Followers MamaTisya

Showing posts with label AkhbarHarianMetro. Show all posts
Showing posts with label AkhbarHarianMetro. Show all posts

Thursday, May 2, 2019

Majlis aqiqah Aysha Amalyna





vkend aritu ada aqiqah ankbuah biras
masuk2 je umh dh nmpk kambing bakar 
babyAysha dgn mamanya...dh 6bln...lahir bln oktober 2018 


baby Aysha berkenan tudung maklong




menu utk tetamu.....yummmmmyyyy


ni mmg fav...kambing bakar, mashed potato, garlic bread, coleslaw 


kih muih, pulut kuning , rendang daging & ayam
karipap pusing & kuihbom MIL bawa yg  bli dr homemadefrozenfood


mkn kambing bakar dlu....yummmmmyyy


lpstu br mkn nasi....alhamdulillah kenyang smp mlm
tisya & cousin
cucu2 nenek

ni Ayra kakak pd Aysha...pemalu orgnya...nasibaik nk bergambar
cintahati mama


birasku....ngantuk dh baby Aysha tu


hah lps dpt susu...lena dh dia


potret masa Aysha baru lahir






Friday, August 11, 2017

Doa Selamat untuk SRINKANDI ke Puncak Elbrus, Rusia





smlm ada majlis doa selamat utk bff dila
yg akan ke Gunung Elbrus, Rusia pd 23 ogos nanti



 smlm ada Kelas Pemantapan Solat so lps tu wat doa selamat 
dengan kerjasama Unit Hubungan Kakitangan Bernas


menu yg disponsor oleh geng kami...nasi kak wok, marble cheese brownies,
cream puff, milo original....ada juga yg sedekah bubur kacang & air sirap + oren


lps abis majlis , kita posing dengan Srinkandi :)
semoga selamat pegi & pulang utk BFF dila



*********************************************************************

petikan dari paper metro pg ni 11/8/2017



Kuala Lumpur: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Meskipun pernah diuji dugaan hebat, disahkan menghidap penyakit kanser payu dara pada 2001 dan kanser Acinic Cell Carcinoma pada tahun 2014 namun kekentalan semangat wanita berusia 56 tahun, Renee Aziz Ahmad wajar dicontohi.

Pesara jurutera kanan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Berhad itu bukan saja tidak pernah mengalah dengan setiap ujian yang mendatang, malah berani menyahut cabaran menyertai misi menakluk puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus bersama pasukan Kembara Srikandi Prihatin (KSP) bermula 23 Ogos hingga 5 September depan.

Selain Renee, misi KSP itu turut disertai pendaki berpengalaman Fazilah Abd Manan, Ummu Farah Haidar Zulkifli, wartawan Harian Metro Fairul Asmaini Mohd Pilus, Nir Azmin Adnan dan Nurul Huda Shamsuddin.

Pembabitan wanita itu dalam sukan mendaki gunung bukan baru kerana pada tahun 2005, dia menawan puncak tertinggi di benua Afrika, Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter (m) di Tanzania.

Katanya, kejayaan itu cukup bermakna kerana sebelum itu dia berjuang melawan kanser payu dara termasuk menjalani pembedahan, kimoterapi dan radioterapi.

“Siapa yang tidak ‘terduduk’ jika diuji dengan penyakit yang ditakuti semua wanita itu, namun saya memilih untuk terus positif dalam menerus kehidupan kerana percaya ada hikmah di sebalik setiap ujian daripadaNya.

“Jadi, apabila disahkan bebas daripada penyakit itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan pada tahun 2007, menyertai misi amal, Climb With PRIDE ke Gunung Aconcagua, Argentina bagi menyebarkan mesej pengesanan serta rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu negara, kelmarin.

Seorang lagi pendaki, Fazilah Abd Manan, 41, berkata, puncak Elbrus menjadi idamannya selepas berjaya menakluk Gunung Kosciuszko, Australia dua tahun lalu.

Dia yang juga seorang pendaki sokongan misi D’Everest, Tibet tahun 2011, berkata, menakluk tujuh puncak tertinggi dunia menjadi idaman setiap pendaki dan juga kemuncak kepada minat yang sudah lama diceburi.

Katanya, pada ekspedisi sebelum ini dia tidak dapat mencapai sasaran peribadi ekoran masalah kesihatan dan mahu menebusnya di Elbrus nanti.

“Saya dan rakan pasukan sudah menjalani ujian kecergasan serta beberapa siri latihan sejak Disember (2016) dan kemuncaknya, kami berjaya menakluk Gunung Kinabalu pada 23 Julai lalu.

“Kami melakukan semua ini bukan disebabkan mahu mengejar kemasyhuran atau keseronokan peribadi, sebaliknya mahu membawa nama Malaysia ke persada dunia.

“Pasukan menggalas tanggungjawab besar kerana misi ini juga adalah salah satu program Negaraku di bawah Pejabat Perdana Menteri dan kami mengharapkan doa daripada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Thursday, August 10, 2017

Daki Elbrus demi Malaysia...Tahniah my BFF Dila


Kuala Lumpur: Demimu Malaysia. Sekumpulan enam pendaki wanita negara akan menggalas cabaran menakluk puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus di Rusia sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60, 31 Ogos ini.

Gunung setinggi 5,642 meter itu adalah salah satu daripada tujuh puncak tertinggi di tujuh benua.

Misi kempen Kembara Srikandi Prihatin (KSP) oleh Persatuan Kembara Negara (PKN) bermula 23 Ogos hingga 5 September itu turut mendapat sokongan Pergerakan Puteri UMNO serta Harian Metro sebagai akhbar rasmi.

Ia juga adalah salah satu program di bawah projek Negaraku, Pejabat Perdana Menteri.

Majlis penyerahan Jalur Gemilang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Pengarah Kempen KSP Ummu Farah Haidar Zulkifli di Menara Dato' Onn di ibu negara, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Presiden PKN Tan Sri Khalid Yunus.


6 pendaki wanita yg bakal menakluk puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus di Rusia



kuar buletin utama smlm...congrats my bff dila...
smoga dipermudahkan Misi Ke Gunung Elbrus nanti

bff aku sorg ni mmg aktif panjat gunung ...
lebih dr 15 gunung....aku bukit pn tk terdaki..apa ntah lg gunung kn :-p
ni aku senaraikn sebahagian gunung2 dlm msia & overseas yg die dh daki :-


Malaysia
Gunung Kinabalu
Gunung Tahan
Gunung Batu Putih
Gunung Yong Yap
Gunung Gayung 
Gunung Stong
Gunung Angsi
Gunung Irau
Gunung Nuang
Gunung Jerai
Gunung Ulu Semangkuk
Gunung Korbu
Gunung Tok Nenek
Gunung Yong Belar
Gunung Gerah




Indonesia
Gunung Semeru 
Gunung Rinjani 
Gunung Batur 
Gunung Agropuro 


Australia
Gunung Kosciuszko 


tahniah skali lg utk bff kami...Dila Manan

Monday, October 14, 2013

Lambaian Kaabah & Salam Aidiladha utk smua


gmbr adik ipar aku yg bertugas di Tanah Suci Makkah since ogos aritu lg
ni gmbr yg di kirim smlm...petugas Tabung Haji dh smp Arafah
 utk membuat persediaan awal kt bilik operasi
di samping bertugas, die pn dpt mengerjakan haji jugak
smoga adik iparku mendapat haji yg mabrur
dan moga kami akan berpeluang utk menjadi tetamu allah juga...amin2


aritu ada kuar paper & tv dlm buletin utama & tv al-hijrah
cousin tisya damia excited tgk daddynya kt tv
rindu sgt kt daddynya...anak daddy la katakan



meriah ngan buah2..org arab kn suka mkn buah2





insya allah adik ipar aku akan pulang ke msia tk lama lg.... bln november 
thn ni adik aku beraya haji tanpa suami disisi
 si kakak je slalu tnye psl daddy...si adik tk tnye sgt




salam aidiladha utk smua pembaca setia blog MamaTisya
yg pulang ke kampung...ati2 di jln raya
aku blk kampung gombak je...

