Showing posts with label Bilik Tidur. Show all posts
Showing posts with label Bilik Tidur. Show all posts

Mar 8, 2018

SusunAtur: Wall-shelf Tanpa Rosakkan Dinding

Assalamualaikum...


Lama tak buat entry susun atur kan? Sejak makin bertambah ahli keluarga ni tak rajin nak snap snap gambar sebelum selepas menyusun. hihi~  Weekend baru ni macam kena rasuk dengan mambang mengemas, habis satu rumah aku punggah and susun balik elok². Lepas tu perut cramp! kahkah~  Geram sebenarnya, duk opis tak banyak bergerak, tiap kali hari Jumaat kaki mesti bengkak, sakit pinggang semua. Bila weekend balas dendam lah buat kerja macam². Tak sedar diri dah sarat membuyong. Sekali terlebih bergerak! Mujur tak terberanak awal. lol


Udahnya aku MC hari Selasa & Rabu. Since 28 weeks gitu dah mula datang Braxton Hicks. Hari Isnin hari tu lepas balik kerja dia punya cramp teruk sangat. Sampai nak duduk pun tak boleh. Kena baring je. Esoknya terus jumpa doktor mintak MC dua hari. Doc pun faham tengah sarat tak larat nak pi kerja. Tapi duk rumah tetap jugak nak mengemas! arghh! Penyakit weii penyakit! Bukan selalu datang penyakit mengemas ni. Tapi sekali dia datang, tak boleh stop! Allahu.


Kalau korang follow IG @yanamib aku ada update gambar² sebelum selepas kat IG story. Blog lambat sikit lah update. Nak karang² ayat lagi. hihi~


Salah satu tempat yang aku susun ialah dalam toilet.


 Selama ni aku lambakkan je segala maknek sabun mandi, syampu kat atas jamban and sinki. Toilet aku ada wall cabinet. Aku ada buat entry pasal kabinet tu. Klik 👉 Kabinet Toiletries


Tapi ruang dalam kabinet terhad. Kalau sabun besar² tak muat letak dalam kabinet. Tu yang jadi lambakan atas jamban and sinki.


So aku beli shelf ni kat ezbuy. RM12 (tak termasuk pos).


 Lepas pasang dan susun. Sedap mata memandang! Shelf ni guna pelekat je untuk gam ke tiles. Setakat ni baru guna beberapa hari, elok je tahan. Sabun² aku tu mostly penuh lagi tau. Ada yang baru bukak so memang berat! Mungkin design dia ada kaki bawah tu untuk bagi lebih kukuh. Eh puas hati lah beli.😍


Untuk sabun kekecik macam pencuci muka semua tu aku beli Snap Up shelf ni. Mr. DIY ada jual. RM19.90 tak silap.


 Nice sangat letak kat corner gitu.👍   Aku dah pakai shelf ni setahun dah. Ke lebih? Alhamdulillah tahan. Takde pun terjatuh². Dia guna kekdah kedap udara gitu. Takde gam or pelekat apa². Just kedap udara. Eh tak reti lah nak explain. Ce tengok Youtube. Search Snap Up Shelf.


Aku beli shelf jenis gini sebab tak perlu drill, skru bagai sampai rosak berlubang dinding toilet. Kalau korang duk rumah sewa elok sangat guna shelf gini. Nak cabut and basuh bila² pun senang. Nak alih² tempat pun senang jugak!


 Selalu jugak aku basuh snap up shelf ni. Elok je kena air tak tertanggal pun.


 Cuma bila dah terlalu lama melekat kat tiles dia jadi susah gila nak bukak! Dah macam permanent pulak melekat situ. hahaha~  Rasanya boleh kot tanggal. Kena guna kudrat yang banyak lah kotttt 😁


More, snap up shelf tu boleh lekat atas ANY SURFACE! Susah nak percaya kan? Laki aku skeptikal jugak bila aku cakap gitu awal² dulu. Aku tengok dari Youtube lah yang dorang cakap boleh lekat kat any surface. So marilah cuba sendiri betul ke idak iklan dorang tu.


yup terbukti sahih! kahkah~  Dah berbulan lekat kat dinding batu Alhamdulillah elok tahan. Beban yang aku longgok atas tu pun lebih kurang je dengan beban dalam toilet. Tak pernah lagi terjatuh 👍👍


Pandangan atas *ecehh*


Oke tu je pasal susun atur hari ni. Lain kali cerita susun atur tempat lain pulak, insyaAllah.


