Showing posts with label Short Vacation. Show all posts
Showing posts with label Short Vacation. Show all posts

Feb 18, 2019

Short Vacay di Huda's Haven Sempena Cuti CNY

Assalamualaikum...


Masa cuti CNY hari tu, mak aku ajak gathering kat Huda's Haven. Sepatutnya adik aku balik Malaysia 1 Februari hari tu. Tapi terpaksa postponed sebab dia ada interview kerja 5hb. Motif pergi Huda's Haven ni pun sebenarnya nak bawak adik aku lerr dia request nak mandi sungai. Sekali dia tak dapat join halahh halahh. Takde rezeki. Kami lah tolong mandikan untuk dia. ehhh! 😝


Ni kali ke-2 aku bercuti ke Huda's Haven. First time dulu family ayah aku buat family day kat situ. Ada aku buat entry pasal tu. Klik > Family Day Haji Omar 2015


Kali ni dorang ada villa baru. Tu yang mak aku nak pergi lagi sekali. Saja nak try stay kat villa baru. Kali ni gathering dengan family belah mak aku. Adik beradik mak and sepupu² rapat. Entry review tempat ni pun aku pernah buat. Jalan masuk macam mana, lalu mana semua aku ada cerita. Klik je mana² word 'Huda's Haven' dalam entry ni untuk baca review aku tu 😁


Kitorang stay sini 1 malam je. Betul² hari raya cina tu, Selasa-Rabu. Selasa pagi tu kitorang gerak dari Bangi seawal mungkin. Perjalanan sejam lebih jugak. pfft! Aku rasa check-in time standard je dengan mana² resort, pukul 3pm gitu. And kalau datang awal, if ada bilik dah ready boleh je check-in awal. Memang masa kitorang sampai dalam pukul 11am lebih tu semua bilik yang kitorang booking dah siap dikemas. So boleh terus check-in yeyy!


 Ni lah villa baru tu. Atas sikit dari resort yang lama, kena masuk ke dalam and naik bukit sikit. Villa ni lagi dekat dengan sungai. Ada lebih 10 unit jugak rasanya. Boleh pilih nak unit tingkat ground or tingkat atas. 1 unit muat up to 4 pax:
🎈 1 queen bed
🎈 1 sofa bed (boleh request extra tilam)


 Sofa bed with extra tilam. Memang request awal² nak extra tilam. Aku share bilik dengan parents aku. Dorang tidur kat katil, aku anak beranak tidur area sofa bed. Alaa macam tidur kat living hall je. Ada tv jugak area sini. Ekon and kipas pun ada. Muat la tidur 5 beranak area ni 😁


Cumanya waktu tengah hari ya Auloh panas leting wehh dalam villa. Udara kat luar lagi sejuk. lol~  Kalau amek unit tingkat bawah tak panas sangat. Ni kitorang amek unit tingkat atas. Dia takde siling, terus bumbung je. Panas bahang! Ekon tak rasa apa. haha~  So waktu tengah hari toksah la lepak bilik. Pi berendam dalam sungai ok 👌


 Cute je rak baju. Lengkap lah semua disediakan.


 Bahagian dapur. Pun lengkap! Korang nak masak² dalam ni pun boleh. Tapi dapur kena bawak portable dapur sendiri kot. Tak pun bawak pressure cooker, multicooker or rice cooker. Macam² dah gadjet dapur sekarang ye dak?


 Toilet. Sabun mandi and syampu disediakan. Tapi aku bawak je sabun mandi sendiri. Lagi best. hihi~


 Balkoni. Setiap bilik ada balkoni. Masa aku datang ni, ada jugak bilik yang belum ada lagi balkoninya. Well, memang baru sangat unit villa ni. Masih ada yang belum lengkap, construction still on going masa aku datang hari tu. Mungkin owner buat berperingkat.


More, aku suka dengan interior villa ni especially perabot² yang dorang guna. Bukan macam setengah resort, 'asal ada' perabot je. Kat sini mostly aku tengok owner guna barang² IKEA. Sofa bed, towel, pinggan mangkuk, blanket, eh banyak lah guna produk IKEA. Toilet pun jenis high quality and mahal. Bukan biashe biashe. Sampai ke toilet aku tengok kaoo. hahaha~   Baloi lah dengan harga per night. Pendapat aku lah ye.


 View dari balkoni bilik aku. Khemah tu dorang letak basikal and ATV. Free je main basikal kat sini. ATV tu je kena sewa tak silap. Tak pasti pulak. huhu~


Ada jugak unit yang ada indoor swimming pool. Puas la anak² berendam dari pagi sampai malam. haha~  Tu kazen² aku, sampai ke tengah malam berendam. Nak tidur baru naik. lol~


Video dari open swimming pool, ke private swimming pool.


