Showing posts with label quotes. Show all posts
Showing posts with label quotes. Show all posts

Sunday, May 18, 2014

Quotes of the day.





Nobody in life gets exatly what they thought they were going to get.

But if you work really hard, and you're kind, amazing things will happen.

I'm telling you : Amazing things will happen.


Thursday, April 11, 2013

Adab Bercakap


Salam Khamis semua..
Hari ni nak share kata kata dari FB Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary :)
Selamat membaca..



Adab Bercakap Orang Melayu...
===============


1. Apabila bercakap, kita perlulah mempunyai maklumat yang hendak disampaikan.


2. Maklumat itu perlulah mengandungi isi yang baik.


3. Isi yang baik memerlukan si pembicara punya ilmu dan pengetahuan tentang perkara yang hendak dicakapkannya.


4. Sekiranya tidak, percakapannya umpama tin kosong.


5. Sekiranya kita tidak mempunyai maklumat benar dan lengkap, tidak perlulah bercakap.


6. Kadangkala, diam sebagai pemerhati lebih baik daripada sibuk ingin mengutarakan pendapat yang tidak bernas.


7. Orang Melayu sering menitikberatkan hal percakapan dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak.


8. Anak-anak dilarang menyampuk percakapan orang tua.


9. Hal ini dianggap kurang ajar kerana anak-anak yang menyampuk percakapan orang tua sering kali terlalu emosi dalam percakapan dan kurang menghormati konteks.


10. Sememangnya anak-anak muda darahnya panas dan emosinya mudah berubah.


11. Justeru pantang larang ini dikenakan supaya anak-anak dapat berfikir secara rasional dan matang, sebelum bercakap atau mengambil sesuatu tindakan.


12. Adat resam Melayu mengajarkan agar setiap orang hendaklah menjunjung tinggi dan mengamalkan nilai-nilai luhur budayanya dalam setiap percakapan dan tindakan atau perilakunya, terutama kesantunan dalam bercakap, atau menyampaikan pendapat dan sebagainya.


13. Itulah sebabnya, orang yang tidak mampu menampakkan kesopan santunannya, lazim disebut sebagai “orang yang tak tahu adat” atau “orang yang tidak beradat” atau “orang yang kasar langgar”.


14. Orang-orang seperti ini dipandang rendah dalam pergaulan sehari-hari.


15. Dalam sesuatu percakapan atau perbicaraan, orang Melayu redup pandangan, tidak gelisah mental dan perlakuan.


16. Mereka sentiasa tenang supaya apa yang dibicarakan dapat mencapai keputusan yang betul dan dipersetujui bersama.


17.Ajaran Melayu, pantang cakap patah-mematah, pantang bual jual-menjual, pantang bicara cerca-mencerca, pantang mulut carut-mencarut..



Friday, January 6, 2012

Jumaat yang cerah :)




Salam Jumaat semua.. cerah je hari ni kan :) saya tau ada yang tengah berehat di rumah masa ni. almaklumlah ada yang ambil cuti, ada yang kerja petang macam saya.. ada yang cuti sakit, ada yang memang tak berkerja.. maksud saya seorang surirumah kan. walau apa saja pun pekerjaan kita dan dimana saja kita berada.. lakukan pekerjaan kita seikhlas ikhlasnya ok.. dan semoga semua pekerjaan yang kita lakukan itu akan diberkati oleh Allah S.W.T ..sebab bila kita berkerja dengan ikhlas, kerja yang susah akan menjadi senang :)
InsyaAllah..

Love uolls,
Mamayiyen.


Wednesday, November 23, 2011

Happy Wednesday peeps!


Dear whoever is reading this, you're beautiful and someone out there is crazy about you. So smile. Life is too short to be unhappy.

Xoxo,
Mamayiyen :)


Friday, October 14, 2011

10 Tahun sebagai Jururawat & this is what i feel


( Luahan hati seorang jururawat )





Pernahkah anda terfikir untuk menjadi jururawat? Marilah kita luangkan masa sedikit untuk menjadi seorang jururawat. Amat mudah.


Pertama sekali, sekiranya anda sudah berumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata yang baru dilahirkan, cuba anda bertanya kepada si ibu atau si ayah, sama ada susah atau senang untuk menukar lampin anak pada setiap hari tidak kira siang dan malam.


Kedua, andai kita masih mempunyai kedua-dua ibu bapa, tanyalah pada diri anda andai mereka lumpuh dan tidak berdaya untuk melakukan kerja, di manakah anda pada waktu itu dan apakah yang akan anda lakukan?
Bagaimana anda akan melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang anak?

