Showing posts with label papa. Show all posts
Showing posts with label papa. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Mamayiyen dalam Harian Metro.




Salam semua.. lupa pula nak update pagi tadi. Minggu lepas teruja sekali bila ada seorang wartawan HMetro nak interview kiteww :)

Dalam masa seminggu je artikel ni keluar. Thanks to Aniza from Metro yang tulis cerita "Rumah mana beraya?" & also to Azie too :) Glamer sekejap mamayiyen. hehe..


Harian Metro 5 Ogos 2012
bhg halaman Majalah Metro.

p/s: Alhamdulillah, Papayiyen dah beransur pulih tapi tak boleh puasa lagi. duduk rumah je sampai hari isnin ni untuk berehat. Hopefully semuanya ok..

Saturday, August 4, 2012

Husband masuk wad :(

Gambar ni diambil Khamis lepas, sejurus encik suami dimasukkan ke wad dari wad kecemasan. Hubby telah dimasukkan ke wad Hopital Columbia Asia, selepas mengadu muntah2 dan direa pada pagi khamis tu. Selepas 2 hari berada di wad, on iv drips, blood investigations, ultrasound & OGDS.

Doktor mendiagnoskan that my husband mengalami masalah di bahagian prnghadaman beliau.. iaitu salah satu sphinkter dalam perut kurang berfungsi. Thank God, boleh dipulihkan dengan makan ubat je. kalau teruk sangat baru kena buat operation.

Dah discaj petang semalam dengan ubat ubatan & follow up seminggu lepas ni.. Hopefully kesihatan papayiyen semakin pulih. InsyaAllah..

Thursday, December 29, 2011

Friday, December 23, 2011

Happy 37th Birthday Papayiyen!





Hari ni genap 37 tahun umur suami ku..
Memang sengaja pilih nak celebrate kat Kuching.. sebab kami sekeluarga tak pernah ke kuching lagi.Celebrate kecil kecilan je makan kat luar malam ni..
Happy Birthday Papa! Lots of Love, from me, yiyen & neidal :) Hope u like the birthday gift :) coz i'm sure u'll like it..

p/s: picture taken at cats museum, Kuching.



Tuesday, November 8, 2011

Perkhabaran gembira serentak :)



Gembira sungguh petang tadi.. Ambil Yiyen dari sekolah, Yiyen bagitau yang dia dapat no 3 untuk final exam dalam kelas.. Syukur Alhamdulillah.. walaupun dapat no 3 sebab Yiyen memang berada dalam kelas yang boleh tahan tinggi saingannya.. Yiyen baru 3 bulan dalam kelas tu setelah exam penapisan LINUS di lakukan dan Yiyen masuk kelas perdana.. dia masa tu dapat (no 2) dan rakan sekelas dia yang dapat (no 1) semester pertama di tukarkan ke kelas ni..

So kiranya memang saingan hebat jugalah.. markah yang rendah hanyalah Bahasa Arab. tapi nak buat macamana kan.. Yiyen memang xpernah belajar B.Arab lagi.. Kelas KAFA pun dia tak masuk lagi. InsyaAllah tahun depan nak hantar dia.. Markah exam pendidikan Islam dia pun agak membanggakan saya sebab soalan semua dalam bahasa Jawi dan Yiyen dapat markah 84%! i wonder macamana dia baca jawi dengan pandai sedangkan tak masuk Kelas KAFA lagi.. hmmmmm... well done Yiyen!

Khabar gembira yang kedua ialah.....


ehem.... suami dinaikkan gaji :) walaupun sedikit tapi gembira jugalah kan.. terlepaslah beban sedikit tahun depan kan.. Thank you Allah.

Alhamdulillah syukur diatas nikmat ini..


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin