Showing posts with label Kad Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Kad Ucapan. Show all posts

Friday, July 1, 2016

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin

Hasil carian imej untuk kad raya
Dari google
Menjelang Hari Raya Aidilfitri 1437H ini aku sebagai empunya TITISAN NURANI dengan ini mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada semua yang pernah, sedang dan baru singgah di sini. Kepada yang pernah aku singgahi blognya juga kemaafan dipohon andai ada dari perkataan melalui komen yang diberikan tidak menepati apa yang dikehendaki atau mengguris rasa. Panjang umur andai ada izin Allah Titisan Nurani akan kembali selepas seminggu bercuti. 

Allahumma solli 'ala Muhammad
Wa 'ala ali saiyidina Muhammad
Semoga hari dirai mendapat berkat
bahagia di dunia dan juga akhirat

~~Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.~~


Friday, June 17, 2016

Kad ucapan pengganti diri

Pening kepala mencari kunci 
letak di sana mencarinya di sini 
kad cantik di bulan suci 
kiriman adinda Yana Yani
Guruh berdentum alam semesta
begitulah antara kekuasaanNya
mohon dilindungi setiap masa
sungguh benar bagai dikata
gembira kita di Hari Raya
saudara di sana kesedihan sentiasa

Balasan buruk itulah neraka
semua mahu menuju syurga
selagi nyawa masih bersisa
cari bekalan untuk 'di sana'
selagi peluang masih terbuka
hulurkan apa semampu kita
biar sedikit istiqomah hendaknya
sama-sama menikmati hari bahagia


Tunangan itu belum halal
ikatan suci masih menanti
renungan bersama buat bekal
terima kasih Yana Yani

~~ Ramadhan kian meninggalkan kita dari sehari ke sehari. Lakukan yang terbaik sebelum ia berlalu pergi. ~~

Thursday, June 9, 2016

Poskad di bulan ramadhan

Ramadhan ini bulan yang berkat
umat Islam semua berpuasa
gembira di hati mendapat poskad
dari KakNoor yg bercuti di London sana
Setem - Sudah pastinya ini juga menggembirakan aku. Sekali dapat dua keping setem. Dapat menambah koleksi album setem yang ada.
Bertadaruslah semampu kita
misi 30 juzuk itulah harapan
gembira di hati tidak terkata
buat KakNoor jazakallahu-khairan

Titipan KakNoor - Blogger aka Chef dari Brunei ini siapa tidak kenal
Al-Quran dan ramadhan berganding rapat
tidak amalkan sendiri rugi
moga ukhuwah mendapat berkat
jauh di mata dekat di hati
Bath Abbey - Bunga dan bangunan yg yang cantik ini sudah cukup untuk membuat mata tidak berkelip memandangnya. 
Usah terpesona indahnya dunia
seiringkan agar tak pincang jadinya
mahu mengenali KakNoor di alam maya
klik saja di sini jumpalah blognya

~~ Sekali lagi terima kasih buat KakNoor diatas ingatan di bulan mulia ini.~~


Tuesday, January 5, 2016

Sebuah ingatan indah

Mendapat titipan post-card dari adinda blogger nhhas yang menjadikan negara ini bagaikan kampung halamannya. Baru kembali dari menikmati keindahan bumi Australia dan New Zealand baru-baru ini bersama kedua ibu-bapa dan adiknya yang menuntut di sana. Ingatan dititipkan buat aku ketika beliau menjelajah bumi sejuk itu, tetapi sebagaimana dikatakan di sana sewaktu post-card dihantar negara mereka sedang bercuti panjang, oleh itu baru semalam card ini masuk di peti surat rumahku.

Australia - Huda/nhhas ke Australia dulu baru ke New Zealand.  Sebagai pengumpul setem sudah pasti setem ini akan masuk ke dalam album bersama teman-teman setem yang lain.
Aotearoa - Ini juga salah satu tempat yang dijelajahinya. Silalah ke blog nhhas jika mahu membaca kisah percutiannya.
~~ Terima kasih nhhas diatas titipan dan  ingatan buat diri ini.~~


Monday, August 4, 2014

Tradisi setiap tahun berulang lagi

Alhamdulillah kembali semula. Mengimbau detik-detik sebelum Aidilfitri 1435H yang baru seminggu berlalu. Lebih seminggu juga tidak menjenguk blog dan membaca entri teman-teman. Kembali ke pejabat dengan rasa seperti bulan ramadhan pula sebab aku masih berlenggang tanpa bekal ke pejabat. Kalau bermula puasa syawal di hari kedua raya, hari ini sudah boleh senyum lebar.
Jari Manis - Kad raya yang terakhir di terima untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Terima kasih JM  Ramai blogger yang masih mengekalkan tradisi ini. Alhamdulillah.
Ramadhan terakhir - Kami sudah berkumpul di Batu Pahat. Tradisi kami sekeluarga, makan berbuka bersama. Namun keluarga hubby bukanlah seperti keluarga aku yang kalau berkumpul sesak rumah bapak. Anak-cucu saja sudah berpuluh-puluh.  Di sini kami berbuka dengan air tangan aku sebab tidak ada siapa lagi boleh di harapkan. Mujur Allah kurniakan aku anak-anak dara.  Hero ini anak buah hubby yang akan menikah dua minggu lagi. Mungkin tahun depan sudah tidak berpeluang lagi berbuka dengan kami.

