Followers MamaTisya

Showing posts with label prayforkelantan. Show all posts
Showing posts with label prayforkelantan. Show all posts

Friday, January 2, 2015

Smoga slamat smp ke klate


pg td antar hubbyku & cousin nya kt Greenwood cz nk blk klate naik bas
nk tlg2 apa2 yg ptt umh sedara mara yg kena banjir baru2 ni


baru jp td , hubbyku whatsapp gmbr..masih blum smp 
sbb jammed di Manek Urai..baru kt Machang katanye
dh lebih 10 jam tp blum smp lg...moga perjalanan lancar
kata hubbyku td, byk traffik light tk berfungsi tu yg jammed truk

hubbyku sempat snap gmbr dr dlm bas keadaan kt Manek Urai td
smoga mereka tabah hadapi smua ujian ni


Tuesday, December 30, 2014

Tips utk mangsa banjir selamatkan barang2 elektrik


smlm tgk kt berita ..certain tmpt air dh surut tp sian sebab byk harta benda musnah kn..so diorang nk kena mencuci apa2 yg patut...ada brg yg perlu di buang..ada juga umah yg hanyut..tkde tmpt tinggal..dugaan utk mereka...smoga mereka smua tabah hadapi ujian ini




ada kwn2 share tips utk slamatkan brg2 elektrik time banjir ni kt whatsapp...so sama2 la kita kongsi..mana tau dpt membantu mangsa2 banjir kn....

aku pn pernah kena gk tp bkn banjir la..time tu ujan lebat kt KL smp bocor dlm bilik...abis smua basah termasuk la laptop aku dh masuk air...so biarkn kering laptop tu  pastu baru ON...alhamdulillah bole pakai lg laptop tu...


Nasihat Kpd Mangsa Banjir

Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005. Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV ,  peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang.
Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.

Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.

4.JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL

5. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

6. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

7. Pasangkan balik back cover atau penutup.

8. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru .... TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.
Mudah2an kita membantu ......


ni time air naik aritu


ni dpt gmbr dr cousin hubby smlm, air dh surut so diorang tgh cuci
insya allah hubbyku & cousin2 kt KL diorang akn blk klate utk tlg apa2 yg ptt

Monday, December 29, 2014

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu

spt yg smua sedia maklum..
sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu..
bkn utk negeri yg di landa banjir sahaja tp utk smua negeri
sbb ada jugak yg masih confuse or ingt ni bkn cite btul..dh kuar paper & brita
so skolah akan start 12 januari 2015 nanti...
nmpknye xjadi la cuti nextweek, tunda nextweek lg 1

smoga air cpt surut utk negeri2 yg dilanda banjir 




#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan

29 Disember 2014


Saturday, December 27, 2014

gambar banjir kt kampungku bunut payung, klate




ptg smlm cousin ku send gmbr kt kampung
ni dkt masjid bunut payung 


ni cousin aku & ank2nya kt dpn umh maknya iaitu mak sedara aku
dh naik air gk...tp umh mek aku masih terkawal
smoga cpt la air surut



tghari td pegi kt Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir kt Greenwood
tlg mana yg mampu...kwn2 yg berada di kawasan sekitar,
bole pegi kt kawasan parking Shell Greenwood utk bg sumbangan

Thursday, December 25, 2014

#PrayForKelantan #PrayForPantaiTimur

sedih tgk gmbr2  mangsa banjir kt klate, 
smoga mereka tabah hadapi dugaan ni..
kampung mek kt klate xkena naik air lg 
tp jln menuju kampungku dh naik air gk


ni gmbr banjir kt kampung sireh umh maksu and makngah hubbyku..dh naik air tgi..
diorang dh pegi berteduh umh sedara mara yg tmpt xnaik air lg..smoga cpt la air surut 

ni plak kampung bff julia..umah mek die kt tanah merah naik air kul 3 pg td..
die pn dh terputus hubungan..smoga smuanye slamat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...