Assalamulaikum w.b.t
hiksss..
soalan kakak tu...kenapa ibu tak jadi cikgu?
sebenarnya kakak ibu mmg cita2 nak jadi cikgu tau...tapi bila habis belajar tiba2 ibu nak jadi ibu kakak..hihihi
.
.
.
takpelah kakak, ibu tak jadi cikgu...ibu boleh sama2 belajar/mengajar kpd kakak dan adik2...Allah dah tetapkan semuanya...rezeki kita:-)
kakak belajar rajin2...jadilah apa pun, tapi promise dgn ibu jadi yang terbaik dan boleh bagi manfaat untuk orang lain juga:-) okay sayang.
Selamat Hari guru semua warga pendidik...tanpa kalian tak mungkin adanya doctor, menteri, pegawai2 tinggi sekarang ni....
Doa Ibu
“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”
Amin...
Followers
Date & Time
About Me
- shaliza
- Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
- Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan
Our New Life
May 18, 2015
May 17, 2015
Kesan kemarahan kepada anak
Assalamualaikum w.b.t
Sumber dari sini
Sumber dari sini
Terkebil-kebil mata bulat Maira melihat ayahnya mengamuk sebaik saja
pulang dari pejabat. Dia tidak tahu apa yang menyebabkan ayahnya naik
angin pada petang itu. Muka ayahnya masam, agaknya lebih masam dari
cuka. Terhenti niat Maira untuk bermain-main dengan ayahnya sebagaimana
biasa di waktu petang. Dia tidak berani mendekati ayahnya yang seperti
singa betina apa lagi untuk bersuara. Dalam hatinya tertanya-tanya…
"Salah akukah kerana menyepahkan barang-barang mainan di ruang tamu?"
"Salah adikkah kerana menangis tak berhenti-henti?"
"Salah ibukah kerana asyik melayan adik yang menangis sehingga tidak sempat menyediakan minuman petang untuk ayah?"
Samada marah itu ditujukan kepada anak ataupun orang lain, ia bukanlah
sesuatu pengalaman yang menyeronokkan apabila sikecil melihat ayah atau
ibunya naik angin.
Apabila ibu atau bapa sendiri tidak suka anak mengamuk
begitu juga anak. Mengamuk atau naik angin di depan anak-anak bukanlah
tingkah laku yang wajar dilakukan oleh ibu atau bapa. Matthew
McKay, seorang ahli saikologi dari Wright University di Berkeley,
California (penulis “When Anger Hurt Your Kids”) berkata bahawa tingkah
laku mengamuk itu boleh menyebabkan gangguan kepada jiwa dan emosi anak.
Kajian menunjukkan bahawa tingkah laku mengamuk atau bergaduh di depan
anak oleh ibu dan ayah boleh menyebabkan anak tersebut menjadi kurang
empati.
Anak tersebut lebih cenderung untuk menjadi agresif dan depress jika
dibandingkan dengan anak yang tinggal dalam persekitaran yang tenang di
mana ibu dan ayah tidak mempamerkan atau bergaduh di depan anak. Selain
daripada itu, anak tersebut juga akan menunjukkan kemunduran dalam
bidang akedemik atau kurang menonjol ketika di sekolah disebabkan dia
kurang berkemampuan untuk beradaptasi dengan persekitaran.
Menurut seorang lagi ahli saikologi, Robert Puff (penulis "Anger Work:
How to Express Your Anger and Still Be Kind"), semakin muda usia anak,
semakin besar kesan negatifnya. Dalam proses anak membesar, dia akan
hilang kepercayaan (trust) terhadap ibu dan bapa.
Justeru itu ibu dan ayah, perasaan marah itu normal tapi cara kita
menunjukkan kemarahan itu yang mungkin tidak normal dan memberi kesan
yang negatif kepada orang-orang yang berada di sekeliling kita. Cubalah
kawal kemarahan sebaik mungkin. Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah menyarankan beberapa tips untuk mengawal kemarahan. Di antaranya ialah…
~ Istighfar
~ Senyum
~ Melihat cermin untuk melihat bagaimana hodohnya rupa kita ketika marah.
~ Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.
~ Ta'awuz (auzubillah..)
~ Banyak minum air
~ Ambil wudhu
~ Tukar tempat
~ Pecahkan dengan melakukan aktiviti fizikal seperti senaman dan riadah.
~ Jaga pemakanan (orang yang suka makan daging merah cepat marah)
~ Memaafkan orang lain
~ Ingat mati
p/s kena ambil iktibar ni...ibu sokmo jugaklah marah kat anak2....hishhh, kesabaran tu kurang.
May 14, 2015
Ransang Minda Bayi
Proses tumbesaran bayi lazimnya melalui satu aspek normal dan bertahap.
Sebagai
ibu bapa pula, pelbagai cara boleh dilakukan untuk merangsang minda si
kecil atau membentuk proses perkembangannya dari segi pembentukan otot
atau psikomotor.
Panduan berikut mungkin boleh dimanfaatkan mereka yang baru bergelar ibu atau bapa.
Nada suara perlu ditukar mengikut suasana atau aktiviti dilakukan. Percakapan dengan bayi elok dibuat ketika mandi, memberi minum, menukar lampin atau menidurkannya. Lebih baik apabila diberitahu setiap apa yang dilakukan kepadanya. Contohnya: "Sayang sudah basah, mari ibu salinkan lampin." Bagi umat Islam, boleh memperdengarkan pelbagai jenis alunan seperti bacaan al-Quran, zikir dan suara ibu atau ayahnya membaca al-Quran. |
May 13, 2015
7 Kaedah Meningkatkan Bacaan & Memperbaiki Hubungan Dengan Al-Quran
Bertuah sesiapa dapat membaca al-quran dengan lancar dan mengingatinya
didalam dada. Bahkan mengamalkannya dalam kehidupan seharian..
Atau anda membacanya setiap hari namun bacaan masih belum lancar dan tidak betul?
Sebenarnya kelebihan dapat:
- Dapat membaca Al-Quran setiap hari adalah satu nikmat
- Dapat mengalunkan bacaan Al-Quran dengan baik dan betul adalah satu kehebatan
- Dapat menhafal 30 Juz Al-Quran pula merupakan impian setiap orang yang bergelar muslim.
Namun dengan cabaran kehidupan dan budaya hidup masyarakat kini yang sentiasa sibuk, sedikit sebanyak membataskan hubungan kita dengan Al-Quran.
Malah ia semakin kritikal dari generasi ke generasi..
Walau apa pun kes yang mungkin terjadi, disini saya ingin kongsikan beberapa tips mudah tapi berkesan dalam membantu memudahkan kita dalam menghubungkan diri dengan Al-Quran.
InsyaaAllah mudah-mudahan bermanfaat.
1. Imbas kembali niat kita
Kunci untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada Al-Quran adalah muhasabah kembali niat kita, sebelum menyentuh kitab Allah ini.Tanya diri kita secara jujur, mengapa kita membaca Al-Quran?
Hanya sekadar membaca isinya sahaja, dan kemudian membiarkan ia menghanyut jauh daripada kita tanpa amal?
Ingatlah bahawa Nabi Muhamad (SAW) digelarkan sebagai Al-Quran bergerak: Dalam kata lain, Baginda tidak hanya membaca membaca dan mengalunkan Al-Quran, tetapi baginda menghidupkan apa yang terkandung dalam Kalam Allah itu.
2. Mengambil Wuduk sebelum membaca Al-Quran
Mengambil wuduk adalah persediaan mental dan fizikal yang baik untuk mengingatkan kita bahawa kita bukan sekadar sedang membaca ‘buku’ yang biasa.Sebenarnya kita sedang ingin berhubung dengan Allah, oleh sebab itu kebersihan adalah satu keutamaan yang penting apabila kita ingin menghadapNya.
3. Baca Al-Quran sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari
Selalunya kita beranggapan bahawa kita patut membaca al-Quran sekurang-kurangnya sejam atau lebih.Jika anda bukanlah orang yang sentiasa membaca al-Quran, itu pastinya terlalu banyak dan berat untuk dilaksanakan.
Sebagai permulaan, mulakan dengan hanya 5 minit sehari.
Apabila anda memulakan langkah pertama ini, InsyaaAllah, lama-kelamaan tanpa sedar 5 minit itu akan bertukar menjadi 10 minit, 10 minit akan menjadi setengah jam, dan seterusnya menjadi sejam. Dan mungkin lebih lagi.
Rule thumb disini adalah dengan memulakan langkah kecil yang pertama.
Dan fokus kepada proses itu, bukan kepada hasilnya.
4. Pastikan kita faham apa yang kita baca
Meluangkan masa lima minit untuk membaca al-Quran dalam bahasa arab adalah bagus, namun kita perlu faham apa yang kita alunkan itu.Pastikan anda ada terjemahan al-Quran yang baik dalam bahasa yang anda paling fahami. Terjemahan dalam bahasa Melayu contohnya anda boleh mendapatkan al-Quran Pelangi Madina, yang memaparkan terjemahan yang senang dibaca dengan jelas dan mudah difahami.
Sentiasalah membaca terjemahan untuk memahami apa yang telah kita baca.
Pasti hati kita akan berasa tenang, dan menjumpai jawapan-jawapan kepada setiap permasalahan yang terjadi dalam hidup kita.
Al-Quran bukan hanya sekadar didengar oleh telinga, tetapi harus terdengar sampai ke hati. Kerana fungsi baca Quran itu ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia untuk mengubati.
Jadikan al-Quran sebagai peti aduan kita.
