Showing posts with label Kalender. Show all posts
Showing posts with label Kalender. Show all posts

Monday, January 18, 2016

Tiga Lalat Calendar Giveaway

Nama blog diberi Tiga Lalat 
blog bukan hakmilik kekal itu mottonya
dengan GA ini aku terpikat
fuuh!! du'a dapatlah kalendar jowonya:)

Banner wajib - Lihatlah gambar hasil kepakaran seorang 'pemotong rumput' dengan kamera serba canggih.
Peluang untuk turutserta calendar giveaway dianjurkan oleh seorang 'pemotong rumput' yang pakar dalam fotografi, teringin juga aku melihat kalendar bergambar hasil tembakan yang berjaya menembusi beberapa majalah. Sinonim dengan nama yang digunakan wak, manalah tahu ada paparan kalendar istimewa kalendar jawa - pon, keliwon, wage, legi dan paeng. Wak kena ambil cabaran dari Titisan Nurani ini boleh? Sediakan kalendar jawa. Seingat aku ada satu syarikat di Batu Pahat membuat cetakan kalendar Jawa. 

Buat teman-teman yang mahu turutserta silalah terjah blog istimewa penghasilan seorang 'pemotong rumput' yang pakar bermain kamera canggih. Kalau anak patung pun boleh memukau mata dek panahan kameranya, apatah lagi kalendar yang bakal beliau berikan. Ikuti segala syarat yang ditetapkan jangan lupa. Tarikh tutup pada 18 Januari, 2016 (hari ini) dan masa tutup mengikut jam beliau, jam 12:00 tengahmalam ini. Jangan tertipu wak  itu bukan pemotong rumput!

terjebak dek kerana telefon hwawei


Thursday, July 2, 2015

Ralat - Hendak cepat berhari Raya

Ralat. Itu yang mahu aku katakan. Post semalam jika dilihat aku sangkakan hari ini 16 ramadhan tetapi esok sebenarnya baru 16 ramadhan. Semalam petang ketika di dapur dengan Mak Zah bila aku katakan "malam ni nak qunut kan" . Terus Mak Zah katakan yang puasa baru hendak masuk 15 hari. Alahai hendak cepat beraya sangat makcik ini. Mohon ampun dan maaf atas kesilapan yang tidak aku sedari.

Lihat - Pada malam yang ke 16 ramadhan hingga akhir ramadhan ......
Doa Qunut - Malam ini baru betul ia akan mula di baca sewaktu witir.  Ampun dan maaf kepada semua.
Panduan - Lihat betapa lama setiap tahun buku ini akan menemani aku setiap malam.  Sewaktu buku ini dicetak Datuk Hj. Noh Gadut baru timbalan mufti negeri Johor.
Kulit luar - Inilah bukunya. Sudah pudar.
Hari ini baru 15 Ramadhan bukan 16 sekali lagi aku mengingatkan diri sendiri. Lihatlah bila diri dipanjat usia hal begini pun boleh terlepas pandang. Dua-tiga kali aku membelek kalendar untuk membuat kepastian. Bila ABC awal-awal bulan memang hal begini boleh terjadi. Orang lain sudah banyak hari berpuasa dan ada yang sudah khatam membaca Al-Quran kita tidak lagi itulah jadinya.

~~ Manusia dan lupa tidak dapat dipisahkan. Maaf sekali lagi dari diri ini.~~


Wednesday, December 31, 2014

Berlabuhnya tirai 2014

Keriangan yang panjang terpana seketika
MH370 menghilang tanpa diduga
ujian besar melanda!
pelupuk mata digenangi air
longlai tubuh yang sedia kerdil
tersedar dari lena yang panjang
menadah tangan, sujud, tafakkur
lama berperang antara percaya dan tidak
cerita-cerita rekaan berawangan tanpa sekatan



Dalam kekaburan MH370 kian menyepi
MH17 menyusul membawa cerita luka
irama yang hampir serupa
sisa luka yang belum sembuh bertambah parah
hancur berderai, putus berkecai 
apa masalah terselindung di sebaliknya
tiada jawapan pasti

Jasad terkumpul kembali ke tanahair
sanak-saudara berkabung menangisi nasib
QZ8501 menyusul membawa cerita sama
apakah ada tangan yang mahu menunjuk kuasa
menanti tindakan kita yang nyata lemah
sengaja mencari dimana ada kekuatan
terleka siapa pun tidak punya kuasa
Kunfayakun DIA siapa mampu menepis

