Showing posts with label Pembesar suara. Show all posts
Showing posts with label Pembesar suara. Show all posts

Friday, January 18, 2013

Teringin menjadi imam

Kisah minggu lalu.

Petang itu balik kerja limpahan hujan terlalulah lebat diiringi angin kencang lagi. Hubby tiba di rumah sudah terlalu lewat. Belum selesai mandi sudah kedengaran dari corong radio suara azan maghrib berkumandang. Kenalah solat di rumah.

Adik: Adik teringin jadi imam kat rumah.
Mama: Mana boleh papa ada.
Adik: Dekat sekolah tu ramai kakak-kakak tapi adik boleh jadi imam.
Mama: Adik tak tahu lagi ke? Apa syarat sah berimam dan bermakmum?
Adik: Hmmm... (sekolah agama sudah masuk darjah 4 mana boleh tidak tahu)

Papa: Eh... macam tak dengar azan dari suraulah.
Mama: A'ahlah.
Papa: Jangan-jangan elektrik trip. Em... papa kena ke surau jugalah.

Kerana bimbang surau tidak ada elektrik terpaksalah hubby terkocoh-kacah ke surau juga sebab pernah pembesar suara surau tidak berfungsi masa hujan lebat 2-3 hari lepas. Akhirnya mama jugalah imam pada adik. Sebenarnya adik tahu tapi mungkin keinginan menjadi imam seperti di sekolah mahu ditunjukkan di rumah itu yang dia bersuara.  Biasa kalau membaca yaasin dan tahlil di rumah sesama kita, aku benarkan adik mengimamkan tetapi kalau solat memang belum dibenarkan lagi.
Adik - Inilah dia hamba Allah yang berangan-angan mahu menjadi imam mama.

~~ Masa belum baligh sibuk mahu menjadi imam bila sudah layak tolak-tolak pada mamanya pula. Itulah anak-anak aku.~~

Tuesday, May 22, 2012

Kuat dan jelas kini

Ahad pagi itu hubby sibuk memperkemas pembesar suara untuk di pasang di surau taman perumahan kami. Dua pembesar ini hubby siap-siap buat dulu di rumah dengan bantuan/gangguan adik. AJK surau semua pun sudah sepakat memberi kebenaran bahkan ada yang turut menghulur memberi sedekah jariah sama demi untuk kegunaan bersama juga.
Ketatkan - Adik hulur screw, papa pasangkan supaya tidak gugur dari casingnya.
Sibuk - Samada membantu atau mengganggu papa tidak kisah sebab sambil tangan bekerja mulut papa adalah teman untuk berbual/menjawab soalan apa yang patut dari adik.

Dua lagi - Siap sedia untuk digantungkan di pillar yang sedia ada. Papa ramai kenalan yang boleh membantu untuk menaikkan dua pembesar ini bersama dengan yang sedia ada waktu itu.
Skylift - Papa menggunakan ini di tempat kerjanya. Sewa RM450/-sehari oleh itu terlanjur masih ada masa terus papa minta tolong ke surau taman untuk menaikkan dua lagi pembesar suara yang telah disediakan di rumah. Bagi sedikit tambahan duit kocek dan makan saja pada operator skylift itu. Operator itu mahu membuat jariah juga.
Tinggi - Sedia ada  3  saja pembesar suara. Cadangan ditambah kerana kedudukan taman kami di atas bukit oleh itu masih ada yang tidak mendengar azan berkumandang. Itu yang ditambah lagi dua.

Siap untuk dinaikkan - Inilah dia dua speaker yang papa sudah siapkan untuk dinaikkan dan disatukan dengan yang tiga di atas.
Nun di atas -  Selepas Zuhor semalam telah siap. Azan waktu asar semalam pertama kali bergema dan yang pasti kedengaran lebih kuat dan jelas.
Siap semuanya -  Lima pembesar suara kini telah dihalakan kekeseluruhan taman kami dan harapnya bila azan berkumandang dapatlah memanggil kariah untuk sama-sama berjemaah di surau kami.
~~ Teringat nasyid waktu aku zaman kanak-kanak - Bila terdengar suara azan; sayup bergema menjelang pagi, dalam irama ku kirim pesan, sebagai tanda waktu dah pergi. Azan sentiasa berkumandang setiap detik dan saat bukan saja ketika memanggil untuk bersolat, tetapi ketika gembira menyambut kelahiran, menghadapi bencana dan dalam kekalutan seringkali juga kita akan mendengar suara azan.~~