Showing posts with label Baby Neidal. Show all posts
Showing posts with label Baby Neidal. Show all posts

Tuesday, August 5, 2014

Happy Eid Mubarak 2014





Happy Eid Mubarak 2014 from Yiyen ( Nureen Aleesya ) & Neidal ( Alzreil Neidal )



p/s : That is Neidal's new haircut & Yiyen's MUA by Mamayiyen ❤


Monday, April 28, 2014

Happy 4th birthday Neidal





Banyak cerita yang saya nak kongsikan bersama pasal kepergian Bapa actually. Tapi belum cukup kuat lagi nak menulis pasal itu.

Apa apa pun, harini birthday Neidal yang ke 4 tahun. Sedih sebab dah tak dapat sambut birthday Neidal dengan atuk dia dah T______T sobss.. Ini ada entry pasal birthday Neidal tahun lalu. Boleh baca -- > DISINI

Happy birthday Neidal sayang. U will always be my little boy. Dah besar nanti, cari pekerjaan yang baik2 supaya dapat buat rumah , beli kereta utk mama ok :)

Sayangggg Neidal.


Saturday, April 12, 2014

Good Morning





Rise & Shine everyone..
Have a great weekend.

Love,
Alzreil Neidal.

Saturday, February 15, 2014

Neidal's OOTD

Harini balik kampung lagi. Bagi emotional support untuk ayah. Keadaan kesihatan ayah masih belum betul2 pulih. Hopefully selepas ujian pemeriksaan invasive ini, dah tau punca.

InsyaAllah..

Baju yang Neidal pakai untuk naik aeroplane. Excited nak naik aeroplane katanya. Dalam 2 bulan, dah 3 kali balik Sabah. Semoga dipermudahkan segalanya.

Amin ya Rabbil Alamin..

Thursday, December 26, 2013

100 DORAEMON secret gadgets Expo!


Salam Khamis semua...

Minggu lepas, weolls jumpa DORAEMON!! Apa tak percaya? hehe..
Uolls pun boleh berjumpa dengan 100 Doraemon ni tau. Mari saya nak tolong uolls mengembara ke masa silam :)



Yang folow instagram & FB, saya dah share serba sedikit pasal ni. Ni actually adalah 100 Doraemon Secret gadgets Expo yang diadakan di KL.

Event Information
Category:            Family Entertainment 
Venue:               Viva Home Expo Hall, Kuala Lumpur 
Duration:           14 December 2013 till 23 March 2014
Organizer:          Animation International (M) Sdn Bhd




Expo ni diadakan selama 100 hari bermula dari 14 Disember hingga 23 Mac 2014. Ini adalah untuk memberi peluang kepada para pencinta Doraemon untuk melihat sendiri gajet2 rahsia Doraemon secara live.




Teruja gila bila dapat ke sini hari tu.Saya dapat tau pasal expo ni dari Radio ERA. Masa tengah memandu 2 hari sebelum ke Expo ni, saya terdengar Dina Nadzir cakap pasal iklan ni, sampai rumah terus google & beli tiket secara online. Jap saya share harga tiket kat sini ok.


Ticket Pricing

100 Doraemon Secret Gadgets Expo
NORMAL PRICE 
Adult
(13 years old and above)
Children
(4-12 years old)
RM 25.00RM 15.00


Tapi kalau beli online, seorang akan kena charge RM3 untuk processing fee Debit card atau Kredit card. takpelah yang penting dapat jumpa Doraemon kan. hehe.. Adik saya yang minat sangat dengan Doraemon ni cakap dia akan datang hujung bulan Januari ni sebab nak tengok Doraemon katanye ^______^




Tak kira tua muda semua tak segan silu bergambar dengan Doraemon haritu. Dah memang minat kan. Apa yang nak dimalukan. Doraemon kan memang menghiburkan. Suka sangat dengan poket ajaib & pintu suka hati dia tu.




Saya dengan Doraemon & teko ajaib dia. hehe..



Ok gambar ni xde dalam instagram atau FB, so uolls orang first tengok gambar ni. Eksklusif bukan. Ada bergambar dengan Giant, Sunyo, mak sunyo & Nobita..


Yiyen dengan Neidal pun suka sangat haritu. Berbaloi bila diorang cuti, mama pun cuti. Boleh bawa mama jalan2 gi mana2 je, Tak kisah yang penting anak anak gembira. 