Hidupnya insan ada peraturan
biar tinggi mana mahu mendabik dada
bila tentera Allah datang menerjah
lumpuh segalanya  bagai lautan samudera
usaha apa lagi perlu dilakukan
ayuh kembalikan iman yang luntur
amar makruf nahi mungkar
wamakaru wamakarallah
rancang sebaik mana pun
sesungguhnya perancang terbaik itu Allah

 

Kalendar tirai 2014 penuh warna-warni
membuka tirai 2015 dengan harapan
taqwa dan iman bertambah kental
sesungguhnya kami sedar bumi kian uzur
kami tidak punya apa tanpa kasihMu
mohon kami padaMu Ya Robb
ampuni kami yang sering terlalai
kasih dan sayangMu kami pohon selalu
Amin....


~~ Dalam meniti perjalanan ke depan (2015) renung ke belakang (2014) untuk bermuhasabah. Warna-warni suka-duka terlalu banyak untuk dijadikan iktibar dan pengajaran bersama.~~


* gambar diperolehi dari google

Wednesday, November 14, 2012

Hijrah menginjak tahun 1434

Mengimbau kembali bagaimana rasulullah berdakwah. Kekuatan iman, mental dan fizikal baginda tidak boleh disangkal dan dipertikaikan lagi sehingga baginda sanggup berhijrah dari Mekah menuju ke Madinah. Sebaik maghrib hari ini menjelma akan bertambah lagi setahun tarikh hijrah ini.

Akhir tahun - Bersama kita membacanya selepas solat asar hari ini. Perancangan aku sekeluarga selepas asar kami membaca suroh Yaasiin dan membaca doa ini.

Akhir tahun - Selepas solat maghrib bolehlah membaca Yaasiin sekali lagi bersama keluarga dan membaca doa ini. 


~~Moga tahun baru yang bakal menjelang ini, kita diberi kekuatan iman yang lebih kental, dalam peliharaan Allah dan memperolehi segala kebaikan di dunia dan akhirat.~~

Thursday, February 2, 2012

Barang yang lama usah dibuang

Sudah lebih sebulan kalendar 2011 disimpan dan terselit di celah-celah buku. Terpikat dengan kata-kata yang tertera di setiap helaian itulah membuat minda mencari idea untuk menjadikan agar ianya boleh dimanfaatkan lebih lama.

Kalendar 2011 usah disia-siakan
penanda buku boleh dihasilkan
boleh dibuat sebagai hiasan
tempat berhenti membaca mudah dikesan

Tanggalkan dulu satu persatu
ruang lubang di tengah tinggalkan dulu
gunalah gunting semua mesti tahu
usah menggunting secara melulu
kata-kata motivasinya dipastikan dulu
berada ditengah-tengah penanda itu

Aku ada tiga anak dara
setiap seorang dapatlah dua
bukan penanda yang utama
tapi kata-kata yang tertera
biar mereka membuka mata
hidup ini penuh pancaroba

Kata-kata yang boleh dijadikan sebagai motivasi diri: -

1. "We will either find a way, or make one." - Hannibal
2. "If you can cream it, you can do it." - Walt Disney
3. "Everything should be made as simple as possible, but not simpler." - Albert Einstein
4. "The time is always right to do what is right." - Martin Luther King
5. "All the resources we need are in the mind." - Theodore Roosevelt
6. "In life, be a participant, not a spectator." - Lou Holtz
7. "Failure is the opportunity to begin again more intelligently." - Henry Ford
8. "None but men of strong passions are capable of rising up to greatness." - Honore Gabreil Riqueti
9. "Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself." - Leo Tolstoy
10. "That what you pay attention to grow." - Robert Ran
11. "Let nothing dim the light that shines from within." - Maya Angelou
12. "The future belongs to those who believe in the beauty of the dream." - Eleanor Roosevelt


~~Bapa aku sehingga kini masih lagi menggunakan kalender yang memaparkan bahasa ibunda kami seperti paeng, pon, kliwon, wage dan legi. Pencetaknya berada di Muar, Johor. Sebelum menikah dulu ada juga belajar tetapi oleh kerana lama tidak diamalkan tinggallah ia dilipatan ingatan saja. ~~