Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

Friday, November 18, 2016

GA - Happy 21st Anniversary dinda Hainom

Maaf aku dilanda penyakit duniawi seperti entri sebelum ini. Sibuk dan lelah! Tetapi Gegar Vaganza GA sempena anniversary ke 21 adinda ku tetap ku redah jua. Lalu ku kuak sedikit ruang masa untuk mencatat satu hikayat sang permaisuri sehingga terpahat indah hidup bersama sang arjunanya.



Sudah tercatat di dalam satu hikayat bukan dahulu kala tetapi 21 tahun yang lalu. Maka ada satu ceritera indah akan terpetrinya satu ikatan suci antara dua anak Adam di bumi Muar, bandar maharani. Seorang gadis comel-molek tertunduk, tersipu malu tetapi jauh di sudut hatinya bergejolak menanti sang adiwarnanya menggenggam erat tangan seorang qadi bagi melafaz dan aqad untuk menjadikannya permaisuri di hati. 

Riun-rendah suara sanak-saudara mahu meraikan si puteri bongsu diraikan sedikit pun tidak melelahkan seisi keluarga. Masing-masing tersenyum gembira meraikan majlis gilang-gemilang. Debaran  sang arjuna untuk disatukan dengan adinda pujaan hati pula membuatnya tidak mampu untuk lena barang sepicing. Gemuruh sudah dirasakan semalaman sehinggalah menjelang pagi. Namun kegagahan harus dibuktikan dengan keluarga di sana. Sebab itulah sebaik qadi menggoncang tangan lalu disambut dengan lancar sang arjuna "Aku terima nikahnya......" dan disambut dengan sambutan para saksi, "Sah..Sah". Mengalirlah airmata kegembiraan sang permaisuri yang bersimpuh ayu.

Kini sudah 21 tahun berlalu..
Seorang putera gagah perkasa persis sang arjuna pujaan hatinya dan dua puteri selayaknya mengikut jejak si ibu berbahagia menghuni mahligai bahagia. Semoga itulah pengabadian yang indah sehingga kekal abadi di syurga firdausi.

~~ Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 21 buat dinda Hainom.~~



Khas buat Hainom Haryani:-
"Ojo dipilih entri kanda iki. Serious kanda tulis khas tapi udhu utk GA. Kanda agak sibuk pasal dugaan pangeran nang keluargo kanda. Tapi pasal dinda terluah entri iki. Mugo diparengi seng apik-apik. Amin."



Monday, January 18, 2016

Tiga Lalat Calendar Giveaway

Nama blog diberi Tiga Lalat 
blog bukan hakmilik kekal itu mottonya
dengan GA ini aku terpikat
fuuh!! du'a dapatlah kalendar jowonya:)

Banner wajib - Lihatlah gambar hasil kepakaran seorang 'pemotong rumput' dengan kamera serba canggih.
Peluang untuk turutserta calendar giveaway dianjurkan oleh seorang 'pemotong rumput' yang pakar dalam fotografi, teringin juga aku melihat kalendar bergambar hasil tembakan yang berjaya menembusi beberapa majalah. Sinonim dengan nama yang digunakan wak, manalah tahu ada paparan kalendar istimewa kalendar jawa - pon, keliwon, wage, legi dan paeng. Wak kena ambil cabaran dari Titisan Nurani ini boleh? Sediakan kalendar jawa. Seingat aku ada satu syarikat di Batu Pahat membuat cetakan kalendar Jawa. 

Buat teman-teman yang mahu turutserta silalah terjah blog istimewa penghasilan seorang 'pemotong rumput' yang pakar bermain kamera canggih. Kalau anak patung pun boleh memukau mata dek panahan kameranya, apatah lagi kalendar yang bakal beliau berikan. Ikuti segala syarat yang ditetapkan jangan lupa. Tarikh tutup pada 18 Januari, 2016 (hari ini) dan masa tutup mengikut jam beliau, jam 12:00 tengahmalam ini. Jangan tertipu wak  itu bukan pemotong rumput!

terjebak dek kerana telefon hwawei


Saturday, August 8, 2015

"Rania Turn's 1 GiveAway!"

Sekali pandang sudah terpikat. Comel bukan? Siapa pun melihat sekali akan pandang sekali lagi. Bersempena usianya yang menuju ke satu tahun ada paparan istimewa melalui blog umminya.



Ini dia baby comel yang selalu aku suka lihat. Bagi memeriahkan suasana marilah join GA ini. Mahu tahu lebih lanjut sila klik di sini.

~~ Penyeri mahligai rumahtangga yang sekian lama dinantikan dengan penuh kesabaran.~~

Friday, October 17, 2014

Bukan Abu Lahab tapi Abu Halab

Posmen datang di hari minggu 
menghantar hadiah dari utara 
tidak perlu lama menunggu 
pemberian mama ka0ri tiba jua akhirnya 

Sampul A4 size - Masih berada dalam keadaan sempurna. Terima kasih mama ka0ri.
Selamat diterima waktu tengahari
anak dara ingat bolehlah dikongsikan
tetapi sesuai untuk papa saja
terima kasih buat mama ka0ri
saham akhirat selagi digunakan
dipakai pada hari Jumaat pastinya

Abu Halab - Jika membaca suroh Al-Masad mesti teringat kisah Abu Lahab  yg zalim/garang. Mafla cantik ini jenama Abu Halab, mungkin sebab tidak mahu mengambil nama Abu Lahab yang zalim/garang.
Bersempena hari Jumaat dan kisah Abu Lahab sama-sama kita renungkan ayat Al-Masad yang aku maksudkan itu. Bagaimana gambaran pembalasan yang diberikan kepada beliau dan isterinya Ummu Jamil.
  1. تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.
  2. مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.
  3. سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.
  4. وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.
  5. فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ Yang di lehernya ada tali dari sabut. 
buat teman yang ingin berkenalan
klik di sini jangan malu dan segan

~~ Jalinan ukhuwah sesama blogger unik terasa.~~


Saturday, August 30, 2014

GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta dari Mama ka0ri

Rezeki jangan di tolak dan jemputan kena penuhi andai ada kelapangan. Jadi bagi memenuhi jemputan teman sesama aliran hari ini aku meriahkan bulan kemerdekaan dengan GA teman kita Mama kaOri. Jika mahu melihat syarat penuhnya sila lihat di SINI.

Salah satu syarat - Banner ini kenalah ada. Buah hati pengarang jantung tuan penganjur dengan gayanya

Candid - Adik dengan Kak Meen.  Adik sayang bendera dah tersenget bila Kak Meen mahu mengambil sebahagian pizza.
Posing - Adik dengan Kak Reen. Sementera Kak Reen cuti malam tadi kami makan di sini.

Rata-rata kita semua lahir setelah lama Malaysia merdeka. Kebanyakan kita juga tidak pernah mengenal erti susah payah pejuang dulu memperjuangkan tanahair untuk membebaskan tanah air  dari belenggu penjajah. Oleh itu bersama kita baja cinta yang telah 57 tahun diujudkan buat Malaysia. Sungguh benar di sini lahirnya sebuah cinta. Sebagai memenuhi undangan tidak ada gambar lebih istimewa dari ini.Anak-anak sudah remaja minta bergambar yang lain dari lain mestilah malu. Mama/papa sudah lanjut usia lagilah tidak larat mahu memberikan pose istimewa. Kebetulan kami makan malam tadi di luar ada bendera terus teringat bolehlah jadikan GA anjuran Mama kaOri.  Kepada semua teman amat dialu-alukan untuk turut serta. Sila klik di SINI.

~~ Selamat menyambut hari kemerdekaan. Di sini lahirnya sebuah cinta!~~

* satu syarat tidak dpt dipenuhi "like" page FB Rai sebab tidak ada a/c FB (jadi ini sekadar memenuhi undangan)

Thursday, July 3, 2014

Bingkisan seindah ramadhan

Mendapat bingkisan dari blogger.
Cik Viva nama gelarannya.
Comel, cantik dipandang mata
Terima kasih tidak terhingga

Terima kasih - Seharusnya aku sebagai penerima yang mengucapkan terima kasih kepadanya.
Di Ho Chi Minh City bingkisan dibeli
Tetapi diagih teman dikasihi
Mendapat juga fridge magnet ini
 Ketika Cik Viva  menganjurkan GA mini

Vietnam - Inilah Fridge Magnet yang dikirimkan buat keluarga kami. Cantik!
Kelihatan puas Cik Viva berjalan
Balik membawa berbagai hadiah
Kepada teman yang ingin berkenalan
Klik di sini untuk jalinan ukhuwah

Bersatu - Sudah aku satukan dengan beberapa koleksi yang ada di dapur rumah.
 