Alhamdulillah.

p/s: Boleh ke Laman web ni untuk beli ticket secara online ok ----> 100 DORAEMON 

Ok, ni direction nak ke Viva Hone shopping Mall:

Direction to event :






Saturday, December 21, 2013

Bercuti ke PD. A last minute plan.



Salam semua. bagi yang follow Mamayiyen kat Instagram & FB, mesti dah tau kan, Mamayiyen tengah bersedih sebab apa yang dirancangkan tak menjadi T______T

Kami sekeluarga sepatutnya ke Medan 17hb - 20hb Disember lepas, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, flight dibatalkan. dah siap check in uolls.. huwaaaa.. Hotel burn juga. Flight tu saya buat Open ticket tapi rasanya macam malas nak guna tiket tu dah sebab kena charge rm200 seorang one way untuk pertukaran masa flight. Beli tiket baru lagi murah. Tapi kena tunggu sale. lah. Yang ni flight MAS pula tu. sobsss..

So weolls plan nak ke satu tempat ni, after flight ke Medan tak menjadi, tapi atas sebab2 tertentu juga, tak menjadi lagi. Oleh itu, kami cari tempat bercuti yang paling dekat je. Thats why, kat FB saya cakap Plan C. Plan A dibatalkan, Plan B tak dapat, so Plan C.




Port Dickson, ya. PD Yiyen & Neidal loves you!! Sebab ada pasir & taman tema air ^____^
Akhirnya kami bercuti satu malam kat PD.



Ni bergambar masa nak balik dah actually. Masa nak beli2 sourvenir. Oh ye, baju Tshirt kat atas tu harganya RM10 je + RM1 per printed each letter. Murah kan? Uolls kalau nak cari, gi je bahagian tengah yang jual2 tshirt tu depan Pantai Teluk Kemang ok.




Camwhore sementara tunggu Yiyen dengan Neidal mandi manda :) Perasan kat paris konon. hahaha!




Yeehaa.. ada fight dengan Yuna tak? Saja try2 jadi turbanista.hehe..




Yiyen & Neidal lepas mandi :) Nak gi dinner masa ni.




masa sampai kat tepi Pantai Teluk Kemang haritu, ternampak signboard PD Coconut Shake..maka Mamayiyen ni pun shaking! haha! mamayiyen kan peminat tegar Coconut shake :) hehe.. terus suruh Papayiyen gi beli. Minum masa panas2 tepi pantai pula kan.. sedapp sangat.




Ni lepas main pasir di tepian pantai, Yiyen dengan Neidal nak mandi kolam pula. Saya memang purposely book hotel /resort yang ada taman tema. So BW ni jadi pilihan. Sebelum beli, saya tanya Yiyen siap2 samaada dia bersetuju atau tidak saya book kat sini. Mesti tanya dia sebab dia yang nak bergumbira kan. hehe




Ok ni suasana dalam bilik yang saya tempah. RM230 pernight. Ni pun book satu hari sebelum. Kalau awal sebulan, confirm saya dah tempah Avillion PD yang ada kolam dalam resort tu -_____- itu memang dah lama jadi idaman Yiyen untuk bercuti. Sedihhhh.. sebab semua fully booked. tapi nasib baik Yiyen berpuas hati juga dengan Best Western ni. Sebab ada taman tema dalam resort ni & dekat dengan pantai katanyer. Yiyen memang suka sangat dengan pantai. Tak tau kenapa.




Tengok muka Neidal kegembiraan ^_____________^



Yiyen pun sama.. Malam sebelum ke PD, saya bawak diorang cari mainan untuk buat istana pasir ni, Murah je RM10 satu, Beli kat AEON Bukit Rimau. Kat PD jual RM20+ saya tengok haritu.


Sambil diorang main pasir, saya minum Coconut Shake. boleh? hehe



Mendamaikan..


Tiada pemandangan yang lebih indah dari pemandangan ini. Kids + sea = happiness !
Ni caption saya kat FB haritu. Saya happy tengok diorang macam ni. Bukan senang nak cuti uollsss.. mak kan selalu busy. huhu..


Ootd sebelum ke PD. Ni gambar paling atas sepatutnya . Tapi sya malas nak susun balik :)



Gambar kat Instagram sebelum ke PD. Hijau kuning hitam. Oh i love green ~


Till then, banyak lagi nak cerita. tapi sat no, nak kemas rumah dulu. Minggu depan, MIL nak datang rumah :)
tata.. 


