Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Jun 27, 2019

Teacher's Day Gift Ideas!

Assalamualaikum...


I know teacher's day dah lepas. Tapi ada je sekolah yang celebrate sekali pekej dengan jamuan raya. Macam sekolah anak² aku 😁


Tahun ni aku decide bagi hadiah lain dari yang lain. Ceyy takde lah lain sangat. Orang lain ramai buat dah kot. Ok cekidaut hadiah apa yang aku bagi kat cikgu anak² aku 😉



 Box full of stationery! Idea ni opismet aku yang bagi. Dia ter-tengok satu IG yang menjual hadiah² untuk hari guru tak silap. Memang dia ada jual set macam ni tau. Tapi aku rasa malas nak beli² online. Lagipun tak susah nak mencari stationery. Mr DIY ada, ECO ada, eh semua dekat² dengan rumah and ofis aku. Aku start beli awal. Beli sikit² takde la terasa banyak duit keluar.


Box transparent dan semua alat tulis tu aku beli kat Mr. DIY. Box tu harga dia RM6+ jugak lah. ECO mungkin ada jual tapi aku tak kenan sangat shopping dalam eco tu. hahaha~


Wish note 'Thank you for being an A+ Teacher" tu aku print dari Pinterest ajee. Then edit letak nama anak aku. Lepas tu lekat guna double sided tape. Takde la mudah tertanggal.


2 je hadiah untuk cikgu Zafirah sebab cikgu kelas ada 2 orang. Total cikgu yang mengajar dia ada la dalam 10 orang. Lain kali lah bagi hadiah kat cikgu lain pulak 😝



 Tahun ni special sikit hadiah teacher Zafran. hihi~  Sejadah kecik & brooch.


 Brooch beli kat Mydin masa bulan puasa hari tu. 15pcs berapa ringgit tah. Murah je. Beli lebih untuk diri sendiri jugak. Well, perempuan dan brooch berpisah tiada 😜


Kain felt bunga² tu beli kat Mr. DIY. Korang pergi kat bahagian crafts memang sesepah jual kain felt yang bercorak gini. Ngam² ada 5 pcs, teacher dia pun ada 5 orang. Teacher Zafran aku bagi je semua sebab tak ramai. Lagipun hadiah senang cari. Macam aku cakap atas tu, untuk cikgu² tadika tak susah aku nak fikir bagi hadiah apa. Sebab dorang appreciate je tiap apa yang parents bagi. Cikgu² sekolah rendah/menengah aku macam takut² nak bagi hadiah sebarangan. lol~


 Sejadah kecik beli kat Shopee. Sehelai tu dalam RM3+ gitu. Panjang kisah sejadah ni sebenarnya. haha~


Asalnya kitorang beli tahun lepas, sempena akikah adik baby. Khas untuk team marhaban yang datang. Kira souvenir untuk team marhaban gitu. Masa deal, acik tu cakap team dorang ada 10 orang. So kitorang pun beli ngam² 10 helai sejadah. Last minit beli, kenduri hari Sabtu, Jumaat malam baru kitorang amek sejadah ni kat Puchong. Kau rasa? 🤕 


Memang tak sempat nak pos, kitorang amek kat rumah seller kat Puchong sana. Mujur seller nak layan and dia ada ready stock. Biasa kalau beli kat Shopee kan dorang tak bagi number wasap. Tapi untuk kes ni dia bagi la number wasap. Bagus seller ni, sejadah tu dia import dari Turki ke mana tah and dia ada jual borong sejadah kekecik ni. Aku tak tau nama kedai dia apa. Nanti lah aku cari balik. 


Malam tu jugak lah gulung², ikat reben bagi semenggah sikit. Takkan nak bagi gitu je kan? Nak beli paper bag tak sempat dah sebab dah malam, kedai dah tutup. pfft! Dah la tangan tak berseni, gigih la kitorang laki bini kerjakan sejadah ni bagi nampak 'cantik'.


