Showing posts with label Zoo. Show all posts
Showing posts with label Zoo. Show all posts

Nov 25, 2016

Mini Zoo @KL Tower

Assalamualaikum...


Pernah terfikir tak kat tetengah KL yang sesak, penuh bangunan tinggi² tu, ada ZOO??! tengah bandar tu wehhh...haha~   aku memang tahu dalam KL Tower ada zoo...sebab pernah pi tapi tak jadi masuk atas alasan tah pape...aku ada cerita dalam entry SINI 👈klik....sebabkan entry tu jugak management KL Tower contact aku untuk redeem balik entrance masuk zoo...tapi sampai sekarang, which is 5 tahun kemudian, tak redeem² pun!! takde masa lah nak pi sana....


Sampai lahhh weekend baru ni....2 minggu lepas gitu....abang Ben Ashaari ajak geng KBBA buat lawatan ke KL Tower mini zoo ni...teruja lah nak join...dah kata dulu tak dapat masuk kannnn....lepas 'insiden' tu aku emo siap nak boikot KL Tower...elehh bukan dorang rugi pun aku boikot...kahkah~  tup tup ada pulak orang belanja masuk zoo...kalau aku tolak, aku lah rugi kan?lol~ 😏


Pada hari kejadian, pukul 9am dah terpacak depan mini Zoo...nama je mini zoo, tapi aku rasa macam besar je....ada banyak binatang yang dipamerkan dalam zoo ni...mungkin berjalan sambil dukung anak tu yang rasa besar...atau simptom penuaan, cepat mengah 😝


kawasan pertama, ada burung² and haiwan kecik²...aku terkejut sebenarnya tiba² je staff situ letak burung atas bahu aku...oii geli!! mujur tak melompat! haha sabar je lahh


yaa bestnya mini zoo ni korang diberi peluang untuk pegang sendiri haiwan² yang ada...nak bagi makan pun boleh....ada staff bertugas akan bagi korang makanan untuk diberi pada haiwan....


percubaan Zafirah bagi makan kat....err apa tah nama haiwan ni...macam monyet tapi kecik nau....cute! elok lepas bagi makan monyet dia nangis....ehh dah kenapa??? 😑


Black-tail Prairie Dog...banyak di kawasan Amerika Utara...jangka hayat cuma 1-4 tahun sahaja


baby kangaroo!!! takyah susah² pi Australia...kat KL pun ado kangaroo😁


Asiatic Reticulated Python....senang cite ULAR lah! banyak jugak jenis² ular yang dipamerkan dalam KL Tower mini zoo...geli geleman...ular jenis ni banyak di kawasan Barat Daya Asia...jangka hayatnya 25-30 tahun..😱


Falabella Horse dan Emu....Falabella Horse banyak terdapat di Argentina...jangka hayatnya 25-30 tahun...Emu pula banyak terdapat di Australia...janga hayatnya hanya 19 tahun jika di hutan dan boleh cecah 40 tahun jika dalam kurungan...wahh duk zoo je lah gitu cik Emu...lama sikit awak hidup...ngee~


Boleh juga nak bagi makan bayam kat Emu...tapi masa ni Emu tengah emo kot....puas staff tu panggil nak bagi makan dia lari² pi tempat lain....haishh


Next, kita pi kawasan burung²


Kitorang angkut sekali dak Zuyyin, sepupu Zafirah....dorang ni rapat...eh syukur bawak sekali dak Zuyyin ni....seronok tengok dia cuba bagi haiwan² makan walaupun masa memula masuk dia takut² jugak...tapi lepas tengok orang lain relek je pegang², dia pun jadi berani...good job Zuyyin! dak Zafirah tu toksah cakap laaaa....penakut! stress aku tengok dia asyik nak menyorok belakang kitorang pastu kejap² nangis....ikut siapa tah penakut?? *lariiiii*


see...relek je Zuyyin bagi makan burung...