Saturday, November 9, 2013

Yiyen & Neidal




Comel tak gambar ni? hehe..
All i can say is, I'm so blessed to have them in my life.

My Yiyen is turning 9 this coming 29th of November & Neidal is 3 years + now.

Alhamdulillah..




Sunday, October 20, 2013

Photoshoot with Yiyen and Neidal



Beberapa bulan lepas, beli voucher Photoshoot daripada Groupon Voucher tu valid selama 3 bulan rasanya. So decide dan booking untuk photoshoot beberapa hari lalu. Mula mula rasa macam couldn't make it sebab suami tetiba tak dapat join weolls, sedangkan ini adalah family photoshoot.




Bukan senang nak arrange untuk photoshoot actually. Mana lagi nak dapatkan cuti weekdays. Sebab selalunya kalau shooting on weekend, selalunya charge dia mahal sedikit daripada weekdays. So lepas bincang dengan husband, wolls setuju untuk pergi bertiga je. Ingat nak bagi orang lain atau burn je voucher tu. Tapi bila dah last minute kan, susah nak cari orang ganti. Pastu check balik voucher tu. Worth RM600 katanyer. Adoi..rugi kalau tak pergi. Walaupun haritu bayar tak sampai RM100 pun..
Akhirnya pergi juga berphotoshoot. Guna Waze je cari studio diorang & tak sampai 30minit dah sampai depan studio. Walla! Alamat studio dan website diorang, boleh scroll kat bawah sekali ok.




Ni gambar kami bertiga hari tu. Kalau berempat dah complete ^_____^ seddey. Konsep bertema kan casual Burberry katanyer. hehehe.. cantik tak konsep weolls? Jenuh nak memikir apa nak pakai haritu. Nasib baik sempat shopping baju raya haji Yiyen & Neidal. So pakai yang tu je. Baju Mamayiyen pakai yang dah ada dalam almari je :)




My Yiyen & Neidal. 

Tempat shooting best & cozy! Yang ni indoor sebab malas nak berpanas2 sambil bergambar kan. Kang rosak pula mood Neidal. hehe.. Kalau nak yang outdoor pun diorang ada sediakan pakej tu. Yang pakej saya amik ni, boleh bergambar maximum 4 orang. Additional person tambah dalam rm25 kalau tak silap saya. ada free makeup untuk seorang, pastu dapat 30pcs edited & 30 pcs non edited photos. Pastu dapat lagi 10pcs printed edited 4R photos. Nak dapatkan DVD yang ada semua gambar, ada extra charge sikit. Tapi Berbaloi bukan. 

Ok itu je nak share harini. Best juga amik gambar studio sekali sekala. Bila anak anak dah besar nanti, diorang mesti suka tengok gambar diorang masa kecil. Siap boleh buat frame lagi kan :)

Kalau uolls nak tau pasal pakej yang kami ambil ni, bole gi website diorang kat sini ok ---- > EYECAPSTUDIO

Address : No. 31-2, Jalan Tasik Utama 6, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur. ( Trillion, Lake Field )



Thursday, July 18, 2013

My Yiyen & My Neidal ❤





Salam Ramadhan yang ke 9 hari ni. Alhamdulillah dah seminggu lebih berpuasa. Maksudnya ada 3 minggu lagi nak raya. yeay!

Paling tak sabar nak balik kampung sebab tahun ni turn balik Sabah :)
Tak sabar juga nak jumpa anak buah saya yang saya xpernah jumpa dia sejak lahir. Dah setahun lebih umur dia :)

Ok hari ni nak cerita pasal Yiyen & Neidal. Yiyen setakat ni belum ponteng puasa lagi. Hopefully puasa penuh lagi tahun ni seperti 2 tahun sudah. Dia memang xpernah mengeluh penat ataupun lapar puasa. Alhamdulillah..

