakak si anak pertama dah nak jejak sekolah rendah...hiks
ak kena daftar la dulu kan...kang takder tempat pulak anak saya
hehehe..rasanya masalah penempatan tu tak risau, sebab ada dua sekolah yang berdekatan.
kami akan hantar sekolah yang terdekat dengan rumah...senang untuk sementara maklong dia pergi amik:-)
.
.
bercerita pasal daftar ni...ada beberapa dokumen yang perlu kita sediakan. Tapi tak tahulah pulak lain sekolah, lain keperluannya.
sekolah yang kami nak daftar ni perlukan dokumen2 tersebut
- sijil lahir anak (asal & salianan)
- sijil nikah parents (asal & salianan)
- Salinan kad pengenalan parents
- Sijil hak penjagaan (sekiranya anak angkat)
- Sampul surat 4 x9 beralamat sendiri
- Bil elektrik @ air
- Setem 6.0
banyak jugakkan...dulu seingat saya (pernah daftar sekolah adik...lama dah) nak daftar just bawa surat beranak ke sekolah then kerani sekolah cop kat belakang sijil kelahiran tersebut - done:-)
tak kisah la apa pun...yang sila daftar anak ke sekolah ya. Sesi persekolahan 2016/2017. anak yang lahir tahun 2009:-)
dokumen yang diperlukan |
dah besar dah baby girl ibu... |
Selamat Hari Lahir yang ke-4
Assalamualaikum w.b.t
Selamat Hari lahir sayang syahmi...
Demam dia hari ni...demam nak besar agaknya:-)
.
.
sejak pergi sekolah ni banyak lah perubahan dia..
'buat perangai' tu masih ada...
tapi okaylah...budak, normal la tu:-)
.
.
okay syahmi, ibu doakan kamu berjaya dunia & akhirat
besar nanti jadi orang yang bermanfaat untuk orang lain.
.
.
cepat baik demam ya...nanti nak main tembak2 dengan ibu:-)

syahmi baby dulu2...kecik jer budak ni...2.3kg jer masa lahir:-) |
March 14, 2015
i is stress
Assalamualaikum w.b.t
tipukan kalau ada orang tak pernah stress...
sedikit sebanyak mesti ada tekanan....
.
.
minggu ni saya agak stress...kalut semacam..asyiklah duk mikir macam2..yang x perlu fikir pun termasuk sekali...
pagi bila entah..dah tak ingat..selepas abah budak2 ni keluar hantar saniy ke rumah pengasuh, Syahmi & Najibah ada...sambil saya mandi saya jerit Allahhh.......kuat la jugak....:-)
punyala concern anak lelaki saya...terjengul depan pintu bilik air tanya kenapa? malu pun ada...kalau lah dia tahu ibu dia jerit sebab stress....huhu
nak buat camno...kadang2 luar jangkaan jugak kan? tak baikkan tunjuk rasa tekanan pada anak2...nanti dia fikir dorang adalah bebanan untuk kita...ingatan untuk diri sendiri jugak ni:-)
March 13, 2015
Berbaik sangka
Assalamualaikum w.b.t
** lama dah takder artikel ilmiah kan...so ini untuk sesi 'warming up' happy reading:-)
Nukilan dari Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man
Wahai anakku,
Sehebat-hebat matamu, ia terlepas pandang hidung dan mulutmu ketika engkau memandang. Banyak komplikasi dan alasan di sebalik sesuatu yang sulit sering disalah erti kerana matamu.
Sehebat-hebat matamu, ia terlepas pandang hidung dan mulutmu ketika engkau memandang. Banyak komplikasi dan alasan di sebalik sesuatu yang sulit sering disalah erti kerana matamu.
Oleh itu wahai anakku, janganlah kamu hanya melihat di luar dan terusmu
menjadi hakim sedangkan kamu belum mengetahui apa yang sebenarnya…
Wahai anakku,
Jangan kamu berprasangka buruk pada mereka yang sering membayar untuk orang lain. Ia mungkin bukan bererti mereka kaya, tapi hanya kerana mereka lebih menghargai hubungan daripada wang duit.
Wahai anakku,
Janganlah kamu panggil mereka yang bekerja tanpa ada yang menyuruh itu bodoh, kerana mungkin mereka lebih mengerti dan menghargai konsep tanggungjawab.
Wahai anakku,
Janganlah kamu pandang serong mereka yang mendului minta maaf duluan setelah bertengkar. Ini tidak bererti mereka bersalah, tapi kerana mereka lebih menghargai orang lain.
Wahai anakku,
Jangan pula kamu timbul syak pada mereka yang mengulurkan tangan untuk menolongmu. Mereka membantu mungkin bukan kerana mereka merasa berhutang, tapi kerana ikhlas menganggap kamu adalah sahabat.
Wahai anak kesayanganku,
Janganlah pula kamu terasa tersinggung pada mereka yang sering menghubungimu, ia mungkin bukan kerana mereka tidak punya kesibukan, tapi kerana engkau ada di dalam hati mereka.
Berbaik-sangkalah selalu, wahai anakku, sebagaimana Rasulullah pun mengingatkan kita, "Janganlah seseorang diantara kamu meninggal dunia kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah" (HR. Muslim)
Senyum
Tuan Ibrahim Tuan Man
March 12, 2015
Doa berlindung dari fitnah dajjal
Assalamualaikum w.b.t
Sambil bersiap pagi tadi..dengar lah jugak sipi2 Tanyalah Ustaz...Tajuk pun lupa...bad me:-(
Antara intipati yg dapat saya ingat
- dunia akhir zaman, ujian mmg berganda
- iman setipis kulit bawang
- ilmu agama dihilang (diangkat oleh Allah) - banyak cara ilmu diangkat antaranya - mati org2 soleh.
- umat akhir zaman x tahu apa itu solat, puasa, sedekah dll...Allahuakbar, nauzubillah
banyak, saya tak sempat nak hadam...pagi mmg agak sibuk nak siapkan itu ini sebelum keluar rumah.
ada doa jugak - itupun saya x sempat nak recall. doa itu untuk elak dari fitnah dajjal
saya search doa tersebut...antaranya yang ini...mungkin doa lain, tapi boleh jugalah klu nak amal yang ini...sama2 kita amal ya:-) Mohon berlindung dari DIA.
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal
Amalkan jugak baca surah Al-Khafi setiap pagi jumaat, sekurang2 10 ayat yang pertama...itu pun untuk mengelak dari fitnah dajjal juga.
p/s betulkan saya sekiranya saya silap ya.