Esoknya tu, bila team marhaban sampai, ada LEBIH 10 orang!! 15 orang to be exact! Mana cukup sejadah hoi. Memang kitorang beli ngam² 10. aiyooo~  Menggelabah la aku sorokkan sejadah² tu. hahahaha~  Adoii bila ingat balik memang eeiii siapa suruh buat kerja last minute? Aku tak salah kan la acik yang deal dengan aku tu, mungkin ada ahli yang last minute cakap boleh join. Husnuzon je lahh. Aku bayar dorang, bukan free ye. Pastu bagi makan siap. Oke la tu kan? kikiki~


Tu yang this year, aku rasa nak bagi je sejadah² tu as teacher's day present. Hope teacher² suka. Ikhlas ni tauu 😘


 Kali ni aku decide nak letak dalam paperbag sebab tak cantik kat mata aku bagi sejadah gulung² walaupun letak reben. haha~  Paperbag saiz kecik ni ngam² muat sejadah. Aku beli kat Mr. DIY, 90 sen je uols! 😍


Wish notes/tags, macam biasa lah print dari Pinterest je. Edit sikit letak nama Zafran, setel!



Ni hadiah yang aku bagi tahun 2018. Dalam tu ada tudung bawal. Both teacher Zafirah & Zafran aku bagi hadiah sama. Aku tengah pantang adik baby masa ni. Mujur kenal tokey butik, dia bagi je paperbag banyak², takyah fikir dah nak beli paperbag lain. lolz~


By the way butik tu dah tak wujud sekarang ye. Tokey fokus bisnes baju 5 Waktu je. Tapi aku suka tudung² dia, kain sejuk and senang bentuk. Harap tokey boleh pertimbangkan jual tudung jugak kat butik 5 Waktu tu ✌



 Yang ni pulak hadiah aku bagi masa tahun 2017!! Masa ni opismet aku baru² join Young Living. Essential Oils pun tengah in sangat time tu. So aku pun terjebak la nak bagi hadiah essential oil jugak kat teacher. Amboi~  Semua ni jenis dilute, idak ler mampu nak bagi hadiah minyak pati tu even 5ml sekalipun. gulp! Aku beli kat @diana.saudagar.minyak


 Beli pouch kecik² untuk letak minyak dilute tu. Pouch ni beli kat Mr. DIY. Oil gini untuk teacher² Zafran.


Rose mist pulak untuk teacher² Zafirah. Kenapa lain²?? Sebab masa ni Diana tak cukup stok rose mist. Ikutkan semua aku nak bagi rose mist sebab lagi best. Spray² je. Wangi lak tu. Yang dilute tu aku risau teacher tak reti pakai and takmo pakai. Yelahh bukan semua orang boleh terima bau essential oil tambah yang tak pernah guna. huhu~  Tapi dah takde stok nak buat macam mana kan. Redho aje lahh.


Oke tu je idea untuk hadiah teacher's day takat ni. Hope bermanfaat.


Share lah jugak korang bagi hadiah apa kat cikgu? Tulis kat komen kayy. Thank you korang! 😘




Terima kasih sudi membaca!

Dec 27, 2018

Cara Bawa Baby Food Semasa Travel

Assalamualaikum...


Seperti yang dijanjikan *ecece*, aku nak share cara aku bawak food untuk adik baby masa travel ke Bangkok. Mungkin lain orang lain cara nak handle and prepare baby food. Aku share ni pun sekadar memberi idea kat korang yang nak travel dengan baby, InsyaAllah.


 Aku bawak food yang dah siap frozen. Memang kat rumah pun aku biasa buat frozen food untuk baby. Masak bubur, sayur, lauk², then letak dalam ice cube and frozen kan. Bila² nak guna just ambil 2-3 cube and panas kan. Bagi aku cara ni memudahkan kerja² harian aku. Lagipun baby makan dalam kuantiti yang sangat sikit! Dalam 2oz gitu jee. Bazir pulak masa aku nak masak takat 2oz bubur + lauk setiap hari. Bukan hilang zat pun kalau makanan tu masuk freezer.


Well, depends masing². Ini cara aku.✌


Untuk bawa food ke Bangkok hari tu, aku prepare ngam² portion untuk 4 hari. Waktu lunch je aku bagi adik baby makan bubur. Breakfast aku bagi roti or buah² kat cafe hotel, dinner pulak susu je. Zafri tu baru 7 bulan wakk. Main food dia masih lagi SUSU. Bubur, puree semua ni just tambahan je. So takde la aku strict sangat bagi makan bubur sampai 3x sehari. Asal dia kenyang sudah.


 Simpan stok frozen bubur dalam cooler bag. Letak ice pack sekali bagi tahan. Perjalanan dari KL-Bangkok dalam 2 jam gitu je. Aku letak 1 ice pack ni pun dah cukup tahan.


Sampai hotel, terus masuk dalam fridge. Setengah hotel ada bahagian freezer, setengah takde. Macam Centara Watergate hotel ni, takde freezer. Pasrah je lahh letak dalam chiller.


