Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

May 10, 2019

Tebal Muka Minta Cuti Demi Jaga Anak

Assalamualaikum...



Dalam entry sebelum ni aku tulis pasal adik baby warded untuk kali ke-4. Paling lama pulak tu, sampai 11 hari. Sejak baby dalam wad lagi aku dah discuss panjang dengan tok laki nak cuti jaga dia sakit. Taknak dah hantar pi rumah BS. Tak sanggup dah tengok anak keluar masuk wad tiap bulan. PENAT! Penat otak, penat emosi, penat fizikal. Semua penat! Kalau anak baru sorang steady lagi nak hadap. Anak aku dah TIGA! Kaklong dengan bang ngah pun perlukan mama papa dia jugak. Mana nak hantar dorang pergi sekolah, siapkan beg baju, check homework lagi eh macam² lah nak kena buat. T__T


Aku tak cakap la nak berhenti kerja. Tak mampu lagi nak berhenti. Komitmen banyak oi. Walaupun PTPTN aku dah habis bayar, tapi duit kereta, insuran tiap bulan, yuran tadika anak lagi, shopping lagi. Nak harap gaji laki berapa lah sangat. Dia mampu beli rumah je. ehh!🙄


Spontan je aku tulis surat gini bagi kat bos. Bos aku duk Singapore. Ada sekali tu dia datang KL sebab ada site visit, so dia masuk ofis dulu discuss dengan aku pasal isu aku ni lah. Guess what dia cakap apa??


"I bagi u cuti 3 bulan. Starting March. So June baru u masuk kerja balik. U listkan semua projek² yang u handle, kita try distribute to other staff."


Nak nangis oke dengar bos cakap gitu. Kalau company lain ni confirm dah kena halau, dah kena berhenti paksarela. T__T    Memang aku selalu doa semoga Tuhan murahkan rezeki bos aku sekeluarga. Susahhh jumpa bos memahami, tapi orang macam ni memang wujud sebenarnya. 1 in a million je lah kot? Rezeki aku walaupun diduga anak sakit, tapi dalam masa sama Allah bagi bos baik hati. Alhamdulillah. Nikmat tuhan mana lagi yang hendak kau dustakan?


Aku memang terus terang je dengan bos, aku tak mampu nak berhenti kerja lagi. Nak unpaid leave pun tak mampu lah sampai 3 bulan. Takat sebulan tu mampu lagi. Aku perlukan duit untuk bayar komitmen aku tiap bulan. So bos cakap nanti dia try fikir jalan lain, at least aku boleh bayar komitmen² aku. Sebab not fair untuk staff lain and dari segi disiplin pun mana boleh cuti tapi ada gaji. Aku faham situasi di pihak bos. Yelahh buatnya semua orang pun sibuk nak work from home, pengsan la bos aku. Yang ada anak nak request gitu aku faham lagi. Yang bujang pun sibuk nak work from home dah kenapa?? 🤔


Actually, dalam memo je tulis orang lain kena tolong aku buat kerja. HAKIKAT nya, aku buat semua kerja² aku. Kalau ada meeting pun aku attend macam biasa. Report, proposal, semua lah aku buat sendiri. Tapi kat rumah. Takde pun aku suruh officemate lain buatkan kerja aku.


Jaga baby tak mudah ye wakk. Baby sangat clingy. Tunggu dia tidur baru aku boleh buat kerja² aku. Kadang lepas subuh terus buat kerja, sebelum baby bangun. Malam & weekend pun buat kerja lagi. Kerja aku ada dateline. So bila aku ada masa je terus buat kerja. Memang tak boleh releks sangat. Sebab bila baby bangun tidur je memang kena hadap dia je. Tengok fon dia bising kayyy! 😒


Masuk hari ni dah almost 3 bulan aku cuti. Alhamdulillah progress adik baby memang baik baik je. Ada je dia demam, selsema and batuk on-off. Tapi masih terkawal. Sebab bila dia sakit je aku terus bagi pam ventolin. Kalau nampak teruk sangat kahak dia, terus bawak pergi klinik amek neb. Setiap hari aku sapu EO Dorado Azul kat dada, belakang and kaki, diffuse EO thieves hari², kadang RC & Peppermint. Yaa aku pengguna produk Young Living, tapi bukan ahli!! kahkah~


Kat bilik tidur memang on air filter 24 jam! Diffuser letak kat tingkat bawah, kat hall. Tu yang jadi terkawal agaknya. Aku cuba ikhtiar sebanyak boleh. Tak mengharapkan ubat doktor semata. Ilmu Allah ni luas wakkk, bukan yang ada dalam buku medik je baru nak iktiraf ilmu.