cerita semalam
March 11, 2015
Kemalangan
Assalamualaikum w.b.t
on the way datang keje tadi ada kemalangan...
jalan jam agak teruk, biasalah tipikal orang kita...mesti nak slow kan kete nak tengok...hmmm
.
.
tapi yang pasti kemalangan tadi mmg teruk...ada kematian
2-3 biji motor terlibat...innanillahiwainnailaihirajiun...keluarga pasti merasai kehilangan:-(
semoga keluarga yang terlibat tabah menerima berita, dan semoga dipermudahkan segala urusan. Allummahgfirlahu waramhu waafihi wa'fuanhu...semoga mendapat keampunan dari Allah untuk dia.
.
.
melihatkan kematian...Allah tak terkata takutnya...ada ke yang menangisi kematian kita pulak:-( ada ke yang merindui kita, ada ke yang akan menghadiahkan ayat2 quran untuk kita...Allahuakbar
.
.
mati itu pasti. semua yang hidup pasti akan mati...

March 09, 2015
borak santai
Assalamualaikum w.b.t
Borak santai masa hantar dorang tadika tadi...
Ibu: Kakak, abe mie...belajar sunguh2 ya...cari ilmu
kakak: kakak nak belajar pandai2 pastu nak masuk 'U'
syahmi: Abe mie pun..tapi abe mie nak masuk 'B'
*gagaga dia ingat 'U' tu ABC ke apa? huhuhu :-)

March 08, 2015
Setelah setahun
#MH370
Al-fatihah untuk semua mangsa yang beragama islam. Pasti keluarga yang terlibat merindui mereka. Salam takziah.
Al-fatihah untuk semua mangsa yang beragama islam. Pasti keluarga yang terlibat merindui mereka. Salam takziah.
Selamat Hari Wanita
Assalamulaikum w.b.t
Selamat Hari Wanita untuk semua kaum HAWA...
pic sumber google |
Jagalah penampilan kita wahai kaum hawa...aurat kita...kalau betul kita sayang suami, ayah, anak lelaki & adikberadik lelaki...jagalah aurat kita...maruah kita. Adakala mereka semua tidak tergamak untuk menegur kita, tapi jauh di sudut hati mereka hendak kita menutup aurat sebaiknya....mereka bertanggungjawab ke atas kita...
March 04, 2015
Anak No.2
Assalaumualaikum w.b.t
nak citer anak bujang kita ni si syahmi tu...
saya perasan sekarang asyiklah menguji kesabaran kami ibu+abah dia...
nak2 lagi dengan abah dialah, dgn saya syahmi agak 'takut' nak buat perangai.
saya pun pelik jugak dgn budak ni...
sebelum ni takder pulak dia buat perangai...tapi makin lama makin galak pulak dia buat perangai
- nak tido nangis
- bangun tido nangis
- nakkan sesuatu nangis
- nangis jerlah kejenya
pening pulak saya dengan budak ni...
tanya elok2 makin dia nangis
kita buat tak tahu pun dia menjadi2 jugak
aduhai...apalah yang kamu nak ni anak oiii
seriously ibu tak faham anak oiii
nak kata sakit/demam - tak
entah saya tak pasti apa kemahuan dia yang kami tak penuhi...mungkin ada la tu...budak ni kadang terlepas pandang apa yang dia nak pun boleh buat sedih...kita orang tua ni pun sama kan?
bila tanya cikgu2 kat tadika, cikgu cakap okay...tak pulak nangis dan memang pun, dari mula saya hantar dia tadika mmg dia tak nangis. Itu mmg saya puji:-)
tapi bila di rumah, dia buat hal...asal tak kena pada dia, mulalah dia nangis...kamu nak apa sebenarnya anak oiii....gitulah saya bila dah tak tahan tengok dia nangis tak ada sebab....mmg tipikal anak no.2 perangai macam tu ke? hishhhh. nak kata terlampau manja tak jugak..entahlah. yang pasti ibunya rimas bila anak eh nangis tak bersebab. saya bila anak nangis bersebab ok jer...tapi bila tak ada apa2 ko boleh nangis mmg boleh mendatangkan amarah...hinnnnssshhhhhh:-)
dia tak tahu kita ni sayang dia lebih dari nyawa sendiri. seboleh mungkin nak yang terbaik untuk dorang...besar nanti kamu faham lah anak....sekarang mungkin kamu belum faham apa2...kita marah bukan sebab tak sayang, tapi lebih untuk mengajar....sebab itu ada benda yang kamu boleh buat dan ada benda yang kamu tak boleh buat....ibu pun sama, kita sama2 belajar:-)
Ibu akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua anak2 ibu:-)
jangan main2...kena fire baru tau:-) |
Subscribe to:
Posts (Atom)