To my surprise, tahan oke! Bubur cube aku tak cair langsung!! yahoo! 😍


 Aku panaskan cube bubur dalam warmer Autumnz ni. Beli dari zaman Zafirah baby lagi. Dah 6 tahun umur warmer ni. Tulisan pun dah hilang² haa. Penutup bekas tu memang hilang. kahh! Lepas panaskan bubur aku transfer ler dalam bekas lain.


Zafran dulu tak pernah guna pulak warmer ni. Sebab tak berjalan sangat. hahaha~  Syukur lah aku tak buang lagi. Elok simpan dalam KC mak aku. Mujur jugak aku ingat benda ni masih wujud and bila selongkar KC terus jumpa! Kalau tak, haru jugak nak mencari satu rumah sebab asalnya tak ingat aku simpan mana. LOL~


Plan B, kalau aku tak jumpa warmer ni, memang aku tak bawak apa pun food untuk adik baby. kahkah~ *jangan contohi aku*


Ni gambar masa hari terakhir di Bangkok. Elok lagi cube bubur tu kan? Walaupun tak beku, tapi sebab simpan dalam fridge memang tahan wakk. Tak basi pun. huhu~


Atau cara lain korang boleh buat, beli porridge cooker saiz 1L ke bawah, masak panas bubur tu kat hotel. Tapi kena bawak bahan mentah siap² lah (beras, ikan bilis, sayur etc). Simpan dalam zip lock plastic siap² untuk portion sekali masak. Korang boleh Google je cara packaging bahan mentah while travel. Ramai dah share. Kalau travel more than 3 jam and nak duduk lama (lebih seminggu) memang aku prefer cara ni. Takat duduk 3-4 hari, perjalanan pun tak jauh mana, aku lagi suka bawak yang frozen, tinggal panaskan aje. gituu~


Ni salah satu contoh porridge cooker. Aku beli kat Shopee RM50 gitu. Saiz 0.7L. Kecik comel memang senang nak angkut masuk luggage. Sekali masak boleh la simpan stok untuk 3-4 hari. Boleh masak bubur, sup and panaskan makanan. Cuma gunakan air je untuk masak macam steamer la konsep dia. Ada timer, so tak perlu risau hangit ke apa. Eh try lah beli baru tau baloi ke idak. hahaha~


K sekian sharing tak seberapa dari aku, mak anak tiga. Masih belajar lagi untuk jadi yang terbaik. InsyaAllah.


Semoga bermanfaat!





Terima kasih sudi membaca!

Mar 4, 2015

SusunAtur: Make Over Almari Anak :)

Assalamualaikum...


DULU, macam ni lah cara aku susun kain baju Zafirah dalam almari....kemas...tapi tak boleh sumbat banyak sangat baju...mujur ai blogger, kadang² aku sharing things, ideas, ilmu dengan readers...kadang² readers yang sharing benda sama dengan aku...sharing is sexy yaw! ^_^


contoh komen one of my readers dalam entry 'Susun Atur Almari Baju Zafirah'



err kalau tengok tarikh tu kemain lama dahhh komen ni...and sebenarnya dah lamaaaaa jugak aku praktikkan apa yang dikomen...cuma baru hari ni nak sharing...beehee~  :p


Baru² ni aku make over susun atur dalam almari Zafirah...sebab aku perasan banyak baju² dia yang tak muat nak letak dalam almari...sampai aku mogok takmo beli baju baru untuk Zafirah...dah almari tak muat kan? beli baju baru pun kang nak letak mana?? dalam bakul je? haishh~


Tak lama pun kerja² mak over...baju² dia kecik...senang nak lipat...hihi~


Hasilnya!




Makin banyak baju boleh sumbat dalam almari rupanyaaaaa!! wowwweeeee~   aku guna partition board je untuk asingkan setiap jenis baju tu...partition board beli kat mr. DIY...wohoaa!


Almari ni ada 3 tingkat laci...laci pertama (atas sekali) letak baju² harian/basahan...


laci kedua letak baju² yang jarang pakai termasuk lah towel...semua tu towel Zafirah...2 helai guna untuk hantar ke taska, balance guna kat rumah and untuk bawak travel...