Bye!






p/s: Bab nak menten kan susunan paling mencabar. Kalau harap kau sorang mengemas, kau jugak nak menten kan kekemasan rumah memang boleh stress. Kena kerah seluruh ahli dalam rumah untuk sama² menten kan susunan. Kalau tak kang kau patah pinggang sebab penat mengemas pun orang takkan faham!



Terima kasih sudi membaca!

Mar 11, 2016

Wall Deco: Bintang² di Langit

Assalamualaikum...


salah satu bahagian dinding dalam bilik tidur aku....tah kenapa hari tu datang idea nak mendeko² dinding bilik...bosan pulak tengok dinding yang kosong takde hiasan apa²...haha  :p


Aku beli wall deco sticker kat Mr. DIY...tak ingat berapa RM....murah je...lagipun saja nak bagi aktiviti kat kaklong tu...dia suka main sticker... :)


seronok sangat dia aku bagi can dia deko sendiri dinding tu....siap tanya banyak kali, "mama bagi aimy buat sendiri kee??"  hahaha~  nampak nau mama ni asyik halang dia berkreativiti (conteng dinding kena marah, conteng lantai kena marah, lekat sticker kat muka kena marah etc...that kind of creativity)...sekali mama bagi lekat sticker kat dinding...konpius budak tu....lolz~  :p


tapi bukan la dia lekat ikut sukahati dia...aku guide lah jugak kan...mana nak kena tampal....kalau ikut selera dia kang dia lekat semua sticker tu rapat²...tak cantik laaa...hehe~


taraaaa! dah siap! baru la berseri² dinding tuuu...ngee~  kaklong tu punya teruja tiap pagi bangun awal sebab nak tengok sticker tu...bahaha dahsyat tau penangan sticker! >_<


tapi dalam 2-3 hari je lahh gitu....lama² dia tak heran dah sticker tu....hehe  biasa la bebudak kan? :)


Korang rajin dak deko dinding rumah?? share entry kat komen box please! nak tengokkk...kot boleh jadi inspirasi untuk aku...tak kisah lah dinding bilik tidur ke, ruang tamu ke, dapur ke...janji wall deko...macehhh korang! ^_^





IKLAN:




FREE GIFT menarik sementara stok masih ada!




Terima kasih sudi membaca!

Sep 3, 2013

SusunAtur: Mana ko 'Sorok' Baju² ko??

Assalamualaikum....


 Hari tu aku ada buat entry pasal almari baju aku nih (klik gambar)...
lepas tu ramai pulak komen tanya mana aku simpan baju² aku...
sebab dorang tengok lopong semacam je ruang almari aku ni kan...kehkeh
tersenyum ai baca komen uols okeh!!
tak sangka korang akan komen gitu...hikss~  >_<


Ekceli ruang ni idak la kosong, lopong macam ni...
kan aku ada cakap aku gantung kaum kerabat jaket...
macam ni haaaaa~!!



 kan penuh tu?? hahaha
untuk entry hari tu aku saja keluarkan jaket² yang ada...
sebab jaket² ni semua menutup hasil makeover aku tuh...kahkah~



idak la banyak sangat pun jaket yang aku ada...
eh 'jaket' yang aku maksudkan termasuk la sweater, kot etc etc...
nampak penuh sebab segala jaket² kitorang ni besar gabak...
ada 2-3 helai yang aku beli masa pi UK tau!
ingat nak let go sebab tak tau nak pakai bila...
tapi asyik la lupa nak snap gambar jaket tu...huhu~
err hagak² ada yang nak beli ke jaket aku ni kang???  :p


