Showing posts with label Merapu. Show all posts
Showing posts with label Merapu. Show all posts

Aug 22, 2017

Raya #Day 19&20, Jamuan Raya Tadika Anak²

Assalamualaikum...


Dalam minggu ni ada jamuan hari raya kat tadika anak² aku. Hari Khamis majlis kat tadika Zafirah, Jumaat kat sekolah adik pulak. Untuk jamuan kat sekolah kaklong aku tak prepare apa² pun. Dah dorang inform last minute. Macam la aku rajin nak memasak pepagi tu. lol~  Nak order kat orang pun dah tak sempat sebab last minute sangat, more, takde idea nak order apa. Last² papa cakap, takyah bagi apa², sebab dorang cakap ikut ikhlas nak bagi apa. Kita ikhlas tak tau nak bagi apa so takyah la bagi.😒


Ramai je parents kirim makanan. Banyak sangat dah aku tengok. Macam la bebudak tu makan banyak sangat kan. kihkih~ *sedapkan hati sendiri*


Maka pada hari kejadian, eksaited lah anak dara tu bangun awal, sebab nak pakai baju raya pi sekolah.😏


 alolo omey sangat anak dara mama niii. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye dak?😘


Aku tak tahu apa aktiviti dorang kat sekolah. Teacher just wassap gambar je. cekidaut! 👇


 Rajin nau teacher menyusun bebudak ni untuk bergambar. Dorang pun elok je layan. amboi sangat kan😏


 Besfren Zafirah, Aisya😍


Esoknya tu, hari Jumaat turn jamuan sekolah Zafran pulak. Haa untuk sekolah Zafran sempat la aku order sandwich kat kak Earna. Aku biasa order makanan dengan kak Earna. Servis terbaik woo. Kali ni aku cuma order sandwich, egg mayo and tuna. Order dua kotak. 1 kotak ada 25 pcs gitu.


Yang tuna tu untuk aku sebenarnya. Nak bawak pi opis untuk breakfast. bahaha~  Egg mayo tu je aku bagi sekolah Zafran. Tu ada balance sikit egg mayo dalam bekas aku tu sebab tak muat dah kak Earna susun dalam pinggan. So rezeki aku lah merasa jugak egg mayo sikit. hihi~  Sandwich banyak² ni idak la aku makan sorang. Share² dengan opismet sikit sorang. Sekali sekala berkongsi rezeki dengan orang lain syok jugak tau. Sama² kenyang😁


Macam biasa aku mintak teacher wassap gambar² Zafran. Tapiiiii tau apa teacher cakap??


"Zafran takde mood la kak hari ni. Dia asyik nangis je, nak berdukung. Gambar dia semua takde yang senyum."


hurmm anak nombor 2 kan. Perangai memang lain machiam sikit. Aku suspect dia mengantuk tu cranky. Tapi teacher bagi jugak la gambar apa yang dia sempat snap. huhu~


alala anak oii. Baju dah hensem, mujur mama tak sarung sampin and kopiah bagai. Kemain masam muka dah kenapa?


oke kawan² lain pun serius jugak. Teacher je senyum 😝


Menangis mintak dukung la tu😒


why so serious??😑


Teacher dukung baru senyum. Mata berkaca sebab baru lepas nangis 😒


Anyway, terima kasih banyak² teacher melayan karenah anak² saya dan sudi snap gambar anak saya banyak² walaupun dia tak senyum. hahaha


k tu je nak cerita. tata~




Terima kasih sudi membaca!

Jul 26, 2017

Raya #Day5 & #Day6, Santai² je

Assalamualaikum...


ye saya tau raya dah habis. Masih reti lagi tengok kalender ni haa. Musim raya saya sibuk tau. Sibuk beraya ✌


So, alkisahnya raya hari ke-5 dan ke-6 tak banyak cerita. Kasi lump sum 1 entry. Raya ke-5 duk rumah je. Takde plan nak pi memana. Nak beraya rumah kengkawan ramai duk kampung lagi. Semua orang kampung jauh². Mostly kampung mertua dorang lah yang jauh sebab kawan² aku ramai asal Selangor jugak. Aku je stuck dalam Bangi. Dah siapa suruh kahwin dengan orang Bangi jugak kan. Mereput lah kau dalam Bangi sampai tua.


