Showing posts with label feelings. Show all posts
Showing posts with label feelings. Show all posts

Wednesday, June 4, 2014

Email dari Hani


Terima satu email dari seorang pembaca blog Mamayiyen, 5 May lepas. Terharu sangat T_____T
Thank u so much Hani for the kind words.

Email dari Hani :


Salam…..

Hai mama yiyen….saya hani… actually saya selalu baca blog akak..today saya rasa nak emel lepas baca ur entry tu…sedih…..perasaan akak sama macam saya...abah saya meninggal tahun 2011…perasaan sedih tu taktau nak cakap macam mana.saya anak perempuan tunggal dalam family and saya memang rapattttttt sgt dengan abah.bila abah dah takde apa je yang mengingatkan pasal abah saya akan nangis..everything…naik kereta abah nangis..gi pasar malam nangis…tengok kopiah dia nangis..makan makanan kegemaran dia pun nangis…tengok computer dia nangis…tengok baju2 pun nangis…till now saya tak boleh tengok semua tu…orang lain tak faham kan apa yang kita rasa..macam akak kan..saya baca blog akak saya rasa saya sama macam akak…bukan kita tak redha pemergian dia..but….susah nak cakap kan..tahun ni masuk 3 tahun abah meninggal tapi saya tetap bersedih..apatah lagi akak yang baru 2 minggu kehilangan bapa...insyaAllah Allah akan bagi kekuatan untuk kita hadapi semua ni..but its take time…trust me…abah saya meninggal lepas saya habis pantang anak pertama..anak saya tak sempat kenal dengan tokwan dia…saya jealous sgt2 dengan abang2 yang lain sebab anak-anak diorang sempat kenal dengan abah..tapi anak saya tak sempat..saya harap akak bersabar and sedekahkan al fatihah untuk bapa…selalu buat tahlil, bacakan yasin untuk bapa ya..baru-baru ni memang akan terasa sangat la kesedihannya..but don’t worry…Allah ada…saya faham sangat macam mana perasaan akak..bila saya baca blog akak and dalam hati saya cakap..akak sama sebijik macam saya dulu..tu yang buatkan saya nak emel akak ni.. …kalau akak nak share apa2 about ur feeling ke,rasa sedih ke…akak boleh share dengan saya…mak akak akan jadi orang yang paling sensitive tau..macam mama saya lah…kita kena selalu jaga hati dia and jangan buatkan dia sedih..selalu ambil hati dia tau kak…hope akak byk2 bersabar and tabah tau…sama-sama kita doakan and sedekahkan al fatihah untuk mereka ya…Al-fatihah..


Lots of love
hani

Friday, May 23, 2014

Lagu kegemaran Bapa sebelum pergi, Encik Mimpi - Rindukanlah







Arwah bapa jarang suka lagu melayu yang baru-baru. Tapi lagu ni lah lagu yang bapa paling minat dalam bulan-bulan terakhir hayatnya. Umpama pesanan terakhir buat mama dan kami semua. 

In loving memories of Allahyarham Tawith Bin Hj. Sungkit. 
Al-Fatihah. 



Encik Mimpi - Rindukanlah ( Lirik )

Lirik Lagu Rindukanlah – Encik Mimpi

Ku benar-benar sayang
Pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu pada diriku

Dan aku berkelana mencari
Harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang suria
Hingga tenggelam


Dan ku ingin cinta sejatimu
Dan ku ingin harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah hatimu

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku ku adalah milikmu
Sayangku ku adalah
Milikmu yang kau rindu
Doa-doakanlah diriku di dalam hatimu
Di dalam nafasmu
Sepanjang hari-harimu

Ku benar-benar sayang
Pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu pada diriku

Dan ku ingin cinta sejatimu
Dan ku ingin harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah hatimu

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku ku adalah milikmu

Dan ku ingin cinta sejatimu
Dan ku ingin harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas-ikhlaskanlah hatimu wo

Dan ku ingin cinta sejatimu
Dan ku ingin harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh jangan-janganlah kau
Bersedihkan hatimu kekasih

Rindu-rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu
Sayangku ku adalah milikmu




Rindu Bapa :(

Wednesday, May 21, 2014

Miss u Dad :(



Dad,


You look so handsome in this suit dad. We miss u everyday. Tears falling while i'm working & everytime i look at your photos. You left without your last words to all of us.

