Showing posts with label TV Series. Show all posts
Showing posts with label TV Series. Show all posts

Sunday, November 24, 2013

Jatuh chenta dengan LMH ! The Heirs !



Hehehe..
Tajuk tak tahan. Sape yang bersama saya?

Maksud saya sape yang tengah layan atau kemaruk Drama Korea The Heirs sekarang? Sebenarnya dah lama tak layan cerita Korea. Tapi sejak dua menjak dah ada Astro Beyond HD ni, hari hari saya layan ataupun dengan istilah lain, marathon cerita Korea kat Channel 393 Astro OneHD. Semua cerita saya follow. Tapi paling minat dengan cerita The Heirs.




Ni gambar Hero & Heroin dia. My LMH! huhuhu..





Ini pelakon pelakon yang menjayakan Drama ni. Serius BEST gila cerita ni. Uolls yang tertengok cerita ni walaupun terlepas episod 1, maksud saya terus tertengok episod 2 atau 3, confirm akan jatuh cinta juga dengan drama ni tau. Believe me :) hehehe.. Tapi saya memang tunggu2 cerita ni. bila tengok iklan haritu, macam best je, terus tunggu depan tv tengok episod pertama. Lepas tengok episod pertama haritu, terus jatuh chenta.


 

Nampak tak pakwe i tu? hehehehe..berangan tau! Dia ni lah yang menaikkan rating drama ni. Rasanya lah. Tengok muka pun dah tau. confirm menjadi kegilaan gadis2 di luar sana. termasuk SAYA. hehehehe!

Oh Lee Min Ho!


Sesiapa yang nak layan cerita ni online dan nak tengok laju2 tanpa tunggu episod kat tv ( sebab tv baru episod 6 ) boleh lah ke http://www.dramago.com/ dan pilih Drama The Heirs ok. Kat Ch393 , The Inheritors :)

Selamat menonton & tak tido malam uolls. hehehe..

yang benar,
Kekasih gelap LMH

hahaha!






Monday, January 9, 2012

Dentist vs Farmer


Dah berakhir dah pun Perang Dapur Masterchef Malaysia semalam.. 
Dan telah diketahui umum yang Ezani seorang Doktor gigi telah menjadi juara Masterchef Malaysia yang pertama.

Saya memang peminat setia rancangan Masterchef ni. Kalau sesiapa yang follow saya di Twitter, @NooryatiTawith , sudah tentu terbaca tweet saya yang banyak ittew.. pasal #MasterChefMY :) setiap Sabtu - Rabu, memang tak pernah miss tengok Masterchef ni. pukul 9 malam mesti dah ada depan TV. kalau missed pun terus tengok keesokkan harinya pukul 12 tengahari. siaran ulangan.
harus tonton katanyerr!



Ok, berbalik kepada cerita pemenang, Cik Ezani, pada pendapat saya Ezani adalah salah seorang peserta yang sangat bernasib baik kerana selalu berada dikumpulan yang menang semasa ujian masakan berkumpulan. Oleh kerana itu dia tidak pernah berada di dalam ujian penyingkiran. Ezani sebenarnya adalah seorang yang agak pendiam semasa dalam pertandingan ni dan tidak berapa menonjol berbanding Brian (seorang peserta yang sangat talkative tapi suka cara dia cakap BM ) Ary, Shariah, Dina, Zamir, Zahin,Abg K, Wahidan, Felix,Amitha, Imelda dan lain lain...

Mungkin kerana itu, Nasib sentiasa menyebelahi Ezani. Berada di kumpulan yang menang dan selalu terlepas daripada ujian yang agak susah berbanding yang lain. Ini pendapat saya sebab saya tengok semua  episod Masterchef ni. Walaubagaimanapun.. pujian harus diberikan untuk Ezani kerana telah sampai ke tahap akhir semalam dan menjuarai pertandingan ini..

FYI, saya sangat berharap yang Wahidan akan memenangi pertandingan semalam :( almaklumlah orang kampung saya kan.. confirmlah sokong :)) BBKK! Tahniah untuk Wahidan walaupun tidak menjuarai pertandingan ini tapi dia juara di mata saya kerana kejujuran beliau semasa dalam pertandingan ini. Walaupun hanya seorang pekebun tapi beliau telah membuktikan yang dia boleh memasak dan mampu menjadi finalist Masterchef Malaysia yang pertama.

Mengambil kepada kata kata dia semalam..
"Dia seorang doktor dan saya hanyalah seorang pekebun, tapi saya dapat bersama dia di peringkat akhir"
tersentuh hati ini bila Wahidan cakap macam tu T_____T







Whatever it is, adat pertandingan memang ada yang menang dan ada yang kalah. Kita tunggu pula MasterChef Malaysia yang ke 2 ok. Manatau ada seorang jururawat pula nak join kan. Who knows :)


hiks!




Advertisement

Blog Widget by LinkWithin