Adik dia pula, memang tak boleh puasa lagi. Tapi macam tau2 je kami puasa. Dan dia tak banyak sangat ragam cakap nak makan itu ini. Setakat nak suruh buat milo & susu je. Hehe.. Paling tak tahan, sekarang ni Neidal telampau minat dengan kartun / karektor Ultraman. Semua step ultraman dia hafal. Sikit2 ultraman, sikit2 ultraman. Mainan ultraman dia pun dah penuh satu rumah. Hmmm.. bilalah Neidal nak berhenti suka Ultraman ni +_____+

Ok itu je nak cerita buat masa ni. sekarang ni memang suka update guna iphone je sebab senang. malas nak buka lappy. Balik kerja penat sangat, mana lagi nak kemas rumah etc kan. Rehat pun kena cukup juga. Kalau tak cukup rehat, bangun buat kerja & kerja pula tak berkualiti. Tak best macam tu kan. Acaner nak jadi pekerja cemerlang? gittewwwww...





Tuesday, July 2, 2013

Neidal & Ultraman





Tengok gambar ni pun dah tau yang Neidal ni peminat Ultraman kan. Hehehe.. Anak lelaki saya ni memang peminat tegar Ultraman nak nak Ultraman Mebius :)

Hari hari Mebius, bangun cari mebius, tido cari mebius, sikit2 nak tengok youtube mebius. Lagu pun dah hafal. Apatah lagi cara mebius berlawan. Kalau ada sesiapa yang follow saya kat Instagram, confirm tau pasal ni sebab saya selalu upload gambar pasal Neidal & Mebius.

Gambar atas ni saya ambil masa gi Hero Supermarket, Kota Kemuning. Pandai betul diorang ni tarik pelanggan kanak2 supaya dtg sini. Ultraman jadi penyambut tetamu ^_______^ Hiakkk!!


Sunday, May 19, 2013

Hi tea at Empire Hotel, Subang sempena Birthday Neidal.


Syukur Alhamdulillah.. Neidal dah berusia 3 tahun sekarang. I mean birthday dia adalah pada 28hb April yang lepas. Mak & ayah datang KL sempena birthday Neidal hari tu.
Memang saya tak sempat nak buat majlis besar besaran sebab busy sangat kerja dan masa tak mengizinkan.
Niat di hati, memang nak sangat celebrate birthday Neidal ber tema2 seperti selalu.
InsyaAllah tahun depan :)



bergambar di depan lift Empire Hotel, Subang bersama mak, ayah, Yiyen & Neidal.
Picture was taken by Mr.Hubby




Peace yo!
Hi tea ni mak & ayah yang sponsor.
Ni pun actually last minute plan. Ingatkan nak makan2 kat restoren biasa je, tapi bila fikirkan kalau makan buffet lagi best sebab banyak choice. terus tempah Hi Tea kat sini 30 minit sebelum sampai.

berpuas hati dengan layanan staf kat sini, sebab saya tempah 30 minit sebelum sampai pun, theyolls memang ada sediakan tempat yang khas untuk kami berlima :)

Makanan dia memang sedap sedap dah harga berpatutan. Kalau tak silap,
dewasa : rm65
kanak kanak bawah 9 tahun : free
senior citizen : rm45




thanks mom & dad once again sebab belanja Hi Tea ni :)
Gambar Neidal dengan atuk dan nenek dia. Dia sibuk makan coklat kat kek tu,
so jangan haraplah dapat gambar dia yang tengok kamera *_____*





me & mr.hubby with Neidal




Neidal & kakak Yiyen.'
Showing his 3 cute fingers..
Neidal dah 3 tahun katanyer..hehe
Happy 3rd Birthday my ensemboy! u're still my baby. taknak Neidal jadi besar sebab suka bahasa pelat Neidal :)

_______________________________________________________




Ok ni cerita hari masa mak & ayah sampai dari Sabah hari tu,
sesampai di depan rumah, mak & ayah dapat kejutan dari adik saya (Richado).
He gave my dad a cute Red Scooter dari Terengganu sebangai advance Birthday gift!!

Cute kan!



Ni masa hantar mak & ayah ke KLIA, masa ni nak balik Sabah dah.
Bye mom & dad.. see u guys back on June.

Oh can't wait!




Sunday, April 28, 2013

HAPPY BIRTHDAY NEIDAL!





Busy sangat hari ni sampai xsempat nak update pasal birthday Neidal. Tahun ni tak macam tahun2 sudah. Weolls just celebrate dengan family & ayah mak je.

Booking Hi tea kat Empire Hotel Subang & menikmati makanan2 sedap kat sana :) hehe..

Bukannya apa actually, saya sejak kebelakangan ni, busy sangat keje, sampai xde masa nak tempah itu ini untuk birthday Neidal. InsyaAllah tahun depan nak buat.