 

Penerimaan untuk semua ini memakan masa. Kami sekeluarga sudah sedaya upaya untuk mengalih tumpuan supaya tidak terlalu bersedih, tapi the feelings will come suddenly. InsyaAllah, slowly we will recover.


Semoga bapa tenang di Sana. 

19 April 2014 - 19 May 2014

Genap sebulan pemergian bapa. 

Al Fatihah buat Allahyarham Bapa.






Sent from my iPhone

Sunday, May 18, 2014

All of Me - John Legend Cover by Luciana Zogbi







Whats your current favourite song right now? This is mine :)


All of Me


What would I do without your smart mouth?
Drawing me in, and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

[Pre-Chorus:]
My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

[Verse 2:]
How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every mood
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you

[Pre-Chorus:]
My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh

[Bridge:]
Give me all of you
Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all, though it's hard

[Chorus:]
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you

I give you all of me
And you give me all of you, oh

Quotes of the day.





Nobody in life gets exatly what they thought they were going to get.

But if you work really hard, and you're kind, amazing things will happen.

I'm telling you : Amazing things will happen.


Thursday, May 15, 2014

Detik itu. 14 April 2014



Ditulis Oleh, Adik ku Yohana Tawith :(

Tanggal ini. Sebulan lalu. Adalah kali terakhir ku lihat mata redup bapa membalas pandanganku sebelum sel-sel yang jahat menguasai. Sebulan lalu waktu ini, merupakan malam paling sukar untuk kami sekeluarga lalui. Satu keputusan yang bijak perlu dibuat. 

Malam itu, aku tidur dengan mama di atas katil wad bapa dan ahli keluargaku ada yg di kerusi ada yang di lantai wad sambil bapa dimasukkan tiub pernafasan di CICU. Malam itu, hanya doa dan air mata kawanku. Betapa aku kecewa dan terkilan. Malam itu bapa sepenuh hati mahu aku tidur sekali menjaganya di wad bersama mama. Tapi aku sampai agak lewat dan ketika itu bapa sudah half concious dan tidak menyambut kehadiranku seperti biasa. 

Hati mulai gusar. Syukur abang dan kakak ipar tidak jadi pulang KM pada malam itu. Tanpa mereka aku tidak akan mampu menghadapi semua dugaan itu keseorangan. Panggilan doktor memanggil bapaku "Pakcik.. Pakcik.. Pakcik Tawith.." amatlah membuat aku trauma dan fobia kerana tiada tindak balas dari bapa. Sebab aku tau. Keadaan bapa sudah kritikal. Imbasan CT scan di otak bapa dilakukan dengan kadar segara dan ya.. Sel-sel jahat sudah menguasai otak bapa. Aku mengigil sepanjang malam itu. Sukar untuk aku percaya.. 

Patutlah bapa selalu mengadu sakit kepala yang teramat. Namun kini bapa tenanglah di sana tanpa kesakitan. Allah Maha Mengasihani. Ya Allah.. Kau tabahkan hati kami untuk teruskan hidup tanpa insan yang kami kasihi. Betapa aku merindui untuk memanggil "Pa.."Di setiap hari hariku.. Sahabat sekalian.. 

Mohon sedekah Al-Fatihah untuk Allahyarham bapaku Tawith Sungkit agar terang dan luas kuburnya dan tenang roh bapa di alam sana. Amin.. — at Sella Pink Villa.


Tuesday, May 13, 2014

Happy Mother's Day 2014





Dear Mom, Puan Mollen Simbaku, I Love you forever & ever. Thanks for being there when i need you. I know it is hard for us after dad left. But i know we will survive. You're everythings to me & all of us now.

&


To all mothers around the world. You should be proud of yourself. You've done your very best to your family.

Happy Mother's Day.

Love,
Mamayiyen + neidal


Saturday, May 3, 2014

15 hari Pemergian mu Bapa.





Berikan aku semangat..

Hairan kenapa hari ini hati terlalu cepat bersedih. Bangun pagi tadi, terus teringat bapa. Scroll gambar2 bapa dalam Hp sebelum & selepas sakit. Bapa hilang berat badan dekat 20kg dalam beberapa bulan saja. Tak dapat bayangkan betapa sengsaranya bapa tak dapat makan sepanjang itu. Yiyen pula tiba-tiba bagitau yang dia mimpi makan dengan atuk & atuk suapkan dia nasi. "Tapi suara atuk serak & atuk tanya kenapa suara dia serak."

