Showing posts with label notes. Show all posts
Showing posts with label notes. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Salam 10 Syawal ❤





Salam Syawal semua..

Walaupun dah masuk 10 Syawal, tetap nak ucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri 2013 untuk uolls semua. Sorry lah agak busy sebelum raya dan selepas raya ni.

Sampai ucapan raya pun, hari ke 10 baru dpt wish ^______^

Ni gambar family Mamayiyen untuk Hariraya tahun ni. Tema purple katanye. Ada 1001 gambar actually tapi tak dan nak upload kat sini. Follow instagram Mamayiyen @NooryatiTawith & @Mamayiyencollections for more photos ok :)

Tahun ni beraya kat Sabah. Best sangat sebab dapat beraya bersama semua ke enam2 orang adik beradik yang selama ini asyik tak cukup je kalau nak beraya. 10 tahun uolls baru dapat beraya COMPLETE. Syukur Alhamdulillah..

Ok. Itu je nak share hari ni. InsyaAllah banyak lagi gambar akan menyusul lepas ni. Gambar wedding adik of course :)

Tata titi tutu ❤


Saturday, May 11, 2013

Jururawat sebagai Ibu ❤


Luahan rasa seorang Jururawat yang bergelar Ibu & seangkatan dengannya. 

( Terima kasih kepada yang sudi membaca )

Setiap kali nak pegi keje MALAM & start pakai uniform kerja, Neidal akan tanya, "mama keje ke?" Walaupun masih agak pelat bercakap tapi kalau tanya mama keje ke tak, lancar je soalan dia. Bila saya jawab, "Haah mama keje" dan dia akan cakap, "Jangan lah keje mama. Neidal nak ikut" ok pullstop. Airmata ibu mana yang tak menitik jikalau anak yang baru berumur 3 tahun dah pandai pujuk mama dia supaya duduk rumah & tak payah pegi kerja. Rasa macam nak tidurkan dia dulu baru pegi keje ataupun tak payah pergi kerja langsung. Tapi masa tak mengizinkan & tak mungkin saya boleh buat macam tu. Sedangkan punch card lambat 1 minit pun dah kena buat EXPLAINATION LETTER, inikan ponteng kerja. 

Selalunya saya akan cakap, "Esok kita gi jalan2 ye" & Neidal angguk. Cepat2 ambil kunci kereta, kunci grill & start enjin kereta sebelum Neidal pujuk saya lagi. Neidal selalunya akan berpaut pada grill dengan kedua belah tangan dia sambil tengok saya keluar dari gate rumah sehingga kereta hilang dari pandangan dia. Baru dia akan tutup pintu rumah. Masa tu, airmata menitik lagi, dan lagi, dan lagi..  dengan DERAS. Rasa macam jantung dah jatuh atas lantai kereta & pecah berderai. Nampak Neidal melambai pula dari jauh. Mata berkaca2 & pandangan depan saya kabur. Drive sambil menangis teresak2. Hancur, luluh & punah perasaan saya terhadap anak kecil yang terpaksa saya tinggalkan demi kerjaya. Terus salahkan diri kenapa jadi Jururawat. Kalau jadi Pegawai bank ke atau Kerani dulu kan best. Boleh keje ofis hour, Sabtu Ahad cuti. Public Holiday cuti.  Etc. Tapi hati harus CEKAL untuk segala galanya! 

Sampai tempat keje, terus fokus pasal kerja. Dan lupakan pasal keluarga. Kerjaya & Pesakit diutamakan. Belum lagi pasal masalah di tempat kerja yang bermacam2 itu. 

Dan Ini baru pasal Neidal. Belum bercerita mengenai Yiyen lagi . Itulah, bila ada kelapangan & cuti, saya akan sedaya upaya bawak Yiyen & Neidal jalan jalan. Nak menebus rasa ralat & bersalah sebab selalu kerja bila diorang cuti sebab kena kerja on Public Holiday atau weekend. Untunglah kalau dapat cuti sehari pun masa weekend. Sudah rasa bersyukur. ( Hari ni cuti Night's Off. Alhamdulillah ) 

Nampak tak? Ini adalah salah satu dari beribu pengorbanan yang harus dilalui oleh seorang Jururawat yang bergelar Ibu. Saya rasa ramai yang berhadapan dengan situasi macam saya ni. Biarlah apa orang nak cakap. InsyaAllah,  Saya akan meneruskan kerjaya ini, selagi saya belum berputus asa. Kerana ini jalan yang saya pilih. Saya pasti, kawan2 yang sama profession dengan saya, yakni seluruh Jururawat di Malaysia, akan sedaya upaya memberi perawatan yang terbaik untuk semua pesakit. Walaupun selalu di hina, di 'condemn' & di caci cerca dimata masyarakat. Akan sedaya upaya menjaga hati orang lain, walaupun hati sendiri tak terjaga. Akan selalu dahulukan orang lain, Walaupun diri sendiri tak cukup rehat. Hati seorang Jururawat sama dengan hati orang lain. Shape dia seolah2 bentuk LOVE ❤, bukan EMPAT SEGI. Tiada perbezaan. Oleh yang demikian. Hargailah seorang insan yang bergelar JURURAWAT kerana, seorang JURURAWAT sentiasa menghargai insan lain. 

Sekian terima kasih. Tulus ikhlas luahan rasa dari saya, seorang Jururawat Terlatih , Misi Sejati yang selalu membaca CERCAAN & HINAAN  kepada seorang Jururawat tapi pendamkan saja perasaan marah itu kerana kesabaran yang mendalam sudah lama diterapkan dalam keperibadian seorang Jururawat. Kami tidak mudah melatah. 

& To all NURSE'S & MOTHER'S out there,
Happy Nurse's Day & Happy Mother's Day! ( Ucapan combine sempena Nurse's Day & Mother's Day )

Love ❤,
Nooryati Septembia Sherly Bt. Tawith.
Qualified as a Staff Registered Nurse since 2001. 



Sent from my iPhone

Thursday, April 11, 2013

Adab Bercakap


Salam Khamis semua..
Hari ni nak share kata kata dari FB Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary :)
Selamat membaca..



Adab Bercakap Orang Melayu...
===============


1. Apabila bercakap, kita perlulah mempunyai maklumat yang hendak disampaikan.


2. Maklumat itu perlulah mengandungi isi yang baik.


3. Isi yang baik memerlukan si pembicara punya ilmu dan pengetahuan tentang perkara yang hendak dicakapkannya.


4. Sekiranya tidak, percakapannya umpama tin kosong.


5. Sekiranya kita tidak mempunyai maklumat benar dan lengkap, tidak perlulah bercakap.


6. Kadangkala, diam sebagai pemerhati lebih baik daripada sibuk ingin mengutarakan pendapat yang tidak bernas.


7. Orang Melayu sering menitikberatkan hal percakapan dalam memberi tunjuk ajar kepada anak-anak.


8. Anak-anak dilarang menyampuk percakapan orang tua.


9. Hal ini dianggap kurang ajar kerana anak-anak yang menyampuk percakapan orang tua sering kali terlalu emosi dalam percakapan dan kurang menghormati konteks.


10. Sememangnya anak-anak muda darahnya panas dan emosinya mudah berubah.


11. Justeru pantang larang ini dikenakan supaya anak-anak dapat berfikir secara rasional dan matang, sebelum bercakap atau mengambil sesuatu tindakan.


12. Adat resam Melayu mengajarkan agar setiap orang hendaklah menjunjung tinggi dan mengamalkan nilai-nilai luhur budayanya dalam setiap percakapan dan tindakan atau perilakunya, terutama kesantunan dalam bercakap, atau menyampaikan pendapat dan sebagainya.


13. Itulah sebabnya, orang yang tidak mampu menampakkan kesopan santunannya, lazim disebut sebagai “orang yang tak tahu adat” atau “orang yang tidak beradat” atau “orang yang kasar langgar”.


14. Orang-orang seperti ini dipandang rendah dalam pergaulan sehari-hari.


15. Dalam sesuatu percakapan atau perbicaraan, orang Melayu redup pandangan, tidak gelisah mental dan perlakuan.


16. Mereka sentiasa tenang supaya apa yang dibicarakan dapat mencapai keputusan yang betul dan dipersetujui bersama.


17.Ajaran Melayu, pantang cakap patah-mematah, pantang bual jual-menjual, pantang bicara cerca-mencerca, pantang mulut carut-mencarut..



Thursday, February 16, 2012

Drinking Water at the correct time!



I knew water is important but i never knew the special times to drink it. Did you??

About 90% of Heart Attacks occur early in the morning and it can be minimized if one takes a glass of water!

Drinking water at the correct time, maximizes its effectiveness on the human body.

1 glass of water after waking up - helps activate internal organs.

1 glass of water 30 minutes before meal - helps digestion.

1 glass of water before taking a bath - helps lower blood pressure.

1 glass of water before before going to bed - avoids stroke or heart attack.

Please pass this to the people you care about.....

I Just DID!!!!

Wednesday, January 5, 2011

sorry for the lack of updates


short update here..
sorry x sempat nak up up gambar..
i'm gonna blog about

-my brother's wedding
-balik sabah
&
-yiyen's 1st day at school

very soon!

sangat lah busy menemani yiyen ke sekolah :)

till then
bye!

Sunday, October 10, 2010

Kisah Seorang Jururawat


Love a Nurse??


Buat renungan sahabat2 JURURAWATku... (luangkan masa seketika untuk membacanya)


"ish...tak ingin aku jadik 'nurse'.Pegang tahi org sakit!"
hmmmm...kadang2 aku terasa bagai termakan kata-kata sendiri.
padan muka.

kini,sekarang aku bergelar seorang jururawat.
mungkin Tuhan mahu aku mengerti dan belajar perasaan menjadi seorang yang bergelar JURURAWAT..

mulanya,profession ini ku pilih sebab 'last choice'
dan pastinya bukan di sebabkan minat..
tapi,bila mendalami bidang ini..aku mula jatuh cinta..

dengan profession ini,aku belajar banyak perkara..
kerana aku berhadapan dengan banyak ragam manusia..
bukan setakat ragam pesakit,tapi juga para doktor..

cuma kadang-kadang terkilan dengan sikap sesetengah orang,
menganggap jururawat sebagai "amah"
dalam hati ingin mengatakan
"kau ingat kau tu siapa??"

tapi,sabar mengatasi niat dihati..
tak sampai hati mengatakan hal sedemikan..
mungkin dia tidak berniat,sebab dia dalam keadaan sakit..

kadang-kadang berdepan dengan manusia yang..
"saya bayar maaa...saya punya suka laaa"
dalam hati ingin mengatakan
"kau bawa mati lah tu duit kau semua!"

tapi,dalam masa yang sama kesian juga..
mungkin dia tak tahu polisi-polisi,syarat2 yang dia tak boleh beli..hmmmm

tapi,
pernah juga air mata ku menitis...
menyaksikan isteri meninggalkan si suami,
anak bongsu meninggalkan keluarga pada hari jadi nya,
terharu melihat kegembiraan seorang lelaki akan bergelar ayah...

kadang sedih melihat seorang nenek tua tiada berteman...
kadang menyampah bila melihat lagak anak2 tak ingin menyentuh pakaian ibunya sendiri yang dibasahi air kencing "what the hell?".

ketika memberi bantuan kecemasan,
aku sering berdoa
"ya Tuhan,kembalikan lah nafas nya"

membantu sedaya mungkin...
biar pun badan sendiri sakit gara2 "chest compression" & "bagging"
tapi adalah satu kepuasaan kalau melihat 'dia' selamat...
dan turut bersedih jika Tuhan lebih sayangkan nya...



para doktor?
ada banyak spesis.
dan yang peliknya,jururawat terpaksa menghafal setiap habit,ragam,apa yg di sukai dan di benci oleh sang doktor..

para doktor ni baca buku yang sama,
tapi dengan cara masing-masing...

haishhhhh...
ada yg beri arahan hanya sekali,
di tanya kali kedua-melenting!
hish...pasang recorder baru tawww....

"tulisan Doktor"????
aduiiiii...mmg payah.
hanya beberapa sahaja yg memiliki tulisan yang boleh di tafsir..
bak membaca tulisan zaman purbakala..
kalau ada penafsir tulisan,kan baguss..

ada yang asyik nak cepat..
ntah apa yang di kejar..
kadang2 ada yang tak reti bahasa..
tapi,siapalah jururawat di mata doktor??
pembantu jerrr...

kadang2
ingin juga bagi tumbukan sulung di muka doktor nih...
nasib baik lah peraturan wujud..
ingat dia sorang saja yang patut difahami?

tapi,bukan semua doktor mcm tuu yaaa...
apa2 pun,hanya Jururawat faham perasaan seorang Jururawat.
so jadilah seorang Jururawat baru uolls tahu macamana perasaan Jururawat yang sebenar..


"don't judge the book by its cover"

renung renungkan.



Copypaste dari FB JURURAWAT MALAYSIA.

Sunday, June 7, 2009

..Remember September..






Those people who born on the month of September:
aku la tu...nama pun Septembia...
got this from facebook..
entah betul,entah tidak..tapi macam betul jak..
~Suave and compromising Careful (yes)
~Cautious and organized (betul)
~Likes to criticize (ishh..mana ada..)
~Quiet but able to talk well (correct)
~Calm and cool (betul la tu :)
~Kind and sympathetic (of course!)
~Concerned and detailed (setuju!)
~Trustworthy, loyal and honest (uhh..macamana tau nih?)
~Does work well (ehem-ehem..)
~Sensitive (sometimes ;p)
~Thinking Good memory (sudah tentu!)
~Clever and knowledgeable (sangat betul..hehe..) mesti highlight part ni..hehe.. perasannya budak ni!
~Loves to look for information (correct)
~Must control oneself when criticizing (yeahh!!)
~Able to motivate oneself (ye ker?? mungkin la..)
~Understanding (sangat!!)
~Secretive (wow! yang personal ja la)
~Loves sports, leisure and traveling (betul tu!)
~Hardly shows emotions (emmmm....macam..)
~Tends to bottle up feelings (hah?) query status..

ish..macam tau2 ja...karektor org yang lahir bulan September ni :p
sila lihat jawapan ku dalam kurungan itu.. macam betul ja..
Dalam familyku,hanya aku & adik ku c Baby@Yohan ja yang lahir bulan September..
So Bi,kalau ko mau tau mcmana karektor mu,
Ni lah dia...betul ka?
Aku lahir pada 14hb & Baby 3hb.
Then,kalau teringat tu..janganlah lupa bagi present birthday i nanti k...
Woot woot!
x malu oo dia ni!!


Dada didi dudu!

Advertisement

Blog Widget by LinkWithin