Telekung pun aku gantung kat kawasan ni jugak sebab senang nak mencapai time solat...  :)



Almari aku ni pulak ada few compartment....
erm 4 compartment gitu....
so baju² lain aku simpan kat comparment lain lerr...
gigih tak iols siap label gambar?? bahahaha~  :p





Segala mak nenek seluar pun aku simpan dalam almari ni...
pandai² la gunakan ruang yang ada....
selagi boleh sumbat gitu kan...
tapi aku susun elok² la....
janji bila bukak almari nampak teratur je segala pakaian dalam tu...
takde la serabut mata ni kan....  (^^,)



Untuk segala baju kurung, baju melayu, jubah², 
dress, tudung, aku gantung kat almari macam ni....
dulu aku memang gantung dalam almari sliding tu...
tapi serius tak muat...
rasa nak roboh almari tu sebab penuh sangat baju...hahaha~
tu aku transfer je baju² kurung segala kat almari ni...
aku kurang gemar sebenarnya almari tak bertutup gini...
tapi dah takde choice...
ni pun aku cilok mak aku punya...
dia taknak guna dah tempat gantung ni...
dia bagi aku....hihi~



kena susun elok² baru nampak kemas... 
sikit je baju kurung aku...
banyak yang aku dah tak pakai...
so aku simpan dalam beg...
mungkin nak let go bagi orang susah...
or nak jual as pre-loved items...
tengok keadaan.... :)


Aku jarang pakai baju kurung...
aku pi kerja pakai jeans and kemeja/blouse je....
kadang² pakai t-shirt....kahkah~
kalau rajin baru pakai baju formal siap seluar slack bagai...
kalau tak memang jeans manjang...
kecuali ada meeting dengan gomen sector...
aku usaha jugak la pakai formal dari atas sampai bawah...
means siap kasut bertutup bagai...
sebab....tempat gomen kan protokol manjang...kikiki~
takat meeting biasa² tiap minggu....
tak kuasa aihh nak formal sangat...
aku belasah pakai jeans and sandals je...
janji baju dah nampak formal....dah memadai!
takdenya orang nak telek dressing aku atas bawah....kannnn?? hahaha~


*off topic tiba²*


sambung balik entry almari baju...!



Selain almari besar tu, aku ada jugak simpan baju² aku dalam laci kecik ni...
dan ada jugak menumpang almari Zafirah...hihi~



oke tu je nak cerita...harapnya entry ni menjawab lah persoalan, kemusykilan korang pasal baju² aku yang 'disorok'....kekeke~


Ada apa² lagi nak tanya?? insyaAllah kalau tak keberatan aku jawab...buat entry bagai....kalau berat...err tu kita fikir kemudian...hikss~


kbai~!  ^__^



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!



 


Aug 29, 2013

SusunAtur: Almari Baju #1

Assalamualaikum...


Sejak pindah rumah baru ni seronok pulak aku mengamalkan sistem 5S...dak encem pun dah paham betapalah bini dia minat dengan konsep 5s di rumah....selama ni aku simpan barang main campak², sumbat², selit² je kat mana² ruang yang ada....teratur, tersusun, mudah nak cari semua tu belakang kira...yang penting ruang tu muat untuk aku sumbat segal barang² aku....selekeh kan?? hahaha~


Give kredit la kat blogger² yang rajin update pasal susun atur rumah dorang...disebabkan dorang la terbukak hati aku nak jadi pembersih....wakakaka~


Oke...kali ni aku nak tunjuk susun atur yang aku buat dalam almari baju aku....almari baju aku jenis sliding door tu...tak besar pun...medium saiz gitu...



Kecik je kan?? hehe...panjang dalam 4-5 kaki gitu....tinggi dalam...err 8-10 kaki?? tak ingat pulak iols....