Airmata mengalir laju masa Yiyen cerita semua tu. Yiyen pun menangis. Actually memang beberapa hari sebelum bapa tinggalkan kami semua, suara bapa telah serak sampai kadang2 tak paham apa yang bapa cuba sampaikan. Ini disebabkan kerana sel kanser tersebut telah merebak ke peti suara bapa. Sedihhh sangat.

Terus pergi ke katil yang bapa selalu tidur di bilik tetamu. Baring tempat bapa selalu tidur & menangis lagi. Bau bapa masih lagi ada. Kuatkan semangat untuk turun tingkat bawah rumah & menyapu lantai rumah..

Lepas tu, Buka peti sejuk pula sebab nak masak, nampak pula buah labu, peria & terung yang kami beli masa bapa datang KL haritu utk prosedur PET scan. Bapa sempat makan sedikit je semua tu, itu pun makan kuah dia je. Bertambah lagi kesedihan ini. Tak sanggup nak buang semua tu walaupun dah kecut. Terasa bapa baru je datang rumah hari tu.

Rupanya.. Baru perasan harini hari Sabtu, Hari perginya bapa 2 minggu lepas. Sudah 15 hari pemergian bapa tapi hati masih terlalu bersedih. Walaupun luaran saya nampak macam kuat, namun hakikatnya hati ini masih terlalu rapuh. Satu lagi kenangan bersama bapa, biasanya setiap hari Sabtu, pasar malam Kota Kemuning, bapa akan pesan beli nasi Kerabu. Itu memang makanan kegemaran bapa. Oh sedih lagi.. T______T

Buat sahabat yang membaca semua ini. Maafkan saya, bukan sengaja buat macam ni, tapi perasaan sedih tu datang tiba2 especially masa saya tengah makan. Tadi tengah makan tghari, perasaan sedih yang amat sangat tiba2 datang & saya menangis teresak esak depan anak2 & suami. Sampai Neidal tanya "kenapa mama sedih?" Atuk sakit ke? Atuk dah masuk dalam Pasir?" Tambah sedih dengan soalan itu.

Airmata bertambah deras mengalir.. Mata pun dah bengkak. Sesungguhnya diri ini terlalu merindui Bapa :(

Ya Allah, Ya Tuhan ku. Kau tempatkan lah Bapaku di kalangan orang-orang yang beriman..

Amin ya Rabil Alamin..


Tuesday, April 22, 2014

Tenang lah Bapa disana.




Sabtu 19hb April 2014
3.45 Petang


Tidak pernah menyangka orang yang paling kami sayang, pergi terlalu cepat. Semuanya bagaikan mimpi.

Perasaan bangun pagi dan
bapa sudah tiada adalah perit sekali untuk kami terima. Mesti terdiam & ingat bapa masih ada.

Keluar rumah tengok kolam ikan, ingat bapa, tengok pokok bunga, ingat bapa, nampak kasut hitam bapa, lagi buat mama menangis.

Baca sms & wechat bapa semua pasal bertanya khabar & kata2 perangsang untuk kami semua. Bapa seorang yang sangat kuat memberi semangat kepada sesiapa sahaja. Terlalu banyak kebaikan untuk diingati. Hanya Allah yang maha mengetahui.

Walaubagaimanapun, kami sekeluarga redha dengan kepergian Bapa. Semua ahli keluarga berada di sisi bapa di CICU semasa bapa menghembuskan nafas terakhirnya. Termasuk adik yang baru beberapa jam sampai dari USA.

Mungkin Bapa nak semua adik beradik & ahli keluarga berada disampingnya sebelum pergi. Hati pasrah dengan ketentuan ini.

Sayang Bapa selama lamanya.

ALFATIHAH.


Sunday, April 13, 2014

Dad is a fighter! Keep fighting DAD.







Bapa yang saya kenal bukan macam ni dulu. Bapa sekarang amat cengkung, tiada selera makan, tiada lagi senda gurau & paling SEDIH sekali, tiada lagi senyuman di raut wajah bapa T____T.
Bukan bapa minta semua ini, tapi takdir Allah SWT, bapa kena penyakit ni. 