 Bulan Ramadhan bulan mulia
Umat Islam semua berpuasa
Untuk Cik Viva teman blogger
Terima sekali lagi dari kami sekeluarga

Titipan buat anak-anak di bulan mulia ini:-
 
"Barangsiapa membawa amal (berbuat kebaikan), maka baginya pahala sepuluh kali ganda amalannya dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).” (Suroh Al-An’am: 160).  

Bukanlah bermaksud berbuat kejahatan tiada balasan ye anak-anak. Lihat ayat dibawah ini: -

“Dan barangsiapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, pasti akan Kami rasakan kepadanya sebahagian siksa yang pedih.” (Suroh Al-Hajj: 25).

~~ Berbuat kebaikan di bulan mulia ini ganjaran diberi berlipat kali ganda.~~

Tuesday, April 29, 2014

Jauh di mata dekat di hati, titipan di terima dari Yati

Sudah aku terima bingkisan ini pada hari Sabtu yang lepas. Sebagai menghargai sebuah pemberiannya aku titipkan ia menjadi sebuah entri di Titisan Nurani hari ini. Terima kasih Mama Nabila, Najeeha dan Nabil.

Poslaju - Adik yang tolong mengambilkan dari posmen
Bila sudah jatuh cinta 
serah segala jiwa dan raga
titipan teman jauh di mata
membawa bahagia seisi keluarga

Selamat - Lihat bungkusan yang dibuat teman pengirim begitu teliti.
Walau halangan cuba menyekat
tersungkur sanggup gagal tidak sekali
sungguh keduanya sangat memikat
ikan pangkor dan setem Itali

Cantik - Sirip ikan pun duduk cantik sebab pembungkusan yang teliti sekali. Setem menepati hobby aku sebagai pengumpul setem sangat membahagiakan.
Bulan pun sanggup di petik 
bintang di langit sebagai habuan
melekat di fridge sangat cantik
buat Yati jazakallahukhaira kathiran

Berkumpul - Telah bersatu dengan teman-teman yang lain di dapur rumah.
Indah cinta dengan amalan 
iman dibaja jangan dilupa
buat teman yang ingin berkenalan
Yati di sini jemputlah semua

~~ Walau berjumpa tidak sekali, terasa erat di dalam hati. Terima kasih sekali lagi buat Yati.~~

 

Saturday, March 8, 2014

"2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU " 12 MAC 2014"

Tidak mahu tertinggal turutserta
GA anjuran teman blogger 
Mahu tahu siapa dia
Klik di sini tahulah orangnya

 

Apa ditunggu lagi marilah turutserta

Dari Bandung - Hadiah didatangkan dari seberang laut.
 Masih berbaki beberapa hari 
sahabat semua apa ditunggu lagi

Menarik - Didatangkan dari jauh juga untuk semua ini.
Bukanlah ini tujuan semata-mata
sekadar membahagiakan teman blogger

Banyak - Cute-cute ini juga bakal diberi kepada yg berjaya
Tiga buah hati mencabut undi 
tiga sahabat mohon menyertai
1.Blogger hainom OKje adindaku ini
2. ummiross sahabat dikasihi
3. Wafa Cw  baru ku kenali
4. Semua bloggers yang baik hati 
(boleh tak Yati semua ini?)
Marilah sahabat berGA dengan Yati

Buah hati penganjur - Comel-comel ini yg akan menjadi jurinya.
~~ Sambil bercuti sambil bersantai dengan berGA. Mahu tahu lebih lanjut silakan klik di sini .~~

Friday, December 13, 2013

Tupperware Oren KakNi menjadi milikku

Petang hari pasti hujan 
kain batik basah semua 
pulang bertugas dapat kejutan 
bungkusan cantik di atas meja

Poslaju - Dari KakNi yang sudah aku tahu isi kandungannya.
Tupperware - Jenama yang menjadi kesukaan kaum sejenisku
Kepada mangsa bantuan dihulur
moga membantu apa dirasai
sungguh aku amat bersyukur
punya sahabat seperti KakNi
Warna oren yang terang - Bukan satu tetapi dua KakNi kirimkan. Cantik warna-warna keluaran tupperware sekarang
Titipan - Brochure ini adik belek-belek tapi belum bersuara lagi minta dibelikan
Sihat itu jihad - Brochure ini juga ada. Ada ustaz bollywood lagi memberi testimoni (alahai blur pulak gambarnya)
Serah segala jiwa raga
kepada Allah mohon dilindungi
buat KakNi dan keluarga 
terima kasih sekali lagi
Kepada sahabat blogger yang mahu membeli tupperware cantik seperti yang aku perolehi itu atau mahu mendapat keterangan lanjut berkaitan tupperware hubungi sahaja KakNi di sini atau sini. Lebih cantik tautkanlah ukuwah sebagai teman blognya.

~~ Jalinan ukhuwah blogger indah terasa.~~

Saturday, November 30, 2013

Mini GA KakNi Edisi Tupperware

Sabtu yang indah ini ingin aku bersama-sama memeriahkan GA anjuran teman blogger. Marilah ramai-ramai kita memeriahkannya GA KakNi ini kerana inilah julung kalinya beliau menganjurkan GA di blognya. Mahu tahu lebih lanjut silalah klik di sini.

Banner - Salah satu syaratnya kena ada banner ini
Syarat-syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada blogger yang ada alamat di Malaysia sahaja.
2. Anda mestilah follower blog kakni; goncar.blogspot.com *UPDATE*
3. Like FB page KakNi; KakNi Shoppe (preferable) atau pd yg tiada FB, FOLLOW blog Kakni Shoppe di goncar-mall.blogspot.com
4. Letakkan banner di atas di dalam entry penyertaan anda
5. Letak tajuk Mini GA KakNi Edisi Tupperware di dalam entry penyertaan anda
6. Letak link entry penyertaan anda di ruangan komen entry ini
7. Tempoh penyertaan GA: 28/11/2013 hingga 6/12/2013

~~ Selamat berhujung minggu bersama keluarga.~~

Saturday, April 27, 2013

COMBO GIVE AWAY BY INTAN

Banner - Kena ada banner ini. Terpaksa ikut size large sebab kalau size x-large terkeluar dari line.
 gelang emas gelang suasa
mari pakai di tangan kanan
ayuhai teman usah buang masa
kita berGA dengan intan

gelang perak gelang tembaga
sesuai untuk lelaki juga
mahu tahu apa syaratnya
klik di sini jangan dilupa

gelang tembaga gelang besi
cantik dipakai gadis sunti
tag 2 sahabat buat sekali
sebagai syarat yang diberi

gelang manik gelang mainan
budak-budak suka saja
aby teman pertama jadi sasaran
hainom OKje pula teman kedua

~~ Sabtu hari santai-santai rasa selesa untuk bersegmen dan berGA.~~


Saturday, April 20, 2013

GA pertama Kniedaz

Pilihlah calon yang anda suka 
ketika mengundi pilihanraya 
marilah mari kita meneka 
berapa jumlah patung semuanya 

Meriah - Tekaan kakak ada 2 saja anak patung yang bermesra-mesraan di gambar ini. Kalau ikut anak kakak, anak patung hanya yang berbaju pink dan biru muda itu saja, lainnya bukan, jadi kakak ikutlah seperti katanya. Jangan marah Kniedaz. . Saja untuk memeriahkan GA Kniedaz.
Pencalonan undi hari ini
5hb Mei pula kita mengundi
untuk apa ditunggu lagi
marilah teman lihat di sini

~~ Kalau anak dara kecil kakak yang dapat mainan ini mahu dia susun di atas katilnya.~~


Saturday, February 23, 2013

Mrs. Erry 1st Giveaway

Sepatutnya aku publish entri ini pada hari Sabtu.


Biasa entri hari Sabtu aku lebih suka turut serta GA. Namun kerana kesibukan majlis perkahwinan anak saudara pada hari Sabtu dan Ahad semuanya tergendala. Lupa pula buat autopublish. Kali ini GA anjuran Mrs Erry atau Deqla Manjew. GA ini dibuat bersempena ulangtahun ke 3 blog beliau. Untuk keterangan lebih lanjut sila klik di  sini.

Sebaik published entri ini terlebih dahulu aku telah follow semua sponsorship GA. Ada juga blog yang sponsor GA ini  telah lama aku follow.

~~ Aku ingatkan orang dulu-dulu saja suka bergaya letak tangan di dagu Deqla Manjew pun suka juga. Nampak bertambah manis.~~

Saturday, February 2, 2013

2nd GA - KAIN PASANG

Masuk ke Jakel mata sudah tertancap pada gulungan kain yang berwarna-warni. Menapak menghampiri dari satu harga ke satu harga semuanya membuat rambang mata. Akhirnya keluar tanpa membeli walau sepasang kain. Balik rumah teringat ada teman blogger membuat GA kain pasang. Intanfirdaus247 nama blogger tersebut. Ramai sudah turutserta mengapa tidak aku turut sama. Bahkan aku juga salah seorang follower blog beliau. Seandainya dapat kain pasang dari intanfirdaus247 ini bolehlah bergaya pada majlis pernikahan anak saudara yang berlangsung tahun ini. Cantik kelihatannya.


Syarat-syaratnya:-
1. Copy gambar ini dan pastikan gambar ini anda backlink - terang tak perlu bersuluh
2. Follow blog saya -lama sudah menjadi ahli Blog Cik Intan Berlian~segalanya di sini
3. Buat simple entry dengan tajuk di atas - sudah seperti tertera di atas
4. Tinggalkan link entry di komen - sebaik publish entri ini akan dilaksanakan

~~ Sesekali suka juga berGA apa lagi kalau ianya anjuran teman yang sering berkunjung ke blog Titisan Nurani. Marilah bersama memeriahkan GA intanfirdaus247 ~~

Wednesday, November 21, 2012

Air zam-zam ini milik kami

Balik kerja semalam adik sibuk mengatakan mama dapat hadiah. Bungkusan ini aku perolehi dari teman bloggar di entrinya ada di sini.

SkyNet - Courier service yang bertanggungjawab menyampaikan hajat pemberi yang baik hati hingga ke destinasi rumah aku. Mak Zah biasalah yang menjadi penerima setiap kali ada surat atau barang kirirman ke rumah.

Selamat - Sangat berhati-hati cara pembungkusan yang dibuat. Courier service itu pasti nampak ini.

Membuka balutan - Sibuk adik membuka plastik pembalut. Jangan tidak tahu adik duduk di atas katil aku sewaktu membukanya.

Sebotol - Cantik bentuk botolnya. Boleh masuk ke dalam hand-bag. Mudah bila hendak top-up lagi sebab di rumah aku memang sentiasa ada stock air zam-zam. Buat Maya terima kasih tidak terhingga dari kami sekeluarga.
~~ Pada teman-teman semua andai ada keinginan untuk membeli, merasa atau tahu akan khasiatnya atau mahu berkenalan dengan Maya  boleh saja klik di sini atau di sini. Ada banyak lagi product yang baik untuk dipilih. Silalah.~~

Saturday, October 6, 2012

Give Away 2 in 1

Mengambil kesempatan untuk mewar-warkan peluang DI SINI  Kalau yang baik biarlah dikongsi bersama. Bersempena ulangtahun perkahwinan MAYA yang ke 12 dan business onlinenya yang baru dibuka mari kita meriahkan GA anjuran BELIAU.