Laci terakhir aku letak baju² aku and dak encem...baju² basahan kitorang je...almari makpak pun dah tak muat nak sumbat baju...terpaksa tumpang almari anak...kehkeh~


Sebelum ni aku susun baju² aku macam gambar pertama tu....then rasa macam susah nak pilih² baju...especially dak encem laa...orang laki ko tau la kalau dia capai baju dalam laci main tarik je....pastu baju belah atas berderai bukan reti nak lipat balik leklok...daripada aku kena penyakit darah tinggi sebab stress yang berlarutan baik aku ubah gaya susun atur baju...now NO MORE masalah baju² berserabai dalam almari...yeyy!! i'm a happy wife! ^__^


hurmm nampak macam dah penuh je almari Zafirah ni kan?? padahal bukan semua baju² dia ada dalam tu...belum campur baju yang tak berbasuh lagi ni...pffttt! memang ada dalam perancangan untuk beli almari baru untuk dia...tapi ingat nak tunggu dia dapat adik baru beli almari baru...hahaha~  erm erm akan dipertimbangkan lagi nanti... :p


More almari IKEA ni jenis senang kendur tau laci dia tu...siapa dah pernah pakai paham la maksud aku...so aku kena make sure beban kat tengah² laci tu tak berat sangat...baju berat² letak belah tepi² je...pernah jugak tertanggal board bawah laci tu...kendur melampau...kitorang keluarkan laci, pastu terbalikkan je board bawah tu...setel masalah...cuma dak encem kata leceh sampai terluka tangan nak betulkan laci je...alolo cian...


Ada rejeki lebih kita beli almari baru ehhh...


k tu je nak cerita...macam mana susun atur almari anak korang pulak?? nak share link kat komen pun bolehh...  ^_^



**********************************************************************************************


IKLAN:


CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!


jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! lebih murah dari harga pasaran ye! and ouh aku jual Ephyra original....bukan fake tauu...thanks korang! ♥ ♥ ♥





Terima kasih sudi membaca!

Dec 12, 2014

Babai Golkos! | Kena Tahan Kastam di KLIA 2

Assalamualaikum...


 Akhirnya...sampai jugak penghujung kisah² di Gold Coast...muntah tak baca?? hehe~   hope ada la manfaat jugak entry² aku selama ni untuk rujukan korang² yang nak bercuti ke sana....mana yang terkurang, tersilap tu harap maaf ye...alolo sentimental pulak!  :')


 lupa nak bagitau korang pasal ni...plug kat Australia tak sama tau dengan Malaysia...so korang kena bawak universal plug...Mr. DIY ada jual...murah je...hehe~


 aku punya macam ni....dapat free masa pi fire conference kat KLCC...dapat sekali smoke detector and pendrive...sampai sekarang masih berjasa lagi pendrive and universal plug tu...lagi canggih door gift conference kat Malaysia daripada Aussie...kehkeh~


Tapi andaikata tak bawak/tertinggal, kat sana banyak je kedai² jual universal plug...tak pun sewa kat hotel macam aku buat masa pi Phuket dulu...duit je la kena labur sikit...kalau nak jimat sila ingatttttt untuk bawak Universal Plug sendiri oke! :)


oke hari nak balik Malaysia tu, kitorang check-out pukul 6am...sebab flight pukul 9.00am...kena ada kat airport at least 2 jam awal kan...? perjalanan dari hotel ke airport dalam sejam jugak...tu kena keluar awal...ngantuk² pun belasah je lah...atas flight boleh tidur...pheww~


ni lah transport kitorang sepanjang duk Gold Coast...i mean transport yang bawak kitorang ulang alik conference, pi Movie World and pi airport...macam bas mini...passenger bukan ramai mana pun....8 orang je...tapi time nak balik airport tu kami bertiga je...flight kitorang tak sama dengan kengkawan bomba yang lain...bazir je transport besar gedabak...


Mahal oke transport kat sana...tak boleh sumbat orang sesuka hati walaupun banyak lagi seat kosong dalam bas....kata lah dalam agreement kita dah bagitau ada 8 kepala je...pastu time kat sana tetibe nak tambah lagi 2 kepala...TAK BOLEH!! dreber takkan terima extra kepala tu! ko kena deal dengan opis dorang balik, pastu bayar extra cas...per head $120 tak silap...tak ingat aku rate dia...dah setel bayaran baru ko boleh naik transport dorang...gitu sekali....nasib baik kompeni membayo...huhu~


I mishu bas!! T_T


eh aku pernah cerita kan kat golkos pukul 4.30am matahari dah naik...sebab tu nampak panas terikkk je walaupun masa ni baru pukul 6am!! :)