Sebelum ni bapa seorang yang sangat sihat. Sangat mementingkan kesihatan dan pemakanan. Seminggu, 2 kali bersenam jalan kaki naik bukit. Gula pun bapa sangat kurangkan. Apatahlagi minyak dan santan. Bapa tak pernah masuk hospital sebab sakit biasa, cuma pembedahan kecil Tendon cut dengan I&D je. 

Bila dapat tau bapa mula batuk berdarah bulan November tahun lepas, Satu family terkejut. Rawatan memang tidak kami tangguhkan lagi untuk bapa. Memang semua investigation & treatment diteruskan sampai harini. 

Semoga bapa tabah dengan semua ujian Allah SWT. Menunggu keputusan PET Scan minggu depan dan lepas tu, rawatan akan diteruskan mengikut suggestion dari doktor pakar. 

Dad is having a difficult time. It is not easy being in his position right now. Get well soon dad. Sobss.. Sedih sangat tengok bapa macam ni.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Menangis dalam hati hari- hari .


#loa #low #fightforcancer #fighton #sixmonthswithcancer #postvats #postlobectomy #prayfordad  #getwellsoondad #iamsosad #senyumwalaudalamkepayahan #harapkawankawanpaham

Thursday, April 3, 2014

Fight On!





Yeah!

Harini entry pasal OOTD. Taknak lah hari2 bersedih. Hidup mesti diteruskan. Banyak kata2 perangsang daripada kengkawan dan saudara mara.

So, Keep calm &  Fight On!

#FightForCancer #HelloApril


Monday, March 31, 2014

We FIGHT together DAD.





Lama sangat tak update blog. Ini adalah perkongsian saya mengenai ayah yang rasmi. Saya tak pernah lagi bagitau mengenai ayah kat FB, Twitter & Instagram apa sebenarnya yang ayah saya sedang alami sekarang. So sesiapa yang baca Blog ni, kira orang first yang tau pasal ayah. Saya cuma pernah beritahu yang ayah sakit tapi tak bagitau perkara sebenar :(

Siapa yang tahu simbol reben pink kat gambar ni mesti tau apa.

Ye, ayah saya telah didiagnoskan menghidap Kanser Paru-Paru sebulan yang lepas. Agak berat untuk beritahu semua ni. Tapi kena juga bagitau sebab ramai sangat yang bertanya.

Kami sekeluarga dah tau pasal ni, selepas pembedahan pertama ayah lagi iaitu VATS (Video assisted thoracoscopic surgery) . Selepas keputusan VATS keluar, Doktor jumpa ayah , mak dan semua ahli keluarga di Klinik Respiratori, QEH. Masa tu, saya dah balik KL. Memang pahit untuk dikenang kembali T____T

Masa tu adik bagitau. "It's POSITVE" Ayah ada Cancer.. Adik share gambar mak kat wechat. Mak menangis bila dapat tau ayah ada Kanser. Terasa gelap sekeliling. Semua broke down masa tu. Semua ahli keluarga bersedih. Saya pitam dalam tandas tempat kerja, nasib baik ada Doktor sambut saya daripada jatuh. Tapi cakap dgn kengkawan xmakan lagi. Konon2 pitam sebab hypo. Taknak bagi diorang sedih. Masa tu menangis teresak esak sebab dah tau ayah ada Kanser. Tak boleh berdiri masa tu. Tuhan saja yang tau perasaan saya ketika itu.

Sedih yang teramat sedih tak dapat digambarkan.Kalau la boleh dipindahkan penyakit tu kat saya :(

Tapi adik bagitau, ayah nampak tabah. Dia langsung tak menangis. Ayah diam je masa tu. Lepas dapat tau pasal tu, terus sms ayah, yang ayah kena tabah. Sedangkan dia tak tau yang anak dia ni yang tak tabah sebenarnya. Tak sanggup call ayah masa tu sebab saya tau yang saya tak cukup kuat untuk tahan menangis. Ayah siap pesan, buat masa ni jangan bagitau sesiapa dulu. Ayah takut saudara mara dan lain2 terkejut dengan berita ni.

Harini dah dekat sebulan ayah suffering from Lung Cancer. Keadaan ayah nampak teruk disebabkan batuk berpanjangan sejak dari hari pembedahan hingga ke hari ini.

