Artikel c&p x ingat dari mana...
1. Jaga
pemakanan semasa mengandung. Amalkan makanan sunnah seperti kurma, madu dan
habbatussauda’.
2. Berkomunikasi
dengan penuh emosi dan makna. Lebihkan kata-kata adjektif dan positif. Bercakap
dengan nada yang agak tinggi. Contohnya: “Soleh boy, mashaAllah!” sambil ketawa
dan berinteraksi. Bahagian otak yang memproses maklumat ucapan dan mengeluarkan
perkataan sangat memerlukan input ini.
3. Bermain
permainan yang banyak menggunakan tangan. Bayi sangat mudah memberi rangsangan.
4. Beri
perhatian semasa bayi kita menunjukkan sesuatu. Penting untuk mereka mengetahui
bahawa kita memberi perhatian.
5. Tanamkan
minat kepada buku sejak bayi. Tunjukkan buku-buku bergambar dan tulisannya.
Sebut dan tunjukkan. Bayi belajar bahasa dengan cepat melalui cara ini.
Tanamkan minat pada Al-Quran pada usia awal.
6. Jadikan
masa mandi atau menukar pampers sebagai masa sentuhan emas. Urut perut dan
rambut. Ini akan meningkatkan kemampuan otaknya.
Jarak yang sesuai adalah 30-40 cm daripada bayi supaya mereka dapat mendengar
suara kita. Ini bakal mempengaruhi mereka. Anak-anak kurang sentuhan memberi
kesan negatif kepada otaknya.
7. Pilih
aktiviti dan permainan yang membuat anak-anak berfikir. Contohnya aktiviti
menyusun blok. Saiz yang besar dan kecil membuat mereka bereksplorasi dan
bertanya semasa mereka bermain.
8. Respon
apabila mereka menangis. Peluk dan pujuk memberi mereka rasa selamat dari segi
emosi. Ini memberi kesan positif kepada otak. Baca ayat-ayat suci Al-Quran
supaya tenang jiwa mereka.
9. Bina
kepercayaan dan perhatian kepada anak-anak. Bila mereka bermain, bercakap atau
suka tentang sesuatu, beri perhatian.
10. Jadikan rumah zon positif. Bercakap,
berkelakuan dan beraktiviti positif sahaja.
11. Meminta
bantuan anak-anak dalam kerja-kerja rumah. Mereka belajar menyusun,
mengkategorikan sesuatu dan lain-lain. Ini penting semasa bereka belajar
menyiasat alam. Mereka juga membina softskill.
12. Ruang
kondusif dan selamat untuk anak-anak beraktiviti. Merangkak, berjalan, memanjat
dan sebagainya. Ini supaya mereka belajar mapping ruang mereka dan mereka tahu
di mana tempat boleh panjat, duduk dan sebagainya.
13. Nyanyian
yang mempunyai isi kandungan yang baik. Gerakan jari, badan dan kaki baik untuk
motor skill mereka. Zikir dan selawat juga amat baik sekali. Al-Quran dimainkan
sepanjang masa juga mempengaruhi otak dan kelakuan mereka.
14. Bawa
mereka bersama kawan-kawan sebaya supaya mereka boleh bersosial dan
berinteraksi secara positif untuk membina keyakinan diri.
15. Waktu
makan dan tidur yang positif. Mulakan doa, sebutkan nama makanan dengan kuat.
Ceritakan kebaikannya. Ceritakan kisah yang baik sebelum tidur.
16. Konsisten
secara positif dalam memberi respon kepada kelakuan anak-anak.
17. Disiplinkan
anak secara positif. Gunakan bahasa positif, ganjaran sosial dan sebagainya.
18. Ajar
anak empathy dengan situasi seseorang atau peristiwa. Emosi skill akan
menghubungkan sel-sel otak. Contohnya boleh bawa mereka ke rumah anak-anak
yatim. Ceritakan tentang perasaan tiada ibu bapa dan sebagainya. Ceritakan
tentang kebesaran Allah dalam setiap situasi.
19. Beri
anak-anak peluang bermain dengan benda-benda kotor seperti tanah, pasir dan
sebagainya. Ini akan mengaktifkan sensori skill mereka. Kaitkan dengan Al-Quran
dan hadith semasa bermain. Ini akan meningkatkan ilmu tauhid dan meningkatkan
kemahiran mereka.
20. Ekspreskan memek muka dan bahasa tubuh
kepada anak-anak mengikut kesesuaian situasi. Ini menjadikan anak-anak yang mudah mempamerkan emosi dan
perasaan mereka secara terkawal.
p/s Semoga bermanfaat...sama2 kita praktikkan.
p/s Semoga bermanfaat...sama2 kita praktikkan.
No comments:
Post a Comment