aku perasan burung² dalam ni suka gigit topi...sebab masa ni ada 2 orang pakai topi termasuk dak encem...kemain leka burung² tu gigit² topi....so hati² lah ye korang yang suka pakai topi tu...hehe


ihsan kamera bang Ben


FYI, nama burung....maaf lah gambar blur...tangan lenguh dukung Zafran lama sangat....bahaha~


NEXT!


ni nama dia Alpaca...rupa macam Llama...tapi bukan! ALPACA ye...ada 2 ekor...sekor nama Milky, sekor lagi nama Chocky...ke Chocolate?? hahaha tak ingat! ampun🙏


Aku pun taknak lepaskan peluang bagi Milky makan...gelojoh tau! hahaha~  Zafirah macam biasa...penakut...Zuyyin je oke...banyak kali pulak dia nak bagi makan....huhu
Longkang Fishing!! (ihsan gambar kak Ninamirza)...tapi masa ni ikan² semua menyorok....sian bebudak tu duk main cedok air je...ikan nan hado....huhuhu
Next, kawasan arnab dan kura²....gift shop pun ada kat bahagian ni...kot lah nak rehat minum² jap...

ni je lah satu²nya haiwan yang Zafirah berani bagi makan....mementang 'kawan' tu jalan slow berani lah dia...senang nak lari...hahahahaha


Kitorang lepak agak lama kat kawasan ni...Zuyyin tu kejap² nak bagi turtle and arnab makan....suka pulak dia tengok 'kawan' tu makan...hahaha   bagi la puas² nakkk....bukan selalu kita nak datang sini....


Lastly, tengok monyet albino, raccoon and apa tah lagi sekor ada kat sini 😝


2 ekor raccoon sedang bermalasan atas pokok tu...takde pagar pun kat pokok ni...kiranya kalau tetibe raccoon tu melompat atas kepala kau, kejung lah kau kat situ ketakutan! hahaha~  tak tak...ada staff jaga kawasan ni so don't worry bebeh! 😁


yeyy dah habis round zoo!! dalam tengah hari dah habis round....walaupun cuaca panas terik (sebab dah tengah hari), tapi dalam kawasan zoo tak kena pun matahari...sebab kawasan zoo ni dalam hutan tau...kiri kanan hutan...best feeling evahh!


Overall aku puas hati pi sini....RECOMMENDED untuk korang yang ada anak kecik....siapa sangka kan, tetengah bandar KL ada kawasan hutan yang masih terpelihara macam ni....good to know....


Terima kasih KL Tower for having us! #teamblogger


FYI


Cuti sekolah nak dekat dah ni...jomsss!



Maklumat lanjut: 




Terima kasih sudi membaca! 

Aug 31, 2015

Lawatan Blogger Ke Zoo Negara

Assalamualaikum...


Weekend lepas kami berpeluang ikuti lawatan Kelab Blogger Ben Ashaari ke zoo negara...kitorang sampai zoo dalam pukul 9am gitu....bekpes mekdi je on the way pi zoo...makan dalam kereta...nak cepat kekdahnya...kang tertinggal train rugi woo....hekhek


Seramai 50 ahli Kelab Blogger Ben Ashaari join lawatan ni...tu belum campur pasangan dan anak-anak...meriah giler! cuba cari aku kat mana?? :p 


Sebab ramai sangat, so pihak zoo divide kitorang into 2 groups...senang nak control gitu...hihi


Dalam pukul 9.30am gitu kot baru pihak zoo bawak kitorang masuk dan bermula lah sesi lawatan paling best!


memula kitorang dibawa masuk taman rama-rama....awal-awal tu zafirah macam takut²....dia ingat rama-rama tu nak gigit dia...lepas dah explain rama-rama tu baikkk, cantikkkk, pastu aku nyanyi lagu rama-rama   "♪♫ dari ulat jadi kepompong, ia hidup dalam kelongsong....♫♪"


kemonnn...semua orang tau kot lagu tu kan?? HIT masa zaman kekecik dulu...hahaha  dah dengar aku nyanyi lagu tu baru dia paham rama-rama tu apa...huhu