Ayah tak dapat tidur dengan baik. Sehari dapat tidur dalam 3 jam je. Selebihnya batuk non stop. Berat badan pun susut dengan mendadak. Kurang selera makan & kadangkala taknak makan. Sedih sangat dengar adik, mak, abang & kakak ipar cerita. Tak sanggup tengok ayah sengsara macam tu. Adik bungsu dapat ambil cuti tanpa gaji buat masa ni. Nasib baik permohonan dia diluluskan. Alhamdulillah.

Kadang - kadang masa kerja, teringat ayah, sampai kerja pun tak berapa menentu. Rasa nak berhenti kerja pun ada. Baik jaga ayah. Bila lagi nak berbakti kepada ayah sendiri. Penat2 je belajar jadi staff nurse T_____T

Saya yang di kejauhan ni, tak tau apa nak buat. Jumaat lepas, review ayah ke QEH lagi, Adik bagitau yang ayah kena buat Prosedur PET Scan kat hospital tempat saya berkerja. Alhamdulillah. Dapat jumpa ayah minggu ni. Tapi ayah kena kuat untuk naik flight. Tekanan udara di awan biru amatlah rendah. Risau pula , InsyaAllah ayah ada surat kebenaran menaiki Flight & membuat rawatan susulan di sini nanti.

Hopefully ayah kuat semangat untuk melawan Kanser. Tak sanggup tengok ayah macam ni hari hari. Saya akan cuba tolong ayah setakat yang termampu. Niat nak refer ayah ke Institut Kanser Negara. InsyaAllah..

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Saya akan update lagi mengenai progress Ayah nanti. InsyaAllah.


Together we FIGHT for Cancer!!
Be strong DAD!
We're all with you.


Sunday, November 24, 2013

Jatuh chenta dengan LMH ! The Heirs !



Hehehe..
Tajuk tak tahan. Sape yang bersama saya?

Maksud saya sape yang tengah layan atau kemaruk Drama Korea The Heirs sekarang? Sebenarnya dah lama tak layan cerita Korea. Tapi sejak dua menjak dah ada Astro Beyond HD ni, hari hari saya layan ataupun dengan istilah lain, marathon cerita Korea kat Channel 393 Astro OneHD. Semua cerita saya follow. Tapi paling minat dengan cerita The Heirs.




Ni gambar Hero & Heroin dia. My LMH! huhuhu..





Ini pelakon pelakon yang menjayakan Drama ni. Serius BEST gila cerita ni. Uolls yang tertengok cerita ni walaupun terlepas episod 1, maksud saya terus tertengok episod 2 atau 3, confirm akan jatuh cinta juga dengan drama ni tau. Believe me :) hehehe.. Tapi saya memang tunggu2 cerita ni. bila tengok iklan haritu, macam best je, terus tunggu depan tv tengok episod pertama. Lepas tengok episod pertama haritu, terus jatuh chenta.


 

Nampak tak pakwe i tu? hehehehe..berangan tau! Dia ni lah yang menaikkan rating drama ni. Rasanya lah. Tengok muka pun dah tau. confirm menjadi kegilaan gadis2 di luar sana. termasuk SAYA. hehehehe!

Oh Lee Min Ho!


Sesiapa yang nak layan cerita ni online dan nak tengok laju2 tanpa tunggu episod kat tv ( sebab tv baru episod 6 ) boleh lah ke http://www.dramago.com/ dan pilih Drama The Heirs ok. Kat Ch393 , The Inheritors :)

Selamat menonton & tak tido malam uolls. hehehe..

yang benar,
Kekasih gelap LMH

hahaha!






Monday, November 18, 2013

Cerita bekas PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN


Sakit hati baca semua ni. Sebab pernah mengalami perkara macam ni dulu. Nanti saya akan share kat sini nanti. Yang ni just nak share dari FACEBOOK.Baru terbaca tadi. Sampai hati buat macam ni kat budak budak yang tak tau apa apa. Saya benci dengan orang macam ni!



CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN DI RUANGAN KOMEN AMAZINGNARA MENGENAI PENGALAMAN BELIAU BEKERJA SELAMA SEBULAN DI SANA. Bersama kita ambil iktibar:


Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.

Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat
 atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.

Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.

Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum.

Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.

Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.

Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).

Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA.


(gambar suspek: ROZITA AWANG, pemilik Taska Permata Harapan. Komen dioleh semula supaya sesuai untuk bacaan umum)



Sunday, October 13, 2013

Happy weekend!





As usual wearing Ladorn scarf again. Suka dengan material & design diorang. Nanti uolls jenguk2 website www.ladorn.co.uk ok ❤

Bagi sesiapa yang balik kampung untuk beraya mahupun berkerja, hati hati semasa memandu ok. Pandu cermat, jiwa selamat. Salam Aidil Adha dari kami sekeluarga.

Sayang selalu,
Mamayiyen  ❤

Monday, April 1, 2013

Hi Monday!!





Its Monday dan dah start buka sekolah.. Hari ni Mamayiyen keje juga. Macamana dengan uolls? Sambung cuti lagi ker? Janganlah cemtu, nanti i jeless.. hehe..

Ok, saja je nak interframe uolls dia pagi Isnin ni :) Selamat berkerja semuaaa..


Wednesday, September 19, 2012

Tenanglah kamu di sana Anna Isabella :(





Salam semua, dua minggu lepas adalah hari yang sangat sedih untuk saya. Apatah lagi sahabat baik saya Syaidatul. Syai telah kehilangan anak dalam kandungannya (belum dilahirkan) pada 4hb September 2012.

Tiada ungkapan yang dapat saya gambarkan betapa sedihnya both husband & wife yang kehilangan anak sebelum dilahirkan. Bayi Syai sebenarnya dijangkakan lahir pada 29hb September 2012, tapi bayi disahkan telah meninggal dunia oleh Doktor pada 4 September 2012 tanpa diketahui puncanya.


Atas nasihat Doktor pakar, Syai terpaksa menunggu untuk spontaneous contraction untuk bersalin normal dan bukan induce (paksaan bersalin) untuk lahirkan bayi. Akhirnya bayi (arwah) telah dilahirkan secara normal pada 16 September 2012 lepas (Ahad) dan selamat di kebumikan pada hari yang sama dalam usia 38 minggu. 2 minggu awal dari jangkaan bersalin beliau.

Hanya kata kata semangat yang saya dapat berikan untuk sahabat baik saya ini. Syai, saya amat sedih bila pertama kali mendapat berita kehilangan bayi dalam kandungan Syai. Saya dah anggap Syai mcm adik beradik saya sendiri. Tapi saya tau yang Syai & Ben 100 kali lebih sedih dari saya kan..

Kuatkan semangat menempuh dugaan ini ye Syai. Semua ini ada Rahmat dari Nya. Berpantang tanpa kehadiran anak baru lahir disisi memang memeritkan. Semoga arwah Anna Issabela tenang di Sana. Syurga adalah tempatnya sekarang. We love u so much Anna Isabella... T____T

Auntie sedih sangat sebab kepergian mu 2 hari selepas hari lahir auntie.. Dulu dah berangan nak celebrate birthday sama2. Pernah cakap dengan Syai yang baby akan lahir sama date dengan Auntie.. oh... sob sobs...

p/s: gambar diambil 2 hari sebelum Kepergian Baby Anna Isabella :( iaitu pada 2hb September 2012. Sempat pegang perut Syai masa tu.. uwaaa..


Thursday, October 1, 2009

If you hurt..I'm hurt too..

Aku masih dalam keadaan tidak begitu sihat lagi..masih muntah-muntah & lemah satu badan..Kandungan ku telah berusia 9 minggu sekarang.Tetapi ini tidak akan mematahkan semangat ku untuk menulis disini...ini adalah kerana,aku telah mendapat satu berita yang tidak menyenangkan hatiku semalam..tidak perlu ku tulis disini kerana nanti ramai yang akan MELATAH..!
Satu saja yang aku ingin nyatakan disini..
Aku tidak suka bila ada orang mengata mengenai BAPA ku
aku kenal siapa dia..
dan dia tau apa yang terbaik untuk anak-anaknya..
jangan bercakap buruk mengenai orang lain
jikalau keluarga sendiri belum sempurna..
(siapa yang makan cili,dia rasa pedas..pedass kan!)
DAD,
I know someone hurt's your feelings..
cause
If you hurt..
I'm hurt too..
(T_T)

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin