Followers MamaTisya

Showing posts with label foodreview. Show all posts
Showing posts with label foodreview. Show all posts

Friday, February 17, 2023

Buffet Ramadhan 2023 ~ Nostagia Ramadan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam





As Salam...tak lama je lagi kita semua akan menyambut bulan ramadan. Mardhiyyah Hotel & Suites menjemput anda semua untuk berbuka puasa dengan dengan pelbagai hidangan tradisional masa silam. Menjelang Ramadan tahun ini, konsep Nostalgia Ramadan diserlahkan dengan menu pilihan tradisi melayu yang mengimbau kembali kenangan berbuka puasa bersama keluarga dan sanak saudara.




Tetamu bakal dihidangkan dengan lebih 100 menu di sajian bufet Ramadan yang menyelerakan dan antara hidangan utama tempatan seperti Gulai Lemak Padang Urat Keting, Siakap Berlada Nenas, Rendang Kambing and Daging Hitam Manis. 



Selain daripada itu , Restoran Royale Songket membawakan pelbagai stesen seperti Salad & Kerabu Warisan, Salai & Panggang, stesen Satay, Kawah-Kawah, Belanga Panas, Selera Sakura, Nasi Kandar, Baazar Hot Selling, Bazaar Minuman and ruangan pemanis mulut.


Untuk menambah kepelbagai makanan warisan, stesen Kawah-Kawah pasti menjadi pilihan seterusnya! Variasi gulai seperti Gulai Kawah Daging Bersama Umbut Kelapa, Gulai Kawah Lemak Cili Padi Itik Bersama Rebung, Gulai Kawah Asam Pedas Ikan Bersama Terung. Pengunjung juga boleh menikmati menu Bazaar kegemaran semua seperti Roti John, Briyani Ayam, Pratha, Murtabak Ayam, Satay Ayam dan Satay Daging.









Akhir sekali, kami mempersembahkan variasi pemanis mulut seperti Ais Kacang, Bubur Pulut Hitam, Sago Gula Melaka, Red Velvet, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Green Tea Cake, Kuih Seri Muka, Kuih Koley Kacang, Kuih Talam Pandan, Bread & Butter Pudding, Chocolate Fountain with Fruits Stewer yang pasti akan melengkapkan pengalaman bufet iftar.

Bagi mereka yang berniat untuk merancang iftar secara private group, Mardhiyyah Hotel & Suites juga menyediakan Private Function bermula pada 23 Mac 2023 hingga 20 April 2023 dengan harga RM 128.00 seorang.  



Bagi mengisi keberkatan malam Ramadan, tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau Al-Latifah di Aras 4. Tetamu yang menginap di hotel turut berpeluang bersahur serta menunaikan solat subuh secara berjemaah.


Rebut peluang mendapatkan harga istimewa (early bird) dengan harga RM 125.00 untuk dewasa di Bufet Ramadan Restoran Royale Songket. Bufet Nostalgia Ramadan ini bermula pada 24 Mac 2023 hingga 20 April 2023 di Restoran Royale Songket dengan harga serendah RM 100.00 untuk kanak-kanak (6-12 tahun), RM 120.00 untuk warga emas (60 tahun dan ke atas) manakala untuk dewasa adalah RM 155.00. Sementara itu, harga bufet Ramadan untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum berharga RM 222.00 bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak di Restoran Royale Songket.

Selain Royale Songket, Restoran Cina Tung Yuen juga merupakan lokasi lain di sini untuk pengunjung berbuka puasa. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM 125.00 untuk dewasa, RM 105.00 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM 85.00 kanak-kanak.

Borak Borak Cafe & Lounge turut menjadi lokasi berbuka puasa dengan mengetengahkan set Timur Tengah. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM 90.00 untuk dewasa dan RM 65.00 untuk kanak-kanak.



Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi 019-273 6801, 019-263 9801, 019-275 7801, 019-261 6847 atau e-mel sales@mardhiyyahhotel.com.

Promosi Tempahan awal (Early Bird) (11 Januari 2023 – 19 Mac 2023)
RM 125.00 dewasa sahaja
*Hanya di Restoran Royale Songket

Restoran Royale Songket
2 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (24 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 155.00 Dewasa
RM 120.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 100.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Sabtu, Ahad & Cuti Am
RM 222.00 (1 Dewasa & 1 Kanak-Kanak)
*Hanya di Restoran Royale Songket

Restoran Cina Tung Yuen
9 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (31 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 125.00 Dewasa
RM 105.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 85.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Borak Borak Café & Lounge
9 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (31 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 90.00/set Dewasa
RM 65.00/set Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Promosi Private Function (24 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 128.00 seorang

Ramadan Staycation
(23 Mac 2023 – 21 April 2023)
Bilik Deluxe dengan Sahur RM 270.00 (satu malam)
Diskaun 10% Bufet Ramadan di Royale Songket untuk dewasa sahaja (24 Mac 2023 – 20 April 2023)

Pakej Full-Day Meeting
(24 Mac 2023 – 20 April 2023)
Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa
RM 190.00 (minima 20 orang)

Pakej Half-Day Meeting
(24 Mac 2023 – 20 April 2023)
Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Bufet Berbuka Puasa
RM 175.00 (minima 20 orang)

Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel
Alamat : Lot 5.5 Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam 40000 Selangor Darul Ehsan .


Monday, March 7, 2022

Buffet Ramadhan 2022 ~ Warisan Bonda di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam



As Salam...tak lama je lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhanMardhiyyah Hotel & Suites (MHS) begitu teruja untuk menyambut bulan suci Ramadan tahun ini dengan suasana yang baharu. Kali ini, tema “Warisan Bonda” menjadi pilihan dengan menampilkan hidangan aneka juadah tempatan dan antarabangsa. Berkonsepkan tradisional melayu, keindahan lokasi Royale Songket, Mardhiyyah Hotel & Suites akan ditambah seri dengan dekorasi-dekorasi menarik yang mampu mengimbau
kembali nostalgia iftar bersama ahli keluarga dan rakan taulan.



Bufet Ramadan Warisan Bonda ini menawarkan pelbagai pilihan masakan berasaskan menu seperti air tangan bonda. Antara menu utama yang akan diketengahkan adalah masakan tempatan seperti Nasi Putih, Nasi Kandar, Nasi Minyak, Ayam Rempah Kuzi, Gulai Lemak Ikan Merah Belimbing Buluh, Rendang Daging Bonda, Kambing Penanggah, Udang Telur Asin, Sotong Kam Heong, Wok Goreng Baby Kailan dengan Bawang Putih dan macam-macam lagi pilihan yang ada.


Untuk menambah aneka makanan warisan, chef terbaik kami menyediakan variasi sambal seperti Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Asam, Sos Percik, Sambal Kicap Pedas untuk dipadankan bersama ulam-ulaman. Tambahan pula, Kerabu Ayam, Kerabu Kacang Botol, Jantung Pisang, Kacang Panjang Rojak Buah, Popiah Basah, Jeruk Buah Cermai, Kelubi, Betik, Salak & Anggur menjadi pelengkap hidangan berkonsepkan warisan. 



Tidak dilupakan masakan pilihan antarabangsa. Antaranya Garden Salad, Tuna Salad, Grill Chicken Salad, Coleslaw, Classic Macaroni Salad dan Italian Dressing, Sushi, Maki & Tempura Mariowase dan aneka jenis pasta. Selain itu, suasana yang sedia ada indah di Royale Songket akan diserikan dengan Makanan tradisional. 



Para tetamu boleh melihat barisan aneka makanan seperti “Paling Hangat” Smokey Hickory Roasted Whole Lamb, Makanan Masakan Selera Timur Tengah, Penang Best, Masakan Panas, Bazaar Minuman, Masakan Cina dan Jepun, Masakan Aneka Mee, Aneka Cucur dan yang dinanti-nanti iaitu Hidangan Pemanis Selera.



Seperti tahun sebelum ini, Smoke & Grill menjadi tarikan terhangat dalam Bufet Ramadan di MHS. Untuk Bufet Ramadan Warisan Bonda kali ini, barisan Chef sekali lagi membawakan kepada tetamu “Smoke Hickory Roasted Whole Lamb” bersama Sayur Pangang dan dilengkapkan dengan Sos Lada Hitam dan Sos Cendawan.






Disamping itu, tetamu boleh menikmati masakan panas di mana chef kami akan membuat “live cooking”. Antara pilihan menu yang boleh dinikmati adalah Mee Goreng Mamak & Penang Char Koey Teow. 




Tetamu juga boleh menikmati variasi Laksa, Sup Ayam Utara, Nasi Kuning, Chicken Mandy, Roti John Briyani Daging, Murtabak Ayam dan tidak dilupakan Bubur Lambuk.





Apabila seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga, sudah pastinya pilihan minuman yang disediakan melengkapi juadah iftar para tetamu. Oleh itu, hilangkan dahaga dengan pelbagai jenis minuman panas mahupun sejuk seperti Brewed Premium Coffee, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Sweet Corn Drink, Blue Lime Soda, Iced Chocolate, Sirap Bandung dan Soya Bean.




Selepas mencuba hidangan bufet utama yang pelbagai, hidangan pemanis selera pasti terus membangkitkan selera para tetamu. Mesti cuba hidangan pemanis mulut pula! Chef Pastri kami menyediakan aneka kuih tradisi melayu yang utama, Sago Gula Melaka, Chilled Honey Dew dengan Pearl Sago, Agar-Agar dan Pudding, Ais Kacang, Waffle, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Red Velvet, Chocolate Moist Cake, Brownies, Kurma, Puding Roti dan Aneka Buah-Buahan.



Untuk makluman, Bufet Ramadan Warisan Bonda ini juga menyediakan pakej hidangan untuk bersahur. Tetamu boleh datang ke Royale Songket untuk bersahur di mana hidangan utamanya adalah Nasi Putih, Fried Noodle With Seafood, Ayam Masak Hitam Manis, Daging Kerutub, Kari Ikan Bawal Berkerisik, Udang Goreng Kunyit, Mix Vegetable with Oyster Sauce, dan Fried Japanese Beancurd in Crabmeat Sauce. Disediakan juga pilihan juadah ringan untuk tetamu.

Antaranya, Variasi Salad seperti Tuna Salad with Pasta, Roasted Chicken Salad with Corn, Bubur Berlauk bersama Ayam Kunyit, Sambal Bilis, Telur Masin, Ikan Masin, Kangkung Belacan, Daging Merah dan Sup Ayam.

Melengkapkan set hidangan sahur ini dengan aneka pastri dan pencuci mulut seperti Croissant, Chocolate Roll, Vanilla Sultana, Muffin, Apple Strudle, Bread Loaf, Bun, Rolls dan Toast, Bubur Kacang Merah, Aneka kek juga bersama minuman Kopi dan Teh Tarik panas, Jus Mangga dan Susu Segar. 


Promosi Tempahan awal 
Bayar sebelum 1 Ramadan
RM 110.00 bersih dewasa sahaja
RM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Promosi Harga Biasa
2 Ramadan – 29 Ramadan (4 April 2022 – 1 Mei 2022)

Harga: Isnin hingga Ahad
RM 145.00 bersih Dewasa
RM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
RM 200.00nett (1 Dewasa & 1 Kanak-kanak)

Harga: Isnin hingga Ahad
RM 145.00 bersih Dewasa
RM 110.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 90.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Promosi Bufet Sahur
RM 65.00 bersih Dewasa
RM 55.00 bersih Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 45.00 bersih Kanak-kanak (6-12 Tahun)

Promosi Istimewa Bilik Deluxe
RM 250.00 bersih
Sahur untuk 2 dewasa
10% Ramadan Iftar

Hamper Raya Mardhiyyah
RM 120.00 bersih
Biskut Raya aneka pilihan



Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat Tarawih yang di ketuai oleh imam di Surau Al-Latifah di aras 4. Solat Subuh berjemaah juga terdapat untuk tetamu hotel yang menginap dan bersahur di MHS.

Untuk maklumat dan tempahan lebih lanjut, hubungi Jabatan Penjualan & Pemasaran melaui e-mel terus ke sales@mardhiyyahhotel.com atau melalui WhatsApp 012-3469585 (Muhammad Izzat),  019-2736801 (Zaris Azua), 019-275 7801 (Syaqila), 019-2639801 (SitI Atiqah) dan 019-26 6847 (Asyila). 

Media Sosial (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel
Alamat : Lot 5.5 Persiaran Perbandaran Seksyen 14, Shah Alam 40000 Selangor Darul Ehsan .


Friday, January 14, 2022

Promosi Tahun Baru Cina 2022 @Tung Yuen Chinese Restaurant, Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam



Tahun Baru Cina 2022 adalah masa untuk keluarga meraikan kemakmuran dan persaudaraan. Ia adalah masa apabila makanan lazat dihidangkan dengan banyaknya. Selaras dengan itu, Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam (MHS) menyambut Tahun Harimau dengan Halal Auspicious Yee Sang Menu, Pre Chinese New Year Appreciation MenuChinese New Year eve Dinner & Chinese New Year Prosperity Menu. Semua hidangan disediakan oleh chef khusus masakan Cina yang diketuai oleh Chef Patrick Ng.


Makan besar Tahun Baru Cina tidak lengkap tanpa hidangan Yee Sang.

Ia merupakan hidangan tradisi 

yang menjadi simbol kepada nasib yang baik, kesihatan dan kekayaan.




Terdapat 5 pilhan Yee Sang yang boleh dicuba iaitu 
Lucky Salmon Yee Sang, Colorful Jelly Fish Yee Sang, Prosperity Abalone Yee Sang,
 Joyful Salmon Fish and Jelly Fish Yee Sang dan Special Vegetarians Yee Sang

Harga bermula dari RM48.00+ hingga RM 138.00+ dengan minimum dua orang setiap pesanan. 


Restoran ini juga menawarkan Pre Chinese New Year Appreciation “Loh Sang” Menu 
untuk majlis keluarga dan syarikat atau bersama rakan-rakan dan rakan perniagaan. 
Ia bermula pada harga serendah RM 688.00+ (7 kursus), RM 988.00+ (8 kursus), 
RM 1288.00+ (8 kursus), RM 1388.00+ & RM 1,888.00+ (8 kursus). 
Set menu tawaran tersedia untuk makan tengah hari atau makan malam 
untuk 5-8 orang setiap meja dengan tempahan awal. 

Chinese New Year eve Dinner pula menawarkan 8 hidangan dalam menu set 
pada harga RM 688.00+ untuk 5-6 orang dan RM 1,388.00+ untuk 8 orang. 

Menu set istimewa ini termasuk Lucky Salmon Fish Yee Sang, Double Boiled Black Garlic, 
Dry Seafood Soup with Chicken & Cordyceps Flower, Steamed Village Chicken with Dry Scallop Sauce & Hong Kong Kai Lan, Baked White Shell Prawn with Honey Ginger & Sesame Sauce, Steamed Red Garoupa with Wood Ear Fungus “Kampong” Style, Braised Baby Abalone with Shimenji Mushroom & Broccoli, Steamed Rice with Sun Dried Oyster and Dry Shrimp & 
Crispy Fried New Year Cake “Nian Gou” .  









Restoran Cina Tung Yuen juga menawarkan Chinese New Year Prosperity 
untuk Makan Tengahari atau Makan Malam. Ia menawarkan 6 hidangan dalam menu set:-

Prosperity Chinese New Year Good Health & Luck “Loh Sang” pada harga RM 688.00+
Prosperity Chinese New Year Joyful and wealthy “Loh Sang” pada harga RM 988.00+
Prosperity Chinese New Year Gong Xi Fa Chai “Loh Sang”  pada harga RM 1288.00+
Prosperity Chinese New Year Self Love & Belief “Loh Sang”  pada harga RM 1388.00+
Prosperity Chinese New Year Good Luck & Happiness “Loh Sang” pada harga RM 1888.00+

Menu set eksklusif ini termasuk Lucky Salmon Fish Yee Sang, Imperial Double Boiled Dry Seafood Soup with Chicken and Cordyceps Flower, Duo Roasted Duck Combination (Thai Style Shredded Duck Salad & Duck Meat Roll), Spice Duo Garlic Baked Fresh Water Prawn, Steamed White Promfret with Roast Golden Garlic and Abalone Sauce, Braised Baby Abalone with Trio Fresh Mushroom and Broccoli, Golden Fried Rice with Scallop and Prawn Meat, 
Crispy Fried New Year Cake “Nian Gou”. 



Menu menarik promosi Tahun Baharu Cina boleh didapati di Restoran Cina Tung Yuen 
dari 15 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022. 
Bermula dari 11.30 pagi hingga 2.30 petang untuk Makan Tengahari atau Makan Malam,
ia boleh didapati dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. 

Para tetamu digalakkan untuk membuat tempahan 5 hari lebih awal. 
Semua harga adalah tertakluk kepada 6% cukai kerajaan. 
Semua menu disahkan Halal oleh JAKIM.

Untuk maklumat dan tempahan, sila hubungi Restoran Cina Tung Yuen 
Telefon : 03-5511 8811 sambungan 2616
WhatsApp & Call  : 019-261 6847 
Email :exec_emktg@mardhiyyahhotel.com
Social Media (Facebook, Instagram, Twitter & Youtube): @mardhiyyahhotel
Alamat :Lot 5.5 Persiaran Perbandaran Section 14, Shah Alam 40000 Selangor Darul Ehsan .  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...