Salah seorang driver kitorang sepanjang duk Gold Coast...Mr. Frank...umur dia 70 tahun...percaya tak??? aku pun susah nak percaya...hahaha~   dia layan kitorang macam cucu² dia je....dah la rajin bercerita...  enjoy je naik bas dengan dia...  :)


Sampai je airport terus check-in luggage, terus masuk kastam, tunggu kat boarding gate terus...malas nak round² airport sangat...kang tersesat ke ada masalah kat kastam ke kang tak pasal bertambah lambat...pengalaman kat Heathrow dulu memang buat aku trauma pasal timing nak masuk boarding gate...haihhh~


Alhamdulillah urusan kitorang dipermudahkan...takde pun sangkut² kat kastam...maybe tak ramai orang masa kitorang lalu so dorang check pun gitu² je...hihi~


dalam kawasan boarding gate baru ada kaunter untuk claim tax...Tourist Refund Scheme namo eh...tapi kitorang tak dapat claim apa² sebab segala barang dah sumbat dalam check-in luggage...hand carry cuma lah handbag and kotak corelle kawan aku je...haha~


ouh untuk claim tax korang memang kena tunjuk kat staff bertugas barang yang korang beli berserta resit....kalau takat tunjuk resit je tapi takde barang memang tak boleh unless barang korang memang sangat besar yang tak boleh hand carry baru dorang consider untuk accept resit sahaja...tak silap aku kat airport Heathrow ada leniency sikit...dulu aku pi tak tunjuk barang pun staff tu accept je claim aku...tapi dia advice next time kena tunjuk barang...hihi~


Takpe lah...anggap je lah takde rejeki kitorang masa tu... :)


Masa menunggu kat boarding gate kengkawan bomba wassap gambar ni...dorang sempat lagi mandi laut pagi tu...amboi sangat! cantikkkkk laut waktu pagiiii....mishu too laut surfers paradise! ♥♥


dah masuk flight...time ni memang tak sabar gila nak sampai rumah!! tak sabar nak kish kish my hunny bun!! nak sambung gaduh dengan pakwe...wuwuwu~  T__T


naik Air Asia X...tapi takde skrin untuk tengok movie okeh!! boring giler! sepanjang 8 jam perjalanan tu samada ko mentido, membaca, main game or melanguk termenung masa depan...hahaha~  aku prefer mentido...mata ni pedihhhh sangat...


babai golkos...babai surfers paradise...babai sweet memories! ada rejeki insyaAllah jumpa lagi...ai is tunggu sponsor lagi...muahaha~  :p


atas flight order the femes Nasi Lemak Pak Nasser...dapat jugak makan nasi lemak...idak ler kebulur sangat kann...yelah pepagi buta tu mana pulak nak cari makanan area Gold Coast...kedai pun tak bukak lagi...kat airport pulak tak tahu mana halal food...huhu~


indah sungguh ciptaan Ilahi...Subhanallah....perut dah kenyang jom lah mentido... :p


Dalam pukul 3.30pm (waktu Malaysia) gitu sampai KLIA 2...lepas setel collect luggage sume, sangkut kat kastam pulakkk...adoyaiii~  T__T


boleh pulak kawan aku kena tahan sebab Corelle dia tuuu...staff tu cakap walaupun beli 1 tetapppp kena tax...ohoiii sukati je! kat Langkawi tak kena tax pun! eh! kan?? hahaha~  adoyaii...melayang RM50...memula dia mintak RM80...kawan aku cakap la takde duit...kitorang mana bawak duit Malaysia...beli makanan atas flight pun pakai duit AUD kotttt...hehh~   last² dia mintak RM50 je...dia bagi resit sekali...hurmm~


Aku rasa kalau korang nak beli Corelle ke apa² yang branded² tu better letak dalam kotak atau luggage...jangan ketara sangat barang korang tu...pastu masa kat kastam toksah la lurus bendul sangat pi scan luggage korang...jalannnn je!! masa kat LCCT takde pun nak scan² bagai kan?? apesal KLIA 2 ada beza lak kan?? giteww~   tapi kalau dorang panggil suruh scan ko scan je lahhh...aku rasa benda ni nasib² je kot...hari tu nasib kitorang memang tak berapa baik agaknya...huhu~


oke tu je lah coretan aku sepanjang duk golkos...pasni entry holiday tempat lain pulak...lama dah terperam gambar dalam fon....hikss~


kbye! (^^,)


**********************************************************************************************


IKLAN:




CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!


jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! ♥ ♥ ♥







p/s: oi mcd! aku dah babai golkos dah ni....cepat la update blog ko! hahahaha~

 Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015