Mudahkah kita menjaga seseorang yang lumpuh?


Ketiga, anda seorang lelaki yang gagah perkasa, namun berapa ramai yang gagah bila melihat darah, berapa ramai lelaki di luar sana yang bersedia melihat mayat setiap hari?


Beranikah anda sebagai lelaki sejati merawat pesakit yang 90 peratus nyawa mereka berada di tangan anda.


Andaikan pemergian mereka sudah ditakdirkan, namun anda dipersalahkan oleh ahli keluarga pesakit, bersediakah anda?


Lelaki sememangnya mahir menggunakan mesin, tapi adakah mudah merawat manusia, di antara mesin dan nyawa manusia, yang manakah lebih bernilai?

Senario di atas hanyalah 1/100 daripada tugas seorang jururawat.

Pernahkah anda terfikir betapa sukarnya bekerja sebagai jururawat?
Kerja empat orang, jaga 40 orang dengan pelbagai ragam pesakit.


Doktor bagi arahan saja, yang buat kerja jururawat. Kalau anda tidak percaya pergilah melawat. (tapi bukan semua doktor macam ni)
Pesakit tahu buat aduan tapi tidak pandai berterima kasih.
Mereka menyelamatkan banyak nyawa, namun orang tidak peduli.

Jururawat bermasalah hanyalah seorang dua, tapi jangan dihukum 80,000 orang jururawat yang lain.
Jururawat dikritik, namun tidak pernah dengar jururawat mengkritik.


Tiada waktu rehat diperuntukkan dalam waktu bekerja, namun mereka tetap bekerja sepanjang masa.


Takut dikritik masyarakat kerana jururawat tidak buat kerja, sedangkan mereka hanya berehat sekejap saja.


Bekerja lebih masa adalah perkara biasa, kalau tidak percaya tengoklah kad perakam masa.
Bukan semua dapat tuntut elaun kerja lebih masa, banyak alasan, banyak masalah birokrasi.


Jururawat hanya tahu bekerja, tetapi mereka masih tidak peka hak mereka sendiri.Orang kata kalau tidak tahan bekerja jururawat, berhenti saja.


Tapi orang lupa, jururawat manusia biasa, yang mempunyai hati dan jiwa, mempunyai anak-anak dan keluarga.
Anak-anak di rumah juga perlu dirawat dan dijaga.


Kalau semua jururawat berhenti, bersediakah anda menjadi pengganti?
Bolehkah hospital beroperasi? Tanyalah diri tanyalah dengan seikhlas hati.


Masyarakat takut penyakit berjangkit, tetapi jururawat sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit.


Menjaga pesakit banyak tekanan, tapi ramai orang buat tak perasan.
Kerja mereka sungguh luar biasa, tapi orang pandang biasa saja.


Jagalah kebajikan mereka, janganlah sampai mereka berhijrah ke luar negara mencari kerja, kelak kita tidak cukup pekerja.

Jangan pandang sebelah mata bakti mereka, kerja mereka sungguh mulia.


Mereka tidak pandai berkata-kata, cuma tahu bekerja.
Mereka simpan di dalam hati, entah sampai bila boleh didengari.


Kerja mereka sungguh mulia. Tiada jururawat hospital tidak akan berfungsi.
Apakah kebajikan mereka sekarang ini sudah mencukupi?


Hargailah jasa mereka.
Terima kasih kepada yang sudi berkongsi cerita ini..
i'm proud to be one of the NURSES out there.


10 tahun berkerja sebagai misi sejati,

Love,
Mamayiyen





Friday, September 9, 2011

Renungan untuk kaum adam..



WAHAI KAUM ADAM..
Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu.
Bawalah dia ke jalan Allah.
Nasihatilah dia.
Perbetulkan kesilapannya.
Jagalah dia dgn baik.
Kasihanilah dia.
Lindungilah dia.
Berilah kasih syg padanya.
Hargailah dia.
Ucapkan terima kasih atas kelebihannya.
Bersabar dengannya.
Terimalah & cintailah kekurangannya.
Jd IMAM terbaik & redhalah padanya ♥♥


Tuesday, August 23, 2011

Sekadar renungan


Berfikir itu cahaya,

Kelalaian itu kegelapan,

Kejahilan itu kesesatan

Dan Manusia yang paling hina ialah,

orang yang MENGANIAYA ORANG BAWAHANNYA.



Advertisement

Blog Widget by LinkWithin