 Kawasan parking yang luas. Villa yang aku duduk ada belah kanan tu.


 Ni pulak macam kantin. Betul² depan villa yang aku duduk. Kitorang makan ramai² kat sini. Selesa sangat! Sinki, sabun basuh pinggan, sabun basuh tangan, mesin Coway pun ada disediakan. Boleh amek air panas dan sejuk FREE FLOW! Terbaikkk! 👍


Sepanjang stay resort ni kitorang tak amek pun pakej makanan. Semua bawak dari rumah and masak kat sana. Untuk first day, kitorang buat pot luck. Ada bawak nasi lemak, lauk², nasi putih semua lahh. Sampai resort tinggal ngapp je. Air pulak kitorang bawak 3 in 1 je. Dah kata air panas and sejuk free flow kan. Bancuh je lah. Nak air sejuk minum air mineral Coway. Tak bawak pulak kordial. Takpe lah. Healthy sikit minum air mineral. Tapi bila dah petang tu memasing cari air ais. kahkah! So kazen aku kot keluar pergi beli ais. Ke request kat ofis je? Entah la. Aku tau tiba² je ada ais kat situ. LOL~


Tapi kitorang bawak je alatan memasak macam portable dapur gas, pressure cooker, rice cooker. Untuk dinner mak aku buat maggie thailand. Beli kat Lazada. Mak aku memang gila membeli kat Lazada. Pokok pun dia beli online wakkk. Allahu~  Then kazen aku buat cekodok ikan bilis and bawang. Siap 2 versi. haha~


Tu toke Huda's Haven. Apa tah nama dia. Husband and wife duk run resort ni. Actually owner resort ni kawan ayah aku. Satu tempat belajar kat Liverpool dulu. Berani la dorang invest buat resort gini. Salute! 👏


Sebelah kantin ada gazebo. Luas gak kawasan keliling kantin ni. Bebudak boleh main lari², main badminton. Anak² aku siap main nyorok². haha~  Kawasan ni memang hutan. Tapi aku bukan lah seorang yang superstitious so aku tak kisah anak² aku nak main apa² pun. Asal berpada dan tak rosakkan alam sekitar.


Ni part paling best. MANDI SUNGAI! OMG memang kitorang looking forward sangat aktiviti berendam dalam sungai. Musim panas wei. Air sungai tu tak rasa sejuk sangat tapi nyamannnn gilerr! Puas berendam tau. Hilang migrain! Sooo tiap kali migrain nak kena cari sungai ke camni ni?🤔


Adik baby tu aku bagi jugak lah celup² kaki sikit. Alahh air sungai kan mengalir. Tak sama macam mandi swimming pool. InsyaAllah takde virus pelik² dalam sungai. Aku yakin benda² nature ni semua elok untuk kita. hihi~


Bukan bebudak je happy, tok nenek punnn happy! haha~  Eh tok nenek sedara aku pun ada jugak masa ni. Umur dah 84 tahun. Masih gagah mandi sungai. Allahu~  Dorang memang asal kampung, jenis berkebun, memburu semua tu. Tok sedara aku ada je lagi senapang untuk dia menembak ular. Ya tuhan meremang dengar cerita makcik² aku macam mana tokcik tangkap ular kat kebun dia. Adehh~  Tu yang badan taff sampai sekarang. pfft!


Nak dijadikan cerita lagi, aku terjatuh masa kali ke-2 nak turun sungai. Jatuh tergelincir sebab jalan dari villa tu turun bukit. Berbatu and berpasir. Licin. Aku jatuh sambil dukung baby oke. Dah macam kerang busuk. grr~  Nasib lah takde orang masa jatuh tu. Cik ponti je kot nampak aku jatuh. lol~  Lebam jugak la tangan aku. Masa jatuh tak rasa sakit. Hari ke-3 baru datang sakit² kaki, sakit badan. Macam mana nak jadi taff sampai umur 80an ni?? 😑


Kalau taknak mandi sungai, boleh pergi open swimming pool. Tak tahu macam mana nak cerita lokasi dia. Korang tengok lah map. hahaha~  Ada 2 pool, untuk adults and kids. Untuk kids tu tinggi pinggang Zafran je. Tinggi Zafran 90cm. haa boleh bayang? 😁


Hari esoknya tu, makcik² aku buat sandwich sardin. Mak aku buat nasi lemak, guna pressure cooker. Sambal semua panaskan balik yang hari sebelum tu. Dalam bilik kan ada microwave, haa senang panaskan je lauk² yang berlebih tu. Fridge pun ada untuk simpan lauk lebih so takde la basi. Memang saja masak sambal lebih. Letih la kalau nak menumis kat resort. Baik masak siap² kat rumah.


Kazen aku buat lagi cucur bawang dia. Sedap oi makan panas². Kejap je licin. Tak tahu la berapa kg tepung dia bawak hari tu. haha~


Tukar giliran dengan mak, guna tangan je wakk. Lagi puas katanya. hahaha  baiklahh!



Cucur bodoh je. Tapi bila makan ramai² tu sedap lain machiamm. 😍


Dalam pukul 1pm kot baru kitorang check-out. Ada lah budi bicara owner masa ni. Patut check-out time pukul 12pm ye. hihi~


My familia! Walaupun ramai yang tak dapat join especially kazen² aku yang dah kahwin, tapi tetap lahhh meriahh!


Next time kita gathering cari sungai² lagi ehh. Janda Baik perhaps? Tazzabarrr 😍


K tu je nak cerita. Korang nak tengok more info pasal resort ni boleh cari kat Facebook dorang. Taip je Huda's Haven ok?


Tata!




Terima kasih sudi membaca!

Feb 27, 2018

Zafirah turns 6!!

Assalamualaikum...


14 Februari lepas, genaplah umur anak sulung, my only anak dara, 6 tahun. Kejapnya masa berlalu. Tak sangka dah 6 tahun jugak aku pegang title MAMA! *I feel old😩*


Plan asalnya nak bagi dia celebrate secara besar²an kat sekolah (sebab dah tahun akhir di tadika), tapi papa pi booking hotel pulak 14 haribulan tu. Siap ngajak anak dara dating tengok wayang The Black Panther. huk alohh! Tak jadi lah celebrate kat sekolah. Celebrate 4 beranak je. huhu~


Pagi 14 haribulan tu, aku pi kerja macam biasa, Zafran pun pi sekolah macam biasa. Zafirah je dating dengan papa tengok wayang sebab papa dah beli tiket pukul 11.30am. Sejak umur dah kertu ni kurang lah minat nak jejak panggung wayang tu. Walaupun ramai kata cerita Black Panther tu best, tapi herm tak terasa pulak nak tengok. Faktor umur + hormon barangkali. Plus, aku memang tak confident nak angkut Zafran masuk wayang. Dah banyak kali dia buat perangai dalam tu. Bukan tantrum tapi dia suka buat bising. Menyanyi, membebel, menjerit, kacau orang seat depan, turun naik tangga *headache*. Baik lah tengok tv kat rumah. huhu~


By noon aku balik. Kira aku kerja half day je lah hari tu. Zafran pun sekolah half day jugak. Balik rumah packing² barang, terus gerak pi hotel. Kemain celebrate birthday kat hotel. kahkah! Kitorang pi Dash Box, Cyberjaya je wakk! Dalam 30 minit je perjalanan dari rumah. Biasa check-in hotel pukul 2pm ke atas, tu yang aku gigih pi kerja jugak pagi tu. Sayang cuti oii. Kompeni bagi cuti CNY setengah hari je, hari Khamis tu. Bos² jenis workaholic kekdahnya. lol~


Macam biasa lah kitorang rahsiakan percutian ke hotel tu dari Zafirah. Sepraissss!😜


Ni lah bilik yang papa booking. Jenis cabin. Kocik je lahaiii. Mujur lah anak beranak slim. Kecuali papa dorang lah gemok. kahkah~


Bilik jenis cabin ni oke je bagi aku. Bersih dan selesa. Toilet pun best sebab shower jenis macam kat rumah. Air lajuuuu! Cuma saiz je lah tak sesuai untuk family. TV pun takde wei! Kelengkapan memang BASIC sangat. Eh tapi sejadah disediakan. Well done Dash Box👏


Ouh ada drama sikit masa sampai. Boleh pulak laki aku tertinggal luggage kat rumah!!! choi! Spoil mood betul. Dah la Zafran memberak masa sampai tu. Pampers semua dalam luggage. Hangin betul aku! Lepas check-in terus dia balik amek beg. Tau takut tengok muncung bini. Aku tunggu kat hotel dengan Zafran. Tak kuasa nak ikut patah balik. Masa aku tenyeh mekap kat rumah dah pesan banyak kali bawak masuk barang dalam kereta dulu. Dia sibuk tengok fon amende tah. Eh nasib lah bercuti kat Cyberjaya je. Kalau dah sampai Melaka ke, Johor ke takkan nak patah balik??😒


Lepas dia dah amek luggage pi hotel, terus siap² kan bebudak ni untuk swimming. Haa memang motif utama pilih hotel ni pun sebab swimming pool tu laaa. Kids dan pool berpisah tiada. Kasi can laa berendam puas². Sempena birthday kekdahnya.😏


Kalau datang dengan family, korang kena pilih bilik yang bebetul depan pool (macam dalam gambar 👆). Saiz bilik situ besar sikit lah compared cabin yang aku duduk tu.


Swimming pool dia ada bahagian cetek (for kids) dan bahagian dalam. Tapi yang bahagian dalam tu takde la dalam sangat pun. Sampai paras dada aku je. Mostly kawasan pool air cetek je. Memang kids friendly lah pool dia.


Di hari kelahiran dia yang ke-6 tu jugak lahhh dia dah pandai menyelam! yeyyy! Selama ni mandi pool tak pernah basah kepala. Punya takut lemas. hahaha~  Kali ni baru la nampak swimming nye. Maybe jugak aku start bagi dia guna pelampung yang kat lengan tu. Kalau guna pelampung bulat tu memang dia takut nak berenang sendiri, duk bergayut kat pelampung je. Kalau yang sarung kat lengan tu haa baru dia belajar. Tau tau dah reti menyelam. wahh! Well done kaklong! Mama is so proud!😘


Dalam pukul 6.30pm tu ajak naik bilik. Aku belum Asar lagi.


Dah siap mandi manda, tukar baju, ready untuk potong kek!


Order red velvet dari Sally's Kitchen. Saja request tema Little Poney sebab Zafirah banyak kali sebut nak kek little Poney. And dia suka jugak makan red velvet. Eh mama nya pun sama! Eh Zafran pun sukaaa! hahaha~


halah halahh big girl sangat dah 😍


10 minit pertama 😜  Aku bawak jugak bekas kosong, untuk bagi² kek kat orang. Yelahh kitorang 4 beranak je mana mampu nak telan semua kek tu. Sedekah la kat sesiapa yang kitorang jumpa malam tu.


Lepas makan kek, solat Maghrib, dorang ajak nak mandi pool lagi. Tapi malasnya nak basah² baju. Rasa nak baringggg je. Tapi duk bilik boring pulak. Takde hiburan. sobsob~  Moh la jalan² amek angin malam.


Pemandangan waktu malam. Kawasan pool tutup pukul 9pm gitu.


Sebelah pool ada mini slides. Sambil mandi, sambil main slides. Macam Zafirah takut naik slides dalam pool tu. So boleh la main slides kecik comel ni 🙄


Kitorang dinner kat restoren Medina Thai Tom Yam, Putrajaya. Aku order tomyam daging. Tapi tekak aku tak rasa la sedap sangat tomyam dia. Tak pedas satu hal. Daging dia potong besar² sangat. Lembut, tapi aku kurang berkenan lah. huhu~  Aku lagi suka tomyam kat Slero D Timur, Ayer 8. Lagi kaww tomyam dia. Pendapat aku lah ye. Selera memasing ye dak?


Lepas makan, lepak kat Bubbles n Beans, Ayer 8. Ada banyak mainan berlampu situ.


Sewa beca. Papa rajin nau nak mengayuh. 😏


Penat kayuh beca, ajak balik. Zafirah takmo! Nak main lagi. Kalau lah murah sewa mainan² kat situ memang pejam mata je mama bayar. adeyy~  Lain kali bawak basikal sendiri lah main kat situ. Unlimited time boleh kayuh. hihi~


Esoknya tu, bangun pagi terus memasing berzikir nak mandi swimming lagi. adohaii~


Kali ni memang dorang je berendam. Mama papa perhati je dari tepi. Tapi last² papa berendam jugak. Sebab ngajar dorang naik slides. kahkah~


Then pukul 11am kot aku naik bilik untuk bersiap. Ate, nak tepek mekap bagai kan. Bagi can la mama bersiap lama sikit. Papa berendam lagi dengan bebudak sampai pukul 12pm gitu. Check-out paling lewat dorang bagi pukul 12.30pm.


After check-out Zafirah ajak pi mall. Tapi halahh halahh malasnya nak berjalan. Badan mama makin berat ni nakkk 😂  Last² pi lunch kat Azura, seksyen 3 sana. Dalam kereta anak² mentido. Lepas lunch dorang ajak berjalan lagi. oihh dah dah la tu! Mama pun nak tidur jugak! 😒


Balik rumah memang aku tidur pun. Alahh kejap je. Take a nap gitu. 😁  Bebudak ni main sesama dorang. Sampai lah aku bangun. Pastu ajak papa pi makan lagi. Well, tidur pun guna tenaga jugak what😝


Oke tu je nak cerita. Lepas tu memang aku tak ingat dah aku buat apa. kahh!


Tata!




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015