Saturday, January 19, 2013

Murah hati derma susu badan

smlm lps bfast aku & geng ada singgah kedai ...
tiba2 nmpk tajuk paper Metro ni psl PAHALA 700 kali
tgk2 uyun a.k.a cutemum....trus snap & up kt fb :) 



bangga bila ada member blog yg mempunyai susu badan yg sgt byk
 dan sanggup utk menderma utk mereka yg memerlukan....
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v

lpstu kt laman social facebook
rupanya ada topik yg hot di bincangkn psl ni
kt fanpage Hot FM


bole tahan ramai yg komen...rata2 rmi yg komen negatif..
mayb mereka kurang paham psl susu ibu & hukum anak susuan
tau nk hentam aje....ada 1 komen tu bole die ckp 
"selamat ke..mana tau die ada HIV"
 smp mcm tu skali...sbr je la

depa yg komen tu smua tk bc citer sebenar dlm paper Metro
dan isu utama psl isu kawin
cz adik beradik susuan mmg tidak bole berkahwin
tp uyun mmg amik anak susuan yg sama jantina ngan anak2nye iaitu perempuan



akhirnya uyun tampil menjawab segala2 kemusykilan mereka


antara komen kwn2 blog yg meminta pihak Hot FM 
utk memohon maaf secara terbuka pd uyun



kt  fanpage BeautifulNara.com pn ada gk topik hot ni

gmbr kenangan aku & uyun time busday anak mz


oh rindu saat2 indah menyusukan tisya selama 2thn 6bln




meh tgk gmbr tisya dlm nona thn 2007
utk segment IBU SUSUAN


smoga uyun tabah dgn dugaan ini...abaikan komen2 negatif itu
rmi lg yg menyokong uyun...truskan perah susu sebanyak yg bole
"susu ibu adalah susu yg terbaik"


**jgn lupa tlg vote tisya utk menang adiah Fridge Magnet
klik link


Monday, October 5, 2009

Majlis Hari Raya BERNAS @Dewan Perdana Felda

last week (1 oktober) BERNAS
wat Majlis Hari Raya kt Dewan Perdana Felda
smua staff bole bw family masing2
yg umh jauh2 smua dtg single2
so aku dh alang2 dkt tu bw hubby & tisya
1st time BERNAS wat Majlis Hari Raya kt cni
slalunye kt Tropicana or KLGCC
majlis bermula 12.30 pm - 6pm
geng2 ku smp kt sana lebih kurang kul 2pm


jom layan gmbr2 yg sempt di snap....

sempt lg nk posing dlm kete
b4 smp Dewan Perdana Felda

ada slide

tisya jd artis jp..smua org nk posing ngan tisya

tisya suka la berlari2 ke sana sini
tmptnye luas
nk2 plak ada geng

ada artis Rohana Jalil & Jaafar Onn
depa ni mmg slalu ada dlm event2 BERNAS
ada org TV3 gk tp tk sempt snap gmbr

sambil2 mkn sambil2 posing

posing lg...

my beloved family

tisya yg tgh bz cal saper ntah
mmg pantang kalo nmpk handphone

last skali, posing rmi2 b4 blk
pd yg bg duit raya utk tisya..tq ye....

lepak2 + mkn2 + posing2 smp kul 4pm
lps tu aku trus blk umh cz dh dkt kn
yg lain2 pn sure blk umh trus
saper plak yg rajin nk msk opis blk.. :-)



**Majlis Hari raya BERNAS ni
ada masuk paper Utusan & Harian Metro 2 oktober aritu
tp tkde plak gmbr ku terselit
kalo tk, sure lg glamour...hehehehehe




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...