then round² kawasan zoo tengok haiwan²...kali ni Zafirah more teruja tengok haiwan² dalam zoo...tak macam masa pi zoo Melaka 2 tahun lepas...banyak takut dari seronok...mungkin jugak sebab dia kecik lagi time tu, dia tak faham keseronokan melihat haiwan²...giteww~  hihi~


then dapat tengok show...tak silap show ni setiap hari ada...pukul 11am kot... kagum giler tengok macam mana dorang train haiwan-haiwan tu jadi bijak pandai mendengar arahan...pheww~


kami yang khusyuk menonton...hahaha   Zafirah beria bersorak jerit², tepuk tangan...suara dia kot paling kuat bersorak   :p


family blogger...aww!


bergambar pulak dengan bear panda...aloo sian anak Moon terselit belakang tuuu..aunty tak perasan lah awak...sowie...huhu 



 merasa jugak naik tramp ni round setengah zoo...ye SETENGAH zoo je dia jalan...nampak tak betapa luasnya kawasan zoo ni??? pffttt


next stop muzium lebah...time ni after lunch...muzium lebah ni bebetul sebelah restoren...kat sini kita boleh mintak sample madu fresh daripada sarang...rasa dia masam-masam manis...memang pure gilerrr... :)




next tengok monyet pulak


:p 


Acara yang ditunggu-tunggu...!! muzium PANDA!!! wohoa! RM20 ye per sesssion..setiap session dorang peruntukan 20 minit sahaja...fair la kan...ramai kot orang nak masuk tengok panda...aku suggest kalau korang nak tengok panda better datang pukul 2.30-2.45pm gitu...sebab tu feeding time dia...kalau time lain takut panda tidur....rugi je bayar tapi tak dapat tengok panda...paham?  :) 


"baikkkk cikguu!!!"   :p


FYI


tu diaaaaa encik panda yang ensemmm!! encik Fu Wa...bini eh namo Feng Yi...alolo monyok pulak...sunyi ehh binik takde?? bahaha~   bini dia kat sepital dengan anak yang baru lahir...kena kuarantin atau orang melayu panggil 'berpantang'....kehkeh cute je panda! rasa nak peluk-peluk... ^_^


Kebetulan hari tu birthday Fu Wa....staff-staff busy siapkan besday kek bagai...kelass panda ado besday kek okeh! pfftt!  ouh jangan risau, sambutan birthday panda tidak memakan kos berjuta² ringgit pun...simple and fun to watch....hihi~


seronok tengok panda makan kek besday...hahaha  nampak tak betapa simple nya kek besday dia???  :p


gitu je pun hiasan untuk birthday party Fu Wa...kek birthday lak guna ais batu yang diwarnakan oren gitu...rakus betul Fu Wa makan....nasib baik comel  :p


ouh bila masuk dalam muzium panda kita kena DIAM! tak boleh buat bising...henpon kena silent! and tak boleh guna FLASH! dikhuatiri menakutkan the Giant Panda...nama je giant panda...tapi jiwa dia gebu....kuikui  dalam muzium ni pulak ada ekon...sejuk, nyaman je....maybe untuk sama kan suhu kat habitat asal panda which is China... :)


dari pagi berzikir nak tengok panda...bila dah dapat tengok, terus tewas tak dapat tahan mata dah...mimpi panda yang cute² ye nakk! :p


wajah kepuasan dapat tengok panda...hehe


Antara ahli KBBA yang sempat selfie bersama...eh ramai oke nak selfie dengan 50 orang! pfftt! :p


kami pun puas hati dapat tengok Giant Panda! celebrate birthday sama²....aww!


Thank you buat semua penaja yang menjayakan Bloggers Day Kelab Blogger Ben Ashaari di Zoo Negara!! Zoo Negara Malaysia, Cosmoderm dan Food Panda ....


Lain kali invite lagi ehh!  v(^_^)"


Korang apa tunggu lagi?? jom lah terjah Zoo Negara jugak!! kompem tak menyesal! boleh beli tiket thru online je...visit http://www.zoonegaramalaysia.my/


Enjoice! (^_^)






Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015