Since umur baby pun dah setahun, doktor nutrisi suggest amek probiotik. Hari tu ada pergi farmasi Caring kat IOI City Mall, tapi takde pulak jenis yang doktor tu suggest. Nanti try cari farmasi lain. Buat masa ni aku tukar susu dia. Sebelum ni minum S26. Now Nankids. Sebab ada probiotik dalam susu tu. hihi~  Kita cuba je lahh kan. Adik pun elok je tukar susu.😁


Kenapa aku cerita semua ni?? Sebab aku taknak lagi orang pm/dm aku promote produk korang. Water filter, air filter, diffuser semua aku ada dahhh. Supplement pun aku berani amek yang doktor suggest je. Supplement yang aku tak familiar aku takkan bagi anak² aku kayy. Tak kisah la dia kata produk islamik sekali pun. Tak konfiden aku. Penunggang agama bersepah akhir zaman ni. Better paranoid than sorry.


K sekian bebelan malam minggu. Terima kasih sudi baca sampai habis. haha~ Doakan bisnes SoBella and brownies aku asyukkk boleh la nak berhenti kerja jaga anak kat rumah. 😘





Terima kasih sudi membaca!

Sep 28, 2017

Pengalaman Kena Kerja Malam

Assalamualaikum...



Alkisah bulan Mei lepas. kahkah~  Kemain jauh throwback 😝


Company yang aku kerja sekarang merupakan salah satu consultant dalam pembinaan MRT Line 1. Sebelum dibuka to public, akan ada inspection ke setiap setesen. Company aku handle stesen² underground sahaja. Stesen elevated consultant lain handle. Lepas dah setel inspection semua stesen, akan ada satu hari untuk inspect tunnel pulak. Underground tunnel.


Untuk inspect underground tunnel ni MESTI buat tengah malam. Waktu train tak beroperasi iaitu dari pukul 12am - 4am. Masa ni train memang dah mula beroperasi setiap hari untuk make sure perjalanan smooth sebelum dibuka to public. Jadi kami kena la ikut schedule train. Banyak sangat pihak yang terlibat. Tak boleh main langgar je walaupun kita ada surat dari authority (bomba) bagai.


Jadi, manager aku ajak je semua engineer untuk join inspection ni. Saja amek pengalaman. Bukan senang wei kau nak masuk dalam tunnel keretapi. Tapi manager aku tak paksa kitorang join. Tambah yang dah ada anak kecik. Dia taknak nanti menyusahkan nak tinggal² anak. So dia just ajak je, siapa² free boleh datang. Inspection start dari pukul 12am


Peluang dah ada depan mata, harus lah nak join. Apa guna ada suami kalau tak boleh tolong jaga anak kan? hahaha~  Bukan selalu pun aku kena kerja malam. Ni baru kali kedua aku kena kerja malam. Tapi sebelum ni aku outstation sampai 2-3 hari. Masa inspection Bukit Berapit Tunnel dulu. Alahh takat tinggal 2-3 jam apa lahh sangat. 😏


 Sebelum pukul 12am dah terpacak depan site. Kat Jalan Cochrane sana. Tepi roundabout besar nak ke IKEA tu. Ada satu escape staircase tepi tu. Aku datang dengan opismet aku. Dia duk Kajang, so aku suruh dia park kereta kat rumah aku, kitorang carpool je. Sebenarnya seram jugak nak drive sorang² tetengah malam tu. haha~


Sebelum mula, ada briefing bagai among consultants and bomba. Ada 3 orang pegawai yang datang malam tu. Siap dorang sediakan mee goreng. Aku tak lapar pun malam tu, yelahh tengah malam lapar amende. Mengantuk ada lahh. Tapi sebab menunggu lama sangat, ku makan la jugak mee goreng tu. Mujur sedap😁


Then kena tunggu pihak lain discharge electricity kat railway tu. Yang aku faham train MRT ni guna letrik untuk bergerak. Kat landasan dia tu dorang akan on power yang agak tinggi voltan nya. So sebelum beramai² masuk dalam tunnel, kena la matikan dulu letrik kat landasan dia tu.


 Siapa dah naik MRT mesti familiar tunnel ni kan? aku dah ada pengalaman berjalan tetengah tu. hihi~


 Geng office-mate yang masuk air. Manager dengan bos-bos pun kemain posing dalam tunnel tau. Priceless moment kekdahnya! haha~


 Kejap je inspection. Just nak tengok fan dalam tunnel tu berfungsi dengan baik bila berlaku kebakaran. Tapi kali ni tak pasang api betul² macam kat Bukit Berapit dulu. Sebab dorang takmo nanti dinding tunnel hitam. lol~


Dalam 30 minit dah setel. Bab menunggu tu yang lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa🙄


Habis inspection terus balik. Mengantuk. Mujur esoknya tu hari Sabtu, cuti. Boleh bangun lambat. hihi~


OOTD tetengah tunnel MRT ✌


Boleh baca pengalaman aku bawak anak² naik MRT kat SINI


k tu je nak cerita. tata!



Terima kasih sudi membaca!

Jun 30, 2016

Suntikan Dos B dan Cuti Raya...yahoo!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah rezeki hari Khamis...bos bagi suntikan dos B aka BONUS!!! yeahooo!!!