Mahu tahu klik sajalah DI SINI

Banyak - Boleh pilih mana satu  yang kita mahu (itu kalau dapatlah). Apa susah kalau tidak dapat boleh beli terus online darinya.  Senang dan mudah caranya.
Banner - Ahaa... ini kenalah ada. Semua habaya/jubah/jus kurma/delima dan air zam-zam kalau boleh semua mahu. Jubah pilihan aku. Blogger yang dekat lagi senang kita pakat ramai-ramai beli, bila ada masa kita buat gathering pakai sama-sama sepasang alangkah cantiknya. Gempak cantik macam ada kumpulan nasyid / koir (salah hemat orang jemput kita jadi penanggah pengantin). Siapa nak undang kita kenakan bayaran tinggi-tinggi hahaha....
Yang ini jangan lupa: -
Jika kakak dipilih sebagai pemenang kategori pertama, kakak mahu jus delima yang dikatakan kaya dengan pelbagai jenis anti-oxidant - tak mahu nampak tua (walaupun dah tua hihi...). Apa pun jangan tidak tahu delima salah satu buah yang disebut di dalam al-quran.


~~ Memenuhi jemputan teman sesama blogger dengan harapan ramailah yang turut serta GA ini. Jangan malu dan segan cuba dulu klik DI SINI ~~



Sunday, September 30, 2012

Giveaway Me & My Family

Mahu turut  serta silalah klik di sini

Inilah bannernya


Bersama-sama kita meriahkan GA ini mana tahu ada rezeki.

~~ Semalam rancangan untuk berkunjung majlis pengantin teman tergendala kerana ada tetamu. Hari ini agak sepi bila tidak ada tetamu. Petang hantar anak balik asrama.~~


Thursday, July 5, 2012

GA - My Birthday Giveaway 2012

Memenuhi undangan sahabat sesama blogger. 

Inilah bannernya - Kena ada ini baru penyertaan diterima
 Mahu turut serta kliklah di sini.

Teka isi dalam bakul ini saja - Nur beli di Pasaraya Sakan di Skudai yang baru dibuka. Masa ini mesti murah-murah. Kalau tekaan kakak tidak tepat boleh dapat bakul nya hahaha... (gurau saja)

Harga diteka: RM 15/- (Ringgit Malaysia: Lima belas sahaja). Rasanya mesti murah sebab mungkin mahu bersaing dengan kedai 2 ringgit yang banyak sekarang. Tekaan tidak tepat sebab belum pernah lagi pergi ke Pasaraya Sakan yang baru ini. Tidak tahu pun alamatnya walau dikatakan berhampiran dengan Jusco Taman Universiti Skudai.


~~ Sebelum tidur adik setuju untuk sama-sama berpuasa hari ini. Bila dikejut untuk bersahur katanya "tak jadilah mama, adik sudah janji dengan kawan adik nak makan nasi lemak hari ini".~~


Saturday, December 17, 2011

IfazCollection Giveaway

Kena tag oleh seorang blogger aka guru menggelar nama sebagai gurukah aku lalu jadilah entry ini.




GA yang menawarkan tudung dan brooch pasti menarik hati. Kalau ikut syarat tunjuk salah satu saja gambar diatas, tapi aku suka tepek ketiganya sekali. Mana tahu dapat salah satu darinya. Fuh... itu dia aku sudah jampi hihi.......

Syarat yang diberikan mudah untuk diikuti: -

1. Folow blog ifazcollection - itu perkara biasa bila GA dijadikan entry.
2. Buatlah entry tentang giveaway ini dengan meletakkan gambar di atas kemudian link kan ke blog tersebut - boleh pilih salah satu saja gambar, tetapi aku suka ketiganya sekali.
3. Tajuk mestilah sebagaimana yang diberikan.
Jangan suka-suka tukar tajuk
Bimbang tuan rumah merajuk.
4. Tag 1 orang kawan anda kemudian beritahu padanya.
Aku tag teman wanita untuk GA ini
Macam mana kalau beri pada lelaki
Mesti berebut kakak, adik dan bini
Baik tag Acik Erna boleh pakai sendiri
5. Tinggalkan link entry di blog ifazcollection untuk tajuk seperti di atas.

HADIAH: Sepasang TUDUNG dan BROOCH yang sangat cantik seperti yang digambarkan oleh gambar dalam entry ini.


Tarikh akhir: 31 Disember 2011 jam 11.59pm


~~ Aku sebenarnya paling serba-salah bila kena tag dan perlukan pula tag teman lain~~