Followers MamaTisya

Showing posts with label bajuraya. Show all posts
Showing posts with label bajuraya. Show all posts

Monday, April 25, 2022

Shopping baju raya online di Shopee



minggu akhir keje...ke ada yg dh cuti..
sure tk sbr nk blk kampung kan..yela dh lama tk beraya kt kampung kan
aku ikutkan nk work from home je minggu ni tp esok masuk opis la kejap sblum cuti
so camne persiapan raya...aku biasa2 je la...aku raya kl ..tk blk klate pn


 Anakdara request nak baju kebaya......
ayah order thru shopee...pantas sampainya...
siap dpt kerongsang skali...ingtkan baju kebaya tu plain 
rupanya jenis kain yg tgh viral skarang ni.....
sbb tgk gmbr skali imbas tak prasan plak...janji anakdara berkenan... 

actually dia dh ada 3pasang baju raya thn lps yg pakai skali je
 sbb raya takleh ziarah kan..dia pakai wat syarat bergambar je...
tu pun 1 pasang pakai masa aidilfitri, 1 pasang lg pakai masa aidiladha..
ada 1 pasang lagi tak pernh pakai lagi...cukup la tu...
raya kl takde raya sgt ....lain la balik raya klate ..dr pg smp ke mlm ziarah raya 😆


ni plak baju raya yg husband order utk aku smp dh smlm
ikutkan aku bole je pakai yg mana ada je mcm thn2 sudah...
 mmg lama dh tak beli baju raya...
sbb beli online ni riso material or size tak ok..
kdg bila color ada,size xde...
tp yg ni nmpk ok cuma kain tu pakai yg sedia ada 
sbb nak matching color ngan anakdara punya baju

so apa color tema thn ni,,,tgu gambar raya nanti la ye
sbb baju raya husband tkde lg..katanya nk cari kurta je thn ni
v
v
v

v
v
v
v
v

v
v
v
v

v
v
v
v

v
v
v
jumaat lastweek aku cuti ....berbuka puasa kt luar.. jln2 wangsa walk...
MIL nk ke Butik Sireh Pinang , butik ni ada juga di shopee..



tp di shopee lebih byk pilihan kata MIL ..
baju raya MIL pun dh smp juga yg husband orderkan..
time balik tak jammed, sempat je solat kt rumah 
tp masa nak pegi,bertabah la jammed walaupun tak jauh pn dr keramat ke wangsa walk 😅



lps cuci mata...terus berbuka puasa kt luar,
ikutkan husband nk berbuka dkt The Manhattan
tp penuh dh..so kami berbuka kt Box Office Cafe sebelah TGV 
maybe dh tukar management,  chef pn dh lain
 

Friday, July 7, 2017

Minaz Peonies 2.0 Nadeera Kurung & Isabelle Kids


hah aku ni tk pernah la beli bj kt mana2 butik sbb rege bole tahan kn
nk2 kalo yg retis jd model kebanyakkn dlm rm 250++ dan ke atas
cantik mmg cantik kalo tgk design kt IG...mcm2 design tp nape ntah tk terbeli hehe


ni koleksi dr butik minaz yg Che Ta jd dutanya..Che Ta pki apa pn lawa
yg ni gmbr aku google yg personel shopper yg jual
design bj raya aku thn ni ala2 minaz la designnye



tp bila aku pki mcm berisi juga...almaklum la mmg bdn berisi kn
bj style gni mmg sesuai utk yg slim sbb kt tgh area pinggang tu die ada mcm lace bling2
so kalo slh angle posing dh mcm org ngandung plak :)
nk bli size yg kecik skit ..tk brp selesa tang dada...akak yg jual tu ckp nanti pi la oter skit 
katanya soh buat "dat" kt blkng...yela aritu pn dh lastminit , mmg tksempat la nk oter tp okla
trima la hakikat mmg dh mok2 haha 

ni pn last minit beli sbb ternampk design nk seakan2 sedondon ngan bj raya tisya
ikutkan ati aku raya aritu nk pki bj raya mana ada je
kalo tgk rege yg thru personal shopper ni rm 269 ..kt butik xsure rege sama ke
tp yg aku bli ni pn rm 230 lps dh tawar2 dr rm 259
sebelum ni bawah rm 200 je bj raya kalo bli yg readymade ni
tp disebabkan dh nk sama ngan anakdara , bli juga la walaupun mhl dr kebiasaan tu



isabelle kids ni rm 179 tp tisya punya aku bli online aritu rm 55...
mmg seakan btul cuma tk sure yg kt minaz  ni bersambung ke kain ngan bj tu


yg tisya punya bersambung tu psl kena pi potong sbb labuh sgt...
ni dh potong pn still labuh
kalo asing2 bole je lipat tang kain tu kn...kemain suka die 

so dh design ala2 Minaz bole la feel2 beraya ala2 bj retis mcm Che Ta hahaha

Monday, May 29, 2017

Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Pihak Jakel Shah Alam dan Ahli Parlimen Tanah Merah Bagi Penyerahan Sumbangan 60,000 Pasang Baju Raya



YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah, Kelantan dengan kerjasama Jakel Shah Alam Trading Sdn. Bhd telah mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Penyerahan 60,000 pasang baju raya kepada pengundi di Parlimen Tanah Merah, Kelantan.


Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bagi kira-kira 60, 000 pengundi di Parlimen Tanah Merah sudah tentu lebih ceria apabila bakal menerima baju raya percuma. YB Dato' Hj Ikmal Hisham Abd Aziz, Ahli Parlimen Tanah Merah dengan berbesar hati ingin memberikan sumbangan ikhlas kepada para pengundi beliau di Parlimen Tanah Merah, Kelantan pada bulan puasa nanti. Jadi beliau mengharapkan sedikit sebanyak sumbangan ini dapat menggembirakan penduduk di Tanah Merah selain dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.


Para penduduk akan menerima baju raya yang berkualiti tinggi iaitu baju melayu untuk lelaki manakala baju kurung untuk perempuan. Lebih istimewa, mereka dapat membuat pilihan masing-masing dari segi warna, corak serta saiz yang diinginkan. Sumbangan ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kumpulan penerima dan kesemuanya akan menerima barangan masing-masing sebelum hari raya.

Sumbangan baju raya ini khasnya kepada mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi di Tanah Merah sehingga Mac 2017. Penebusan baju raya adalah bermula dari 10 Ramadhan sehingga 15 Syawal 2017 dan secara automatik melayakkan pengundi untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan.



Sumbangan baju raya ini berupa baju melayu (lelaki melayu)


baju kurung (perempuan melayu)


 baju kemeja (lelaki bukan muslim) dan kain (perempuan bukan muslim).

Dalam pada itu, Jakel tahun ini menyediakan pelbagai design dan jenis fabrik berkualiti tinggi untuk Aidilfitri. Jakel juga baru sahaja memperkenalkan duta mereka tahun ini iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Lara Alana, Harith Iskandar, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Yusuf Iskandar serta 2 icon kempen iaitu Janna Nick dan Rozita Che Wan.

INGAT RAYA..INGAT JAKEL...JOM SHOPPING DI JAKEL !


Monday, June 27, 2016

Koleksi Jubah Raya, Baju Raya & Shawl Raya dari SWEETHEART

salam uolsss....arini dh 22 Ramadhan....cpt rasanya ..tklama lg Syawal menjelang...mcm mana persiapan raya uolsss. So, bagi yang masih mencari-cari kat mana nak dapatkan jubah, baju & shawl utk raya nanti tanpa perlu berasak-asak dikedai , boleh tgk Koleksi Fesyen dari SWEETHEART


‘SWEETHEART’ telah dipilih kerana ianya amat relevan dan sesuai dengan cara jika kita ingin membeli sesesuatu barangan untuk kegunaan sendiri atau seseorang yang tersayang, maka maksudnya begitu dekat di hati.

‘SWEETHEART’ bermaksud ‘buah hati’@ orang tersayang. Sinonimnya, kami ingin melihat jenama dan produk kami menjadi ‘SWEETHEART’ atau ‘buah hati’ para pelanggan. Lagipun nama SWEETHEART tu sangat ‘cute’ dan mudah untuk diingati.

Di bawah label SWEETHEART terdiri daripada:


  • ‘SWEETHEART’ (Shawl & Tudung 2 muka), ‘
  • MIRABELLA’ (Baju Kurung Moden),
  •  SALSABELLA (Jubah Wanita) 
  • ANDALUSIA (Jubah Lelaki)



Jubah wanita SALSABELLA  menyediakan kain bercorak Heavy Dull Satin Ombre; Como Crepe; & Italian Monaco.

Jubah lelaki ANDALUSIA menggunakan fabrik Italian Paloma; Italian Heavy Valentro; Cotton Hand Woven; Italian Monaco; dan Italian Valentro Uomo yang agak ringan, sejuk dan warna yang terang sesuai masa kini. 






Fabrik Baju Kurung Moden menggunakan material Satin Pucci yang bercorak ekslusif. 
 Baju kurung moden MIRABELLA mempunyai 5 warna pilihan.


Fesyen Jubah lelaki ANDALUSIA ini ada sedikit kelainan seperti ‘piping’ pada hujung tangan, butang jubah dan kolar jubah, itu yang membuat sipemakainya kelihatan hebat, bergaya dan eksklusif. Harga Jubah ANDALUSIA  iaitu RM149 ,boleh didapati size daripada S hingga XXL.





 Harga Jubah Wanita Plain iaitu RM149. 
Harga Jubah Wanita Two Tone iaitu RM169. 





 Harga yang ditawarkan iaitu RM239, boleh didapati size daripada S hingga L. 




Untuk fabrik tudung menggunakan kain Jameela Crepe @ Bubble Crepe; Chiffon Crepe; Chiffon Sakura dan Chiffon Georgette.

Tudung Koleksi SWEETHEART didatangkan dalam dua (2) rekaan dahulu iaitu shawl dan instant shawl dua muka (konsep tudung 2 muka) ‘free standard size’ yang menjadi ‘favourite’ dikalangan wanita berhijab sekarang ini, dan boleh didapati dalam beberapa warna-warna natural, terang dan pastel. Harga instant Shawl : RM49 & Harga instant Shawl 2 muka : RM59




Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari,



Penjualan adalah secara dalam talian @ online 
dan juga menerusi butik Vendor ‘Nanano’ 
yang terdapat di Lembah Klang untuk permulaan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...