Menganyam ketupat - Tradisi setiap tahun juga. Setiap kali menjelang Hari Raya setiap kali itu juga kami akan mengajar anak-anak buah menganyam. Lucu bila abang ipar kami (asal dari Terengganu) setiap tahun jugalah dia pasti akan belajar menganyam. Kemahiran menganyam bukan kerana IQ sebab dia seorang doktor pun tidak boleh tangkap cepat cara menganyam. Kena gelakkan isteri dan anak-anak buah.

~~ Bukan mudah mahu mengekalkan tradisi bangsa andai tiada yang mahu meneruskan legasinya.~~

Thursday, July 24, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri, kad di kirim pengganti diri

Titisan buat blogger dihormati 
Ramadhan kian mengundurkan diri 
moga ibadah puasa kita diberkati 
menjelang Aidilfitri yang dinanti 
aku dari TITISAN NURANI 
menghulur tangan & jari-jemari 
andai ada yang terguris di hati 
atau tercalar dek komen diberi 
mahupun terlebih di sana-sini 
atau terkurang tidak diingini 
Ampun & Maaf setulus hati 
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tayangan beberapa kad kiriman yang telah aku terima. Terima kasih semuanya:)

Puan Nurhayati - Ulangtayang sekali lagi kad kiriman teman pakar memasak
Syukran jazilan - Begitulah harapan moga ukhuwah terjalin berkekalan.
Kesuma Angsana - Ibu tiga permata yang agak kesibukan sekarang ini.
Terima kasih - Huluran tangan disambut dengan rasa terharu dan jutaan terima kasih tidak terhingga buat KA sekeluarga juga.
Ustazah Nor Azimah - Salah satu blog yang memuhasabahkan diriku yg kerdil
Harapan - Begitulah mohon ukhuwah terjalin hingga ke jannah. Moga kebahagiaan milik kita semua umat Islam.
Adinda Qaseh Vee - Seorang blogger yang suka mencuba resepi baru. Terima kasih QV.
Pantun - Ramadhan pergi syawal menjelma, moga bahagia milik kita semua.
~~ Sebelum berundur untuk bercuti, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Insya-Allah kita berjumpa lagi.~~ 

Friday, July 18, 2014

Indahnya sebuah ukhuwah

Mohon maghfirahMu Ya Allah 
bertasbih bertahmid di bulan ramadhan
indah jalinan sebuah ukhuwah 
cenderahati dikirim sebagai ingatan

Kiriman - Inner-neck, saputangan embroidery, kad ucapan dan contact card.
 Alunan gemersik tadarus Al-Quran
bacaan menginjak ke Juz Amma
erat terasa sebagai teman
jazakallah buat blogger Ema
 
Cantik - Saputangan yang siap tersulam dengan ucapan dari Ema. Warna sebenar adalah biru laut tetapi kesan pencahayaan lampu di bilik kelihatan lain pula.
Allahumma innaka 'afuwun tuhibbu afwa fakfuanna
 jadikan zikir di bulan mulia 
sungguh menarik kiriman Ema
ganjaran pasti dari Allah jua 

Model - Adik menggayakan inner-neck yang dikirimkan. Sewaktu adik baru hendak mula belajar mama mohon adik menggayakannya. Minum dulu sebab dahaga selepas terawih.
Suroh Al-Qadr jadikan amalan
mengharap lailatul-Qadar dalam rangkulan
kepada semua rakan taulan
klik di sini jika mahu berkenalan

Salah satu yang disukai oleh baginda Rasulullah adalah sikap suka memberi; samada berbentuk sedekah, hadiah, hibah atau sebarang bantuan dan pertolongan.  Mengeratkan ikatan ukhuwah islamiyah dan melahirkan kasih sayang. Sabda baginda yang bermaksud: "Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadith riwayat Muslim).

~~ Allah jua yang maha mengetahui disebalik tragedi pesawat MH17. Moga Allah memberikan pengampunan andai ada kelalaian kita semua. Kami bersujud padaMu Ya Allah.~~ 


Tuesday, July 15, 2014

Segmen KAD RAYA BERSAMA AIZU

Bersempena memperingati dimana turunnya kitab suci Al-Quran yang menjadi garispanduan seluruh umat di dunia, Titisan Nurani mengambil kesempatan untuk sama-sama kita menjadikan Al-Quran sebagai pendamping dalam kehidupan. Negeri Johor tidak bercuti walau banyak negeri di Malaysia menjadikan hari ini sebagai cuti umum. 

Apabila NuzulQuran tiba bermakna Aidilfitri juga akan menjelma tidak lama lagi. Mengambil peluang itulah aku turut serta segmen anjuran Aizu.