Bukan tu aje...siap pakej cuti free Jumaat depan 8 haribulan tuuu...wowweeee!!!



yaaa aku boleh geng dengan orang kerja gomen yang sama² dapat pelepasan bertugas *gituu* untuk Jumaat depan 8 haribulan...Isnin, Selasa kerja macam biasa...tapi aku dah apply cuti untuk hari Selasa sampai lah Isnin minggu lagi satu tu....sebab anak² aku cuti tarikh tu....kena la makpak nya cuti jugak...boleh bersantai² kat rumah...kehkeh~


Lagipun tahun ni giliran beraya kampung mertua....eh kena gilir²....aman dunia akhirat...haha~  takde jauh mana pun kampung mertua tu...nenek asben duk Melaka je...aku tak ingat nama kampung dia apa...kahkah~  dah 5 tahun kahwin pun tetap tak ingat nama kampung Melaka tu....aku ingat kampung belah ayah dia je kat Senawang...dokek² jo kampung haa....tapi cuti lama² macam orang kampung nunn jauh kat utara or hujung Selatan nunn....hihi



Muchas gracias mr bos kerana memahami keterujaan staff² nak beraya, nak shopping raya, nak bagi duit raya....hikss~


Korang balik mana raya nanti?? hati² bawak kereta k! toksah la berlumba² sangat....tak lari pun kampung tu...aku jamin!😝


Selamat bercuti raya korang!😘








IKLAN:

Rahsia suami makin sayang 😁

kulit berseri BEBAS JERAWAT! 😍

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM, RM68

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ~
💕 Pudarkan jeragat degil
💕 Kecutkan jerawat
💕 Hilangkan parut
💕 Anjalkan & tegangkan kulit wajah kendur
💕 Hilangkan bintik hitam
💕 Cerahkan kulit kusam
💕 Baiki tona tak sekata

🤔 Hanya sekali sapuan pada wajah ~> nampak terus kesan kulit jadi tegang & fresh + GLOWING!! .
🤔 CEPAT MERESAP + TIDAK BERMINYAK dengan teknologi Nano yang dipatentkan dari Swiss
🤔 Gabungan Arbutin + Glutathione + Vitamin C + Pure Vitamin E + Willowbark yang sememangnya memberi kuasa maksimum pencerahan kulit secara selamat dan berkesan seawal 7-14 hari.



READY STOCK YE KORANG!

More, ada FREE GIFT menarik sementara stok masih ada! 😘





Terima kasih sudi membaca!

Jun 10, 2016

Fenomena Ustaz Syamsul Debat

Assalamualaikum...


Aku rasa dah viral kot video² ceramah ustaz Syamsul Debat...nama Syamsul Debat tu pun dah sangat well-known dikalangan warga media sosial....kan kan?? 


Aku pun salah sorang yang terjebak dengan ceramah² ustaz....fenomena betul ustaz ni....memula tengok orang share video kat facebook....tajuk 'Kerjaya'....tengok 2-3 kali video yang sama pun TAK JEMU oii!! hebat penangan ustaz! haha  dengan loghat nismilan nya....suka dengar...


Then, aku saja search kat Youtube kot ada hamba Allah baik hati upload video² ceramah ustaz yang lain...sebab aku memang selalu lupa + tak sempat nak tengok ceramah dia live di TV Alhijrah....sejak dah ada anak memang boleh kira lah sebulan berapa kali je aku tengok tv...huhu  mujur ada internet, ada youtube and banyak lagi channel² lain yang membolehkan orang yang takde Astro untuk tengok rancangan² yang sama....


and wallaa!!! memang ada pun video² ustaz Syamsul Debat kat Youtube! yeyy! 😁


Ni aku saja share episode Kelebihan Syaban....kalau nak tengok yang lain korang search je Youtube kayyy...


Kelebihan Syaban part 1/3


Kelebihan Syaban part 2/3


Kelebihan Syaban part 3/3


Tak kering gusi kan gelak?? haha  you really made my day lah ustaz!


Tapi dalam lawak² tu banyak point² penting yang diutamakan....korang dengar lah! semoga bermanfaat!👍






IKLAN:

Jom cantik sebelum raya!!


Rahsia suami makin sayang 😁

kulit cerah BEBAS JERAWAT! 😍

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM, RM68

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ~
💕 Pudarkan jeragat degil
💕 Kecutkan jerawat
💕 Hilangkan parut
💕 Anjalkan & tegangkan kulit wajah kendur
💕 Hilangkan bintik hitam
💕 Cerahkan kulit kusam
💕 Baiki tona tak sekata

🤔 Hanya sekali sapuan pada wajah ~> nampak terus kesan kulit jadi tegang & fresh + GLOWING!! .
🤔 CEPAT MERESAP + TIDAK BERMINYAK dengan teknologi Nano yang dipatentkan dari Swiss
🤔 Gabungan Arbutin + Glutathione + Vitamin C + Pure Vitamin E + Willowbark yang sememangnya memberi kuasa maksimum pencerahan kulit secara selamat dan berkesan seawal 7-14 hari.



READY STOCK YE KORANG!

More, ada FREE GIFT menarik sementara stok masih ada! 😘






Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015