 Since takde pi mana, ku settle kan laundry. Keringkan kat dobi sebab malas nak menjemur. Basuh banyak², pastu keringkan guna mesin paling besar dalam 14kg kot. Lepas kering terus boleh lipas masuk almari. Setel.


 budak ni rajin follow orang solat. Tapi dia suka duk depan orang pastu tertonggeng². Buat orang nak gelak je tau! haha


Lepas Maghrib ajak papa pi Berkat Madinah kat Sg Chua sana. Aku teringin nak makan Knafeh. Kalau korang tak tahu Knafeh tu apa boleh gugel. Sejenis manisan dari Arab tu. Tah kenapa aku teringin sangat nak makan. Padahal tak pernah makan pun selama ni. Terpengaruh tengok orang share kat FB. Time peknen pun tak pernah ngidam gini. haihh


 Sekali dah sampai orang tu cakap dah habisssss!!! huwaa kecewa nyaaa. Putus cinta pun tak kecewa macam ni lahh. T_T


Keesokan hari, raya hari ke-6, ayah ajak pi rumah sepupu dia kat Saujana Impian, Kajang. Lepas Zuhur kitorang keluar rumah. Tapi ayah punya lepas Zuhur tu dalam pukul 3pm gitu 🙄


Sampai rumah cik Ida, tengok ada adik beradik ayah yang lain jugak datang. Rezeki dapat jumpa sebab raya pertama hari tu tak jumpa dorang.


Kalau pi rumah chef wan ni dah kena kecam tau. 😝  eh anak aku tak kacau orang pun. Dia buat hal dia je kat sofa tu. huhu~


 my beutipul makciks. Aku nampak gems pulak pakai baju tu 🤔


Lepas pi rumah cik Ida kitorang balik. Malam tu pulak beraya rumah blogger kak LM. First time pi rumah kak LM. Tapi kak LM pernah je datang rumah aku. haha~


 kak LM tengah pantang lagi, so asben dia masakkan mee goreng. Padahal dah pesan awal takyah hidang apa². Hidang air masak pun oke sebab kitorang dah kenyang makan kat rumah. Tapi sedap jugak asben kak LM masak. Tu Zafran tu asalnya dia tidur. Lepas tu dia terjaga sebab bising agaknya dengar orang berborak. Dia bangun je aku suap mee. Banyak dia makan, bertambah². Dalam kenyang tu licin jugak kitorang makan. lol 😁


pipi tuuuu dah tembun!! 😱


Thank you for having us kak! Kemain panjang borak tak sedar jam dah pukul 11pm. Tu pun si Azfar dah hint² ajak balik. kahkah~  orang perempuan kalau dah start borak memang susah nak cari noktah! Jangan serik ye kak. 😂


k tu je nak cerita. tata!





Terima kasih sudi membaca!

Jun 30, 2016

Suntikan Dos B dan Cuti Raya...yahoo!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah rezeki hari Khamis...bos bagi suntikan dos B aka BONUS!!! yeahooo!!!


Bukan tu aje...siap pakej cuti free Jumaat depan 8 haribulan tuuu...wowweeee!!!



yaaa aku boleh geng dengan orang kerja gomen yang sama² dapat pelepasan bertugas *gituu* untuk Jumaat depan 8 haribulan...Isnin, Selasa kerja macam biasa...tapi aku dah apply cuti untuk hari Selasa sampai lah Isnin minggu lagi satu tu....sebab anak² aku cuti tarikh tu....kena la makpak nya cuti jugak...boleh bersantai² kat rumah...kehkeh~


Lagipun tahun ni giliran beraya kampung mertua....eh kena gilir²....aman dunia akhirat...haha~  takde jauh mana pun kampung mertua tu...nenek asben duk Melaka je...aku tak ingat nama kampung dia apa...kahkah~  dah 5 tahun kahwin pun tetap tak ingat nama kampung Melaka tu....aku ingat kampung belah ayah dia je kat Senawang...dokek² jo kampung haa....tapi cuti lama² macam orang kampung nunn jauh kat utara or hujung Selatan nunn....hihi



Muchas gracias mr bos kerana memahami keterujaan staff² nak beraya, nak shopping raya, nak bagi duit raya....hikss~


Korang balik mana raya nanti?? hati² bawak kereta k! toksah la berlumba² sangat....tak lari pun kampung tu...aku jamin!😝


Selamat bercuti raya korang!😘








IKLAN:

Rahsia suami makin sayang 😁

kulit berseri BEBAS JERAWAT! 😍

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM, RM68

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ~
💕 Pudarkan jeragat degil
💕 Kecutkan jerawat
💕 Hilangkan parut
💕 Anjalkan & tegangkan kulit wajah kendur
💕 Hilangkan bintik hitam
💕 Cerahkan kulit kusam
💕 Baiki tona tak sekata

🤔 Hanya sekali sapuan pada wajah ~> nampak terus kesan kulit jadi tegang & fresh + GLOWING!! .
🤔 CEPAT MERESAP + TIDAK BERMINYAK dengan teknologi Nano yang dipatentkan dari Swiss
🤔 Gabungan Arbutin + Glutathione + Vitamin C + Pure Vitamin E + Willowbark yang sememangnya memberi kuasa maksimum pencerahan kulit secara selamat dan berkesan seawal 7-14 hari.



READY STOCK YE KORANG!

More, ada FREE GIFT menarik sementara stok masih ada! 😘





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015