Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts

May 24, 2022

Idea Hadiah Hari Guru 2022

Assalamualaikum...


After 2 years takde sambutan raya + hari guru, tahun ni meriah jamuan merata². Anak aku pun dah 2 orang masuk sekolah kebangsaan tahun ni. Zafirah darjah 4, Zafran darjah 1. Zafri still tadika lagi. Tapi tetap ada sambutan hari guru. hihi~


So 3 orang anak, 3 jenis sekolah. Pening jugak fikir nak bagi hadiah apa untuk cikgu. Ramai rekemen pen merah/marker or any pen. Tapi aku pulak tak tau nak bungkus macam mana. Maklum lah tangan tak berseni. lulz~


Then, ternampak igs kawan aku, dia share yang dia bagi hadiah nail clipper. Beli kat Mr. DIY je. Apa lagi, lepas nampak tu zasss terus terjah DIY. Mujur banyak outlet diy nearby rumah aku.


Mula² beli hadiah untuk cikgu² Zafirah, sebab sekolah dia paling awal buat jamuan/sambutan. Ada 11 orang cikgu yang mengajar kelas dia. Aku beli kat DIY De Centrum Mall. Nail clipper jenis ni je ada. RM2.90 seketul. Tapi gift box or paper bag takde choice. Stress haku. Kedai kemain besar, tapi bahagian deko banyak rak kosong. adeyy~


Udahnya, aku pi DIY dalam Evo Mall, Bangi. Haa baru jumpa gift bag macam ni. Jenis ni je lah yang muat nail clipper tu. RM17.50 tak silap, dalam tu ada 20-30 pcs. Lupa dah. Reben tu memang attached sekali dengan bag, mudah kerja. Lepastu aku lekat tags selamat hari guru. Print je dari Pinterest. Macam² design ado. Lupa pulak amek gambar lepas lekat tag kat situ. Korang tengok je lah reels aku. 😁


Ni pulak hadiah untuk cikgu² sekolah Zafran. Ada 10 orang cikgu yang mengajar kelas dia. Aku beli kat DIY dalam Evo Mall. RM2 je seketul. Design pun cecomel.


Bungkus dalam gift box macam ni. RM1.10 seketul box. Nampak tak tags 'Thank you' tu? Macam tu la yang aku lekat kat gift bags Zafirah. Print dari Pinterest je, edit² sikit, boh nama anak, setel.


Ni pulak hadiah untuk teachers tadika (3 orang) dengan ustazah sekolah agama Zafran (sorang). Sejadah muka beli kat Mydin Bandar Teknologi Kajang, RM9.90 sehelai, kain tebal ye. Aku tak amek jenis nipis sebab nampak kualiti tak berapa sangat.


Lipat² sejadah tu jadi ala ala kipas gitu, pastu ikat reben. Pastu lekat tags "Thank you" or "happy teachers Day"' kat reben tu. Pastu masuk paperbag je. Paperbag tu aku recycle apa ada kat rumah. Banyak nau simpan paperbag, bila lagi nak guna? Semua elok memang nampak macam baru lagi. huhu~  Kalau nak beli baru, aku rekemen korang beli kat DIY atau Eco Plus. Harga murah tapi design lelawa.


Ok tu je lah gift yang aku bagi tahun ni. Saja save sini, tahun depan boleh refer balik and fikir idea lain pulak. haha~


Moga semua hadiah² ni bermanfaat buat cikgu². 😘


 



Terima kasih sudi membaca!

Nov 9, 2017

Birthday Party Zafran

Assalamualaikum...


Actually birthday Zafran 26 Oktober. Tapi jatuh hari Khamis. Memang dah plan nak buat party besar² an macam kaklong dia dulu. Boleh baca di "Sekitar Majlis Harijadi Zafirah"


Well aku buat birthday party anak bukan tetiap tahun pun. Biasa celebrate kecik² samada dengan family aku atau kitorang 4 beranak je. Bukan murah ye kos nak buat majlis besar²an. huhu~ Tapi sekali sekala nak merasa oke lahh. Lagipun Zafirah dulu umur 2 tahun jugak buat birthday party. So adik pun kena la merasa ber-party di umur 2 tahun. Kang kata double standard pulekk.😏


 Aku amek masa 3 jam ye untuk siapkan invitation card ni! pfft! Amatur kekdahnya. Ni semua edit guna photoscape je wakkk. Gambar² semua amek dari Pinterest, copy paste masuk photoscape. Tapi IDEA untuk hasilkan kad macam ni ffuhhh! Mohon korang jangan pandang rendah dengan designer² oke! Ada sebab dorang cas servis mahal. Dan jangan sesuka hati mintak design free. Nak kencing kat public toilet pun kena cas wakk✌


Sehari sebelum majlis, aku mintak teacher celebrate kat sekolah. Saja bagi dia merasa celebrate birthday dengan kawan² sekolah TANPA mama papa. hehe~  Ikut plan nak celebrate betul² 26hb tu. Tapi teacher kata tak sempat sebab bebudak still exam hari tu. So postponed 27hb. Kemain dua hari berturut² celebrate birthday 😏  Aku oke je since dah order kek and goodies untuk tadika. So proceed je lah bebila pun.


 Aku sediakan kek (brownies tower) and door gift (roti sosej) je. Agar² tu teacher punya initiatif. Ala celebrate gitu² je. Nyanyi lagu happy birthday, pastu makan kek. Setel!


 Nangis pulak dia 😑 Ingat kan gangster sangat


Dapat makan brownies, happy 😏


Keesokan harinya tu, seperti yang dirancang, celebrate kat rumah pulak. weeeee!👏👏


 SEMUA decorations aku buat sendiri! Semua amek kat Pinterest je. Print, potong, tampal! Memacam idea ada dalam Pinterest tu. Rambang mata. Rasa nak print semua benda tapi bila fikir kudrat tak banyak, terpaksa la pilih yang penting² je. Yelahh kitorang laki bini je yang buat kerja. Parents aku kat London. Pagi nak kenduri tu baru dorang sampai Malaysia. kahkah~


 Bcoz normal goodies bag are too mainstream. Aku memang nekad taknak bagi JAJAN! Idea ni pun dapat dari Pinterest. bahaha~  Goodies ni semua balut sendiri, selotep sendiri. Ada 100 goodies semuanya! 💪💪


 Kek lego tempah khas dari Break_n_Fast. Idea untuk kek punnn amek dari Pinterest.😝


 Dah ready nak nyanyi lagu happy birthday. Kekanak semua berkumpul reramai. yeyy!


 Mama yang happy lebih 🙄


Sesi potong kek. Kaklong punnnn nak potong jugakkk. 😏


Bebudak duk pungut topping fondant tu 😑. Mujur Zafran tak heran dengan topping tu. Dia lagi suka makan benda lain.


 wokay habis potong kek, moh la kita makan. Eh kek ni aku order coklat moist. Laku kerassssss! Aku sendiri tak sempat nak merasa. lol~  Busy layan tetamu weii. Nak makan pun tak sempat 😂


Tetamu terawal sampai. Thank you yaya cumi.😘 


 Opismet + mak minyak. Tq bagi hadiah minyak! 😘


 Idola ramai bloggers mak mak, Aty Fared. Tq babe sudi datang dari jauhhhh 😘


Teacher² Zafran. Tq sudi datang 😘


 Geng gojes, dari kiri: Zila, Kayrul and Pijah. Thank you korang 😘


 Kak Sumijelly dengan hero² nya. tq for coming kak walaupun tak layan akak sangat. ahahaha ampun! 😘


 Besfren forever! Geng gaduh masa sekolah. hahaha~  Minah ni bukan nak bagitau boleh datang. Dalam group wasap senyap seribu bahasa. Tup tup muka dia muncul depan rumah aku. Mujur tak tersedak brownies 😑  tq for coming beb! Appreciate sangat! 😘


 The unsung hero! Orang kuat belakang tabir yang banyak tolong menjayakan majlis ni. Tolong gorengkan mihun for 50 pax, tolong buat air teh o, tolong goreng telur, tolong goreng keropok ikan, tolong basuh pinggan mangkuk, periuk belanga kat dapur! Eh dia sampai² je terus masuk dapur oke pastu tak keluar² sampai lah habis majlis! Acikkkkkkkk!! Muchas gracias!! Lebiu to the moon and back! 😘😘


 Geng blogger jugak ni. Dari kiri: Fazrol, kak Sue. Tq korang! 😘


Geng bangians, tapi dia paling lambat sampai. haha~  tq for coming Anis 😘 


 Opismet Azfar. Eh wife dorang! 😝  Masuk air semua ni walaupun pangkat akak². haha~  Dah selalu sangat jumpa, havoc! Thanks for coming korang. Jumpa lagi family day minggu depan 😘


Lagi geng gaduh masa sekolah. Tetamu paling last. Mujur makanan ada lagi time ni. hahaha~  Tq korang! 😘😘


Ada lagi tetamu lain yang takde dalam gambar. Especially gambar family and jejirans. hehe~  Segan ah nak bergambar dengan jiran camni. Sebab jiran² aku semua pangkat abang kakak 😝


Parents aku tengah jet lag terpaksa gak bangun sebab ramai orang datang rumah takkan nak tidur? Dah la bilik dorang tingkat bawah je. kihkih~  Paling last datang pakcik aku (adik mak), dulu dia duk Kelantan, now dah kena transfer kerja mahkamah area sini, so dia duk Shah Alam sana.


Lepas Maghrib parents aku sambung mentido balik. hahaha~  Tinggal la aku melayan family pakcik aku. Dorang lah tolong perabih balance² food yang ada. Ngam² je wehh. Licin semuanya! Alhamdulillah~


Sesi paling ditunggu²! Kaklong tu yang eksaited lebih sebenarnya. Zafran bukan faham lagi benda² ni. Dia tak eksaited sangat pun. Yang dia tau berebut mainan dengan kaklong je. hahahaha~


Terima kasih sangat pada semua yang sudi datang. Yang bagi hadiah, yang bagi duit, yang sponsor makanan. Semoga Allah limpahkan segala rahmat dalam hidup kalian sekeluarga dan semoga semakin murah rezeki korang sekeluarga. Ampun maaf sekiranya ada terkurang mana². Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan kelemahan itu dari diri kami sendiri.


Doakan Muhammad Aisy Zafran membesar menjadi anak yang soleh, patuh setiap perintah Allah dan berjaya di dunia dan akhirat. 😘


Nanti aku share total damage eh. Dengan goodies sekali. Stay tuned!




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015