DR. Mahathir diiringi kakitangan IJN selepas dibenarkan keluar dari wad semalam.
KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini semalam setelah menerima rawatan jangkitan dada, menurut pegawai khasnya, Sufi Yusoff.
Beliau berkata, Dr. Mahathir yang keluar dari IJN pada pukul 5 petang, bagaimanapun akan meneruskan rawatan fisioterafi dada dan latihan dari rumah.
“Doktor juga menasihatkan Dr. Mahathir supaya terus berehat hingga sembuh sepenuhnya,’’ katanya dalam kenyataan di sini.
Menemani Dr. Mahathir pulang ke rumah ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
sumber dr KOSMO
**alhamdulillah Tun Dr. Mahathir dh kuar wad setelah beberapa hari dimasukkan ke IJN...
kenangan terindah Tun Dr. Mahathir dtg time aku kawin August 2006 dlu