Ok lah buat anak mama yg tercinta ini, Mama ucapkan selamat hari lahir yang ke 3. Jangan nakal nakal, jadi lah anak yang soleh & berjaya dalam hidup. Amin ya Rabbil Alamin..

Sayang Alzreil Neidal! muahhhh..


Monday, April 1, 2013

Hi Monday!!





Its Monday dan dah start buka sekolah.. Hari ni Mamayiyen keje juga. Macamana dengan uolls? Sambung cuti lagi ker? Janganlah cemtu, nanti i jeless.. hehe..

Ok, saja je nak interframe uolls dia pagi Isnin ni :) Selamat berkerja semuaaa..


Saturday, March 30, 2013

JJCM with Yiyen & Neidal


Salam..

JJCM di hujung minggu memang menjadi rutin kami sekeluarga :)
Yelah kan dah berpenat lelah berkerja masa weekdays..

so
lets jalan jalan cari makan!






with my Yiyen & Neidal




mula mula makan cake dulu
oh absolute choc!
kenapa kamu sedap sangat? hehe..




SR Fried rice with sate
this is mine




Neidal punye
Mini burger & alphabets fries
sedapp!!




this one Yiyen punye..
dia kan peminat tegar spaghetti bolognoise..




ok gambar kami lagi..
keluar bertiga je tadi sebab papayiyen ada keje kat luar hari ni.


thats why pilih Sacc Mall je sebab dekat dengan rumah.
Lagi pun nak ke Diamond & Platinum untuk polish aksesori weolls..
dah lama xgi sana..

sambil2 cuci mata ke Gulati's..

yeah..
terbeli kain lagiii...

help!


Friday, February 15, 2013

Cuti cuti Goldcoast Morib!



Hi uolls!

Sorry lama xupdate panjang lebar macam hari ni.. kena tunggu masa yang sesuai baru dapat mengupdate :)

 Yeay!! Akhirnya hajat nak bercuti ke Goldcoast Morib hari tu tercapai juga akhirnya.. Kawan kawan duk cerita best ke sana..so saya pun menyimpan niat ke sana. Kebetulan hari tu website yang selalu jaul voucher, iaitu Living Social buat promotion murah gila! RM150 jerr untuk satu family worth RM664!


 

Apa lagi, terus lah beli kan.. uolls cari lah voucher tu siap2 kalau nak beli, sebab memang theyolls selalu buat promotion tau.. Ok ni gambar saya masa nak bertolak ke Goldcoast hari tu. Muka teruja gittew :)
Semua gambar gambar saya ni ada kat instagram ye. Kat IG saya memang cepat update.. bukan macam kat blog ni ^_____^

sorry uolls..

ok jum start entry cuti cuti ke Goldcoast Morib :)





Sesampai di sana... terus snap2.. cantik sekali tempat ni kan.. Yiyen dgn neidal memang teruja dan tak sabar nak terjun kolam :) 

o ye, actually ada jakuzzi dalam bilik kami ni tapi xsempat nak upload gambar dalam ni..uolls boleh usha gambar kat Instagram @nooryatitawith juga ye.





 Ok kami bertiga dah bersiap nak mandi ni.. jom!!




Ni actually gambar keesokan harinya.. dah nak checkout & sedang bersarapan time ni :)
minum juice katanyer..




Izinkan i bercamwhore dalam lift ok. hehe..





Bergambar dengan anak anak. Papa adalah photographernya :)




Cantik kan Goldcoast Morib! Ni pemandangan awal pagi dari bilik kami :)
subhanAllah..




Sesiapa yang nak tau saya beli kat mana saya beli swimming suit ni, uolls boleh dapatkan dari butik Turkuaz / Gulyn ok. Ada kat Sacc Mall & Alamanda.




Papa, Yiyen & Neidal




Sedang bermandi manda.. saya masa ni jadi photograper pula..




Neidal dengan bangganya menari dalam kolam..hehehe..





Kaki saya dengan selipar diorang :)




Neidal main tepi pantai keesokkan harinya..




Yiyen & Neidal
kegembiraan..



My Love :)



Yeahh!!




Bercanda dipasiran pantai katanyer..




Ok thats all..
Tak sempat nak letak caption panjang panjang sebab baru balik kerja ni..

nak masak dulu ok..



Hopefully uolls enjoy the pictures as i do..



Tata..


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin