Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Friday, February 8, 2013

Breakfast with Neidal





This picture was taken last Wednesday.
A simple breakfast with my cheeky lil bum bum :)

Enjoy the picture guys ❤


Wednesday, November 28, 2012

JJCM Makan burger bakar :)





Hi semua!

Hari ni nak share gambar i dengan burger bakar :) hehe..

Ni actually first time makan. Kebetulan gi seksyen 7 Shah Alam hari tu, singgah restoren ni kat area jln Plumbum, belakang pintu Uitm Shah Alam tu.

Memang sedaplah burger bakar ni. Yang saya order ni, burger ayam. Siap ada mushroom goreng dgn onion ring. Uolls yang belum cuba, silalah cuba ye.. Sedap tau! Harga yang ni dalam rm11.90 kalau tak silap saya.



Monday, November 26, 2012

Resepi Shuffle Laici Habibie





Bagi kawan kawan yang dah tengok gambar ni kat instagram, twitter & fb, mesti tertunggu tunggu resepi ni. Sorrylah sebab tak sempat nak update sebab temankan kakak ipar saya gi shopping :)

Ok jum mulakan resepi..

SHUFFLE LAICI cik Habibie.

Bahan-bahan:

Whipping cream x 2 kotak kecil
Telur x 2 biji
Laici x 1 tin
Gula x 1 cawan
Biskut Marie 1 peket
Butter potong separuh

Cara-cara:

Blend gula, telur,whipping cream dengan butter sekali sehingga sebati.

Susunkan biskut Marie satu lapisan, lepas tu susunkan buah laici diatas biskut marie tersebut, kemudian tuangkan bahan yang di blend tadi. buat sehingga 4 layer, Taburkan serbuk oreo diatasnya, kemudian sejukkan dalam peti sejuk.

Shuffle laici ni tak payah dimasak ye kawan2. Lepas rasa rasa dah sejuk, bolehlah makan Shuffle laici ini.. Uolss mesti suka sebab nak buat ni sangat senang!

Sekian terima kasih..
Selamat mencuba semua! Bila dah buat tu, jangan lupa tinggalkan link uolls di bawah comment entry ni ok.
I nak baca. Tapi kalau nak bagi i rasa pun ok juga. hehe..

Ok,
Byebye semua :)


Thursday, November 22, 2012

Makan Ice Cream kegemaran Yiyen & Neidal




Hi semua!!
Kalau uolls nak tau, kat Kota Kemuning dekat dengan rumah weolls dah ada kedai Baskin & Robbin. Best kan.. bila bila rasa nak makan je, boleh pecut gi sana & makan.. dalan 3 minit je dari rumah..




Tengoklah Neidal dengan muka happy dia makan Ice Cream ni..





Ice Cream perisa Chocolate adalah kegemaran Yiyen & Neidal.. Tapi kalau saya makan kongsi dengan Neidal, mesti saya order perisa kegemaran saya, Chocolate praline with caramel! Kena makan slow slow sebab manis leting! haha!




Sharing is caring!




Nyam nyam!!




Concentrate makan tau!




Aummmmm!!




Gambar boleh buat iklan B&R!
Part lidah tu yang tak tahan kan Neidal...hehehe...




Oh We Love B&R!!


Thanks kakak ku sebab belanja Ice Cream hari tu.. lain kali belanja lagi ok. sebab kami memang penggemar Baskin & Robbin !





Thursday, May 24, 2012

Baru :)





Cantik tak cantik tak? gittew.. jangan jeles ye sebab mak ada crocs baru.. awww!!

Itu je nak crite :)

 #kthanxbye hehe..

Saturday, April 28, 2012

NEIDAL is TWO!






Today is the day when the fun will never end, Yippie! Your birthday is here and it's your 2nd!

I wish you have a brilliant day my dear one. May you continue to grow up more adorable over the years.

Your second birthday brings me back to the days when i first held your fragile body in my arms.

Happy Birthday my Champion NEIDAL!
We love you so much ensemboy :)

From,
Mama, Papa & kakak Yiyen ❤




Sunday, April 22, 2012

JJCM at Delicious Sunway Pyramid




Happy Sunday guys!
Semalam sempena cuti hujung minggu, kami sekeluarga gi Sunway Pyramid untuk JJCM :) kekadang perasaan nak makan kat luar tu datang tetiba kan.. hehe..

Mula mula tu tak tau lagi nak makan kat mana. Tapi bila lalu kat Delicious, terus cik Abe ajak masuk :) mesti dia nak makan makanan favourite dia kat sini tu.. apa lagi kalau bukan Oxtail soup set tu.
Saya seperti biasa order Salmon set dan Yiyen Spaghetti. Air order 2 je iaitu Water melon juice dengan Ice lemon juice sebab Ice lemon tu refillable so tak payah nak membazir order 3 air.

Harga kalau uolls nak tau not that expensive la. oxtail soup tu RM28.90, Salmon set saya RM29.90 rasanya dan menu spaghetti Yiyen adalah percuma!! Kids meal x 1 free if we order 2 set of main course :) best kan. Water melon juice RM8.90 if i'm not mistaken & ice lemon tea is around RM6.90.
Total damage for yesterday lunch meal is not more than RM100 :)

Worth it coz the place & food is really nice! So sesiapa nak gi sana, bolehlah try kan. Dessert tak sempat order semalam sebab kenyang sangat, plus Neidal dah tak boleh duduk diam. So weolls pun jalan jalan pula lepas tu..

Yada yada yada...


Thursday, April 19, 2012

Horlicks McFlurry!!



This is dayem good!! haha.. hari tu tetiba nak makan McDonald kan, pastu yg amik order tu tanya, nak try tak Horlicks McFlurry baru dari McD?

Saya pun apa lagi, teruslah order. dalam kereta (drive thru) terus rasa, emgee!! sedapnya.. tapi kena makan cepat sikit sebelum cair sebab kalau dah cair, kurang kick sedapnya.. hehe..

Uolls jangan lupa try ye sebab ni untuk limited time je ni.. petang ni balik keje, singgah McD ok!!
Slurp Slurp!


Friday, February 3, 2012

Dear Loyal readers of MAMAYIYEN.BLOGSPOT !



HOLLA!





I'm giving away this vouchers to my loyal readers :)

Sorry, sebenarnya dah lama nak bagi hadiah untuk pembaca setia blog Mamayiyen ni..
tetapi disebabkan oleh kesuntukan masa nak update (sibuk dengan praktikal & kelas) so agak terlewat sedikit pemberian hadiah ni.






Voucher Afternoon High Tea ni saya nak bagi FREE! kepada siapa yang rasa dia layak dapatkan voucher ni :) Oh sudah tentu dia adalah my followers :) so follow mamayiyen sekarang! hehe..
Please tell me why ok. And please let me know via comment kat bawah ni atau via Facebook or Twitter. But you have to tag me supaya saya tau la. Paling senang, bagi link dia kat comment kat bawah ni. Alah, senang je.. cakap je suka baca Mamayiyen.blogspot.. sudey..kehkehkeh! paling paling pun, buat sedikit entry pasal Blog saya ni dalam blog uolls. Nanti saya baca & sambil sambil tu boleh promote blog uolls juga kan.





Hadiah dia adalah:

Afternoon High Tea. Meal for 2 People: 2 a la carte dishes + Free flow of desserts and drinks at Checkers Café, Dorsett Regency Kuala Lumpur (4 stars hotel tu! & yang penting sekali boleh makan desserts & drinks sampai kenyang!)






Boleh guna voucher ni dari Feb 9, 2012 – May 9, 2012. So kalau rasa rasa nak makan high tea dengan cik abang tu, boleh lah ajak dia sekali kan :D



p/s: saya akan emailkan voucher ni kepada yang layak tu ye :) cepat bertindak sekarang!! hehe!




Mamayiyen Loves all her Readers!

yeah!!





Sunday, December 18, 2011

Popcorn Royale TGV!





Gila kentang!! akhirnya terbeli juga Popcorn Royale dari TGV yang digembar gemburkan kat twitter beberapa hari lepas :)
Popcorn ni baru mula di jual minggu ni..sebab ni popcorn terbaru keluaran TGV Malaysia. Popcorn sangat sedap sebab keseluruhan popcorn ni di saluti caramel. Rasanya ada satu saiz je yang dijual kat Tgv Sunway Pyramid ni iaitu 85oz. Harga dia rm29 per tin. Berbaloi beli sebab dapat tin yang cantik ittew. boleh bawak balik dan simpan kat rumah.. hehe..
Uolss jangan lupa beli kalau ke Tgv Sunway ok. KLCC pun ada rasanya.. ok nak makan
Popcorn Royale dulu sementara tunggu Poppycock yang saya order dari USA tu dapat minggu depan :) chow chin caw! nyum nyum!!


Sunday, November 27, 2011

My favourite cream toffees





Hello peeps!
Saja nak update sket pasal gula2 kegemaran saya ni.
Uolls pernah rasa tak gula-gula ni? cuba try test. uolls pasti terpikat! Ada dijual di Jusco, Carrefour, Watson etc.

Dah rasa nanti bagitau saya ye :)
Yummy!!


Friday, November 4, 2011

Bawal masak merah Mamayiyen :)





Ni lauk malam ni actually.. nak cuba tak? jom!
Bawal masak merah cara mamayiyen :)

Bahan-bahan:
. seekor ikan bawal di goreng
. sebiji tomato potong dadu
. setengah biji bawang besar
. sebiji lada merah potong dadu
. suku biji timun di potong 3 segi
. sedikit bawang merah & putih
. sos cili
. kicap
. serbuk pasti sedap :)
(tambah nenas pun bole)

Cara- cara memasak:
. goreng ikan dan asingkan.
. goreng bawang dan semua bahan bahan tadi..
tuang kuah masak merah/sos tadi ke atas ikan dan wallaa!!

Dah siap!! simple bukan?
selamat mencuba!







Monday, October 17, 2011

My favourite juice!





Happy Monday peeps!
Dah lama nak blog pasal jus ni. Tapi tak kesampaian lagi.. Hari ni sempena kerja malam dan ada masa free di rumah, i shall share with u guys.. Tapi saya tak dapat apa apa komisyen ye dari entry ni :)
Just wanna share dengan uolls my favourite juice! MariGold Carrot & Mixed fruit juice! I dont know about u tapi bagi saya jus ni sangat sedap dan bagus untuk kesihatan..

No sugar added & No preservatives at all! Macam ni baru betul betul jus.. minum banyak pun tak takut.. ni kekadang minum jus tapi terasa sangat pewarna dia kan.. tak suka betul macam tu..tipu pengguna!
One more thing yang best pasal jus ni, sangat melawaskan proses perkumuhan kita.. so no sembelit sembelit ye :) Dah, gi kedai sekarang.. beli!

Selamat mencuba!
Always choose the best for your family!
- Mamayiyen -






Thursday, August 11, 2011

Makan Tutti Frutti





Salam Ramadhan ke 11 dear readers..
Bestnye sambil keje boleh update blog ni.. tapi ofkos guna cik ipoon ler :)
Sambil sambil tengok gambar tadi. jumpa gambar ni.. saja nak share gambar ni dengan uolls :) Yummy betul la ice cream yogurt ni. keliuran sudah time time puasa ni.. uolls dah pernah rasa ke Tutti Frutti ni? sedap tak?

Sent from my iPhone

Thursday, August 4, 2011

Daim dari Ikea!





Salam uolls..
saja je boring boring masa keje ni nak update blog sikit.
terliur sekali tgk kek ni time2 puasa ni -____-
jom tengok gambar ni..

Wednesday, June 29, 2011

Father's Day treat at Gasoline Concept Cafe



Seperti yang di janjikan..hari ni nak buat entry pasal makan kat Gasoline Concept Cafe hari tu.. Restoren Gasoline ni ada banyak cawangan, Uolls boleh check their outlet kat SINI Cawangan yang kami pegi ni kat Sunway Pyramid.. terletak di 1st Floor, Asian Avenue, Sunway Pyramid.



Comel je menu theyolls ni.. suasana dalam setiap outlet pun berbeza beza..



Mamayiyen at Gasoline :)
suasana dalam cafe ni memang di malapkan..so gambar pun agak suram gittew :)
boleh pilih nak makan atas meja atau atas lantai ala ala jepun..



Yiyen's chicken special fried onion spaghetti



Ensemboy & Papa
slurp! slurp! neidal..



Makan kat sini adalah sempena Father's Day.. so saya yang belanja.. actually voucher ni saya dah beli online 2 minggu lepas lagi.. kami datang untuk makan je hari tu.. except for the drinks la...kena bayar.. Papa makan beef steak :)



This is my Fish & Chips.. diet katanyer nak makan ikan jer...hehehehe...



Yiyen pose terkejut :p



Dessert ni pun sekali dalam pakej..



ok yang ni dah ready untuk senyum..



Habis makan harus bergambar di luar cafe.. cafe dia sangatlah unik! macam makan dalam Kapal Layar tau! uolls harus cuba makan kat sini..



Posing lagi



Dan lagi..



zoom sket..



see! cantik kan! lain dari yang lain..



ngeh ngeh ngeh :p

itu je nak share dengan uolls..
dengar dengar theyolls ada buat jual balik voucher tu..murah tau! ada 3 course meals..
so cepatan BELI di SINI!



tata!

Saturday, June 11, 2011

Makan Steamboat bukan selalu :)


Rabu lepas weolls satu family ke restoren ni.. Pernah tak dengar restoren ni? Priok Steamboat Restaurant kat Kelana Jaya? klik je kat SINI kalau nak tau detail pasal restoren ni..



Oleh kerana dah lama tak makan steamboat..tekak terasa pula nak makan..makan kukus kukus ni kan makanan sihat.tak payah minyak.. pada satu hari.. ceh macam nak buat cerita dongeng pula.. :p hari tu masa nak check GROUPSON MALAYSIA deal, saya ternampak voucher Priok steamboat ni di jual dengan harga yang sangat murah sekali! 50% uolls! so terus grabb!


Ni lah restoren tu.. voucher tu pula untuk 2 orang makan sampai kenyang sebab buffet style..so lagilah beta happy :) berbaloi baloi..



Tengok! best kan steamboat they olls.. makan seberapa banyak nak makan tapi kalau xhabis makan akan ditimbang dan akan dikenakan bayaran rm5 setiap 100gram makanan yang tak habis tu..so makan setakat yang kita mampu je ok.. pembaziran adalah dilarang sama sekali :)



Tempatnya sweet sangat! sebab betul betul kat lakeside :) makan pun tenang je sambil tengok tasik kan.. kalau uolls nak ke sini..make sure buat booking dulu sebab i am sure they olls fully book sampai hujung july ni..maklumlah beribu ribu voucher terjual hari tu..



One more thing, they have a private room for function for a group of 10 or 20 pax.. kalau nak makan satu family yang ramai dan nak kan privacy,tempahlah bilik ni..harga sama je..siap ada aircond lagi tau! best bukan! one day,pasti nak datang lagi sini sebab layanan pemilik restoren dengan staff restoren memang excellent! sampai je kat meja kita they olls akan terangkan itu ini pasal mana nak amik makanan etc.then pelayan sentiasa tersenyum :) macam tu lah baru restoren cepat laku! senyum je...murah rezeki sampai saya tulis entry ni sebab puas hati.. hehe..

p/s: sape2 nak ke sana taknak ajak i ke? :p yiyen pun nak ikot :) gambar makan steamboat xsempat nak transfer kat lappy.lain kali ye..


Wednesday, May 18, 2011

My Favourite dishes at Uncle Johnny's :)


Uolls pernah tak try makan kat Uncle Johnny's Restaurant? Saya memang jarang jarang makan kat situ..tapi kalau dah mengidam nak makan nasi goreng macam dalam gambar kat bawah ni..wajip pergi! Nasi goreng ni memang terangkatlah kalau makan..




Ni lah dia Ginger Rice Uncle Johnny's! Sedappppp sangattt! U guys should try this kalau makan kat Uncle Johnny's ok.. Setiap kali ke sana,mesti order nasi ni..Actually menu utama diorang is Steamboat..tapi i lebih suka pilih nasi ni..




Ok ni pula makanan favourite encik suami.. Beef Rice kalau tak silap saya.. dia ni memang suka makan daging thats why kalau order mesti berkonsepkan daging..terutamanya daging kambing..his favourite meat tu!


Tomyam Johnny's


Slurpppp! kecur air liur bila tengok balik gambar ni..ni adalah makanan kegemaran ku yang kedua kalau pegi uncle Johnny's Restaurant ni..Rugi wooo kalau tak order Tomyam they alls! Bagi saya rasa dia memang cukup serba serbi..





Tengok gambar pun dah tau sedap..esok kalau ada masa,trylah Tomyam dengan Ginger Rice diorang..confirm puas hati.. Dan sesiapa yang nak buat steamboat tu,ajak ajak lah say ye..dah lama tak makan steamboat ni...keciannnn kannn... kempunan i :(


Saturday, April 9, 2011

Entry makan makan


Minggu lepas adalah minggu makan makan bagi saya :) manakan tidak gambar dalam entry ni semuanya makanan je.. Gambar di bawah ni sudah pasti menggugat keimanan orang orang yang nak berdiet kan..



Daim Whole cake ni adalah Birthday cake adik saya Yohana 2nd of April yang lalu.. Dia cakap dah selalu celebrate dengan kek SecretRecipe.. so kali ni dia nak kek Daim pula..Good Idea Cheng! Did you guys know that we can buy this Daim Whole cake kat kedai Ikea yang kat sebelah jual sausage bun tu? alah kat depan tempat cashier Ikea tu.. RM25 je uolls!! Puas hati dapat makan kek Daim tanpa ke Ikea :)



Ni Birthday treats si Cheng Cheng untuk we olls sekeluarga..oleh kerana tak dapat join dia celebrate her Birthday at RedBox The Curve hari tu, dia belikan we olls Dominos Pizza ni..Thank You Cheng! terus terliur tengok gambar ni.. makan pizza dengan air Sprite memang sedap!



Ni pula McDonald Voucher yang saya dapat masa beli lunch kat Mcd hari tu..boleh redeem before 31st of March je.so apa lagi hari tu bila perasan voucher dah nak expired..me & yiyen cepat cepat meredeemnya..Beli minimum RM5 purchase,FREE 2 Big Breakfast! sape taknak kan..harusslah nak!



Sebelum makan Breakfast tersebut.yang RM5 tu, i beli Hot Pancake jer..



Haaaa! ni lagi seronok.. Kek Lapis dari Sarawak yang telah di angkut oleh adikku si Cheng Cheng. Diakan dah pindah Sarawak sekarang..so masa dia datang KL hari tu,dia tapaukan saya dengan 4 jenis kek lapis ni..paling sedap kek lapis cheese yang first time saya makan..sedap gilak!



pandangan atas kek lapis



Siap packing dalam kotak.. terbaekk dari ladang kek Dayang Salhah ni :) Kek lapis dia ni memang sangat Femes kat Sarawak..



Owh ya..ni ada satu iklan nak buat..uolls dah pernah cuba tak roti Soft Roll Gardenia Delicia ni??
Aduh sedap banget okeh! Kalau tak percaya silalah beli..murah je Rm0.90.. saya suka sangat sebab dalam dia ada rasa macam buttermilk.. nyum nyums.. gambar last pula ada kat bawah ni..
.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

ni dia..







biskut kecil comel kegemaran yiyen.Like dotter like mother betul lah Yiyen ni sebab masa kecil saya pun minat makanan ni :) sape tau apa nama biskut ni??

oklah..itu je entry pasal makanan saya buat masa ni.. nanti kalau ada makanan best best saya post lagi..uolls yang ada cerita pasal makanan, marilah share dengan saya..


Advertisement

Blog Widget by LinkWithin