5. Jangan hanya bacaan; dengarkan juga
Di era yang serba canggih ini, jangan terhadkan diri kita untuk semakin merapatkan diri dengan kalam Allah ini.Download aplikasi dan audio ke dalam smartphone kita, dengan cara ini kita boleh mendengar alunan al-Quran setiap masa dari Qari yang kita minati dan secara tidak langsung dapat memperbaiki bacaan kita dari masa ke semasa.
Cara ini ibarat serampang dua mata;
- Kerana kita dapat cara mendengar bacaan yang betul dan pada masa yang sama akan membuatkan kita mengingati ayat-ayat suci itu dalam hati kita.
6. Belajar Tajwid
Sedar tidak sedar, alunan al-Quran itu sendiri adalah salah seni terhebat yang boleh kita lakukan.Untuk baca dengan mahraj betul dan mempertingkatkan keindahan bacaan al-Quran, kita mesti belajar hukum tajwid.
Keindahan alunan bacaan ayat suci Al-Quran akan pudar tanpa hukum tajwid yang betul. Oleh itu belajar dan amalkan hukum tajwid yang betul.
Yang terbaik pastilah dengan belajar secara berguru.
Kita juga pada masa yang sama juga boleh memudahkan pembelajaran tajwid kita dengan menggunakan Al-Quran yang hukum bacaannya dicetak dalam warna berbeza untuk membantu memudahkan kita mengenalpastu sesuatu hukum dengan mudah.
Contohnya adalah al-Quran Pelangi Madina Terjemahan, yang mengandungi pandungan tanda baca dan ringkasan ilmu tajwid.
7. Berdoa kepada Allah.
Pohonlah kepada Allah supaya memandu dan membantu kita apabila membaca Al-Quran.Tujuan kita adalah untuk mengharap keredhaan dan rahmat daripdaNya. Juga dengan niat untuk berhubung dengan Allah dengan membaca, memahami dan mengamalkan setiap perkataan suci yang terdapat dalam Al-Quran.
Oleh itu, doa adalah alat terbaik untuk memudahkan kita mendapat petunjuk dan panduan daripada Allah.
Akhir Kata..
Akhir sekali, tips yang paling penting adalah kita mesti konsisten.Sentiasa konsisten setiap hari dan setiap masa dalam membaca al-Quran, supaya kita semakin mahir. Practise makes perfect.
Baca sebanyak mungkin yang boleh, sekerap mungkin yang boleh. Tiada yang boleh menggantikan disiplin ini.
InsyaaAllah, pasti Allah akan memudahkan segala gerak kerja kita dalam mengapai redhanya. Semoga bermanfaat.
Kredit artikel dari page ini
p/s penyakit malas nak update blog ni mmg tak boleh nak baut apa dah....:-)
May 06, 2015
Simpati
Assalamulaikum w.b.t
Betul kita patut simpati kpd anak mangsa nahas DUKE tu...sangat perlu untuk kita rakamkan simpati dan hulurkan bantuan....tapi rasanya masih ramai lagi anak2 yatim piatu yang perlukan perhatian macam tu...takder bezanya. tapi kenapa mesti yang dapat perhatian itu yang kita lebih2 kan...bantu lah jugak yang lain..ramai lagi yang lain:-(
.
.
.
Allah Maha Mengetahui.
May 05, 2015
Tudung Ala Neelofa
Assalamualaikum w.b.t
Beli tudung ala neelofa untuk najibah...untuk raya..hiks...murah jer kat pasar tani:-)RM 12
ala comelnya anak ibu...cepatnyer la hai kamu membesar anak...
ibu pun belum cukup ilmu nak ajar kamu yang semakin membesar ni...
sayang kamu...ibu tak pernah lupa untuk mendoakan kamu dan adik2...jadi anak yang soleh & solehah :-)
Beli tudung ala neelofa untuk najibah...untuk raya..hiks...murah jer kat pasar tani:-)RM 12
ala comelnya anak ibu...cepatnyer la hai kamu membesar anak...
ibu pun belum cukup ilmu nak ajar kamu yang semakin membesar ni...
my sweetheart... |
Renungan untuk seorang 'Ayah'
Assalamualaikum w.b.t
Perkongsian dari FB Wardina. Semoga bermanfaat. InsyaAllah..aminn
Perkongsian dari FB Wardina. Semoga bermanfaat. InsyaAllah..aminn
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai
yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru
memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena
belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang
mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam
kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh
anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini
telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma
menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM.
Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi
tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam
baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga
dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan
oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan
agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya,
usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir
kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa
kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan,
harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar
utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah
angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv
dan komputer...
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum
waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana
amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat
Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal
Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH
yang perihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud
berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada
AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa
Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal
yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi
dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang
kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka
digelari umat terbaik.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog
pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH
lebih banyak disebut di dalam alquran!
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk
melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak.
Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak
memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah
AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi
makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang
tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu
sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk
berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin
dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat.
Allahuakbar..
Wallahua'lam.
Wallahua'lam.
**Rindu Ayah..al-fatihah :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)