Aku beli almari ni dah lama...sebelum kahwin lagi...masa kahwin aku memang tak beli pun set perabot bilik tidur baru...aku beli katil je...sebab sebelum kahwin aku guna katil single...lagipun almari ni masih elok...struktur kayunya masih kukuh....so kenapa nak membazir beli almari baru kan?? lagipun bilik tidur aku idak la besar mana...beli almari besar gabak kang dah makan space...payah nak bergerak...aku suka ruang yang lapang...kalau sempit² rasa serabut sangat hidup...ngee~


Alhamdulillah almari comel ni muat untuk simpan segala kain baju kami laki bini....sebab tu kena susun barang dalam tu betul²....kalu main campak², almari sebesar bilik pun belum tentu muat nak simpan baju....kan??  :)


Dalam almari ni, selain simpan baju, aku letak jugak segala peralatan mekap or segala bedak, lotion, krim rambut, sikat segala...even pampers Zafirah pun aku sorok dalam almari....hahaha~   untuk entry ni aku nak tunjuk macam mana aku simpan segala bedak², lotion segala kat salah satu ruang yang ada dalam almari ni....jom cekidaut!




oke ni rupa asal aku menyimpan segala mak nenek lotion, bedak, minyak rambut...bla..bla..bla...aku tak tahu la terms apa nak guna untuk segala barang² ni....hehh~   tapi korang paham kan maksud aku?? hihi~


Susun cara ni nampak agak bersepah dan selekeh....pada mata aku laaaa...aku kurang suka simpan barang² kecik dalam bekas terbuka macam ni....


So aku beli kotak² yang bertutup kat Jusco....


dan hasilnya.....





Nampak lebih kemas!! oh sejuk mata memandang....rasa seronok nak bukak pintu almari selalu...boleh??wakakaka~   alas kayu tu aku beli kat Sarawak kot...ke hadiah orang bagi tah...tak ingat pulak aku...lama dahhhh!! tapi masih sangat elok! :)


Mana² barang yang aku jarang guna macam peralatan mekap (eye shadow, berus mekap, etc etc), wipes tissue, lotion/sabun² yang dicilok setiap kali pi hotel² and apa² je lah yang jarang nak guna aku simpan dalam kotak....ada 2 kotak aku beli....lagi satu kotak tu aku simpan segala souvenir yang aku beli kat London dulu...souvenir² tu untuk diri sendiri....tak tahu nak susun kat mana tu simpan dalam kotak je dulu...hikss~  :p


Kat Jusco memang banyak kotak jenis gini...bercorak...lagipun ada kaler pink...comel!! yang aku beli ni saiz kecil...RM29.90 sekotak....mahal kan? haha~  mungkin ada tempat lain yang lagi murah....Daiso?? aku dah cari kat IOI Mall hari tu...takde saiz yang aku nak....paling besar pun saiz kertas A4 je...kalau nak organize resit² ke oke la beli kotak kat Daiso....kalau nak simpan barang² besar, aku prefer shopping kat Jusco...mungkin ada tempat lain yang jual kotak macam ni lebih murah....aku tak tahu...aku aim Jusco je...senanggggg! hihi~


oh diingatkan...walaupun kotak tu bertutup...susun la elok² barang² dalam tu supaya tak membazir ruang yang ada...


oke meh kita zoom out sikit ruang almari ni...




Nampak lapanggggggg je kan?? untuk ruang ni aku decide untuk gantung jaket² sahaja....sebelum ni aku gantung baju kurung and baju melayu and jaket...penuh! semakkkkk sangat! so aku transfer segala baju kurung and baju melayu kat tempat lain...


And ekceli kan untuk ruang ni patutnya ada cermin....tapi ada salah satu roda belah atas ke bawah tah dah rosak...tak boleh nak slide...lepas tu asyik nak tercabut je...last² aku cabut je terus cermin tu letak tempat lain....



Letak tepi almari je pun! tah bila nak pi hardware cari spare part cermin ni pun tak tau laaaa...sibuk manjang! huhuhu~  *err kantoi katil bersepah di situ~  :p*


oke tu je nak cerita....


tata! ^_^






p/s:  tetibe rasa malu tayang gambar almari kat umum...ngee~  :p



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015