Banner - Ini kena ada sebagai salah satu syarat

Ingin turut serta sila lihat di sini
Syarat diberikan mudah saja:-
  1. Follow blog AIZU..  (lama sudah menjadi teman Aizu)
  2. Mestilah ada blog.. (Titisan Nurani nama blog diberi)
  3. Buat n3 bertajuk "Segmen KAD RAYA BERSAMA AIZU"..berserta banner di atas itu.
  4. Ajak kawan2 join..  (Titisan Nurani dengan ini mengalu-alukan semua teman-sahabat-handai-rakan-taulan untuk turut serta segmen anjura Aizu ini)
  5. Selesai semua, tinggalkan LINK di bahagian komen di sini
  6. Ok, itulah saja syaratnya. 
  7. Tarikh tutup pada 17hb Julai/19 Ramadhan ini. 
Sebelum mendapat kad raya Aizu aku sudah mendapat kad pertama dari seorang blogger pakar memasak.

Nurhayati - Inilah kad pertama yang bertandang dan menjadi tatapan seisi keluarga. Terima kasih dari kami buat Yati dan keluarga.
~~ Bersempena hari baik, bulan baik ini bersama kita tingkatkan keimanan dengan Al-Quran, jalinkan ukhuwah dengan kad Hari Raya yang dikirimkan.~~

Thursday, August 15, 2013

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN

Entri bersempena cuti menyambut Hari Raya Aidilfitri - Entri lain sila scroll ke bawah.
Kad dari google
 Mengambil kesempatan dari sisa-sisa ramadhan 1434H 
aku sebagai admin TITISAN NURANI
menghulur tangan memohoan kemaafan
atas apa jua keterlanjuran
ketika memaparkan entri
melontar pandangan
menghurai pendapat yang bercanggah
menitip komen di entri sahabat

Andai ada yang berkecil hati
terguris rasa dan pandangan
mencabar getaran sensasi diri
dan apa juga yang tidak menepati

Ampun dan maaf aku pohonkan
kepada sahabat yang pernah menitip pemberian
mohon dihalalkan segalanya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
dari Kakzakie DI TITISAN NURANI

~~ Apabila dalam percutian raya pastinya blog akan bercuti sama.~~


Friday, August 2, 2013

Penghargaan yang tidak terucap dengan kata-kata

Simpulan kasih ramadhan kian berakhir 
senyuman syawal menggamit pula 
bagaimana hatiku ini tidak cair 
kiriman teman-teman di depan mata 

Bunga pink-kuning - Kiriman diterima daripada teman blogger Bila Aku Bercerita (Alfidah Adim)

Masjid dan bulan - Kiriman teman blogger Apa kata hati (adik Zafiranabila). Lama menyepi sejak berpindah tempat kerja baru. Sibuk dengan tugasan agaknya.

Hijau & emas - Kiriman blogger Story Mory Cik Lala (Ibu Lala aka Rohana). Kad pertama diterima tahun ini.

Dari blogger Teratak 66 - Lihat banyaknya Nekcik kirimkan. Ada buku Majmu' Syarif, kopi import istimewa, purse utk coins dan sarung pensil buat adik. Hari ini adik sudah membawanya ke sekolah. Berkali-kali mama pesan jangan sampai hilang. Mama hendak simpan sebagai kenangan dalam almari tapi dia kata Nekcik sudah pesan ini utk adik.
~ Sungguh ingatan mereka ini membuat kakak sangat terharu. Moga rahmat Allah melimpah ruah buat mereka semuanya. Terima kasih.~~

Thursday, August 16, 2012

Kad Raya dari teman blogger lagi

Seharian semalam aku berada di luar. Tidak berkerja tidak juga di rumah. Masa habis di perjalanan kerana mengambil kedua-dua anak yang mula bercuti sekolah. Tiba di rumah hati mula berbunga-bunga bila terlihat tiga sampul surat yang aku pasti ianya adalah kad raya. Naluri juga kuat mengatakan ini pasti dari teman maya.

Zafira Nabila nama pemberinya
terharu terasa di dalam hati
ucapan selamat Hari Raya
moga ukuhwah kekal di sanubari

Cetakan emas di atas kad
manis dan cantik warna pilihan
moga hidup mendapat  berkat
bahagia dalam menjalani kehidupan

Bukan satu tetapi tiga
ini dari Henrietta Jose nama pengirimnya
itu yang membuat aku bahagia
tiga sekali mendapat kad Raya
Kreatif hasil buatan sendiri
cantik dan berseni pengirimnya
tidak terkira gembira hati
 selamat hari raya dari kakak juga

Ini pula dari Amy Syaquena
manis warna pilihan kad diberi
ucapan Selamat Hari Raya darinya
 buat ku senyum sepanjang hari
Sibuk business lama menyepi
pasti meriah beraya kali ini
doa dipohon moga terus diberkati
limpahan rahmat dan juga rezeki


Buat semua teman-teman ini
syukran jazilan seikhlas hati

~~ Sejujurnya aku tidak mendapat kad Raya selain dari teman blogger. Ada rasa terharu bersarang kerana kesemuanya belum pernah bersua muka. Besyukur aku punya teman blogger.~~